Anda di halaman 1dari 2

Laporan Lawatan Ilmiah ke Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah 3 Mac 2013 Pada 3 Mac 2013 bersamaan

dengan hari Jumaat, satu program lawatan ilmiah ke unit Jabatan Sukan Negeri Pelajaran Negeri Sabah telah dilaksanakan. Lawatan ilmiah tersebit disertai oleh guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011 yang terdiri daripada unit Bahasa Melayu, Pengajian Sosial dan Sains. Lawatan ini bertujuan untuk memberi ruang serta peluang kepada guru pelatih untuk menimba ilmu mengenai pengurusan sukan. Pada pukul 6.00 pagi, guru pelatih mula berkumpul untuk menjalani pemeriksaan kehadiran. Semua guru pelatih berjaya menghadirkan diri dengan awal. Keadaan ini membantu melicinkan perjalanan program. Taklimat ringkas dan pembahagian tugas diberikan oleh pengerusi program. Selesai mendengar taklimat ringkas tersebut, guru pelatih menjamu selera dengan sarapan yang ringkas. Kira-kira pukul 7.00 pagi, semua guru pelatih mula bergerak ke destinasi menaiki bas yang telah disediakan. Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami berjaya sampai ke destinasi dengan selamat sungguhpun perjalanan disukarkan sedikit oleh kesesakan lalu-lintas yang melanda. Setibanya di sana, kami disambut dengan ramah oleh pihak Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Pada pukul 9.00 pagi, taklimat pertama berkaitan dengan pentadbiran organisasi sukan dan pengurusan sukan dimulakan. Banyak perkara penting yang disentuh dalam taklimat ini. Antaranya ialah berkaitan dengan belanjawan dan pengurusan, penyelasaian masalah sukan serta pengurusan sumber dalam sukan. Setelah itu, pada pukul 12.30 tengah hari, kami berehat sebentar untuk menjamu selera serta memberi ruang kepada guru pelatih beragama Islam untuk menunaikan solat mereka. Taklimat disambung semula pada pukul 2.00 petang dengan tajuk yang lain lagi. Taklimat kedua ini menyentuh tentang pengurusan sumber manusia, kominikasi dalam sukan dan sumbangan ICT dalam sukan. Banyak perkara dan perosalan kami mengenai pengurusan sukan berjaya dikupas dan dirungkaikan melalui sesi taklimat serta sesi soal jawab yang dilaksanakan oleh pihak Unit Sukan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Pada pukul 4.30, kami menjamu selera pula dengan makan petang. Guru pelatih beragama Islam juga berpeluang untuk menunaikan solat mereka pada waktu ini. Pada pukul 5.00 petang kami bertolak balik ke IPG Kampus Kent, Tuaran.

Disediakan oleh, ... (JENIFER RABINUS) Setiausaha, PISMP Bahasa Melayu, Ambilan Januari 2011.

Anda mungkin juga menyukai