Anda di halaman 1dari 11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3 Mata pelajaran Tahun Tarikh Masa Bilangan Murid Tema Tajuk

Objektif Fokus utama 4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain. Aras 1 i) Memerihalkan sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian. : Bahasa Melayu : 3 Megah : 10 September 2012 : 9.45-9.15 pagi (30 minit) : 32 orang : Kerjaya : Kerjaya Pilihan :

Fokus Sampingan 8.1 Aras 1 Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tul isan yang cantik.
8|EDU3105

Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Hasil Pembelajaran : 1. Murid dapat memerihalkan 4 hingga 5 pendapat berdasarkan gambar rangsangan yang ditunjukkan. 2. 28 daripada 32 orang murid dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk. Sistem Bahasa Nilai murni Bahan Bantu Mengajar : Kata kerja : Rajin :

Papan tulis, gambar ransangan, lembaran kerja dan kad perkataan dan slaid gambar. Pengalaman sedia ada :

Murid pernah melihat, menonton di televisyen dan berjumpa dengan mereka yang berkejaya.

Masa /Tahun Induksi (5 minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Impak / Catatan Slaid gambar alatan.

Alatan Pekerjaan

1. Guru menunjukkan slaid gambar alatan yang digunakan semasa bekerja.

Contoh Perkataan: Pisau Tukul Pistol Buku Sampul surat

2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai alatan tersebut. Contoh : Siapakah yang menggunakan alatan ini? Dimanakah tempat mereka bekerja? 3. Guru mengaitkan tajuk pembelajaran pada hari tersebut.
9|EDU3105

Langkah 1 (10 minit)

Gambar Rangsangan (situasi pekerjaan)

1. Murid ditunjukkan gambar rangsangan yang disediakan oleh guru. 2. Guru mengajukan beberapa soalan kepada murid berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan. 3. Murid diminta untuk memberikan pendapat dan memerihalkan gambar rangsangan secara spontan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka.

Gambar rangsangan (Lampiran A)

Langkah 2 (10 minit)

Membina ayat tunggal dan majmuk menggunakan Kata Kerja

Mengenalpasti 1. Guru menunjukkan beberapa kad perkataan ( kata kerja) kepada murid. 2. Murid diminta mengenalpasti maksud kata kerja dengan kerjaya . Contoh : Mengajar Merawat Membaiki Menangkap memasak

Kad perkataan Papan tulis (Lampiran B)

10 | E D U 3 1 0 5

Aktiviti 3. Murid dipilih secara sukarela untuk membuat ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kata kerja yang ditunjukkan. (secara lisan) 4. Kemudian,menulisnya semula di papan putih. 5. Seterusnya murid diminta untuk menyalin semula ayat yang ditulis di papan putih dalam buku latihan. Penutup (5 minit) Kerja Rumah (pengukuhan) Pengukuhan 1. Murid diedarkan lembaran kerja sebagai kerja rumah. Penutup Kognitif : 1. Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini? 2. Apakah pekerjaan yang menjadi pilhan kamu kelak. 3. Penutup Sosial : Penutup 3. Murid diminta untuk menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari. 4. Guru membuat penutup sosial. 2. Lembaran kerja berkenaan perlu dihantar pada keesokan harinya untuk disemak. Papan tulis Lembaran Kerja (Lampiran C)

Refleksi :

11 | E D U 3 1 0 5

2.1

PELAJAR SASARAN

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang dibina dan dilaksanakan, pelajar sasaran yang dipilih ialah murid tahun tiga. Murid yang dipilih adalah berasal daripada kelas 3 Megah iaitu kelas pertama bagi kelas-kelas tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh. Pemilihan pelajar sasaran dari kelas ini adalah untuk mengambil kira tahap keupayaan pemikiran dan pengetahuan murid. Aspek ini perlu diambil kira supaya pengajaran yang dirancang adalah bersesuian dengan tahap mereka untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih lancar. Murid dari kelas 3 Megah ini boleh dikategorikan sebagai kanakkanak pintar dan memiliki keupayaan pemikiran yag lebih kreatif dan kritis selain mempunyai pengetahuan sedia ada yang lebih luas.

Murid tahun 3

Pemikiran yang lebih kreatif dan kritis

PELAJAR SASARAN

3 Megah (Kelas pertama)

Murid bijak

12 | E D U 3 1 0 5

2.2

HASIL PEMBELAJARAN 1. Murid dapat memerihalkan 4 hingga 5 pendapat berdasarkan gambar rangsangan yang ditunjukkan. 2. 28 daripada 32 orang murid dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk.

