Anda di halaman 1dari 1

NO.

MATRIK: A 131583 KURSUS: SKAD 2333, DEMOGRAFI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Demografi Demografi merupakan kajian saintifik mengenai populasi manusia. Perkataan demografi berasal daripada gabungan 2 perkataan Yunani iaitu Demos yang membawa maksud manusia dan Graphy iaitu cabang ilmu pengetahuan dalam bidang sains yang tertentu dalam kes ini merujuk kepada populasi manusia. Achille Guillard mendefinisikan demografi sebagai ilmu yang mempelajari segala sesuatu daripada keadaan dan sikap manusia yang dapat diukur meliputi perubahan secara umum, sifat fizikal manusia, peradaban, intelektual dan keadaan moral manusia. Bidang demografi ini cuba untuk memahami perubahan yang berlaku dalam populasi manusia dengan menggunakan 3 komponen atau proses utama demografi iaitu kelahiran, kematian dan migrasi. Tiga komponen ini dianggap sebagai pokok utama dalam bidang demografi kerana kajian yang dilakukan mengenai perubahan demografi adalah dipengaruhi oleh komponen itu sendiri atau hubungan antara komponen-komponen tersebut.

Demografi dalam pandangan yang sempit hanya mengkaji atau mengukur tentang perubahan populasi berdasarkan faktor kelahiran, kematian dan migrasi, manalaka dalam pandangan yang luas pula, demografi mengkaji dan menganalisis hubungan antara ekonomi, sosial, budaya dan proses biologi dengan komponen-komponen utama iaitu kelahiran, kematian dan migrasi. Bidang demografi tidak mengkaji tentang bagaimana untuk menghentikan perubahan populasi tetapi bidang ini mengkaji untuk memahami mengapa berlakunya perubahan dalam populasi dan apa yang menyebabkan sesuatu populasi itu berlaku.

Kini dengan adanya data-data yang dipercayai serta melalui proses statistik, bidang demografi moden turut meliputi banyak disiplin sains seperti matematik dan biologi dan juga bidang sains sosial seperti geografi dan ekonomi.

Anda mungkin juga menyukai