Anda di halaman 1dari 82

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Hasil Pembelajaran
Menerangkan konsep modenisasi. Menghuraikan konsep dan proses pembangunan di Malaysia. Menjelaskan hubung kait antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.

Liputan Kuliah
BAB 4 : PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA 4.1 PENGENALAN 4.2 KONSEP MODENISASI 4.3 MODENISASI MALAYSIA 4.4 ISU-ISU UTAMA EKONOMI 4.5 KESIMPULAN

Pengenalan
Hubungan timbal balik antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia. Alat analisis :
modenisasi pembangunan ekonomi pembangunan politik

KONSEP MODENISASI
Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Perubahan sesuatu masyarakat berlangsung secara berencana atau tidak berencana. Perubahan berencana (modenisasi/pembangunan) adalah suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan. Modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.

Pembangunan Ekonomi: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian


Sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi untuk mencapai kemajuan dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri. Kaedah atau proses yang dilaksanakan untuk pembangunan ekonomi ;
Pembangunan teknologi : tradisional - saintifik dan canggih. Pembangunan pertanian : sara diri - komersial Industrialisasi : produksi secara besar-besaran. Urbanisasi : perpindahan penduduk ke bandar.

Pembangunan Ekonomi: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi adalah pertumbuhan yang lazimnya diukur dengan ukuran ekonomi seperti GNP (gross national product). Proses pembangunan ekonomi akan membawa kepada perubahan sosial yang menyeluruh kepada masyarakat, iaitu, daripada kehidupan yang bersifat tradisional, miskin atau mundur kepada kehidupan maju dan moden.

Modenisasi Di Eropah: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian


Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal hari ini memang bermula di Eropah Barat akibat daripada dua revolusi besar :
Revolusi Perancis (politik feudal) Revolusi Industri (ekonomi).

Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.

Modenisasi Di Eropah: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian


Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut :
Sudut falsafah yang berkaitan dengan pemahaman tentang kemajuan atau evolusi, yang akhirnya melahirkan pelbagai teori sosial tentang perubahan sosial. Sudut praktikal atau kenyataan yang merujuk kepada kemajuan yang dicapai di Eropah Barat.

Sudut falsafah
Teori evolusi merupakan teori yang sangat berpengaruh dalam perbincangan tentang kemajuan masyarakat. Evolusionisme berkait dengan gagasan bahawa perkembangan negara miskin ke arah menjadi masyarakat moden adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, sehingga dapat diramalkan. Dua aliran dalam menerangkan gagasan tersebut :
Bersifat sehala (unilinear) dalam perkembangan kebudayaan manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.

Sudut praktikal
Kemajuan ini bertitik tolak daripada berlakunya kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam sekitar. Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi, masyarakat di Eropah Barat mula mencari cara untuk mengatasi alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan. Hasilnya, Revolusi Industri pada abad ke-18.

Matlamat modenisasi di Eropah Barat


Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden. Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi sehingga dapat melaksanakan industrialisasi. Industrialisasi kemudiannya dilihat sebagai satu cara untuk meningkatkan perekonomian dan kemakmuran negara, yang dapat diukur dengan kaedah-kaedah perhitungan ekonomi seperti kadar pertumbuhan ekonomi dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK).

Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah
Dalam konteks global, idea tentang pemodenan berakar umbi dan tersebar melalui perkembangan yang berlaku di Eropah Barat. Dalam proses masyarakat Eropah Barat mencari dan menguasai alam sekitar, mengembangkan teknologi serta mengumpulkan kekayaan, semakin banyak sumber alam yang diperlukan. Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir dengan penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika dan Asia. Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan pembekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan

Penjajahan Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah


Dalam proses jual beli dan pertukaran barang, pedagang dan penjajah Eropah Barat mula menyusun ekonomi dunia, dengan daerah jajahan mempunyai peranan sebagai pengeluar bahan mentah. Negara Eropah Barat pula berperanan memproses bahan mentah tersebut menjadi barangan industri, bahan makanan dan pakaian untuk dijual kepada masyarakat di Eropah Barat dan negara-negara lain termasuk di tanah jajahan. Pada skala dunia, pola ekonomi dunia yang dibentuk ini dapat disebut sebagai pembahagian kerja kolonial atau internasional.

