Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN Pentaksiran Dalam Pembelajaran Pengajian Sosial (PSS 3110) adalah kursus wajib bagi guru pelatih Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pengajian Sosial semester lima. Melalui kursus ini, guru pelatih dapat menjelaskan langkahlangkah pembinaan jadual spesifikasi ujian / jadual penentu ujian. Malah, guru pelatih turut belajar mengenai konsep pengukuran, penilaian dan pentaksiran. Di samping itu, guru pelatih turut didedahkan mengenai cara menganalisis item ujian dan panduan pemarkahan. Menurut Benjamin S. Bloom, terdapat enam aras soalan yang perlu dikuasai oleh guru dalam usaha membina soalan yang berkualiti. Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Pemikiran aras rendah melibatkan pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Pemikiran aras tinggi pula melibatkan analisis, sinteksis dan penilaian. Dalam usaha mengetahui perkembangan, kebolehan, kemajuan dan

pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting. Guru perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis seperti maklumat, melaksanakan menilai, aktiviti melapor dan

menjalankan

tindakan

susulan

pengukuhan,

pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah antara kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan perkembangan pembelajaran murid psikologi. Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita. sama ada dalam aspek pendidikan atau

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item, adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Bagi melengkapkan tugasan kerja kursus subjek ini, guru pelatih secara berkumpulan diminta untuk mendapatkan maklumat berkaitan konsep Jadual

Spesifikasi Ujian / Jadual Penentu Ujian, pembinaan item, panduan pemarkahan dan menganalisis item ujian. Selain itu, JSU / JPU perlu disediakan sekaligus membina 40 item ujian objektif dan 4 set item subjektif. Malah panduan pemarkahan juga perlu disediakan oleh guru pelatih. Guru pelatih perlu membina item ujian objektif dan subjektif berdasarkan subjek Kajian Tempatan atau Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Guru pelatih telah memilih untuk membina set soalan berdasarkan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun empat. Pembinaan item soalan adalah berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan Tahun Empat. Pembinaan item soalan objektif dan subjektif melibatkan dua tema iaitu Tema Satu : Sayangi Diri dan Tema Dua : Sayangi Keluarga. Pemilihan murid untuk menjawab soalan yang disediakan pula melibatkan murid dari tahun 4 Fathonah Sekolah Kebangsaan Pulau Serai.

Anda mungkin juga menyukai