Anda di halaman 1dari 5

Cetakan Pertama 2003 Kementerian Pendidikan Malaysia 2003 ISBN 983-2357-18-7

sukatan pelajaran aplikasi elektrik & elektronik

KANDUNGAN

Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kata Pengantar Pendahuluan Matlamat Objektif Pengagihan Waktu Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Garis Panduan Pelaksanaan Modul Carta Panduan Pelaksanaan Modul Sukatan Pelajaran Aplikasi Elektrik & Elektronik Modul 1 Modul 2 Modul 3 Modul 4 Modul 5 Modul 6 Modul 7 Modul 8 Modul 9 Modul 10 Modul 11 Modul 12 Modul 13 Modul 14 Bahan Rujukan Panel Jawatankuasa Penggubal Kurikulum : : : : : : : : : : : : : : Pencahayaan Pemasangan Elektrik 1 Fasa Penjana DC Bekalan Kuasa DC Pengayun Penguat Penerima Radio Penerima TV Penjana AC Motor DC Motor AC Kawalan Motor Lukisan Elektrik & Elektronik Keusahawanan

i ii iii 1 2 2 3-4 5-6 7 7 8 9 - 17

18 - 19 20

ii

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ii

KATA PENGANTAR
Kurikulum aliran pendidikan vokasional mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menyediakan warga Malaysia yang dapat menghadapi cabaran era globalisasi dalam abad 21. Penggubalan kurikulum aliran pendidikan vokasional ini telah mengambil kira keperluan tenaga kerja negara dan perkembangan teknologi. Selaras dengan matlamat pendidikan vokasional iaitu untuk melahirkan tenaga kerja yang kompeten bagi memenuhi keperluan industri, kurikulum ini juga dapat menyediakan seorang insan yang mempunyai nilai murni, etika kerja yang cemerlang dan bertanggungjawab terhadap persekitarannya. Kurikulum ini disediakan sebagai panduan kepada guru dalam usaha membimbing murid memperolehi pengetahuan dan kemahiran dengan berkesan. Penguasaan prinsip dan konsep dalam mata pelajaran ini melalui pelbagai aktiviti pembelajaran akan dapat membantu murid menguasai pengetahuan asas bidang yang dipelajari bagi melahirkan tenaga kerja yang produktif dan kreatif. Setiap murid mempunyai keupayaan dan cara belajar yang berbeza. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai perlu digunakan supaya proses penerimaan pengetahuan dan penguasaan kemahiran menjadi lebih berkesan. Justeru kurikulum berbentuk modular dan pendekatan kontekstual diperkenalkan bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih fleksibel dan berkesan. Kurikulum ini juga digubal untuk memenuhi keperluan artikulasi ke politeknik / kolej komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan memberi nilai tambah kepada semua kursus aliran pendidikan vokasional. Bagi menjadikan kurikulum aliran pendidikan vokasional ini lebih mantap dan relevan, unsur keusahawanan diterap merentasi kurikulum bagi semua bidang kursus. Asas pengetahuan dan kemahiran keusahawanan yang dipelajari dapat membimbing murid ke arah berkerjaya kendiri. Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua guru, pihak institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pihak industri dan semua pihak yang telah menyumbangkan idea, kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya kurikulum ini.

(HAJI MOKHLIS BIN JAAFAR) Pengarah Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional Jabatan Pendidikan Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia.

iii

Anda mungkin juga menyukai