Anda di halaman 1dari 7

PENGUMUMAN KETIBAAN MENGUMUMKAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT, YANG BERHORMAT, EN.

TEOH YAP KUN, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PALOH, DR. MD. ASRUL NASID BIN MASROM, PENSYARAH KANAN DI JABATAN PENGURUSAN DAN PEMBINAAN, FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN, UTHM DIIRINGI OLEH PENGETUA, PENTADBIR SEKOLAH DAN DIF-DIF JEMPUTAN. *********************************TAYANGAN MONTAJ********************************** KATA ALU-ALUAN Ulik Mayang nyanyian asli Dilagu sigadis merdu sekali Terima Kasih sekalung budi Sudi datang ke majlis merai.. YANG BERHORMAT, EN. TEOH YAP KUN, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PALOH, YANG DIHORMATI, DR. MD. ASRUL NASID BIN MASROM, PENSYARAH KANAN DI JABATAN PENGURUSAN DAN PEMBINAAN, FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN PERNIAGAAN, UTHM YANG BERUSAHA PN. HJH. SALOMA BINTI HJ. ZAINI PENGETUA SMK PALOH YANG DIHORMATI TN. HJ. SULAIMAN TIMBALAN YANG DIPERTUA PIBG SMK PALOH MERANGKAP WAKIL KEPADA YDP PIBG SMK PALOH TN. HJ. OMAR BIN HJ. PM MOHAMAD PENOLONG KANAN KURIKULUM EN. RAHIM BIN ROSDI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PN. RASYIDAH RAHMAT PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM

BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, AJK PIBG, PARA GURU, PARA IBU BAPA, PELAJAR-PELAJAR YANG DIRAIKAN DAN HADIRIN HADIRAT SEKALIAN. Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan salam 1 Malaysia. Warga cemerlang tersenyum manis Hadir bersama ibu bapa wibawa Sambutan anugerah penyeri majlis Sematkan gagah di dalam jiwa Selamat datang ke Majlis Anugerah Cemerlang SMK Paloh 2013. Marilah kita bersama-sama seiring dan sederap melangkah dalam menjayakan majlis sambutan hari Anugerah ini. Setiggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita berhimpun di sini dengan penuh kedamaian dan keamanan bagi memberi pengiktirafan kepadapelajar-pelajar, bekas-bekas pelajar dan individu-individu yang menunjukkan kecemerlangan di bidang pendidikan.Sesungguhnya kecemerlangan para pelajar hari ini membuktikan pengorbanan yang terjalin antara semua pihak serta kesungguhan dan iltizam tinggi seluruh warga pendidik dan pentadbiran SMK Paloh untuk membangunkan kegemilangan pendidikan di sekolah ini. BACAAN DOA Anugerah di kecap si anak watan Mengangkat senjata bidalan suara Menadah tangan memohon keberkatan Mendapat restu hidup sejahtera Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Munawar Bin Misman untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan DOA Terima kasih kepada Ustaz Munawar atas bacaan doa sebentar tadi. UCAPAN PENGETUA Pepatah-petitih Adat Melayu Warisan amalan sejak dahulu Pohon keizinan barang sewaktu Ucapan Pengetua amat dialu Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn. Hjh. Saloma Binti Hj. Zaini, Pengetua SMK Paloh untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. UCAPAN Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi. UCAPAN PERASMI

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa, Sungguh terkenal serata negeri, Tuan sudah diberi kuasa, Sudilah kira, pohon merasmi Seterusanya, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat En. Teoh Yap Kun, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SMK Paloh 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan UCAPAN MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MERAKAMKAN SETINGGI TINGGI UCAPAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN YANG BERHORMAT EN. TEOH YAP KUN, ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMK PALOH 2013. SLOT MOTIVASI Hadirin dan Hadirat yang dikasihi, Proses diajar, belajar dan mengajar Membentuk modal insan lebih gemilang Menghasilkan modal insan elok akhlaknya Melahirkan watan yang mantap jati diri Melahirkan generasi kemenjadian dan harapan Sebagai penaik semangat, pihak majlis akan tampilkan satu slot Motivasi yang akan disampaikan oleh seorang bekas pelajar SMK Paloh. Sebelum saya menjemput beliau, izinkan saya membacakan serba sedikit profil beliau. PROFIL Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Dan Pembinaan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Di Universiti Tun Hussein Onn. Beliau pernah bersekolah di SMK Paloh sehingga tamat Tingkatan 5. Pada tahun 2012, beliau menerima Ijazah Kedoktoran dari Queensland University of Technology, Brisbane, Queensland, Australia dalam bidang Pengurusan Pembinaan Perolehan Memulakan kerjaya sebagai seorang guru Pendidikan Khas di Sek Men. Keb Taman Universiti, Skudai pada tahun 2005. Seterusnya beliau menyambung pengajiannya di Australia pada tahun 2009. Setelah tamat pengajian, beliau mula bertugas di Universiti Tun Hussein Onn pada tahun 2010 sehingga kini dan menyandang jawatan sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Tun Hussein Onn. Untuk makluman hadirin, sepanjang kerjaya beliau, pelbagai penyelidikan telah dijalankan dan hasil kajiannya telah dibentangkan dalam beberapa persidangan antarabangsa.

