Anda di halaman 1dari 7

ISL minggu ke-4 Menggunakan pengurusan grafik untuk menjelaskan konsep good citizendaripada perspektif budaya Malaysia

Rumusan yang dapat dilakukan bagi tugasan kali ini adalah terdapat banyak cabaran di dalam agenda membina peradaban Malaysia atau untuk menjadi good citizen. Cabaran yang paling utama sekali ialah membentuk satu persefakatan pemikiran tentang identiti peradaban itu sendiri. Perkara ini menjadi satu cabaran kerana beberapa faktor. Pertama ialah kerana kepelbagaian latar kependudukan masyarakat Malaysia yang terbentuk oleh beberapa komposisi kaum. Sebagaimana yang telah kita ketahui, semasa Malaysia di bawah pemerintahan penjajah Inggeris, latar kependudukan masyarakat telah berubah dan berkembang. Pembangunan ekonomi di Tanah Melayu pada waktu itu telah mendorong penghijrahan yang amat ramai ke negara ini terutama dari kalangan kaum Cina dan India. Pada masa yang sama, masyarakat Melayu yang merupakan kaum utama juga terbahagi kepada beberapa perkumpulan etnik seperti Iban, Kadazan, Dayak dan Dusun. Kini, selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, kesemua kaum dan etnik ini telah diiktiraf sebagai warganegara Malaysia. Kesemua kita kini telah menjadi sebahagian dari keluarga besar masyarakat Malaysia. Sebagai satu keluarga besar, kesemua kita yang juga dalam masa yang sama mewakili satu entiti kebudayaan yang tersendiri mempunyai ruang dan hak yang saksama dan diiktiraf oleh perlembagaan. Di samping faktor kepelbagaian latar belakang penduduk seperti yang dinyatakan diatas, masyarakat Malaysia juga memiliki kerencaman dari sudut nilai dan pemikiran. Perkara ini merupakan faktor kedua yang menjadi cabaran di dalam agenda membentuk identiti peradaban Malaysia. Secara umumnya, nilai dan pemikiran masyarakat Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa pola atau aliran. Aliran pertama sering diistilahkan di dalam diskusi ilmiah sebagai tradisional. Ia merujuk kepada suatu bentuk cara hidup masyarakat yang amat menekankan kepada asas-asas warisan di dalam kehidupan mereka. Asas-asas warisan ini selalunya dipengaruhi oleh kepercayaan agama dan nilai-nilai mulia yang diperturunkan secara berterusan dari satu generasi ke generasi yang lain sejak zaman berzaman. Asas-asas warisan ini amat penting bagi mereka yang dibentuk oleh pola atau aliran tradisional. Ia harus dipertahankan dengan sesungguhnya. Ini kerana, asas-asas warisan ini merupakan teras yang membentuk identiti sesuatu kaum atau etnik. Asas-asas ini juga sering dirujuk sebagai jatidiri sesebuah masyarakat. Ia juga merupakan garis penentu yang akan membezakan antara satu kaum atau etnik dengan yang lain.

ISL MINGGU KE-7 LAYARI INTERNET UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT BERKITAN DENGAN HAK ASASI DALAM PERLEMBANGAAN MALAYSIA DAN MEMBUAT RUMUSAN

Hak asai manusia dalam Perlembagaan Malaysia


Hak-hak asasi di Malaysia terkandung di dalam sembilan peruntukan di bawah Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan di bawah tajuk Kebebasan Asasi. Ia bermula dengan Perkara 5 yang mengkanunkan apa yang dipanggil kebebasan diri dan berakhir dengan Perkara 13 yang melindungi hak terhadap harta.

Hak Asasi DaIam Perlembagaan Malaysia: Ruang Lingkup dan Masalahnya Satu aHran yang jelas dalam tiap-tiap peruntukan di bawah Bahagian 2 itu ialah betapa hak-hak tersebut tidak bersifat mutIak. Semua peruntukan-peruntukan itu tertakluk kepada sekatan yang dikenakan melalui undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Apa yang menjadi masalah di sini ialah tafsiran kepada ungkapan 'undang-undang' itu sendiri. Seperti yang akan dipaparkan kemudian, apa yang dikatakan sebagai undang-undang itu dibataskan kepada apa sahaja undang-undang, bagaimana zalim dan tidak munasabah sekalipun, yang diluluskan oleh Parlimen. Kesan negatif pendekatan atau tafsiran yang sedemikian ialah betapa pedembagaan - Meskipun ia adalah undang-undang tertinggi negara - pada hakikatnya tidak lagi menjadi rujukan asas kepada hak-hak yang dikatakan sebagai kebebasan asasi itu. Sebaliknya hak-hak asasi itu pada praktiknya merujuk kepada kehendak Parlimen serta tafsiran mahkamah.

