Anda di halaman 1dari 7

Isi Kandungan Pengenalan ...................................................................................................................................... 2 Apresiasi Seni oleh Herbert Read ................................................................................................... 3 Penutup ........................................................................................................................................... 6 Rujukan ...........................................................................................................................................

Pengenalan Menurut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkaitrapat di dalam menghasilkan sesuat uproduk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan ianya indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga di aplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah member satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan member impak yang positif untuk seseorang individu. Menurut Pahlawi Web Al., (2007), Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. Kenyataan ini mendefinisikan bahawa seni adalah sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logic manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslim seperti jujur, rajin, taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek. Menurut Herbert Read dalam bukunya The Meaning of Arts, pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik (Art is Expression). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar ianya juga disediakan bagi murid untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik menggambar. Kanak-kanak boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Kanakkanak boleh menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi.

Apresiasi Seni oleh Herbert Read Herbert Read dikenali sebagai pengkritik seni. Read juga merupakan seorang professor seni halus di Universiti Edinburgh (1931-1933) dan editor trend Burlington magazine (1933-1938). Beliau juga adalah salah seorang penganjur World Exhibition of Surrealist London pada tahun 1936 dan editor buku Surrealisme, yang diterbitkan pada tahun 1936. Herbert Read mempunyai minat yang besar dalam subjek pendidikan terutamanya dalam bidang pendidikan seni. Sepanjang menjadi pendidik beliau telah menghasilkan beberapa majalah dan rujukan seperti Education Through Art (Read, 1943); Education of men freedom (Baca, 1944); Education at World Order (Read, 1948); Grass Read (1955) ; dan Robot (1970) Duapandangan Sir Herbert Read berkaitan teori perkembangan seni kanak-kanak ialahArt is creative self-expression dan Works of art express and communicate universal value. Ia menjelaskan bahawa menghargai sesuatu hasil karya seni adalah salah satu cara bagaimana seseorang itu boleh berinteraksi dengan diri sendiridan orang lain selain dapat menyuarakan rasa hati. Secara tidak langsung nilai-nilai estetik akan wujud pada diri setiap murid dan akhirnya dapat menghargai dan menilai apa yang dilihat. Disamping itu, seni lukis melibatkan skema dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama dalam kerja-kerja seni seperti lukisan. Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan seni kanak-kanak, guru dapat melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak dalam bahasa tampaknya. Kanak-kanak suka menggambarkan diri mereka sebagai ibubapa, guru-guru dan sebagainya. Mereka suka menggunakan daya imaginasi mereka. Mereka mempunyai interpretasi yang berbeza dengan karya yang di hasilkan oleh orang dewasa. Karya kanak-kanak bersifat peribadi, luahan dan ekspresif. Ini kerana lukisan merupakan alat komunikasi awal sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Aktiviti lukisan dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot kanak-kanak. Menerusi hasil karya kanak-kanak, kita dapat melihat cara mereka berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni menggambar kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Melalui hasilan murid yang disertakan ini, murid menggunakan teknik lukisan yang bersifat skematik. Ia banyak menggunakan symbol untuk mewakilkan objek sebenar. Lukisannya
4

juga banyak menggunakan bentuk geometri dan ruang digambarkan melalui 1 garisan dasar satah. Gambar makanan yang di hasilkan menunjukkan murid faham akan tema pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Temanya mungkin senang iaitu makanan, namun menggabungkan elemen-elemen makanan yang bervariasi memungkinkan murid yang berusia 9 tahun ini mempunyai idea yang tidak pelbagai namun, setelah hasilannya siap, murid tersebut berjaya menggabungkan beberapa jenis makanan yang sememangnya mereka pernah makan dan lihat. Dari segi penggunaan bahan, murid ini hanya menggunakan pensil warna dan kertas lukisan sahaja. Garisan yang dilakarkan ditebalkan menggunakan pensil warna untuk menonjolkan lagi bentuk imej makanan tersebut. Kualiti garisan member kesan ilusi, penegasan kepada objek yang dilukis dan boleh membentuk mod sesuatu karya. Bahan yang digunakan amat senang didapati dan memudahkan murid ini melahirkan apresiasi seninya dalam hasilannya. Melalui lukisan ini, murid ini cuba menunjukkan jenis makanan yang pernah mereka lihat dan makan. Sememangnya ia Nampak sedap dan dengan melihat lukisannya sahaja kita tahu

dan mampu menafsirkan apa yang cuba disampaikannya. Lukisan yang baik dapat dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi yang seterusnya menghasilkan karya seni yang kreatif. Dengan merujuk teori Herbert Read, jelas kita lihat bahawa kebanyakan seni yang dihasilkan adalah ekspresi individu terhadap keadaan disekelilingnya dan apa yang pernah dilaluinya. Sebagai guru pendidikan seni visual, aspek yang ditekankan perlulah merangkumi kesenian dalam aspek rohani, jasmani dan emosi untuk mencapai objektif seni dalam pendidikan. Sehubungan dengan itu, guru perlu membimbing dalam melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan seni seterusnya dapat membantu murid dalam menghasilkan karya yang kreatif dan inovatif. Penglibatan kanak-kanak didalam aktiviti seni visual khususnya dalam aktiviti menggambar yang dilaksanakan secara terancang dan tersusun, berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek sepertimana yang telah dinyatakan. Menerusi aktiviti menggambar, kanak-kanak akan menjadi saling hormat-menghormati. Dan seterusnya sikap ini dapat menjadi kesedaran untuk memupuk perasaan bertoleransi antara satu sama lain. Malah semangat kerjasama didalam aktiviti kumpulan dapat dibentuk.
5

Penutup Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesame manusia, kesenian adalah penghubung kepada faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran seni dikembangkan berdasarkan keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian awa lmanusia adalah ciptaan Allah SWT. Pengajaran seni bukan sahaja melibatkan seni halus sahaja tetapi pelajar perlu diajar untuk melihat, mengkritik dan memahami maksud, tujuan, hubungkait dan pengaruh seni itu sendiri. Kesimpulannya di sini dalam kehidupan harian kita sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan seni. Tidak kira sebesarmana peranannya terhadap kehidupan kita, namun kepentingan seni wajar dilihat sebagai satu kepentingan dalam kehidupan. Penglibatan seni hamper menyeluruh, terutama jika dilihat tentang penggunaan bahan peralatan di rumah, susunan perabot, pemilihan warna dan fesyen pakaian dan banyak lagi perkara yang bersangkutan dengan kehidupan. Semuanya ini mempunyai kaitan dengan seni dan falsafah masyarakat. Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindak balas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam konteks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini.

Rujukan Eisner, E.W. (1976). The Arts, Human Development andEducation. Berkeley: McCutchan Publishing Corporation Herbert Read. (1943). Education through Art. London, Faber. HasilanMuridTahun 3. Macdonald, Stuart. (1970). The History and Philosophy of Art Education. London, London University Press Mohd Johari Ab Hamid (Ed).(2004). PendidikanSeni Visual dan Muzik. UniversitiPendidikan Sultan Idris. TanjongMalim: MalindoPrinters Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai