Anda di halaman 1dari 2

2. DENGAN MERUJUK BUKU DI PERPUSTAKAAN, JELASKAN SEJARAHPERKEMBANGAN OLAHRAGA DI MALAYSIA DENGAN LEBIH TERPERINCI.

Olahraga mula diperkenalkan di negara kita pada pertengahan abad ke-19, yang bermula di Singapura. Namun sukan ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk negaraini, sehinggalah pada tahun 1906. Pada tahun itu, kejohanan olahraga pertama diadakan diIpoh. Bagaimanapun, penyertaan hanya terhad kepada para pegawai Inggeris termasuk dariSingapura. Pada tahun 1920, kejohanan ini diadakan di Kuala Lumpur. Pada tahun yang sama juga, tertubuh Persatuan Olahraga Amatur British Malaya . Pada tahun 1931, keanggotaan persatuan ini terbuka kepada semua negeri di negara ini.Peserta tempatan pertama yang berjaya memenangi dan mencipta rekod baru dalamacara 100 ela pecut ialah Moh.Hanif Ghows dari Perak pada kejohanan tahun 1931.Penglibatan Malaya dalam perjumpaan olahraga antarabangsa bermula pada tahun1950-an, termasuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik kali pertama pada tahun 1956di Melbourne. Pencapaian terbaik negara dalam sukan olahraga ialah selepas tahun 1960an.Seorang peserta lari pecut negara M. Jegathesan pernah memenangi pingat emas dalamSukan Asia bagi acara 100 meter dan 200 meter serta memasuki separuh akhir dalam SukanOlimpik 1964 di Tokyo dan 1968 di Mexico.Beberapa orang atlit pada era 1960-an telah muncul serta berjaya mencapai kejayaan bagi negara. Ini termasuk M. Rajamani, T. Krisnan, G. Rajalingam, Abdul Rahim Ahmad,Zambros Abdul Rahman, dan diikuti oleh Istiaq Mubarak. Ramli Ahmad, Asir Victor,Junaidah Aman dan Cladys Chai dalam era 1970-an, Rabuan Pit, Marina Chin, Muntaz Jaafar,V. Angamah, Zaiton Othman, Baljit Singh dan Saik Oil Com dalam era 1980-an. NurhermanMajid, Lou Chee Peng, G. Shanti, Zaki Sadri dan Yazid Imran serta Watson Nyambek padaera 1990-an. Malah ada di antara atlit ini pernah dipilih sebagai Atlit Kebangsaan. 1

Pada peringkat Asia Tenggara sama ada dalam Sukan Sea atau beberapa kejohananolahraga yang lain, peserta olahraga negara sering mencapai kejayaan besar berbandingdengan negara lain. Manakala di peringkat kebangsaan, pelbagai kejohanan OlahragaKebangsaan diadakan setiap tahun. Kejohanan Antara Bank, Kejohanan Terbuka Malaysia,Kejohanan Olahraga MSSM, dan beberapa kejohanan jemputan lain. 1 Organisasi olahraga yang ulung pernah dicatat di Malaysia adalah di Ipoh. PersatuanOlahraga ditubuhkan pada tahun 1906. Satu perkara yang luar biasa dalam pertandinganolahraga di antara tahun

1906 hingga 1913 yang ditaja dan dikuasai oleh beberapa kelaborang-orang Eropah di Negeri-negeri Malayu Bersekutu.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic Sports dan seringdijalankan sebagai acara sukan dalam negeri Perak. Disebabkan kejohanan seperti ini sahajadijalankan, pemenang piala pusingan dianggap sebagai Johan Malaya. Di antara tahun 1914hingga 1919, aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama.Pada tahun 1920, satu mesyuarat olahraga telah diadakan di Kuala Lumpur dankeputusan untuk mengadakan pertandingan antara negeri diterima. Mesyuarat ini jugamemutuskan untuk membuka pertandingan ini kepada semua peserta amatur, penduduk Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu tanpa mengira bangsa. Ini bertujuanmenjadikan pertandingan-pertandingan yang dijalankan dari tahun 1920 ke atas lebihmenggambarkan budaya tempatan

Anda mungkin juga menyukai