Hadirin sekalian, Untuk tidak melengahkan masa, saya menjemput Dr. Md Asrul Nasid Bin Masrom, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan dan Pembinaan, UTHM untuk menyampaikan slot motivasi beliau. Dipersilakan. MOTIVASI Terima kasih diucapkan kepada Dr. Asrul Nasid Bin Masrom atas slot motivasi itu tadi. Semoga apa yang disampaikan akan memberikan manfaat kepada para pelajar. PENYAMPAIAN ANUGERAH PENCAPAIAN GURU Terbang tinggi si burung helang Berkicau kenari sambil berterbangan Insan cemerlang Negara terbilang Anugerah diberi tanda kecemerlangan. Hadirin yang dirahmati, Pihak sekolah turut mengiktiraf guru-guru yang berdedikasi menzahirkan kecermerlangan para pelajar ini.Majlis Anugerah Cemerlang dimulakan dengan penyampaian anugerah kepada para pendidik yang bertungkus lumus demi kecemerlangan sekolah yang dikecapi pada hari ini. Sehubungan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Pn Hjh. Saloma Binti Hj. Zaini, Pengetua SMK Paloh diiringi oleh Pn. Rasyidah Rahmat untuk menyempurnakan majlis penyampaian anugerah tersebut. Dipersilakan. (MUZIK GAMELAN BERMULA) BACA SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH MENGIKUT URUTAN Terima kasih diucapkan kepada Pn. Hjh Saloma dan Pn. Rasyidah Rahmat atas penyempurnaan majlis itu. PERSEMBAHAN PELAJAR (MELAYU) Hadirin dan Hadirat yang dikasih. Sebagai penawar resah dan gelisah, pihak majlis tampilkan satu persembahan yang akan disampaikan oleh pelajar-pelajar Persatuan Seni Silat. Dipersilakan. PERSEMBAHAN SILAT Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan silat yang begitu bersemangat sebentar tadi di bawah bimbingan Pn. Noor Azlinie Mohd Nor. PENYAMPAIAN ANUGERAH PMR

SETERUSNYA, ACARA YANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH IBU BAPA DAN PARA PELAJAR IAITU UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PARA PELAJAR. SESUNGGUHNYA, PIHAK SEKOLAH AMAT BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN ANAK-ANAK DIDIK KAMI YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN YANG MEREKA DUDUKI. Penyampaian anugerah yang pertama ialah ANUGERAH pelajar-pelajar Cemerlang PMR 2012. Untuk itu majlis mempersilakan Tn. Hj. Sulaiman, Timbalan YDP PIBG SMK Paloh, merangkap wakil kepada YDP PIBG SMK Paloh diiringi oleh Tn. Hj. Omar Bin PM Mohamad ke pentas utama untuk menyampaikan anugerah. Dengan hormatnya dipersilakan. (MUZIK GAMELAN BERMULA) BACA SENARAI pelajar terbaik PMR PELAJAR TERAKHIR ( muzik Gamelan berhenti) (MOHON TUAN UTK TERUS BERADA DI PENTAS) Hadirin yang dihormati, Sebagai tanda kasih dan tanda penghargaan , dipersilakan Tn. Hj. Sulaiman untuk menerima tanda hati daripada pihak sekolah. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Sulaiman dan Tn. Hj. Omar. PERSEMBAHAN PELAJAR (CINA) HADIRIN SEKALIAN, BAGI MENERUSKAN ACARA, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN DARI PELAJAR-PELAJAR KAUM CINA. MARILAH SAMA-SAMA KITA BERI TEPUKAN SEMANGAT KEPADA ANAK-ANAK INI. DIPERSILAKAN. PERSEMBAHAN MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN YANG BEGITU MENGHIBURKAN. SESUNGGUHNYA, MEREKA JUGA ADALAH PERMATA YANG AKAN BERSINAR SUATU HARI NANTI. UNTUK MAKLUMAN PARA HADIRIN, PERSEMBAHAN ITU TADI ADALAH DI BAWAH BIMBINGAN PN. LEI AI PIN. PENYAMPAIAN ANUGERAH STPM 2012 Hadirin sekalian, Penyampaian anugerah yang seterusnya ialah ANUGERAH pelajar-pelajar Cemerlang STPM 2012 yang mendapat CGPA 2.5 dan keatas. Untuk itu majlis mempersilakan Yang Dihormati Dr. Md Asrul Nasid Bin Masrom, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan dan Pembinaan, UTHM diiringi oleh En. Rahim Bin Rosdi ke