Masalah-masalah ini sebenamya adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada dokumen dan kerangka pedembagaan itu sendiri. Sewaktu membuat syor mengenai peruntukan-peruntukan berkenaan, Suruhanjaya Reid5 tidak berasa perlu untuk mewujudkan sebuah bab lengkap mengenai hak-hak asasi. Peruntukan mengenai hak-hak asasi itu hanya dimasukkan setelah beberapa memorandum yang membimbangi mas a depan hak-hak asasi di negara ini dikemukakan kepada Suruhanjaya. Meskipun peruntukan berkenaan dimasukkan, Suruhanjaya tetap berpendapat bahawa kedudukan hak-hak asasi di Tanah Melayu pada waktu itu telah berakar dan kukuh. Jika kita melihat perkembangan selepas merdeka, keyakinan Suruhanjaya itu memang jelas jauh meleset. Pihak berkuasa, yang sering mendakwa bahawa hak-hak asasi tidak penting berbanding dengan apa yang mereka

dakwa hak ke atas pembangunan, umumnya tidak begitu komited dengan pelaksanaan hak-hak berkenaan. Ini sukar dinafikan apabila kita melihat kewujudan undang-undang yang implikasinya menindas atau menafikan peruntukan-peruntukan hak-hak asasi yang terkandung di dalam pedembagaan.

Salah satu kelemahan yang sering disuarakan berhubung dengan masalah hak-hak asasi di Malaysia ialah betapa perlembagaan kita tidak cukup lengkap. Pedembagaan kita dikatakan tidak serba merangkum. Antara yang disebut dalam konteks ini termasuklah apa yang dipanggil sebagai larangan terhadap penderaan, hak untuk hidup dalam persekitaran yang tidak dicemari dan seumpamanya Selain itu Bahagian 2 juga dianggap tidak sempurna kerana ia tidak melindungi peruntukan-peruntukan berkenaan daripada dipinda atau dikurangi kepentingannya oleh Parlimen. Pendapat-pendapat ini tidak seratus peratus salah. Bagaimanapun ada contoh-contoh negara yang pedembagaan mereka tidak begitu 'sempurna' atau 'lengkap' tetapi pelaksanaan hak-hak asasi tidak menjadi isu besar. Sesetengah negara tertentu, seperti United Kingdom, malah tidak mempunyai pedembagaan bertulis pun. Ini bermakna bahawa meskipun perlembagaan bertulis yang 55 ]umal Syariah, 10:1 [2002153-70 mengkanunkan peruntukan-peruntukan hak asasi itu penting tetapi yang lebih kritikal dalam menjamin perlindungan dan pelaksanaan hak-hak asasi ialah sikap dan komitmen pihak berkuasa.

Sikap dan komitmen pihak berkuasa ini - Parlimen, polis dan seumpamanya penting kerana keputusan dan tindakan mereka memberi kesan langsung kepada rakyat biasa. Dari keputusan ke atas permohonan mengadakan rapat umum hinggalah kepada kuasa untuk mengambilalih tanah, kesemuanya memberi kesan langsung kepada hak-hak rakyat, baik sebagai individu mahupun masyarakat.

Rujukan: Abdul Aziz Bari, "Kebebasan Asasi dalam Perlembagaan Persekutuan - Aspek-aspek yang relevan buat Gerakan Islam di Malaysia" kertas yang dibaca pada Konvensyen Gerakan Islam Agenda 2000, Persatuan Ulama Malaysia, 16-7 Oktober 1999.

Rumusan Jika seluruh warganegara Malaysia hari ini ditanya tentang Perlembagaan Malaysia, hanya sebilangan kecil sahaja yang pernah melihat, membaca dan menjadikannya sebagai panduan di dalam setiap gerak-geri serta tindak tanduknya di negara ini. Ini kerana Perlembagaan Malaysia itu tidak pernah ditampilkan atau dijadikan bahan bacaan umum seperti mana buku-buku yang sering kita baca. Dengan kata lain, ia tidak dijadikan bahan bacaan yang akrab dengan pembaca. Perlembagaan Malaysia juga tidak pernah dijadikan sebagai bahan bacaan wajib di sekolah-sekolah. Topik berkenaan Perlembagaan Malaysia hanya disentuh melalui matapelajaran Pengajian Malaysia iaitu matapelajaran berstatus wajib ambil dan wajib lulus bagi setiap pelajar IPT. Memandangkan ia hanyalah satu bab, maka penjelajahan terhadap Perlembagaan Malaysia tidaklah begitu mendalam. Namun demikian, setidak-tidaknya telah berlaku pendedahan kepada para pelajar tentang kewujudan dan peranan Perlembagaan Malaysia bagi mereka sebagai seorang warganegara Malaysia. Di dalam topik Perlembagaan Malaysia, mereka didedahkan secara kronologis sejarah perlembagaan yang ada di tanahair kita bermula daripada kewujudan pelbagai Hukum Kanun di setiap negeri yang dijadikan sebagai panduan dalam menjalankan pentadbiran. Selain itu, mereka juga didedahkan dengan proses penggubalan Perlembagaan Malaysia mulai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, individu yang terlibat serta tanggungjawab mereka dalam usaha menggubal sebuah perlembagaan bagi Malaysia. Selain itu, perkara yang paling pokok di dalam Perlembagaan Malaysia ialah kewujudan bahagian-bahagian utama di dalamnya yang dikenali sebagai 5 Peruntukan Utama. Sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, sudah semestinyalah kita mengetahui akan kewujudan serta kegunaan peruntukanperuntukan tersebut

