Ia adalah masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi - masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain. Masalah-masalah ini boleh dibahagikan kapada dua kategori utama. 1. Gangguan Pendengaran: mereka yang mengalami masalah ini tidak dapat mendengar bunyi dengan jelas. Gangguan seperti ini boleh diperolehi pada tahap sedikit di mana bunyi pertuturan didengar lebih perlahan, sehingga pada tahap kepekakan yang sangat teruk. 2. Gangguan Pertuturan: Gangguan ini menjejaskan kefahaman dan cara seseorang bercakap. Gangguan ini dalam bentuk penyalahsebutan bunyi-bunyi pertuturan hingga ketidakbolehan bercakap.
Masalah Pertuturan
1 Gagap: Pertuturan yang tidak lancar disebabakan teragak-agak, dan pengulangan atau pemanjangan pertuturan. 2 Masalah Artikulasi: Tidak dapat menyebut bunyi pertuturan dengan betul 3 Masalah Suara: Penggunaan nada, dan kekuatan suara yang tidak sesuai atau kualiti suara (serak, sengau) 4 Masalah Lain: Masalah makan dan menelan. Kesukaran untuk makan, minum dan menelan disebabkan masalah orofasial atau neurologi
Masalah Bahasa
1 Masalah Perkembangan Bahasa Kelambatan yang nyata dalam perkembangan perbendaharaan kata dan nahu yang perlu untuk bercakap. Ia seringkali dikesan pada usia lebih kurang dua tahun. 2 Afasia: Hilang keupayaan bertutur disebabkan strok atau kecederaan kepala.
Apakah yang perlu anda lakukan jika mengesyaiki masalh pertuturan, bahasa atau pendengaran?
Pemeriksaan secara menyeluruh perlu dilakukan oleh patologis pertuturan atau audiologis untuk menentukan masalah serta menentukan cara terbaik untuk menangani masalah tersebut.
Untuk mendapatkan bantuan khidmat Patologis Pertuturan-Bahasa atau Audiologis sila hubungi:
Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran Peti Surat 610 Pejabat Pos Jalan Sultan 46770 Petaling Jaya Selangor
Emel: mash1995@hotmail.com
Siapakah Audiologis?
Audiologis merupakan alshi profesional yag terlatih dalam bidang pendenragan notrmal dan tidak normal. Seseorang audioologis itu menumpukan perhatinanya terhadap pencegahan dan pengenalpastian masalah-masalah pendengaran, pemilihan dan pemadsangan alat bantu pendengaran, merekabentuk dan mengimplimentasi strategi dan program rehabilitasi dan khidmat nasihat berhubung dengan pendedahan terhadap bunyi kuat dan penjagaan dan pemeliharaan pendengran.
PROB(M)2002