Penjajahan Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah


Ketika industrialisasi Eropah Barat mencapai tahap kematangan pada abad ke-19, keperluan terhadap komoditi lama dan baru semakin meningkat sehingga memerlukan peningkatan hasil di wilayah jajahan. Sehubungan itu, penjajah Eropah Barat telah membawa buruh dari wilayah yang berpenduduk ramai bekerja demi memenuhi keperluan industri di Eropah Barat. Perkembangan ini menyebabkan kebudayaan, kehidupan sosial dan politik masyarakat yang dijajah menjadi berubah. Sistem kerja kolonial ini dianggap sebagai punca kemunduran dan kegagalan negara membangun untuk berkembang maju seperti yang dikemukakan oleh
teori imperialisme - Lenin, teori pergantungan - Paul Baran teori dependency - Andre Gunder Frank.

Penjajahan Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah


Masyarakat bukan Eropah Barat yang dijajah dianggap sebagai ketinggalan. Masyarakat Eropah ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih maju dan moden. Proses penjajajahan memunculkan pandangan bahawa masyarakat bukan Eropah Barat yang ketinggalan harus mencontohi organisasi sosial dan cara hidup masyarakat Eropah Barat. Kegagalan masyarakat bukan Eropah Barat mengubah atau mengorganisasi kehidupan mereka menjadi seperti masyarakat Eropah Barat dianggap sebagai underdevelopment.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan


Pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah Barat telah menjadi model atau contoh bagi pembangunan ekonomi dan politik di negara-negara membangun. Dua proses yang tampak serupa walaupun sebenarnya tidak sama:
Pemodenan adalah suatu proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian. Pembaratan adalah suatu proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan


Dalam proses kemerdekaan wilayah jajahan, negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara. Ada dua aspek utama yang ditiru :
Aspek politik : Model negara-bangsa dan demokrasi politik. Aspek ekonomi : Model berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi.

Jadi apabila sesebuah wilayah jajahan merdeka, sistem yang ada dilanjutkan dengan sedikit penyesuaian dan mempunyai struktur baru namun masih mengekalkan model Eropah Barat atau model Barat.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan


Model Eropah Barat pada asasnya dipengaruhi oleh perspektif modenisasi yang bertitik tolak daripada falsafah evolusi (suatu proses yang bersifat sehala). Penjelasan tentang pembangunan dibuat dengan membezakan antara masyarakat tradisional dengan moden. Pembangunan dianggap akan dapat dicapai sekiranya nilai dan unsur tradisional digantikan dengan nilai dan unsur moden. Termasuk dalam perspektif ini adalah :
teori ideal typical index - Rostow, Hoselitz dan Nash (1963), teori difusi - Moore dan Feldman.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan


Pembangunan hanya muncul sebagai satu strategi yang bersifat universal pada era selepas Perang Dunia Kedua setelah negara-negara baru merdeka bergabung dalam komuniti dunia dan mengejar pembangunan. PBB telah menyusun program bantuan antarabangsa berdasarkan perspektif modenisasi kerana negara baru mendapat bantuan pinjaman kewangan dan nasihat daripada Bank Dunia atau Dana Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund - IMF) bagi melaksanakan pembangunan. Bank Dunia dan IMF turut menyebarkan idea projek pembangunan, mempengaruhi negara membangun supaya meniru dan mengguna pakai model pembangunan industri dan teknologi Barat yang berintensifkan modal.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan


Pembangunan boleh diertikan sebagai perubahan yang terarah, mungkin dalam bentuk :
mengembangkan kepercayaan masyarakat (daripada yang bersifat agama kepada sekular), dalam pola-pola sosial mereka (daripada yang bersifat luar bandar kepada masyarakat bandar), dalam erti material (penggunaan tenaga haiwan kepada tenaga jentera untuk melaksanakan proses produksi).

