Anda di halaman 1dari 10

Nama No k/p Kursus Tajuk Kumpulan Pensyarah Tarikh

: : : : : : :

Mohd Azhar B Abd Malek 831005-12-5337 MTE 3102 Latihan Modul Mte 3102 m/s 26 MT3 Cik Nellie Gan 16 Julai 2011

Tugasan Jawab semua soalan berikut 1. Matematik adalah satu cabang ilmu dengan pelbagai makna. Nyatakan dan jelaskan tiga daripada makna-makna matematik tersebut Jawapan Pengenalan Perkataan matematik berasal daripada yunani (mathema) yang bermaksud sains, ilmu atau pembelajaran. Matematik juga merupakan salah satu cabang ilmu yang ditakrifkan dalam pelbagai makna. Terkandung di dalam matematik dua unsur yang utama, iaitu simbol (nombor, titik garisan, bentuk dan bahasa Matematik yang lain) dan prinsip (hukum, teori dan peraturan) Matematik juga diertikan sebagai satu cara yang sistematik yang membolehkan manusia mengetahui kuantiti dan nilai seperti saiz, laju, hala dan benda-benda atau di cakerawala.

Yunani (mathema)

Cabang ilmu pelbagai makna (*rujuk m/s seterusnya)

Matematik

Unsur Simbol dan prinsip

Pemudahcara kepada manusia

Cabang ilmu pelbagai makna Sedikit kupasan mengenai matematik sebagai satu cabang ilmu, o matematik dikaitkan sebagai cara untuk mencambah ilmu, ini kerana matematik mengajar manusia cara berfikir o o membimbing manusia menjalankan kajian (pola) o sebagai satu seni, alat kehidupan, bahasa dan, sebagai rekreasi

Matematik mengajar cara berfikir : berfikir secara matematik adalah satu cara berfikir yang menggunakan konsep, kemahiran dan kaedah matematik. o Semua manusia menghadapi masalah, manusia akan berusaha untuk mengetahui permasalahan dan menganalisis keadaan atau punca masalah sebelum menggunakan kaedah tertentu untuk menangani. o Cara pemikiran secara logik merupakan perkara penting dalam matematik iaitu berdasarkan kaedah menaakul umpamanya seperti : Penaakulan Secara Induktif dan, o Bermula dari pemerhatian kepada teori atau generalisasi o Mencari corak atau pola o Menetapkan hipotesis o Rumusan / kesimpulan / teori

pemerhatian

Corak/pola

hipotesis

teori

Penaakulan Secara Deduktif. o Bermula daripada teori kepada sesuatu perkara o Membuat hipotesis o Pengumpulan data o Pengesahan kepada teori asal

teori

hipotesis

pemerhatian

pengesahan

Matematik adalah suatu bahasa : bahasa matematik merupakan bahasa universal dan dapat diterjemahkan kepada pelbagai jenis bahasa. o Berikutan itulah matematik adalah sesuatu yang istimewa kerana mempunyai : Bahasa tersendiri Simbol Operasi tersendiri

o Simbol dan ungkapan yang dicipta memudahkan kefahaman dan proses pemikiran manusia. o Menjadikan operasi matematik ringkas, cepat dan tepat o Tatabahasa matematik : Hukum-hukum Teorem-teorem Rumus-rumus Simbol-simbol

Matematik adalah suatu kajian seni : terdapat unsur-unsur matematik dalam pelbagai bentuk seni. Antaranya ialah : o Seni muzik Unsur matematik yang terkandung dalam muzik berdasarkan kiraan dan perbezaan masa(bunyi ketukan,bunyi petikan) yang lebih dikenali sebagai not Keseragaman masa, perbezaan yang tepat menghasilkan seni muzik yang terbaik. o Seni bina Kemodenan sesuatu tamadun dilihat kepada pembangunan seni binanya. Unsur matematik merupakan tunjang utama kepada seni bina yang menarik. Konsep ukuran, ruang,jisim mempengaruhi keunikan sesuatu seni bina.

o Seni lukis Walaupun seseorang itu tidak pandai melukis dengan baik, secara semulajadinya seseorang akan membayangkan terlebih dahulu apa yang mahu dilukiskannya. Jelas dilihat kepada aspek ruang, dimensi dan corak bentuk. o Seni budaya Berkaitan dengan muzik, irama dan rentak tari mesti selari untuk menghasilkan persembahan yang menarik. Contohnya, penari akan menghafal langkah tarian berdasarkan perkiraan langkah dan peruntukan ruang. Jadi jelas unsur matematik juga terkandung dalam seni budaya.

Sebagai kesimpulannya matematik dapat membantu kita membuat keputusan yang penting dan melaksanakan tugas-tugas setiap hari.

