Anda di halaman 1dari 6

SKAD 3403 ETIKA, PERUNDANGAN DAN PEMBANGUNAN

TUGASAN: TUGASAN KULIAH 1

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HARMAIN BIN PALAL A131583

DISEDIAKAN UNTUK: DR SURAIYA BINTI ISHAK

KES 1 Soalan 1 Pembangunan merupakan suatu keperluan bagi setiap individu mahupun kelompok masyarakat. Namun demikian bukan semua kelompok memerlukan pembangunan yang sama kerana setiap individu mempunyai keinginan yang berbeza. Kelompok di bandar memerlukan pembangunan yang sesuai dengan gaya hidup di bandar manakala golongan yang tinggal di luar bandar pula memerlukan pembangunan yang sesuai dengan gaya hidup mereka di luar bandar. Oleh yang demikian agen pembangunan perlu peka terhadap keperluan golongan sasaran yang ingin diberikan pembangunan. Mereka haruslah mendalami dan memahami corak pembangunan yang diperlukan supaya projek pembangunan yang dijalankan tidaklah sia-sia kerana tidak memenuhi aspirasi dan kehendak masyarakat. Sebagai contoh pembangunan yang diberikan kepada masyarakat orang asli. Jika pembangunan yang dijalankan terhadap masyarakat orang mengikut pelan atau corak pembangunan yang dilakukan terhadap masyarakat yang tinggal di bandar pastinya akan berlaku masalah kerana golongan sasaran tidak mempunyai gaya hidup dan keperluan yang sama. Perkara ini jelas membuktikan bahawa tidak semua pembangunan yang dirancang berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan kerana pembangunan bukanlah sesuatu yang bersifat tetap dan sama dalam setiap keadaan. Secara kesimpulannya sesuatu yang dianggap sebagai pembangunan dan kemajuan oleh kelompok tertentu tidak semestinya turut dianggap sebagai pembangunan oleh kelompok lain.

Soalan 2 Kelemahan yang wujud dalam program pembangunan orang asli suku Temuan antaranya ialah pembangunan yang tidak mengambil kira budaya dan corak kehidupan masyarakat tersebut. Selain itu pembangunan yang dijalankan juga tidak bersifat mapan dari segi keberlangsungan kehidupan suku tersebut. Perkara ini dapat dilihat di mana penduduk suku Temuan hanya diberi rumah dan wang pampasan tetapi tidak disediakan ruang-ruang kerja yang mampu menjana pendapatan yang berterusan. Apabila wang pampasan yang diberikan telah habis digunakan mereka tidak lagi mempunyai simpanan yang boleh digunakan untuk perbelanjaan seharian. Jika dahulu mereka mempunyai tanah yang boleh digunakan untuk bercucuk tanam, kini tiada lagi. Mereka hanya mampu bergantung kepada hasil hutan dan hasil tanaman secara kecil-kecilan ang di usahakan di sekitar rumah mereka. Antara langkah yang wajar dilakukan untuk meredakan impak tersebut ialah dengan menyediakan ruang kerja yang sesuai kepada masyarakat orang asli tersebut agar mereka mampu untuk menjana pendapatan mereka sendiri. Selain itu, langkah menyediakan kawasan untuk mereka bercucuk tanam juga boleh dilakukan. Dengan ini, mereka dapat menjalankan aktiviti hidup yang selesa kerana pembangunan tersebut lebih hampir dengan gaya hidup asal mereka.

Soalan 3 Akta 134, Akta Orang Asli 1954

KES 2 Soalan 4 Pembangunan yang dirancang seharusnya mengambil kira pelbagai aspek dan memerlukan kerjasama dari pelbagai pihak. Pembangunan yang baik adalah pembangunan yang menekankan kepada pembinaan masyarakat agar masyarakat dapat membangunkan diri mereka serta ekonomi mereka. Pembangunan yang bersifatkan pembangunan ekonomi semata-mata adalah pembangunan yang bersifat berat sebelah. Hal ini demikian kerana, pembangunan yang hanya terfokus kepada aspek ekonomi sahaja boleh mewujudkan penindasan kepada sesetengah kelompok. Jika ekonomi hanya dikuasai oleh kelompok yang kaya dan mempunyai modal maka kelompok yang miskin tidak dapat bersaing dengan dan peluang untuk suara mereka didengar adalah sedikit dan kecil. Hanya kerana hendak mengejar kekayaan, sesetengah kelompok sanggup mengorbankan hak kelompok yang lain dan meletakkan kelompok yang tertindas dalam situasi di mana segala risiko yang berpunca daripada pembangunan tersebut ditanggung oleh kelompok yang tertindas.

