Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

1.0

PENDAHULUAN

2.0

NABI ADAM A.S DICIPTA SEBAGAI KHALIFAH

3.0

HIKMAH NABI ADAM A.S DICIPTA SEBAGAI


KHALIFAH

4.0

PERMUSUHAN ANTARA NABI ADAM A.S DENGAN


IBLIS

5.0

HIKMAH DARIPADA KISAH PERMUSUHAN ANTARA


NABI ADAM A.S DENGAN IBLIS

6.0

KESIMPULAN

7.0

PENUTUP

PENDAHULUAN

MUKA SURAT

Al-Quran adalah kitab suci bagi umat islam di seluruh muka bumi ini yang diturunkan
oleh Allah S.W.T kepada nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.
Didalamnya terkandung 114 surah (86 surah Makkiyah, 28 surah Madaniyah), dengan jumlah
keseluruhan ayatnya adalah 6236 ayat (4613 ayat Makkiyah dan 1623 ayat Madaniyah).
Daripada 114surah tersebut, ilmu atau skop perbahasannya terbahagi kepada beberapa
bidang yang mana mempunyai pelbagai hikmah dan pengajaran yang tersendiri sebagai panduan
kepada semua umat Islam di dunia ini sejak awal penciptaan alam ini sehinggalah ke hari
pengakhiran bagi alam ini iaitu Kiamat.
Di antara ilmu atau skop yang terkandung didalam al-Quran adalah Aqidah, Ibadah,
Akhlak, Hukum-hakam, Peringatan, Sirah dan juga ilmu yang mendorong supaya manusia
berfikir.
Menyentuh mengenai Sirah, tugasan bagi HBIS2103 kali ini mengkehendaki para pelajar
untuk membuat kajian teks terhadap ayat 34 surah al-Baqarah yang menceritakan kisah nabi
Adam a.s dengan Iblis. Selain itu, pelajar juga diminta untuk memberikan ayat-ayat al-Quran
yang lain yang turut sama menceritakan kisah ini dan juga hadis-hadis yang berkaitan beserta
hikmah-hikmah tentang mengapa Allah S.W.T mengulang-ulang kisah ini di dalam al-Quran
lebih daripada sekali.
Untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang konsep yang terkandung dalam ayat 34 dari
surah al-Baqarah tersebut, mari kita teliti ayat tersebut seperti berikut:


Maksudnya:
dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi
Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur,
dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir.

Daripada ayat tersebut, dapat kita lihat dengan jelas beberapa konsep yang utama
berkaitan dengan kisah ini. Pertamanya, konsep taat kepada setiap perintah Allah S.W.T. Kedua,
konsep engkar dan takbur.
Selain itu, jika kita melihat skop perbahasan atau perbincangan bersandarkan kisah nabi
Adam a.s dan Iblis secara keseluruhannya pula, kita akan dapat menyingkap lebih banyak lagi
konsep yang terkandung dalam kisah tersebut. Antara lainnya ialah, konsep khalifah, konsep
dosa dan juga konsep iman yang mana menjadikan 5 konsep secara umumnya. Daripad konsepkonsep yang akan saya perjelaskan dalam perbahasan ini nanti, maka diharapkan kita dapat
mengambil iktibar daripada kisah ini dan jadikan ia sebagai panduan di dalam menghadapi
kehidupan kita seharian.

AYAT-AYAT KISAH NABI ADAM DAN IBLIS


Setelah saya membuat rujukan kepada kitab al-Quran dan juga beberapa kitab Tafsir, hasilnya
saya dapati ayat-ayat yang menceritakan kisah nabi Adam a.s dengan Iblis ini terdapat dalam 6 surah
iaitu surah al-Baqarah, al-Araf, Toha, al-Israa, Al-Hijr dan Sad.
Berikut adalah ayat-ayat yang menceritakan tentang kisah Nabi Adam a.s dengan Iblis
daripada surah al-Baqarah.

Berikut adalah ayat-ayat yang menceritakan tentang kisah Nabi Adam a.s dengan Iblis
daripada surah al-Araf.

Berikut adalah ayat-ayat yang menceritakan tentang kisah Nabi Adam a.s dengan Iblis daripada
surah al-Hijr.


Berikut adalah ayat-ayat yang menceritakan tentang kisah Nabi Adam a.s dengan Iblis daripada
surah al-Israa.










Berikut adalah ayat-ayat yang menceritakan tentang kisah Nabi Adam a.s dengan Iblis daripada
surah Tohaa.










Berikut adalah ayat-ayat yang menceritakan tentang kisah Nabi Adam a.s dengan Iblis daripada
surah Sod.

Nabi Adam a.s Dicipta sebagai Khalifah.


Daripada ayat-ayat yang saya nyatakan tadi, jelas kepada kita bahawa Allah SWT telah
menciptakan nabi Adam a.s sebagai Khalifah di muka bumi. Persoalan mengapa Allah SWT
memilih nabi Adam a.s sebagai khalifah telah dijelaskan kepada para malaikat yang mana nabi
Adam dimuliakan oleh Allah SWT dan diberikan maqam yang lebih tinggi sedikit berbanding
para malaikat.
Menurut Ibnu Katsir dalam kitabnya Lubaabut Tafsir Min Ibni Katsir, Allah SWT
memuliakan nabi Adam a.s dengan menciptanya sebagai khalifah adalah kerana nabi Adam a.s
diberi keutamaan untuk memperolehi ilmu pengetahuan berbanding para malaikat.
Selain itu, tujuan Allah SWT memuliakan nabi Adam a.s dengan menciptanya sebagai
khalifah berbanding para malaikat dan iblis adalah satu bentuk ujian kepada para malaikat dan
iblis untuk mengukur ketaatan mereka kepadaNya.

Anda mungkin juga menyukai