ISL MINGGU KE-15 LAYARI INTERNET DAN MERUMUS TENTANG TERAS 5 ( MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN) DALAM PIPP Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan hari istimewa buat semua warga guru.Bukannya mengejar dan mengharapkan pengiktirafan serta sanjungan melambung , namun sambutan Hari Guru biasanya dilaksanakan dengan penuh simbolik bagi menghargai jasa dan pengorbanan pendidik yang setia membangun jiwa memacu kecemerlangan modal insan. Kita masing-masing pastinya mempunyai seribu satu nostalgia indah bagaimana insan guru diraikan dengan cara tersendiri.Menyingkap memori lama, pasti kita teringat bagaimana sajak-sajak dibacakan untuk mereka, bingkisan dan hadiah dititipkan untuknya walaupun ianya tidak dapat membalas segala pengorbanan yang telah ditaburkan.Bayangkan dunia ini tanpa guru yang mengajar kita membaca dan menulis? Mampukah kita menongkah arus membangun diri? Cabaran Ada relevannya mengapa guru Malaysia harus diberi pengiktirafan.Guru kini diasak dengan cabaran yang pelbagai memerlukan mereka terus kekal di dalam arus globalisasi.Konsep langit terbuka banyak mendedahkan pelajar masakini dengan pelbagai perkara samada yang membawa kebaikan ataupun keburukan.Rela atau tidak, guru bertindak sedaya upaya untuk menyeimbangkan keperluan perkembangan minda pelajar agar kekal mengamalkan nilai dan jatidiri serta mengamalkan tatasusila mulia adab ketimuran . Di tengah-tengah kesibukan menjalankan tugas asasi merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran , janganlah dilupakan ada insan guru yang bersengkang mata menelaah pelajaran demi mengejar segulung ijazah untuk meningkatkan kerjaya di bidang perguruan.Begitulah tabahnya guru-guru yang gigih berusaha menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah pendidikan , malah ada di kalangan mereka yang kini bergelar calon sarjana dan Phd. Ini tidak termasuk dengan pengorbanan masa guru menjalankan aktiviti pengembangan bakat dan potensi pelajar melalui pengendalian kejohanan sukan, syarahan, karnival pendidikan di peringkat sekolah sehinggalah kebangsaan.Segalanya demi ingin melihat modal insan yang dilahirkan seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan sikap yang positif serta potensi yang mampu melonjak kecemerlangan diri.Pengorbanan tersebut menuntut komitmen masa, wang ringgit dan tenaga yang tidak ternilai di samping tidak meminggirkan tugas asasi mereka di bilik darjah. Ketika berada di sekolah, merekalah ibu dan bapa kepada anak-anak kita.Mengajar, mengendalikan aktiviti, membawa pelajar menyertai aktiviti kokurikulum ke sekolah berhampiran malah menghantar pelajar ke klinik apabila berhadapan dengan saatsaat kecemasan.Begitulah erti keperihatan seorang guru. Apalagi berhadapan dengan seribu satu karenah anak murid yang kini tampil dengan pelbagai keadaan.Isu-isu disiplin dan salah laku pelajar seperti buli umpamanya membuatkan guru kini lebih tertekan dan sentiasa menghadapi risiko

kecederaan murid akibat amarah remaja yang tidak ketentuan.Mampukah guru untuk memperhatikan setiap perlakuan anak-anak kita bagi setiap saat dan detik?.Itulah sebabnya timbul cadangan pemasangan CCTV di sekolah bagi memantau pergerakan para pelajar. Begitulah sedikit sebanyak daripada rentetan cabaran guru-guru di alaf baru.Adakalanya mereka mengeluh akibat pengorbanan yang sering disalah erti oleh pihak-pihak tertentu.Adakalanya juga mereka berdepan dengan risiko prasangka pihak tertentu.Justeru, tema Perayaan hari Guru kali ini Guru Cemerlang Negara Terbilang memberikan semangat baru dengan pengiktirafan jasa guru membangun modal insan ke tahap cemerlang lantas menyumbang kepada negara terbilang.

Anda mungkin juga menyukai