Anda di halaman 1dari 11

Bahasa & Budaya Melayu

Isl Minggu 1 [BMM3112]

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji, iaitu R.H. Geldern.

Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan.

Perkataan adat berasal daripada bahasa Arab bermaksud kebiasaan seperti kebudayaan, undang-undang, sistem masyarakat, upacara, dan segala kebiasaan yang sering dilakukan, seperti cara makan atau cara duduk.

Upacara merangkumi segala perbuatan, kegiatan, peralatan, acara dan perlakuan yang teratur dan tersusun berkait dengan makna kesucian atau kekudusan dalam sesuatu kepercayaan.

Adat nan sabana adat, iaitu hukum alam yang tidak dapat dipinda oleh manusia serta menjadi asas perjalanan proses alam itu sendiri. Hukum alam adalah adat hakiki.

Adat nan diadatkan ialah segala peraturan, lembaga masyarakat dan keputusan hukum yang dimuafakatkan untuk dilaksanakan dalam masyarakat.

Adat nan teradat ialah segala peraturan yang sedia berlaku melalui penerimaan masyarakat umum tanpa perlu muafakat yang formal.

Adat istiadat ialah bahagian adat yang mengatur segala macam upacara dan kegiatan suci yang perlu menerima penghormatan awam.

Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu Klasik mengantikan Bahasa Melayu Kuno

Peralihan tersebut adalah disebabkan kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara abad ke-13.

Bahasa mengalami perubahan dari segi- kosa kata, struktur kata dan bentuk tulisan.
Terdapat 3 batu bersurat hasil kewujudan bahasa Melayu Klasik.

Batu Bersurat di Minye Tujuh, Aceh[1380], mengandungi abjad India & kata Arab spt: Allah

Batu Bersurat di Minye Tujuh, Aceh[1380], mengandungi abjad India & kata Arab spt: Allah

Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau [1356] Masihi. Ditulis dengan abjad India & prosa Melayu Kuno.

Batu Bersurat di Kuala Berang, Terangganu [1303-1387] dalam bahasa Jawi.

Ayatnya panjang & berulang.

Frasa & ayat pengaruh Arab.[ketahuilah olehmu]

Banyak menggunakan kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta dan banyak lagi.

Bentuk ayat pasif & lazim digunakan.

Menggunakan gaya bahasa istana.

Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik

Banyak menggunakan pun dan lah.

Menggunakan askara Jawi, dipinjam dari bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

Menggunakan kosa kata klasik seperti eden kesmaran[mabuk asmara], sahaya[saya].

Unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu [Kalam, Tasawuf dan lain-lain.

Menerima pelbagai kosa kata Arab & Parsi.

Pengaruh Bahasa Jawa

Pengaruh bahasa Jawa juga banyak digunakan dalam Hikayat Hang Tuah. Contohnya : perajurit , Rama Andeka , Manira , paman , sedardu dan lain-lain

lagi.

Pengaruh Bahasa Arab

Terdapat beberapa bahasa asing yang mempengaruhi Hikayat Hang Tuah seperti yang dihuraikan di bawah : i. Bahasa Arab Terdapat penggunaan bahasa Arab dalam hikayat ini. Contohnya dalam bab 1 Bismillahirrahmanirrahim; wabihi nastainu billahi-ala Selain itu terdapat penggunaan perkataan seperti firasat , hatta , murka , syahadan , kaus , wasiat , kasad , al-kisah , kalimat , dan sebagainya.

Pengaruh Bahasa Portugis

Terdapat penggunaan perkataan yang diambil daripada bahasa Portugis seperti lancing yang berbunyi lancao yang bermaksud sejenis perahu layar yang maju, armada yang bermaksud sepasukan kapal perang, dimaitarnya yang bermaksud dihalakan kea rah seseorang dan lain-lain perkataan lagi.

Pengaruh Bahasa Tamil

Dalam Hikayat Hang Tuah pengaruh bahasa Tamil dapat dilihat pada perkataan ayuh . Umumnya perkataan ayuh berasal daripada perkataan Hindu yang berbunyi ayo ( sebutan bahasa India ) yang bermaksud Wahai dalam bahasa Melayu.

Pengaruh Bahasa Sanskrit & Parsi

Kebanyakkan perkataan Sanskrit itu telah diserap menjadi bahasa Melayu seperti perkataan : mahkota , singgahsana , pustaka , duta , dirgahayu dan sebagainya.

Begitu juga dengan bahasa Parsi yang telah diserap masuk menjadi bahasa Melayu contohnya perkataan : nobat , askar , bius , dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai