Anda di halaman 1dari 2

Bidang Tugas Nama saya Ng Kit Yin dari PISMP PC 1 Semester 6.

Dalam Program Keceriaan dan Kebersihan dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini, saya telah memegang jawatan sebagai pengaturcara aktiviti, bidang tanggungjawab dalam jawatan ini adalah mengaturcarakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan memastikan aktiviti yang telah dirancangkan dalam dijalankan dengan lancar dan sempurna. Saya akan melakukan tugas dan tanggungjawab bagi jawatan saya ini dengan baik dan sempurna.

Berikut merupakan aktiviti yang akan dijalankan semasa program keceriaan dan kebersihan yang bakal dijalankan di sekolah. Aktiviti Yang Akan Dijalankan 1) Mengecat satu Tapak Permainan Mini Main Jingkat Tujuan : Pelajar dapat bermain permainan kecil ini di atas tapak tersebut semasa waktu rehat atau selepas persekolahan. Cara menjalankan aktiviti: i. Kami akan mengecat satu permainan kecil yang bernama Main Jingkat di atas lantai yang rata, supaya memudahkan pelajar untuk bermain pada bila-bila masa. ii. Terdapat 9 petak dalam permainan tersebut. iii. Terlebih dahulu, melukis pelan petak tersebut dengan kapur. iv. Kemudian, setiap petak diwarnakan dengan warna yang berlainan,kemudian dituliskan dengan nombor.Contohnya: Nombor Petak 1 2 3 4 Warna Merah Hijau Unggu Merah Jambu Nombor Petak 5 6 7 9 10 Warna Coklat Jingga Hitam Biru Kuning

Contoh Gambar:

2) Aktiviti Membersihkan kawasan sekolah. Tujuan: Kawasan sekolah sentiasa dalam keadaan yang bersih dan pelajar dapat belajar dengan selesa atau menimbulkan suasana yang ceria.

Cara menjalankan aktiviti: i. Mencabut rumput di taman bunga dalam kawasan sekolah.

ii. Mengutip sampah-sarap yang terdapat di kawasan sekolah dan membantu mengasingkan sampah seperti plastik, kertas dan botol mengikut recycle bin.

Anda mungkin juga menyukai