Pembangunan boleh difahami sebagai perubahan sosial dan pertumbuhan ekonomi yang terancang yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan


Kemunculan negara-negara baru di pertengahan abad ke-20, pemodenan telah diinstitusikan sebagai satu operasi antarabangsa. Ketika itu, pemodenan dijadikan satu usaha pada peringkat antarabangsa untuk membawa semua wilayah bukan Eropah Barat ke dalam bentuk kehidupan masyarakat Eropah Barat dengan cara meningkatkan taraf kehidupan mereka. Sesebuah negara bangsa diikutsertakan ke dalam hubungan peringkat antarabangsa atau global. Sesebuah negara-bangsa mendapat bantuan ketenteraan, sosial dan teknikal sebagai imbalan ke atas hubungan ekonomi mereka dengan negara kuasa besar, agensi antarabangsa dan firma global.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan


Pertengahan abad ke-20 merupakan zaman di mana dominasi Eropah Barat telah berakhir dan dunia memasuki zaman peradaban global. Menurut Barraclough (1978) ada tiga perkara yang menunjukkan ekonomi dunia telah dijalinkan bersama:
Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi yang secara fizikal menghubungkan berbagai-bagai wilayah di dunia. Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang diiringi oleh pola ketergantungan yang tinggi. Pengaliran modal yang besar, terutama dalam bentuk pelaburan secara langsung oleh firma Eropah Barat di daerah bukan-industri.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan


Pihak yang banyak berperanan dalam perkembangan ekonomi global adalah golongan kapitalis. Golongan kapitalis berusaha untuk mengembangkan dirinya melampaui batas negara dengan cara
mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi. mewujudkan institusi-institusi yang khusus seperti pasaran kewangan, pasaran komoditi, dan perpindahan hak milik harta yang merangsang dan memudahkan pertukaran ekonomi secara jarak jauh.

Hubungan ekonomi global disempurnakan dengan proses perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran kewangan, buruh migrasi, kerjasama organisasi dan ekonomi antarabangsa.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan


Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara baru dalam hubungan politik dan ekonomi antarabangsa, sehingga akhirnya dinamakan sebagai globalisasi. Dalam proses globalisasi, terdapat dua aktor yang tidak menggunakan negara-bangsa sebagai landasan kegiatan. Dalam bidang politik, aktor yang banyak berperanan adalah PBB, yang berusaha menggalakkan proses demokrasi politik berjalan di seluruh dunia. Dalam bidang ekonomi, aktor yang berperanan penting adalah golongan kapitalis yang membentuk multinational corporations (MNC) atau transnational corporations.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan


Berbagai strategi diambil oleh negara membangun untuk mengejar pertumbuhan ekonomi, sama ada dengan menyusun semula ekonomi nasional atau melaksanakan industrialisasi dengan meniru model pembangunan industri dari Eropah Barat. Bagi negara membangun yang menganggotai dan mendapat pinjaman daripada Bank Dunia, mekanisma perancangan biasanya diperolehi pada Bank Dunia. Langkah-langkah yang biasanya diusulkan oleh Bank Dunia kepada negara membangun :
melaksanakan reformasi tanah, meningkatkan infrastruktur, meningkatkan taraf pendidikan, meningkatkan pelaburan awam, melaksanakan industrialisasi gantian import (Import-Substitution Industrializaiton) Melaksanakan industrialisasi orientasi eksport (Export Oriented

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan


Pengalaman di negara-negara membangun memperlihatkan bahawa pemodenan dan pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah Barat telah menjadi model atau contoh untuk mengorak langkah ke arah pemodenan. Lazimnya, dengan bantuan agensi antarabangsa, proses pemodenan ekonomi dijalankan secara berencana dan langkah-langkah yang diambil pula disesuaikan dengan keadaan di dalam negara tersebut.

MODENISASI DI MALAYSIA
Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan kehadiran kolonial Inggeris. Sebagaimana negara baru yang lahir setelah Perang Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk melakukan pembangunan politik dan pembangunan ekonomi. Projek modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan kolonial Inggeris telah dilanjutkan dengan melakukan pelbagai perubahan dan

Komponen Ekonomi:
Pembangunan Ekonomi, Perindustrian, Kadar Pertumbuhan Dan Peningkatan Kualiti Hidup
Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri. Bagi mencapai tujuan tersebut, pada peringkat awal pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. Selanjutnya, pada akhir tahun 1960-an, pembangunan ekonomi mula diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport. Menjelang tahun 2000-an, Malaysia mula memberikan perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-