13 | E D U 3 1 0 5

3.0 3.1

PENERANGAN RPH KAEDAH PENYAMPAIAN DAN MEDIA YANG DIGUNAKAN

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang dilaksanakan ini, kaedah penyampaian yang digunakan ialah penyampaian secara lisan menggunakan bahan bantu mengajar. Media yang digunakan adalah berasaskan bahan 2D iaitu gambar rangsangan, kad perkataan dan lembaran kerja. (Lampiran A dan B) Pada langkah satu, murid ditunjukkan beberapa gambar rangsangan yang bertujuan untuk mendapatkan tindak balas murid secara lisan terhadap gambar-gambar tersebut. Langkah kedua pula menggunakan kad perkataan. Kad perkataan ini digunakan sebagai bahan membina ayat tunggal dan ayat majmuk. Lembaran kerja pula digunakan sebagai kerja rumah untuk tujuan penilaian terhadap pemahaman murid bagi tajuk yang diajar disamping dijadikan sebagai bahan pengukuhan. (Lampiran C)

3.2

PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Salah satu media yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar berdasarkan RPH yang dilaksanakan ialah media elektronik khususnya menggunakan slaid untuk ditayangkan. Slaid merupakan bahan bantu mengajar yang mengandungi 5 aspek utama iaitu teks, audio, video, grafik dan animasi yang membantu dalam menarik minat murid dalam proses p&p. Semasa proses set induksi dilaksanakan, murid akan ditayangkan slaid gambar-gambar alatan. Murid diminta untuk meneliti gambar berkenaan dan bersoal jawab bersama guru mengenai alatan tersebut. Slaid ini diguna untuk mengaitkan tajuk yang hendak diajar pada hari tersebut.

14 | E D U 3 1 0 5

3.3

AKTIVITI YANG DIRANCANG

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang dirancang, terdapat 2 aktiviti utama yang dilaksanakan. Aktivitii yang dilaksanakan pada langkah pertama ialah aktiviti murid membeir respon terhadap gambar rangsangan yang ditunjukkan oleh guru dengan memberi pendapat dan buah fikiran serta cuba memerihalkan gambar tersebut menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Fokus utama aktiviti ini ialah untuk meningkatkan kemahiran lisan murid. Aktiviti yang dilaksanakan pada langkah dua pula ialah murid diminta untuk membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan kata kerja yang ditunjukkan di papan putih secara suka rela. Kemudian setiap murid diminta untuk menyalin semula ayat dalam buku latihan dengan tulisan yang cantik dan kemas. Aktiviti ini berfokuskan kemahiran menulis.

3.4

CARA MENILAI PEMAHAMAN MURID

Terdapat pelbagai cara untuk menilai tahap pemahaman murid terhadap apa yang telah diajar samada menggunakan penilaian secara lisan mahupun bertulis. Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang dibina, cara penilaian yang digunakan adalah dengan cara memberikan helaian lampiran kerja sebagai kerja rumah. Helaian ini mestilah dijawab dan dihantar untuk disemak pada keesokan harinya. (Lampiran C) Semakan akan dibuat dan penilaian akan dibuat berdasarkan bilangan soalan yang dapat dijawab. Gred akan dibagahikan kepada 3 iaitu sangat baik, sederhana baik dan baik. JIka murid dapat menjawab 80-100% dengan betul daripada peratusan soalan yang diberikan maka murid itu berada dalam golongan sangat baik. Manakala jika murid hanya dapat menjawab sebanyak 6070% denagn betul maka murid itu tergolong dalam golongan sederhana baik adan akhir sekali jika murid dapat menjawab soalan kurang daripada 60% maka murid tersebut digolongkan dalam golongan sederhana baik. Setelah mendapat maklumat daripada penilian yang dibuat guru akan cuba menambahbaik dan menyusun atur semula cara pengajaran supaya lebih sesuai dan berkesan.

15 | E D U 3 1 0 5

4.0

RUMUSAN

Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk membangunkan sesebuah rancangan pengajaran harian yang berkesan. Berdasarkan kajian-kajian lepas, model ini bukan sekadar memberi panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran malah setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh mengubah persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang selalu dianggap membosankan.

Sekiranya ciri - ciri model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya dalam pembentukan rancangan pengajaran harian ini, sesuatu pengajaran itu menjadi suatu yang ditunggu-tunggu oleh murid

Selain itu, amat jelas bahawa dengan mengaplikasikan model ASSURE ini, proses penyampaian maklumat seseorang guru akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.

16 | E D U 3 1 0 5

5.0

REFLEKSI

Berdasarkan dapatan ilmu yang saya perolehi, adalah jelas bahawa sesuatu langkah menganalisis pelajar adalah sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahui tahap keupayaan seseorang muridnya serta ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Hal ini seterusnya dapat membantu guru merancang cara-cara atau strategi-strategi pengajaran yang lebih berkesan kepada muridmuridnya agar tiada seorang pun daripada murid-muridnya yang tercicir daripada beroleh ilmu. Selain daripada itu, saya juga beroleh sedikit pengetahuan mengenai kepentingan penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajran. Model reka bentuk pengajaran ASSURE amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan sumber dapat menjadikan sesuatu proses pengajaran guru menjadi lebih menarik, berkesan dan memberi kelainan agar murid-murid tidak berasa bosan. Kesimpulannya, kerja kursus ini membantu dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang akademik selain merubah persepsi diri dalam pemikiran yang lebih bermutu.

17 | E D U 3 1 0 5

6.0

RUJUKAN

Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Norasiah Bt. Abdullah. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong,Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.KL: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. KL: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd.

http://edu3105-amin.blogspot.com/2011/06/model-assure_28.html

http://halilahmohdyasin.blogspot.com/2010/05/latihan-kata-kerja.html

http://www.mscd.edu/~act2/courseconstruct/assure.html

18 | E D U 3 1 0 5

Anda mungkin juga menyukai