Anda di halaman 1dari 9

KERAJAAN MALAYSIA ________________________________________________

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN BILANGAN 1 TAHUN 2006


________________________________________________

TUNTUTAN PERJALANAN GURU DAN PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN


JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL MALAYSIA

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN BILANGAN 1 TAHUN 2006 TUNTUTAN PERJALANAN BAGI GURU DAN PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN 1. TUJUAN Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan tentang kadar baru tuntutan tambang perjalanan serta syaratsyarat membuat tuntutan bagi Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan. 2. LATAR BELAKANG Selain daripada bertugas di kelas, Guru dan Penolong Guru juga dikehendaki menjalankan tugastugas lain yang ditentukan oleh Jabatan seperti menghadiri mesyuarat, bengkel hujung minggu dan aktivitiaktiviti luar Tabika. Untuk tujuan tersebut, mereka layak membuat tuntutan tambang perjalanan. 3. PEMAKAIAN Pekeliling ini hendaklah diikuti dan dipatuhi sepenuhnya oleh semua Pegawai Jabatan, Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan. 4. PEMBATALAN Dengan kuatkuasa pekeliling ini, semua yang disenaraikan di bawah adalah terbatal: 4.1 Panduan Pengurusan Kualiti Tabika Perpaduan bertarikh 27 Oktober 1995 dan

4.2 Pekeliling Pentadbiran Jabatan Perpaduan Negara Bil. 1 Tahun 2001 bertarikh 15 Januari 2001 ( JPN.01/419/13(3). 5. TARIKH KUATKUASA Surat pekeliling ini berkuatkuasa mulai dari tarikh surat ini dikeluarkan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, (DATO AZMAN @ AZMAN AMIN BIN HASSAN) Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan Perdana Menteri Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Jabatan Perdana Menteri 8 Ogos 2006 Dikelilingkan kepada: Semua Pengarah JPNIN Peringkat Negeri Semua Pegawai Perpaduan Daerah / Bahagian / Pen. PPM / Pem. PP Semua Guru dan Penolong Guru Tabika

TUNTUTAN PERJALANAN GURU DAN PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN 1. TUJUAN Penjelasan mengenai syaratsyarat dan kaedah/langkah membuat tuntutan tambang perjalanan yang betul adalah penting supaya Guru dan Penolong Guru dapat membuat tuntutan dengan kaedah yang betul dan mengikuti peraturan dan prosedur kewangan yang ditetapkan. 2. LATAR BELAKANG Peraturan bagi tuntutan perjalanan Guru dan Penolong Guru telah digariskan dalam Pekeliling Pentadbiran Tabika Perpaduan Bil.1 Tahun 2001. Walau bagaimanapun, bagi memantapkan dan menambahbaik peraturan tersebut, pindaan yang terkini diharapkan dapat membantu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan Guru dan Penolong Guru. 3. KADAR TUNTUTAN TAMBANG PERJALANAN Kadar tuntutan tambang perjalanan bagi tugastugas rasmi adalah tidak melebihi RM 60.00 (Ringgit Malaysia: Enam Puluh Sahaja) sebulan. 4. SUMBER KEWANGAN Wang bagi tuntutan perjalanan boleh diambil dari Akaun Tabika masing masing. Jabatan tidak akan mempertimbangkan sebarang peruntukan tambahan khusus bagi tuntutan perjalanan kecuali bagi menghadiri aktiviti / program anjuran Jabatan. 1

5. SYARATSYARAT TUNTUTAN Tuntutan tambang perjalanan Guru dan Penolong Guru boleh diluluskan oleh Pegawai Perpaduan Daerah / Bahagian / Pen. PPM / Pem. PP (Labuan/Perlis) dengan perakuan oleh Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah / Bahagian tertakluk kepada syaratsyarat berikut: (i) mengguna pengangkutan yang termurah sekali seperti bas dan feri. Jenis pengangkutan lain boleh dipertimbangkan mengikut keadaan tempat, kesesuaian dan masa mengikut budi bicara pegawai melulus (ii) Guru dan Penolong Guru yang menggunakan motor/kereta sendiri boleh membuat tuntutan pada kadar yang sama seperti di (i) (iii) borang tuntutan perjalanan seperti di Lampiran A perlu dikemukakan dengan bilbil / resit / suratsurat berkaitan untuk perakuan Pembantu Pegawai Perpaduan / Daerah / Bahagian dan kelulusan Pegawai Perpaduan / Daerah / Bahagian / Penolong Pegawai Perpaduan (Labuan/Perlis) pada tiaptiap bulan yang berkenaan. Tuntutan perjalanan tidak boleh dikumpulkan untuk dua bulan bagi tujuan pembayaran. (iv) pembayaran perlu dibuat dengan menggunakan baucer bayaran seperti di Lampiran B beserta dengan borang tuntutan perjalanan yang telah diluluskan. (v) tuntutan untuk menghadiri kursus anjuran Ibu Pejabat tidak boleh dibuat daripada Akaun Tabika kerana peruntukan bagi tujuan ini diambilkira dalam anggaran kursus dan waran akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat kepada negerinegeri berkenaan. Tuntutan ini hendaklah 2

menggunakan Borang Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3/2003 dan Perintah Am Bab B. 3

LAMPIRAN A Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri Untuk Bulan ............................. Nama : Pejabat : No. Kad Pengenalan: Jawatan : Guru/Penolong Guru Kumpulan : Gaji : Alamat Rumah : Bahagian : Tabika Perpaduan KENYATAAN TUNTUTAN WAKTU JARAK JUMLAH TARIKH BERTOLAK SAMPAI TUJUAN/TEMPAT ( KM ) ( RM ) JUMLAH 4

Saya mengaku bahawa : i. Perjalanan pada tarikhtarikh tersebut adalah benar dan di atas urusan rasmi kerajaan dan ii. Butirbutir dalam tuntutan saya ini adalah benar dan saya bertanggungjawab terhadapnya. Tarikh : .............................................. ............................................................... (Tandatangan Pegawai Yang Menuntut) (Nama : ) PERAKUAN PEGAWAI Disahkan bahawa pegawai ini telah melaksanakan urusan rasmi seperti kenyataan tuntutan. Disokong oleh : Tandatangan.......................................... (Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah / Bahagian) Diluluskan oleh : Tandatangan ...................................... (Pegawai Perpaduan Daerah / Bahagian / Pen.Pegawai Perpaduan) b.p : Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri _________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ 5

LAMPIRAN B No. Baucer: BAUCER BAYARAN TABIKA PERPADUAN ___________________________________________ ___________________________________________ ___________________________________________ ___________________________________________________________________ Bayar Kepada: ________________________ Tarikh: ____________ (Nama & Alamat) ________________________ ________________________ Tarikh Butirbutir Perbelanjaan Amaun RM Jumlah : Perbelanjaan ini diakui perlu seperti tersebut di atas. Bayaran sebanyak (Ringgit Malaysia: __________________________________________________________ ) ______________________ ( ) Diluluskan bayaran Tandatangan Penerima: ______________ No. K.P : ______________ Tarikh : ______________ ________________________ ( ) Pembayar 6

Anda mungkin juga menyukai