Komponen Politik:
Pembinaan Negara-Bangsa; Dasar Awam; Penilaian Pencapaian Dasar Awam; Integrasi Nasional
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan, yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik, iaitu, sekitar 8 hingga 9 % terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an. Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur dengan ukuran ekonomi seperti KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup, berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah. Akibat proses migrasi dan penjajahan, Malaysia, sebagai sebuah negara-bangsa yang sempadan wilayahnya terdiri daripada gabungan daerah yang berbeza, gabungan bangsa yang berbeza, gabungan kerajaan yang berbeza, isu pembinaan negara-bangsa adalah sangat penting. Menjadi impian atau sasaran bagi Malaysia untuk membina satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur.

Hubungan Etnik
dalam konteks Modenisasi Malaysia
Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial, khususnya, dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal). Kepada pihak kolonial Inggeris, komponen ekonomi penting untuk membangunkan ekonomi negara mereka. Begitu juga di Malaysia, pembangunan ekonomi bukan hanya untuk kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi landasan pembinaan negara-bangsa. Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal kalau pembangunan ekonomi tidak mantap, seperti yang kita saksikan berlaku di Afrika.

Acuan Ekonomi Malaysia:


Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti
Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui pengalaman dijajah kolonial Inggeris. Alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan industri di Eropah Barat. Begitu juga industri biji timah. Turut penting ialah pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks lagi mahal sebagai sokongan kepada industri asas, misalnya rangkaian landasan keretapi, jalanraya dan pelabuhan yang boleh menampung keperluan aktiviti import-eksport. Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut kumpulan etnik. Modal juga dipisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing, modal kaum Cina dan sebagainya.

Acuan Ekonomi Malaysia:


Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti Ciri-ciri unik yang tersulam dalam ekonomi Malaysia hasil peninggalan era penjajahan terus bertahan hingga saat ini. Aspek ekonomi dan etnisiti adalah dua perkara yang saling mempengaruhi dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain dalam kehidupan di Malaysia.

Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti Demografi, Politik dan Ekonomi Dalam aspek demografi, secara statistik, Melayu merupakan
etnik yang majoriti, manakala Cina dan India ialah kelompok minoriti. Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada 18.38 juta orang pada tahun 1991 kepada 23.27 juta pada tahun 2000. Bancian penduduk berdasarkan etnik pada tahun 2000 menunjukkan :
Etnik Melayu dan bumiputera lain adalah 65.1 peratus. Etnik Cina pula sebanyak 26.0 peratus. Etnik India sebanyak 7.7 peratus Selebihnya merupakan etnik lain-lain termasuk di Sabah dan

Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti Demografi, Politik dan Ekonomi


Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia tidak hanya dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi juga aspek demografi kerana secara umum jumlah suatu kelompok etnik menentukan secara langsung jumlah undi yang akan diperolehi dalam pilihanraya. Atas dasar itulah terdapat kebimbangan di kalangan etnik Cina tentang kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk etnik Cina mengalami kemerosotan. Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana mereka ingin memastikan etnik Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik. Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik Cina perlu dilihat tidak hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah nasional, iaitu terkait dengan masalah buruh dan produktiviti nasional.

Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti Demografi, Politik dan Ekonomi


Meskipun etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam aspek demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna etnik Melayu turut majoriti dalam bidang yang lain. Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik kekayaan. Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik yang lain. Perkara ini yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan etnik.

Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca berlakunya rusuhan kaum paling berdarah dalam tahun 1969. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah berupaya menjalankan dasar yang mengutamakan keseimbangan kepentingan setiap etnik yang ada di Malaysia. Di sebalik tumpuan kerajaan untuk mengutamakan pembangunan ekonomi dan menjadikan Malaysia salah sebuah negara moden dan maju di Asia, aspek keharmonian dan bekerjasama antara etnik tidak dilupakan.