Oleh yang demikian, keputusan bagi menjalankan sesuatu pembangunan wajar diteliti sedalam-dalamnya agar pembangunan yang dilakukan dapat memberikan faedah dan kebaikan kepada setiap golongan. Pilihan yang tepat perlu dilakukan dalam sesuatu pembangunan. Pilihan bukan sekadar mengambil kira aspek keuntungan, modal, perundangan mahupun aspek politik sahaja, malah aspek etika dalam menjalankan pembangunan jura turut perlu ditekankan. Pembangunan yang dijalankan dengan wujudnya nilai etika dalam setiap individu yang terlibat pastinya dapat mengurangkan pelbagai macam masalah dan risiko. Menilai sesuatu pilihan mengikut prosedur ataupun langkah yang tertentu dengan dibatasi oleh undang-undang yang sedia ada pastinya dapat menghasilkan pilihan yang terbaik jika semua aspek tersebut disertai dengan nilai etika. Justeru, dapat dilihat betapa pentingnya aspek etika disertakan dalam proses menilai dan membuat pilihan bagi sesuatu pembangunan.

KES 3 Soalan 5 Agen pembangunan yang beretika, berintegriti dan optimis merupakan salah satu aspek penentu kejayaan sesebuah pembangunan. Jika pihak perancang ingin menghasilkan pembangunan yang cekap dan berkesan maka salah satu aspek yang perlu diterapkan dalam diri agen yang dipilih ialah aspek etika. Hal ini demikian kerana, walaupun aspek etika merupakan suatu yang subjektif, namun aspek inilah yang menentukan segala peraturan, perundangan mahupun arahan yang disediakan dapat dipatuhi. Perundangan yang merupakan garis panduan yang tidak boleh dilangkaui oleh setiap individu. Namun demikian sejauh mana undang-undang tersebut dipatuhi dan bagaimana hendak memastikan setiap undang-undang tersebut dipatuhi oleh setiap individu. Tanpa pemantauan yang berterusan pastinya akan berlaku pelanggaran undang-undang. Individu yang inginkan kejayaan tanpa mengira cara pastinya akan bertindak menyalahi undang-undang bagi mendapatkan apa yang dikehendakinya.

Justeru, di sinilah aspek etika memainkan peranan yang penting. Mungkin mustahil untuk melakukan pemantauan yang berterusan ke atas setiap individu dan mungkin juga orang yang diberikan tugas memantau itu sendiri yang melampaui batas undang-undang. Oleh itu, aspek etika boleh dianggap sebagai agen pemantau yang mampu memberikan pemantauan berterusan kepada setiap agen pembangunan agar sentiasa berpegang dengan prinsip moral yang telah digariskan. Penyelewengan, berat sebelah, sikap sambil lewa dan diskriminasi pastinya dapat dielakkan jika nilai etika diterapkan dalam diri setiap agen. Maka tugas agen juga bukan sahaja membawa pembangunan malah turut berperanan dalam menyebarkan nilai etika kepada masyarakat.

