Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, 75400 DURIAN DAUN, MELAKA.

TAJUK: KERTAS KERJA PROGRAM PERASMIAN SAMBUTAN IHYA RAMADAN 1434 H TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR, MELAKA

TARIKH : 12 JULAI 2013 (3 Ramadan 1434 H)

ANJURAN : GURU PELATIH PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2010 Dengan kerjasama PANITIA AGAMA ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI KUNDOR, MELAKA

1.0

PENGENALAN

Bulan Ramadhan merupakan salah satu bulan yang mulia di sisi Allah SWT. Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah di mana puasa difardhukan kepada umat Islam yang wajib mengerjakannya. Sehubungan dengan itu kita digalakkan bersedekah, bertadarus Al-Quran, solat sunat seperti tarawikh, qiamulail serta mengeluarkan zakat bagi yang berkemampuan. Oleh yang demikian , kita hendaklah mengisi bulan Ramadhan ini dengan banyak melakukan ibadah fardu dan sunat. Sehubungan dengan itu, guru pelatih dengan kerjasama Panitia Agama Islam merangka program pentarbiyahan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang di rancang.

2.0

RASIONAL

Tugasan yang diberi melalui pengalaman yang boleh mengintegrasikan antara teori, pengalaman sebenar dan latihan amali yang dapat memberi impak positif ke atas pemahaman guru pelatih berkaitan pengurusan dalam melaksanakan program di sekolah. Antara rasional program ini dijalankan ialah : 1. Pelajar perlu diberi pendedahan dan pengalaman menghidupkan bulan Ramadhan secara amali / praktikal. 2. Pelajar perlu dberi peluang untuk menunjukkan penghayatan mereka terhadap ajaran Islam.

3.0

MATLAMAT

Program ini bertujuan memenuhi keperluan Internship dan setiap guru pelatih dikehendaki melaksanakan tiga projek/aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum atau kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Sebagai memenuhi keperluan umat Islam yang ingin meraih seberapa banyak pahala dan ganjaran dengan mengerjakan berbagai amal ibadat di dalam bulan Ramadhan, maka Program Ihya Ramadhan telah dirancang dan disusun ke arah matlamat tersebut. Program ini juga adalah merupakan kesinambungan daripada proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Disamping itu, program ini juga bermatlamat dalam membina satu golongan murid-murid yang beriman, berpengetahuan, bersahsiah mulia, berdaya tahan, masa, masalah dan berkemampuan menghadapi cabaran mendatang dengan tabah dan jaya.

4.0

OBJEKTIF

Objektif utama program ini ialah : 1. Menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam. 2. Mengamalkan tingkah laku yang baik berpandukan al Quran. 3. Menjadikan amalan membaca al Quran sebagai satu budaya. 4. Membudayakan Ramadhan. 5.0 TARIKH PROJEK penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan

12 Julai 2013 ( 3 Ramadan 1434 H)

6.0

LOKASI PROJEK

Dataran Perhimpunan, SK Pantai Kundor, Melaka 7.0 ANJURAN

Guru Pelatih PISMP Sains Ambilan Januari 2010 dengan kerjasama Panitia Agama Islam SK Pantai Kundor, Melaka 8.0 SASARAN KUMPULAN

Semua warga SK Pantai Kundor, Melaka.

9.0

JAWATANKUASA PELAKSANAAN : Puan Saleha binti Osman : Pn. Romaini bt Mamat : En. Ehsanuddin bin Abd Jalil (PK HEM) Pn. Masrah binti Ahmad (PK KK) Pn. Maryani binti Omar (PK KOKU)

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi

Ketua Program Setiausaha Bendahari Dokumentasi Buku Program P.A Sistem Persiapan

: Anis Syuhada binti Abdullah : Noor Hidayah binti Mohammad Maskuri : Pn. Nor Hasnizah binti Mohd Nasir : En. Wan Mohsin bin Wan Mohd : Pn. Norakerah binti Mohammad : Ustaz Zairul Aizan bin Zaidan : Cik Norhashimah binti Ramli Pn. Suhaila binti Abu Bakar

10.0 AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM IHYA RAMADAN Bil 1. Aktiviti / Program Masa / Tarikh Program Tadarus Al-Quran Sepanjang bulan Murid Ramadan (waktu rehat) Tadarus Al-Quran Guru Sepanjang bulan Ramadan (berkumpulan) Kelas Tajwid Setiap Selasa & Khamis (bulan Ramadan) Slot Tazkirah Syoknya Puasa Perhimpunan pagi (Selasa, Rabu & Khamis) Kuiz Ramadan Perhimpunan pagi (Selasa, Rabu & Khamis) Bacaan Yasin Perhimpunan pagi (Setiap Jumaat) Sambutan Nuzul Quran 26 Julai 2013 (17 Ramadan 1434 H) Tindakan Puan Romaini binti Mamat Puan Romaini binti Mamat Ustaz Zairul Aizan

2.

3.

4.

5.

6.

Semua guru Panitia Agama Islam Semua guru Panitia Agama Islam Uztaz Zairul Aizan

7.

Guru pelatih IPG Guru Panitia Agama Islam

11.0 IMPLIKASI DIPERLUKAN 11.1 Bil. 1.0 2.0

KEWANGAN

DAN

ANGGARAN

PERALATAN

ANGGARAN KEWANGAN Perbelanjaan Peruntukan/orang (RM) Bunting perasmian RM 60.00 x 1 Riben RM 2.00 x 1 Jumlah keseluruhan Jumlah(RM) RM60.00 RM2.00 RM 62.00

11.2 PERALATAN YANG DIPERLUKAN Bil. 1. 2. 3. KEPERLUAN PA Sistem Laptop Kertas (Buku Program) KUANTITI 1 buah 1 buah 1 rim

12.0 PENUTUP Kesimpulannya, diharapkan agar projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan juga mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Kalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama melaksana dan menjayakan program ini. Semoga Allah membalas semua usaha kita sebaiknya.

Disediakan oleh,

________________________________ ( ANIS SYUHADA BINTI ABDULLAH) Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu.

Disahkan oleh, ____________________________ (PN. ROMAINI BINTI MAMAT) Ketua Panitia Agama Islam, SK Pantai Kundor, Melaka.

Diluluskan oleh, ____________________________ (PUAN SALEHA BINTI OSMAN) Guru Besar, SK Pantai Kundor, Melaka.

Anda mungkin juga menyukai