pentas utama untuk menyampaikan anugerah. Dengan hormatnya dipersilakan. (MUZIK GAMELAN BERMULA) Penerima Anugerah Cemerlang STPM 2012 dimulakan dengan.. PELAJAR TERAKHIR Seterusnya adalah anugerah pelajar-pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Dalaman 2012. Penerima Anugerah Cemerlang Peperiksaan Dalaman 2012 dimulakan dengan.. PELAJAR TERAKHIR ( MUZIK GAMELAN BERHENTI) (MOHON TUAN UTK TERUS BERADA DI PENTAS) Hadirin yang dihormati, Sebagai tanda kasih dan tanda penghargaan , dipersilakan Yang Dihormati Dr. Md Asrul Nasid Bin Masrom untuk menerima tanda hati daripada pihak sekolah. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Md Asrul Nasid Bin Masrom dan En. Rahim Bin Rosdi. PERSEMBAHAN PELAJAR (INDIA) MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH BERHENTI SEKETIKA BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA PERSEMBAHAN PELAJAR. Adat tuan adat berserah Mari datang membawa puan Adat bersirih adat sejarah Untuk tuan kami sembahkan DENGAN ITU, MARILAH SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN TARIAN DARIPADA PELAJAR-PELAJAR KAUM INDIA. DIPERSILAKAN. PERSEMBAHAN MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PELAJAR-PELAJAR KAUM INDIA ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI. PERSEMBAHAN ITU TADI ADALAH DI BAWAH BIMBINGAN CIK THINAGARI. SESUNGGUHNYA SMK PALOH TIDAK PERNAH KETANDUSAN DALAM MELAHIRKAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERBAKAT DALAM PELBAGAI BIDANG. PENYAMPAIAN ANUGERAH SPM 2012 Hadirin sekalian, Penyampaian anugerah yang seterusnya ialah ANUGERAH pelajar-pelajar Cemerlang SPM 2012. Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berhormat En. Teoh Yap Kun, Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh diiringi oleh Pn. Hjh Saloma Hj Zaini

ke pentas utama untuk menyampaikan anugerah. Dengan hormatnya dipersilakan. (MUZIK GAMELAN BERMULA) Penerima Anugerah Cemerlang STM 2012 dimulakan dengan.. PELAJAR TERAKHIR ( MUZIK GAMELAN BERHENTI) (MOHON TUAN UTK TERUS BERADA DI PENTAS) Hadirin yang dihormati, Adat orang bertandang, kehadiran dialu-alukan, kepulangan diraikansebagai tanda kasih dan tanda penghargaan , majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Pn Hjh Saloma Binti Hj. Zaini untuk menyampaikan tanda hati kepada YB En. Teoh Yap Kun. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua dan YB En Teoh Yap Kun. PENUTUP Dengan penyampaian tanda hati itu tadi, majlis kita sudah tiba dipenghujungnya. Kami bagi pihak AJK Pelaksana , mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah.Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa iltizam yang padu. Bagi pihak sekolah , majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Tetamu jemputan dan semua hadirin yang turut sama meluangkan masa untuk hadir pada majlis ini. Tenang-tenang air di kali Tempat mandian putra puteri Sempurna sudah majlis dirai Salah dan silap harap dimaafi Sebelum tirai dilabuh, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku. Sekian . Wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt. Dijemput para tetamu untuk ke bilik gerakan untuk jamuan ringan.

Anda mungkin juga menyukai