KES 4 Soalan 6 Projek Lynas merupakan salah satu projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang berkaitan dengan elemen nuklear sebagai punca tenaga. Pada peringkat perancangan, projek ini dilihat dapat memberikan kelebihan dan keuntungan yang besar bagi negara. Namun demikian, projek ini mendapat tentangan beberapa pihak terutamanya dari pihak masyarakat yang tinggal di sekitar tapak projek ini dilaksanakan. Hal ini demikian kerana, mereka bimbang dengan risiko yang tidak diundang jika projek tersebut terus dilaksanakan. Antara risiko yang paling ditakuti ialah risiko kesihatan kerana projek ini melibatkan penggunaan nuklear dimana segala langkah atau prosedur dalam mengendalikan elemen ini mempunyai risikonya yang tersendiri. Kebimbangan rakyat ialah jika berlaku kebocoran di loji nuklear tersebut akan menyebabkan pencemaran sisa radiasi yang amat

buruk dan meliputi kawasan yang luas. Jika masyarakat terdedah kepada radiasi dalam jumlah yang tidak sepatutnya, akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan sama ada dari segi jangka masa panjang mahupun pendek. Selain itu, masyarakat sekitar juga bimbang, sisa buangan daripada loji tersebut akan menyebabkan masalah ketidaksuburan tanih. Keadaan ini pasti akan memberikan impak yang negatif terhadap sektor pertanian di kawasan tersebut.

Jika dinilai kembali kesan buruk yang akan berlaku daripada projek Lynas ini melibatkan kesihatan dan nyawa masyarakat sekitar. Risiko ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Oleh yang demikian, pembangunan sesuatu projek haruslah teliti supaya risiko yang melibatkan nyawa dapat dielakkan begitu juga dengan risiko-risiko yang lain. Pihak perancang mungkin dapat merancang segala macam projek pembangunan, namun golongan yang menerima buruk atau baik sesuatu projek pembangunan adalah mereka yang menjadi kelompok sasaran pembangunan serta masyarakat sekitarnya. Jika kesan buruk yang berlaku maka pasti pihak perancang tidak menerima kesan yang besar kerana mereka tidak berada di tempat tersebut. Tiada manusia yang suka kepada masalah terutamanya masalah yang berkaitan dengan kesihatan. Oleh itu, pihak perancang perlu meletakkan diri mereka di tempat golongan sasaran jika merancang sesuatu projek. Nilai etika serta moral perlu dipertimbangkan agar pembangunan tersebut seimbang dari segi keuntungan dan juga nilai kemanusiaan. Pertimbangan moral dalam merencana pembangunan perlu memikirkan sesuatu yang mampu memberikan kebahagiaan kepada masyarakat dengan cara atau langkah yang disenangi oleh masyarakat serta tidak memudaratkan orang lain seperti mana pihak perancang sendiri tidak mahu pihak lain memberikan mudarat kepada mereka.

Soalan 7 Tahap intensiti moral dalam isu projek Lynas jika dinilai melalui aspek magnitud kesan daripada projek tersebut menunjukkan bahawa isu moral dalam projek ini adalah sangat penting dan amat perlu diberi perhatian kerana pelaksanaan projek ini melibatkan risiko kesihatan dan nyawa penduduk sekitar tapak projek tersebut.

Dari aspek kesepakatan sosial, majoriti masyarakat menganggap isu Lynas merupakan suatu projek yang berbahaya dan berisiko tinggi kerana melibatkan nyawa dan harta bagi sebilangan besar masyarakat. Namun demikian, peratus untuk berlakunya risiko seperti kebocoran loji yang menyebabkan pencemaran radiasi yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia dan persekitaran tidaklah pasti walaupun ada kemungkinan perkara tersebut untuk berlaku. Kesan buruk atau risiko yang dijangkakan berlaku adalah dalam jangka masa panjang seperti masalah kesihatan seperti penyakit kanser, kecacatan janin, ketidaksuburan tanih dan kemusnahan persekitaran. Namun tidak dapat dinafikan jika segala risiko yang dijangkakan benar-benar berlaku maka pihak yang menerima kesan daripada risiko tersebut melibatkan ratusan ribu malah mungkin mencapai jutaan nyawa manusia yang terancam.

Oleh yang demikian berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan dapat disimpulkan bahawa tahap intensiti moral dalam isu Lynas adalah tinggi dan perlu diberikan perhatian yang secukupnya agar wujud keseimbangan dan keadilan dalam merancang serta menjalankan sesuatu projek.

Soalan 8

Soalan 9 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1948.

Anda mungkin juga menyukai