Anda di halaman 1dari 7

*pastikan telefon bimbit anda berada dalam mod senyap *kurangkan aktiviti keluar masuk dewan utk menghormati

majlis dan tetamu kehormat. *sesi soal jawab, penyoal bersedia.

Mengumumkan ketibaan Tuan Haji Abdul Kadir bin Basiran Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh dan tetamu undangan Ustazah Fatimah Syarha dan Pn Haryati bt Hamzah masuk ke dalam dewan.

Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari pulau mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt, salam sejahtera , salam perak aman jaya, salam 1 malaysia. Diucapkan kepada yang berbahagian, Tn Hj Abd Kadir bin basiran, pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Yang berusaha Tn Hj Mat Akhir bin Abdullah, Timbalan Pengarah, IPG Kampus Ipoh, Yang Berusaha En Khairul Anwar El Syazali bin Musa, Presiden Majlis Belia Negeri Perak. Yang dihormati panel jemputan, Pn Fatimah Syarha bt Mohd Nordin dan Pn Haryati bt Hamzah Yang berusaha ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah seterusnya para pelatih yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya bagi pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih, terutamanya kepada dif-dif terhormat, jemputan-jemputan majlis, dan yang paling dihargai ialah saudari panel yang sudi meluangkan masa dan ruang untuk sama-sama berkongsi tinta ilmu dalam forum kita pada malam ini yang diberi judul Jika Aku Jatuh Hati Warga dewan yang dihormati sekalian, Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis menjemput saudara Mohamad Faiq Fakhrullah untuk memimpin bacaan doa. Amin, amin ya rabbal alamin.. Hadirin sekalian, tanpa membuang masa, majlis menjemput TN Hj Abdul Kadir b basiran, Pengarah IPG Kampus Ipoh utk menyampaikan ucapan aluan seterusnya menyempurnakan gimik perasmian sempena Karnival Sebarkan Bahagia 2012 IPG KAMPUS IPOH. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*Terima kasih Tn Pengarah. Seterusnya para hadirin sekalian, kita akan dihidangkan dengan persembahan montaj dari pihak penganjur Karnival Sebarkan Bahagia. Begitulah persembahan montaj kita pada malam ini Hadirin sekalian, sebelum majlis diteruskan lagi dengan agenda utama kita pada malam ini, izinkan saya untuk menyampaikan kepada anda serba sedikit latar belakang panel jemputan kita pada malam ini. Dimulakan dengan Pn Fatimah Syarha atau lebih dikenali sebagai ustazah Fatimah, beliau merupakan seorang penceramah motivasi, penulis novel yang sangat terkenal juga merupakan seorang pensyarah dan ibu kepada seorang cahaya mata. Diberi nama penuh Fatimah Syarha Binti HJ. Mohd Noordin. Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Kuala Terengganu. Kini menetap di Kuala Lumpur bersama suami tercinta, Dr.Farhan Hadi bin Hj. Mohd Taib. Merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Kemudian mengambil Ijazah Bacaan Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh

Ahmad Kiftaro, Damsyiq , Syria . Menyambung pengajian peringkat 'Master' di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Beliau juga berkhidmat sebagai editor dan penulis di Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd dan pernah dinobatkan sebagai novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP 2006. Antara karyanya yang terkenal ialah Seindah Mawar Berduri, Tautan Hati, Syabab, Musafir Kasih, Petua Membuat Orang Jatuh Cinta dan Duhai Teman Sejatiku. Mula berkarya dengan Telaga Biru Sdn. Bhd. pada Disember 2005. Itulah serba sedikit biodata diri Ustazah Fatimah.

Beralih pula kepada Kak Yatt kita, izinkan kami memanggil kak yatt dengan panggilan kakak, nampak mesra sikit ye.. Nama penuh beliau ialah Haryati bt Hamzah, dilahirkan pada 13 April 1980 (same pula dengan pengacara majlis).. dilahirkan di Muar, Johor. Status sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang bernama SUCI HANANIA MALIKA. Beliau juga merupakan seorang graduan ijazah Sarjana muda kepujian komunikasi massa dan pengajian

media. Beliau sebelum ini lebih dikenali dalam gelanggang persembahan seperti pelakon dan pengacaraan tetapi kini lebih tertumpu kepada menyampaikan ilmu bersama-sama rakan-rakan setelah penghijrahan beliau. *Untuk berkenalan lebih lanjut dengan ahli panel kita, eloklah majlis diteruskan dengan menjemput Saudara Haziq bin Abdul Haris Yang dipertua jawatankuasa kepimpinan pelajar merangkap moderator forum kita pada malam ini untuk menjemput ahli-ahli panel naik ke atas pentas untuk membuka gelanggang forum kita yang bertajuk JIKA AKU JATUH HATI. Dipersilakan Hadirin sekalian, maka dengan itu, berlalulah sudah pusingan pertama forum JIKA AKU JATUH HATI, bagaimana hadirin?sudah dengar apa kata hati anda? Pasti sudah berbisik sesuatu yang indah, harap ianya kekal indah tersemat padu dalam hati kalian. Baiklah, untuk santapan halwa telinga kita, majlis dengan berbesar hati menjemput kumpulan nasyid IPG KAMPUS IPOH untuk mempersembahkan nyanyian mereka, dipersilakan.

Sungguh merdu alunan suara, merdu lagi ungkapan bait lirik yang dipersembahkan, baiklah hadirin sekalian, pasti anda tidak sabar untuk meneruskan pusingan kedua forum kita, tanpa melengahkan masa, saya serahkan majlis kepada saudara moderator kita, teruskan haziq! ***Alhamdulillah, berakhir sudah kedua-dua pusingan forum kita, terima kasih atas perkongsian, amanat, kata-kata hikmat, dan pedoman yang disampaikan oleh ahli panel kita. Harapan yang tinggi disemat agar segala tinta ilmu yang dikutip sepanjang forum ini berlangsung dapat menjadikan kita hamba Allah yang lebih sempurna pada hari ini, lebih beriman dari hari semalam, dan lebih berinspirasi pada hari esok. Hadirin sekalian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati dari pihak penganjur, oleh itu majlis menjemput .................................. ketua pengarah projek Karnival Sebarkan bahagia, bagi mengiringi TN Hj Abdul Kadir b basiran pengarah IPG Kampus Ipoh untuk naik ke atas pentas bagi menyampaikan cenderahati kepada moderator dan ahli panel kita. Dijemput, saudara haziq selaku moderator, seterusnya Ustazah Fatimah Syarha, seterusnya Pn haryati bt Hamzah atau Kak Yat...

Terima kasih tuan pengarah atas kesudian menyampaikan hadiah. Hadirin sekalian, dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka berakhirlah sudah majlis Forum Jika Aku Jatuh Hati pada malam ini, ibarat pepatah mendaki sudah sampai ke puncak, mendayung sudah sampai ke muara, yang hilir sudah mudik ke tanjung, yang tanjung sudah pulang ke pengkalan, begitu juga dengan majlis yang berlangsung hari ini.yang baik datang dari Allah dan buruk itu kelemahan diri saya selaku pengerusi majlis pada hari ini. Majlis menjemput tetamu kehormat untuk menikmati jamuan ringan di bilik 5 bangunan budiman, Untuk ustazah fatimah dan kak yat, bolehkah akak memenuhi permintaan kami adik2 bakal cikgu untuk bergambar dan autograf? Sekian wabillahitaufik wal hidayah.wasslmualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai