Anda di halaman 1dari 3

KAEDAH PENULISAN KERTAS KERJA

Dr. Kamarul Azmi bin Jasmi



PENGENALAN
Kertas kerja yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri khusus yang diperlukan dalam penulisan
akademik. Tulisan ini akan membincangkan kaedah penulisa yang betul dalam menulis tulisan
akademik. Penulisan ini dilampirkan bersama contoh penulisan akademik dengan komen-
komen untuk panduan para mahasiswa/i.

KAEDAH PENULISAN AKADEMIK
Terdapat beberapa langkah dalam menulis penulisan akademik. Langkah berikut perlu diambil
untuk menulis kertas kerja yang baik, iaitu:

(1) Penghantaran kertas kerja perlu memuatkan halaman muka depan dengan maklumat
berikut:
(a) Bahagian Atas: Tajuk Kertas kerja.
(b) Bahagian Tengah: Nama penulis.
(c) Bahagian Bawah: Kursus, sysksyen, sesi dan tahun akademik dan nama
universiti.

(2) Jarak langkau dan Halaman (spacing): Single spacing dan halaman antara 10 hingga 20
mukasurat.

(3) Penggunaan huruf: 16 aksara dan dibesarkan semua untuk tajuk; 14 aksara dan dibesarkan
semuanya untuk subtajuk utama; 12 aksara dan dibesarkan pangkal kalimah untuk subtajuk
kedua; 12 aksara, diitalickan dan pangkal kalimah dibesarkan untuk subtajuk ketiga. Tulisan
untuk isi esei adalah 12 aksara. Penggunaan jenis huruf yang digalakkan ialah Times New
Roman dan agaramond (contoh: [Comment: U1, U2, dan U13]).

(4) Pengenalan dan penutup atau rumusan: Setiap kertas kerja perlu ada pengenalan dan
penutup atau rumusan (contoh: [Comment: U2 dan U15]).

(5) Penggunaan buku rujukan, jurnal, suratkhabar serta majalah berbanding sumber internet
ialah 70% dan 30% sekurang-kurangnya daripada rujukan keseluruhan. Para pelajar hanya
layak mendapat separuh markah kertas kerja jika kurang daripada 70% peratus ini dalam
menulis kertas kerja.

(6) Cara menulis kertas kerja boleh dilakukan dalam beberapa kaedah:

(a) Mengambil fakta-fakta isi kandungan buku dan diulas dengan gaya penulisan
penulis. Penulisan seperti ini memerlukan rujukan buku tersebut berserta dengan
tahun cetakan sahaja (Namun begitu, oleh kerana bagi membendung masalah
palagiat, para pelajar tetapi diwajibkan meletakkan halaman terhadap bahan
rujukan) (Contoh: [Comment: U4]).
(b) Memetik kata-kata atau ayat-ayat buku secara bulat-bulat. Penulisan seperti ini jika
petikan tersebut 3 baris dan kebawah boleh dimasukkan ke dalam paragraph penulis
(contoh: [Comment: U6]).
(c) Sekiranya kata-kata atau ayat-ayat buku tersebut lebih daripada 3 barisan penulis
perlu menulis ke dalam bentuk paragraph baru dengan dimasukkan sedikit kiri dan
kanan (Lihat contoh: [Comment: U9]).

(7) Membuat ulasan, menyatakan pandangan dan membuat kesimpulan tidak memerlukan
kepada rujukan (contoh: [Comment: U7]).

Jika para pelajar tidak memenuhi ciri di atas maka penulisan itu pada hakikatnya adalah
penulisan yang tidak boleh dikategorikan sebagai penulisan akademik. Ironinya kadangkala
menjadi tulisan palagiat.

RUJUKAN ESEI KERTAS KERJA
Perbezaan yang paling penting antara penulisan akademik dan penulisan bukan akademik ialah
dari segi rujukan esei dan rujukan akhir.. Oleh itu, kertas kerja yang tidak mempunyai rujukan
eseinya dan rujukan akhir adalah kertas kerja yang tidak memiliki ciri penulisan akademik.
Untuk menulis rujukan esei perkara berikut boleh dijadikan panduan, iaitu:

Bahagian Isi Kertas Kerja
Pada bahagian isi kandungan kertas kerja rujukan asei adalah sangat penting. Panduan rujukan
adalah seperti berikut:

(1) Para pelajar perlu menulis rujukan esei pada setiap petikan yang diambil daripada buku,
majalah, jurnal, kamus, inscylopedia dll. Penulisan mestilah mengandungi Nama pengarang,
tahun dicetak dan muka surat (contoh: [Comment: U6]). Melainkan penulisan seperti no.
6(a) (contoh: [Comment: U4])dan 7 (contoh: [Comment: U7])atau yang bersumberkan
daripada internet maka pada ketika ini pelajar hanya perlu menulis nama pengarang/institusi
atau organisasi dan tahun akses (contoh: [Comment: U5 dan U8]).
(2) Sekiranya penulis telah menulis nama pengarang di dalam paragraph, penulis hanya perlu
menulis tahun dicetak buku tersebut dan halamannya sahaja sebagai contoh (contoh:
[Comment: U4 dan U5]).
(3) Sekiranya penulis memetik lebih daripada satu sumber, maka penulis perlu menyelangan
setiap rujukan dengan koma bertindih (contoh: [Comment: U12]).
(4) Nama pengarang melebihi daripada dua orang hendaklah rujukan esei hanya meletakkan
nama pertama dan et. al., selepas nama dan diikuti dengan tahun cetakan (contoh:
[Comment: U11])

Bahagian Rujukan Akhir/Bibliografi
Penulisan dalam rukukan akhir atau bibliografi pula merupakan pelengkap kepada rujukan esei
dalam penulisa akademik. Penulisan ini mestilah terdiri daripada perkara berikut, iaitu:

(1) Penulis mestilah memastikan setiap rujukan esei mestilah terdapat rujukan belakang atau
bibliografi yang lengkap di akhir kertas kerja. Sebarang lampiran boleh diletakkan selepas
rujukan belakang.
(2) Rujukan akhir atau bibliografi hendaklah ditulis lengkap iaitu nama, (tahun). Tajuk buku.
(Terjemahan jika ada). Nama tempat terbit: penerbit (contoh: [Comment: U18]).
(3) Rujukan akhir bagi pengarang yang melebihi dua orang perlu dituliskan semua nama
pengarangnya (contoh: [Comment: U19]).
(4) Rujukan akhir bagi intenet perlu dielatakkan nama pengarang atau organisasi (tahun artikel
atau tahun akses). Tajuk (diitalickan). Alamat internet, dan (tarikh akses) (contoh:
[Comment: U16 dan U20]).

PENUTUP
Penulisan akademik dan penulisan bukan akademik mempunyai perbezaan yang ketara dan
tulisan ini telah menjelaskan ciri-ciri yang perlu ada dalam penulisan akademik, iaitu dari segi
kaedah penulisan, rujukan asei dan rujukan belakang. Diharap tulisan ini memberi sedikit
kefahaman kepada para pelajar untuk menulis kertas kerja yang mempunyai nilai akademik.

Anda mungkin juga menyukai