Perancangan Pembangunan Lima Tahun


Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan tersebut, baik dari segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi. Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya dalam usaha untuk mendirikan Malayan Union. Dari segi ekonomi, kolonial Inggeris telah berjaya memperkenalkan institusi perancangan pembangunan di Persekutuan Tanah Melayu. Dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman Marshall Plan, yang telah berjaya membina kembali seluruh

Perancangan Pembangunan Lima Tahun


Pihak kolonial Inggeris telah merangka dan melaksanakan rancangan lima tahun pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberi nama Draft Development Plan 1950-1954 : sebagai asas kepada suatu tradisi perancangan moden, suatu institusi penting dan suatu alat politik berkesan yang menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia First Five-Year Tanah Melayu Plan 1955-60 : pimpinan tempatan telah diasuh dan diberikan tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya sendiri melalui pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pilihanraya Umum tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Second Five Year Tanah Melayu Plan 1961-65 diperkenalkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pimpinan tempatan. Walaupun daripada segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan pembangunan kolonial Inggeris, namun daripada segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian.

Perancangan Pembangunan Lima Tahun


Rancangan Malaysia Pertama 1966-70. merupakan rancangan pembangunan yang menekan usaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia. Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), merupakan rancangan pembangunan yang menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua. Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996) merupakan rancangan pembangunan yang menitik beratkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2006) pula mula memberi perhatian ke atas industri berteraskan Kekonomi. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), tumpuan diberikan tidak hanya kepada industri berteraskan K-ekonomi tetapi turut memberi

Dasar-Dasar Awam:
Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi
Pada tahun 1960an dan 1970an, meskipun pembangunan ekonomi sudah diarahkan kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan. Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, FELCRA dan MARA. Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal, seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan. Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia pada masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan K-ekonomi. Dasar-dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik

ISU-ISU UTAMA EKONOMI


Dalam kes di Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan pendapatan menurut golongan etnik. Beberapa isu penting :
Antara Pertumbuhan dan Agihan Antara Equality dan Equity

Antara Pertumbuhan dan Agihan


Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat dilihat dua sudut,
antara kelas sosial yang berbeza. antara kelompok etnik yang berbeza.

Pada dasarnya isu pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan adalah isu yang pernah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru.

Antara Equality dan Equity


Isu equity atau keadilan dan equality atau kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia sudah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undangundang.

Antara Equality dan Equity


Fasal (8) Perkara (1) telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus diperjuangkan dan dicapai di Malaysia dengan meninjau semula Fasal (153) yang berkaitan tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera. Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya mereka faham tentang sejarah Malaysia dan apa yang dinyatakan dalam Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia menyatakan: kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik


Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak Inggeris menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara wilayah bandar dan luar bandar, dan selanjutnya terdapat jurang perbezaan ekonomi antara kelompok etnik. Sesuai dengan semangat dan aspirasi Fasal (153) dan Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia, serta pengalaman yang dialami semasa peristiwa 13 Mei, 1969, Dasar Ekonomi Baru dirangka agar dapat memberi peluang kepada kelompok etnik Melayu meningkatkan kemampuan ekonomi mereka supaya tidak ketinggalan berbanding kelompok etnik lain. Banci penduduk tahun 1970 menunjukkan bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Daripada jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.

Kaum

Kadar Kemiskinan Pendapatan Purata Keluarga (% ) Sebulan (RM) 64.8 26.0 39.2 172.00 392.00 304.00

Melayu Cina India

Lain-lain

44.8

813.00

Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik 1970

Pemilikan

Jumlah Pemilikan ( RM Juta ) 279.6 168.7 110.9 2233.2 4051.3 6564.1

Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah a. Bumiputera Perseorangan b. Agensi Amanah Bukan Bumiputera Warganegara Asing Jumlah

4.3 2.6 1.7 34.0 61.7 100.0

Kadar Pemilikan Berdasarkan Kelompok Etnik 1970

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik


Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kelompok etnik turut menunjukkan ketidakseimbangan. Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan majoriti dengan meliputi 67.6 %, etnik Cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik India berjumlah 11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %. Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi dengan jumlah 58.7 %, etnik Melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik India sebanyak 8.5 % dan lain-lain kelompok sebanyak 0.7 %. Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam, pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam, etnik Melayu meliputi 42.6 %, etnik Cina 45.5 %, etnik India 10.7 % dan lain-lain kelompok sebanyak 1.2 %.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik


Ketidakmerataan tersebut dipercayai menjadi sebab utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969. Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun iaitu daripada 1971-1990 yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar yang diperkenalkan dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik


Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu, mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluangpeluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Antara matlamat DEB ialah menyusun semula pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 % menjelang tahun 1990.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik


Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosia,l ekonomi dan projek pembangunan : Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelopmpok etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah. Memodenkan kehidupan di luar bandar. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kelompok etnik di Malaysia. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan lainlain.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik


Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru, iaitu:
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 Menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Hubungan Etnik


Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara dan dilaksanakan melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih daripada pihak kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran seluruh rakyat, termasuk daripada sektor swasta. Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan 30 % pemilikan saham oleh golongan Bumiputera dan bukannya 100 % pemilikan saham. Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru sebagai suatu dasar yang bersifat diskriminatif.

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi


Antara masalah utama dihadapi oleh negara yang mempunyai berbilang etnik seperti Malaysia adalah menentukan bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan penting dalam konteks pembinaan negarabangsa kerana ia berkait dengan persoalan ideologi, nasionalisme, integrasi nasional, dan identiti nasional. Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi yang diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Dalam hal ini, kerajaan Malaysia melihat pendidikan sebagai salah satu alat untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi dan politik. Adalah diharap bahasa kebangsaan dapat menjadi satu medium komunikasi yang memupuk perpaduan nasional. Melalui pendidikan juga, diharapkan golongan Bumiputera dapat meningkatkan

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi


Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dicurigai oleh sesetengah golongan, terutama dalam tahun-tahun 60-an. Terdapat pihak yang khuatir dasar tersebut boleh menghakis dan seterusnya menghapuskan bahasa, budaya dan kepentingan pendidikan kelompok bukan Melayu. Golongan elit yang terdidik dan terbiasa berbahasa Inggeris pula khuatir pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan akan menyebabkan prestasi pentadbiran negara dan sistem pendidikan kebangsaan akan mengalami kemerosotan.

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi


Setelah lebih 45 tahun bahasa Melayu diguna pakai sebagai bahasa rasmi negara, ternyata tanggapan negatif tentang kemampuan bahasa Melayu adalah tidak tepat. Majoriti penduduk Malaysia menerima dasar bahasa kebangsaan. Apa yang penting, bahasa-bahasa lain masih dapat bertahan kerana dasar bahasa kebangsaan membenarkan bahasa-bahasa lain digunakan dengan bebas dalam semua bidang kecuali untuk "maksud rasmi" kerajaan.

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi


Isu pendidikan menjadi semakin kompleks apabila Perlembagaan Malaysia dan sistem pendidikan nasional membolehkan wujudnya sistem pendidikan vernakular. Isu pendidikan semakin mendapat perhatian apabila pihak kerajaan melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Apa yang perlu difahami di sini ialah bahasa Inggeris dianggap mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, baik di peringkal lokal mahupun internasional. Bagi sesetengah pihak, bahasa Inggeris dianggap penting sebagai "bahasa kemajuan". Pada masa yang sama, terdapat pihak yang bertegas bahawa peranan bahasa Melayu tidak hanya sebagai "bahasa perpaduan" dan "bahasa rasmi" negara tetapi boleh diangkat tarafnya sebagai bahasa yang mempunyai nilai

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi


Pertembungan antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris tersebut akhirnya terjelma dalam pelaksanaan dasar tentang bahasa. Setelah tahun 1990, pihak kerajaan seolah-olah melaksanakan dua jenis dasar bahasa di Malaysia. Dasar yang memartabatkan Bahasa Melayu sebagai "bahasa perpaduan", Dasar yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa untuk mencapai kemajuan negara dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah.

Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti: Bahasa, Sains dan Ekonomi


Dalam pertembungan ini, tentunya dapat diduga bahawa bahasa Inggeris yang akan menjadi pilihan ramai kerana ia mempunyai nilai ekonomi yang lebih tinggi terutama di mata pihak swasta. Akhirnya, akan lahir pula keadaan di mana terdapat penggunaan bahasa mengikut sektor, iaitu sektor awam atau sektor swasta. Sektor awam atau sektor kerajaan menggunakan Bahasa Melayu Sektor swasta menggunakan bahasa-bahasa lain, terutama bahasa Inggeris. Keputusan kerajaan menonjolkan penggunaan bahasa Inggeris tidak perlu dipersoalkan kerana kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat

Globalisasi , Ekonomi Malaysia dan Hubungan Etnik


Pada dasarnya kejayaan ekonomi Asia pada tahun 1980an dan 1990an adalah dipengaruhi oleh proses globalisasi, yang antara lain ditandai dengan banyak aliran masuk modal asing dan pelaksanaan dasar liberalisasi kewangan. Akibat daripada aliran keluar masuk modal asing juga menyebabkan negara-negara Asia termasuk Malaysia mengalami krisis ekonomi pada tahun 1985-1986 dan pada tahun 1997-1998. Dalam konteks kehidupan di Malaysia, ia harus dilihat kesannya ke atas syarikat-syarikat yang dimiliki oleh usahawan Melayu dan bukan Melayu.

Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98: Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
Kebanyakan syarikat milik usahawan bukan Melayu telah mempunyai pengalaman yang lebih lama dan luas, maka mereka lebih berkemampuan untuk menghadapi krisis ekonomi. Syarikat-syarikat milik golongan Bumiputera, yang kebanyakannya lahir daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan, terpaksa berhempas pulas untuk bertahan. Pada pertengahan 1998, terdapat lebih 25, 000 syarikat dalam kategori industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengalami masalah dan terdapat 191 buah syarikat yang majoriti sahamnya dimiliki golongan Bumiputera telah muflis. Sepintas lalu keadaan tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa golongan usahawan Bumiputera tidak mempunyai kemampuan yang jitu dalam dunia perniagaan dan perdagangan.

Krisis Besar Ekonomi 1985-86, 1997-98: Implikasi terhadap Usahawan Melayu dan Bukan Melayu
Proses globalisasi ialah proses yang berlangsung berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal, tanpa mengambil kira faktor etnik. Oleh yang demikian, pihak yang dapat memanfaatkan daripada proses globalisasi ialah pihak yang bermodal. Dalam hal ini, golongan usahawan Bumiputera menghadapi cabaran yang cukup getir kerana mereka merupakan golongan yang masih baru dalam dunia perniagaan dan tidak mempunyai modal yang cukup mapan.

Ekonomi Islam dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia


Idea untuk menubuhkan perbankan Islam di Malaysia bertitik tolak daripada penubuhan Bank Islam yang pertama di dunia iaitu Dubai Islamic Bank di Dubai, U.A.E dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun 1975. Rentetan daripada penubuhan kedua bank tersebut, penubuhan institusi kewangan secara Islam di seluruh dunia berlangsung dengan pesat antara tahun 1976 hingga 1985. Beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran bertindak menukarkan sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Islam. Ekoran kejayaan bank-bank Islam di negara-negara tersebut, masyarakat Islam di Malaysia turut menggesa agar pihak kerajaan menubuhkan bank Islam sebagai alternatif kepada

Ekonomi Islam dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia


Setelah menimbang gesaan dan keperluan masyarakat Islam di Malaysia, pada tahun 1983 pihak kerajaan mewartakan Akta Bank Islam 1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983 dan diikuti dengan penubuhan Bank Islam Malaysia. Sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia terhadap perbankan Islam sangat positif sehingga membawa kepada pembentukan pasaran kewangan berasaskan prinsip Islam dan lain-lain pengantara kewangan,
Syarikat-Syarikat Takaful, Pasaran Modal Islam, Ekuiti Modal Islam, Pasaran Kewangan Antarabangsa Islam, AIBIM (Association of Islamic Banking Institutions In Malaysia) BFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia).

Ekonomi Islam dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia


Bagi melengkapkan operasi bank-bank Islam dan institusi-institusi perbankan Islam, Syarikat-syarikat Takaful telah ditubuhkan. Operasi syarikat-syarikat takaful dikawalselia di bawah Akta Takaful 1984. Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) yang ditubuhkan pada tahun 1984 adalah syarikat takaful yang pertama di Malaysia. Takaful Nasional Sendirian Berhad adalah syarikat takaful yang kedua di Malaysia. Takaful keluarga dan takaful am menunjukkan pertumbuhan yang pesat, iaitu, pertumbuhan tahunan sebanyak 68% daripada tahun 1986 hingga 2000.