2. Apakah maksud penyelesaian masalah dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran ? Jawapan Penyelesaian masalah merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan : o masalah berbentuk perkataan o Masalah bukan mekanis o Teka teki o Kuiz o Penggunaan kemahiran matematik dalam situasi sebenar (* Mook Soon Sang topik 12 m/s 317) Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, jenis penyelesaian masalah terbahagi kepada dua : o Masalah rutin Masalah matematik berbentuk mekanis Bertujuan melatih murid-murid menguasai kemahiran asas seperti ; Tambah, tolak, darab dan bahagi

o Masalah bukan rutin Penyelesaian masalah matematik menggunakan kemahiran, konsep atau prinsip matematik yang telah dikuasai terlebih dahulu Proses penyelesaian masalah memerlukan pelaksanaan sesuatu set aktiviti sistematik Pemilihan kaedah yang sesuai

Merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran, beberapa contoh model penyelesaian masalah boleh diguna pakai antaranya : o Model Polya Terbahagi kepada empat peringkat : Memahami Merancang Melaksana
6

o Model Lester

Semak dan penyelesaian

Terbahagi kepada enam peringkat Kesedaran masalah matematik Kefahaman masalah matematik Analisis objektif Perancangan strategi Perlaksanaan strategi Prosedur dan penyelesaian masalah

Lebih kepada kaedah analisis

Kedua-dua model digarap dan dilaksanakan lalu menghasilkan kaedah penyelesaian masalah

Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, masalah matematik boleh diselesaikan menggunakan cara : o Analisis o Analogi o Gambarajah o Deduksi

Keempat-empat

cara

tersebut,

menghasilkan

langkah-langkah

penyelesaian

seterusnya memberikan jawapan.

3. Jelaskan tiga matlamat pembelajaran penyelesaian masalah dalam matematik Jawapan Antara matlamat pembelajaran penyelesaian masalah matematik ialah : o Guru dapat merancang aktiviti yang berkaitan dengan strategi dan kaedah yang dipilih Di kalangan murid, ramai yang merasakan matematik sebagai sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada mereka Perancangan yang sesuai dan kaedah yang dipilih bertepatan dapat memberikan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan kepada murid-murid o Memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar dan belajar yang sesuai untuk menolong murid menyelesaikan masalah matematik Bahan bantu mengajar umpamanya seperti sebuah medium (alat). Kebanyakkan murid lambat menerima apa yang diajar oleh guru secara lisan Pemilihan bahan yang sesuai sedikit sebanyak dapat membantu murid menyelesaikan masalah matematik mereka. o Membuat renungan dan refleksi terhadap keberkesanan strategi dan kaedah yang dipilih Renungan dan refleksi adalah amat perlu, berpandukan kepada cara penaakulan secara induktif. Guru akan dapat menyediakan atau melaksanakan kaedah / cara lain untuk keberkesanan penyelesaian masalah matematik Secara dasarnya, jika guru dapat membuat refleksi dan renungan sedikit sebanyak dapat memperbaiki lagi serta meningkatkan keberkesanan strategi dan kaedah penyelesaian masalah sekaligus dapat menyelesaikan masalah pembelajaran murid-murid untuk subjek matematik.

4. Nyatakan kepentingan matematik kepada a. Anda sebagai individu i. Sebagai penyelesaian masalah ii. Memberi keselesaan hidup iii. Meransang perkembangan intelek seseorang iv. Meningkatkan perkembangan kognitif seseorang v. Memahami dasar ekonomi negara vi. Menjadikan seseorang berilmu pengetahuan vii. Menjadikan seseorang berakhlak mulia viii. Menjadikan seseorang bertanggungjawab

b. Masyarakat i. Mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu ii. Mewujudkan masyarakat yang adil dan demokrasi iii. Mewujudkan masyarakat yang progresif, berdaya saing dan berpandangan jauh iv. Membentuk sebuah masyarakat yang berbudi penyayang dan mempunyai peradaban

c. Negara i. Menentukan kemajuan sesebuah negara ii. Kemajuan sains dan teknologi bergantung kepada penggunaan matematik iii. Memperkukuhkan ekonomi sesebuah negara iv. Melahirkan rakyat yang mempunyai daya tahan tinggi dengan kemahiran serta v. Memperkukuhkan keselamatan dan hubungan diplomasi negara dengan negara luar

Rujukan

i.

Berinderjeet,K. (1997). "Awindow on problem solver's difficulties." Journal of Science and Mathematics in Education in S.E. Asia. Vol. XX (1)

ii.

Burton,L. (1980). "the Teaching of Mathematics to Young Children Using A Problem Solving Approach." Educational Studies In Mathematics. Vol. 1

iii.

Inder,W.R.D. (1982). "The nature of elementary mathematics and teaching it while emphasizing mathematics as a language." Journal of Science and Mathematics in Education in S.E. Asia. 5(1)

iv.

Mok Soon Sang (1996). Penyelesaian Masalah.Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.

10

Anda mungkin juga menyukai