Ekonomi Islam dalam Ekonomi Arus Perdana Malaysia


Dapat dikatakan bahawa sistem perbankan Islam telah menjadi penyumbang kepada perekonomian negara. Sistem perbankan Islam ialah sistem perekonomian yang diidam-idamkan oleh umat Islam di Malaysia setelah aspek perekonomian Islam dipisahkan daripada kehidupan mereka oleh pihak Inggeris pada zaman penjajahan.

Dasar Penswastaan Dalam Konteks Hubungan Etnik


Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan hasrat untuk memulakan Dasar Penswastaan pada tahun 1983. Pada dasarnya, penswastaan melibatkan peralihan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta. Penswastaan ialah konsep yang bertentangan dengan pemiliknegaraan (nationalization), iaitu, satu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam ekonomi.

Dasar Penswastaan Dalam Konteks Hubungan Etnik


Tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan, iaitu: Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan. Meningkatkan persaingan, memperbaiki kecekapan dan menambah produktiviti. Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian. Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam. Membantu pencapaian matlamat DEB.

Industri Otomobil Nasional dan Penglibatan Etnik


Pada awal tahun 1980-an, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad memulakan program Industri Otomobil Nasional. Program ini dilaksanakan selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencapai matlamat pemindahan teknologi moden. Pada masa yang sama, industri automobil nasional merupakan sebahagian daripada Rancangan Perindustrian Negara, yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian perindustrian negara. Secara tersirat, industri automobil nasional diharapkan dapat menjadi wadah bagi penglibatan golongan Melayu dalam sektor perindustrian umumnya dan industri automobil dan pengedaran automobil khususnya.

Industri Otomobil Nasional dan Penglibatan Etnik


Dasar Automotif Negara menggariskan beberapa matlamat, iaitu:
Meningkatkan kemampuan bersaing sektor automotif tempatan, khususnya bagi syarikat-syarikat pengeluar kereta nasional. Menjadikan Malaysia sebagai hub automotif serantau. Mengekalkan nilai tambah dan kemampuan ekonomi domestik. Meningkatkan jumlah eksport kenderaan, komponen dan alat ganti ke pasaran antarabangsa. Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam sektor automotif tempatan. Untuk memelihara kepentingan pengguna daripada segi nilai wang, keselamatan dan kualiti produk serta perkhidmatan.

Industri Otomobil Nasional dan Penglibatan Etnik


Program Industri Otomobil Nasional dimulakan dengan penubuhan PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) pada 7 Mei 1983 Pada 1 Julai 1985, pengeluaran secara komersial model kereta nasional yang pertama, iaitu, Proton Saga dilancarkan.

Industri Otomobil Nasional dan Penglibatan Etnik


Bagi memastikan perjalanan industri automobil nasional berjalan dengan baik, pihak kerajaan mengamalkan dasar melindungi industri automotif negara melalui beberapa mekanisme, seperti duti eksais dan beberapa insentif lain. Setelah 20 tahun berlalu, kini pihak kerajaan Malaysia telah mengumumkan Dasar Automotif Negara (DAN). Dasar tersebut digubal bagi menghadapi cabaran liberalisasi ekonomi dan persaingan global. Secara keseluruhan, tujuan utama Dasar Automotif Negara ialah merangsang pertumbuhan nilai ekonomi yang mapan sehingga dapat memaksimumkan sumbangan sektor automotif terhadap ekonomi negara dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada pengguna.

KESIMPULAN
Aspek ekonomi dan etnisiti dalam kehidupan di Malaysia ialah dua hal yang tidak dapat dipisahkan, saling mempengaruhi dan saling menentukan antara satu sama lain. Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang mencatatkan peningkatan positif adalah bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia. Pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif dalam konteks hubungan etnik. kemiskinan tanpa mengira etnik sudah dapat diatasi. penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara etnik adalah seimbang Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, telah menyebabkan proses perpaduan terus berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai