Anda di halaman 1dari 12

MEI 2014

HBIS4103

PENDAHULUAN
Israk dan Mikraj merupakan salah satu peristiwa yang mempunyai perkaitan yang
sangat signifikan dalam sejarah perjuangan Islam. Kesan, pengajaran mahupun teladan
daripada peristiwa tersebut masih tetap relevan hingga kini
Kisah peristiwa Israk dan Mikraj bukan tentang berita dan cerita yang berpaksi
kepada dunia mistik dan magik, malahan agama Islam sendiri adalah satu cara hidup
yang praktik dan realistik. Padanya terselit 1001 macam teladan, sempadan, kegembiraan,
kesedihan, ancaman serta ujian keimanan dan ketabahan.
Israk Mikraj adalah satu peristiwa besar dalam sejarah hidup Rasululah dan dalam
sejarah umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj ini didahului dengan beberapa peristiwa
yang mendukacitakan Rasulullah saw. Antaranya kematian bapa saudara baginda, Abu
Talib dan kewafatan isteri baginda yang tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah rha. Selain itu,
berlaku juga peristiwa penolakan kaum Taif terhadap dakwah baginda saw. Maka
peristiwa Israk dan Mikraj ini dirumuskan sebagai kemuliaan dan hiburan istimewa dari
Allah SWT kepada kekasih-Nya.
Justeru itu, apakah maksud Israk? Bagaimana pula dengan erti Mikraj? Israk
bererti Allah membawa atau memperjalankan Nabi Muhammad saw pada malam hari
dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palesin. Sementara Mikraj pula
perjalanan Nabi Muhammad saw dari bumi, iaitu dari masjidil Aqsa naik ke langit. Oleh
itu, israk dan mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu malam
hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul
Muntaha, dengan menembusi atau melangkaui planet-planet dunia serta menjelajahi 7
lapis langit kemudian kembali semula ke Mekah pada malam itu juga.
Bagaimana pula tentang tarikh atau waktu peristiwa tersebut berlaku? Dalam
membicarakan hal ini, ternyata ia sangat mengujakan bagi sesetengah individu atau
kumpulan yang mana ia cuba dijadikan sebagai senjata untuk menghina Rasulullah s.a.w.
dan juga Islam itu sendiri. Tanpa kita sedari bahawa dari aspek tarikh atau waktu kejadian
peristiwa tersebut sahaja Allah SWT telah memperlihatkan kepada kita tentang
kekuasaannya dan dalam pada masa yang sama turut mendatangkan kepada kita ujian
keimanan.

MEI 2014

HBIS4103

Mengikut beberapa riwayat, peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam 27
Rejab tahun kesebelas kerasulan baginda iaitu setahun sebelum hijrahnya Rasulullah
s.a.w. ke kota Madinah. Walaubagaimanapun, para ulama' tidak bersependapat mengenai
tarikh sebenar berlakunya Israk dan Mikraj. Bagaimanapun, satu hal yang pasti ialah,
peristiwa tersebut berlaku sebelum hijrah nabi saw ke Madinah.
Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul.
Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah
iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Suddi menegaskan ia berlaku pada bulan
Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn
Surur al-Maqdisi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke
Madinah.
Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat
mengenai peristiwa Israk dan Mikraj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu
yang boleh menggugat kedudukan iman orang-orang Islam. Menurut beliau, berdasarkan
penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, peristiwa Israk dan Mikraj tersebut tidak
berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sahih atau
pun kata-kata Sahabat yang Sahih.
Begitu juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan
Imam Abu Ishaq, yang mana mereka berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada
malam 27 Rabiul Awal.
Walau bagaimanapun, apa yang penting ialah iktibar daripada peritiwa tersebut,
iaitu pengajaran mengenai perjalanan baginda dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa
dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha).

MEI 2014

HBIS4103

1.0 KRONOLOGI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ


Menurut Muhammad Luqman Makhtar (2014), pengalaman Israk dan Mikraj nabi
saw, merupakan satu pengalaman yang penuh pesona. Walau bagaimana pun, sebelum itu
nabi baginda menempuhi ranjau dan liku-liku dakwah yang penuh dengan dugaan,
cabaran dan malahan terseksa.
Hakikatnya, Israk dan Mikraj ini merupakan suatu bentuk hadiah percutian nabi
setelah bertahun-tahun menanggung beban dakwah. Kecekalan, ketabahan dan keutuhan
nabi menghadapi cabaran-cabaran dakwah sebelum peristiwa tersebut yang lebih
mempersonakan. Berikut merupakan kronologi peritiwa Israk dan Mikraj yang bersifat
umum bagi memudahkan pemahaman kita lantaran terdapat perbezaan pendapat ulama
yang sangat banyak berkaitan hakikat, perincian dan kronologi peristiwa ini.
TAHUN
KENABIAN
PERISTIWA

10

13

(Bermula Kerasulan
sehingga Tahun ke10 Kenabian)

-Kerasulan bermula.

-Dakwah secara terang-

-Dakwah secara

terangan bermula.

SEBELUM

senyap-senyap

-Pemulauan

-Pemulauan terhadap

-Penentangan

-Orang Islam terpaksa

berakhir

Bani Hasyim bermula

semakin dahsyat.

berhijrah ke Habsyah

kerana enggan

-Berlaku beberapa

menyerahkan Nabi saw

kali percubaan untuk


membunuh Nabi saw

10:

10

10
3

10

MEI 2014

HBIS4103

Ramadhan
-Beberapa bulan

-Serangan

selepas pemulauan

terhadap

berakhir, dalam

semakin menjadi-jadi

Syawal-

Zulhijjah;

Zulkaedah

musim Haji

peribadi -Dakwah Nabi saw - Nabi saw berdakwah


Nabi

saw di Taif ditolak oleh kepada kabilah-kabilah


penduduk di sana.

Arab yang datang

bulan Ramadhan,

menunaikan Haji iaitu

Abu Talib

sebanyak 26 kabilah

meninggal dunia.

dalam masa 10 hari.

-Tiga hari

Kesemuanya menolak

kemudian, Saidatina

seruan dakwah baginda.

Khadijah pula
menyusul.

10
MIKRAJ

-Dada baginda dibelah

-Malaikat Jibril as

-Dari Masjidil Aqsa

di Telaga Zamzam.

datang

naik ke langit

-Baginda dibawa

baginda

menaiki Buraq ke

membawa

Masjidil Aqsa

ke Masjidil Haram

ke

ISRAK

rumah -Dari Masjidil Haram di


dan Mekah ke Masjidil Aqsa
baginda di Palestin

2.0 PERISTIWA ISRAK MIKRAJ MENURUT HUJAHAN ULAMA DALAM


MENTAFSIRKAN AYAT 1 SURAH Al-ISRA.

MEI 2014
Berdasarkan ayat

HBIS4103
pertama surah al-Isra, terdapat beberapa aspek yang

diperdebatkan oleh para ulama. Pertama, bagaimana keadaan Nabi Muhammad saw
diIsrak dan diMikrajkan? Maksudnya di sini, adakah yang diIsrak dan diMikrajkan itu
hanya fizikal, roh, penglihatan (wahdatul wujud) atau mimpi? Kedua, perihal baginda
melihat Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah al-Isra, ayat 1 :
















(1)

Ertinyanya :
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami
memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada bukti-bukti (kekuasaan) Kami.
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.
Menurut pendapat ulama tafsir seperti al-Qurthubi, at-Thabari, Ibn Kathir dan
banyak lagi, kebanyakan mereka berpendapat bahawa ayat pertama surah al-Isra ini
dimulai dengan tasbih iaitu


, iaitu Maha Suci Allah bagi menunjukkan
bahawa peristiwa ini adalah peristiwa yang menakjubkan dan datangnya dari Allah SWT
dan bukanlah cerita rekaan daripada Nabi Muhammad saw.
Perkataan Rasulullah saw mengikut pendapat al-Qurthubi, ianya merupakan zikir
yang agung, yang lazim digunakan untuk menunjukkan perasaan takjub, kehairanan
ataupun keajaiban terhadap sesuatu perkara. Justeru itu, dapatlah kita fahami di sini
bahawa peristiwa ini merupakan satu peristiwa yang sangat luar biasa iaitu di luar dari
kelaziman atau kebiasaan yang difikirkan atau diterima oleh akal manusia. Jelasnya,
peristiwa ini merupakan kuasa Allah Subhanahu wa Taala dan

jua

bermaksud: Mensucikan dan membebaskan Allah dari segala keburukan dan


kekurangan.

MEI 2014

HBIS4103

Terdapat satu hadits yang diriwayatkan oleh at-Thabraani menjelaskan makna



, baginda Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya:

Dan Tasbih itu mensucikan Allah dari segala keburukan.


Dalam memperkatakan dan membicarakan tentang peristiwa Isra dan Miraj ini,
ulama tidak terlepas daripada perbezaan pendapat mengenai keadaan Rasulullah saw
ketika baginda diisrakkan, adakah baginda melakukan perjalanan agung ini dalam
keadaan jaga, iaitu dengan jasad dan roh atau dalam keadaan ar-Ruya yakni mimpi atau
dalam keadaan tidur iaitu dengan roh sahaja?
Sekelompok ulama berpendapat bahawa israk itu dengan roh sedang jasad
baginda Rasulullah saw tidak meninggalkan tempat tidur baginda. Semuanya adalah
mimpi di dalam tidur baginda sahaja dan mimpi para nabi adalah kebenaran. Di antara
yang berpendapat sedemikian ialah Muawiyah dan Aisyah yang dikisahkan dari alHasan dan Ibnu Ishak.
Bagaimanapun, jumhur ulama berpendapat bahawa Rasulullah saw telah
diisrakkan dengan roh dan jasadnya dalam keadaan terjaga, iaitu bukan dalam keadaan
tidur menuju ke Baitul Maqdis dan kemudian baginda diangkat menuju ke langit dengan
roh. Dalil bagi pendapat ini ialah firman Allah di dalam surah al-Isra ayat 1:






(1)...

Ertinya :
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa...

MEI 2014

HBIS4103

Manakala Ibnu Kathir pula berpendapat bahawa berdasarkan dari ayat di atas,
ianya menunjukkan bahawa baginda diisrakkan dengan keadaan jaga serta meliputi jasad
dan secara lebih jelas ia dilihat kepada perkataan



, yang mana ungkapan yang

kukuh dan merangkumi keduanya iaitu sekelompok roh dan badan. Di samping itu juga,
pengucapan tasbih pada pangkal ayat pertama bagi memulakan surah ini pula digunakan
bagi perkara-perkara menakjubkan dan besar. Sekiranya peristiwa israk ini hanya dalam
keadaan baginda tidur dan bermimpi, bermakna hal itu bukanlah suatu kejadian yang
besar dan bukan pula ia termasuk dalam peristiwa agung yang penting mahupun
menimbulkan rasa hairan dan takjub.
Menurut Syaikh Abul Hasan `Ali al-Hasani an-Nadwi(2005), berdasarkan
pendapat ulama-ulama, perjalanan baginda ketika Israk Mikraj adalah melalui roh dan
jasad. Hal ini berdasarkan peristiwa baginda menaiki Buraq untuk ke langit ketujuh. Jika
hanya melalui roh, tidak perlulah buraq untuk ditunggang oleh baginda kerana roh tidak
diperlukan untuk naik ke langit. Selain itu, ini dapat dibuktikan lagi apabila baginda
memilih untuk meminum susu daripada arak yang diberikan oleh Jibril. Roh tidak boleh
minum, ini membuktikan pengembaraan baginda ini melalui roh dan jasad sekali..
Sebahagian lain berpendapat bahwa Isra` Mi`raj terjadi dalam mimpi. Pendapat
ini sangat jauh sekali dari kebenaran. Dalil mereka adalah firman Allah SWT:


Ertinya:
Dan Kami tidak menjadikan (al-ru`ya) penglihatan yang telah Kami perlihatkan
kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia dan (begitu pula) pohon kayu yang
terkutuk dalam Al Quran. (Al-Isra`: 60)
Mereka mengatakan ayat di atas mengisyaratkan peristiwa Isra` dan Mi`raj dan
kata al-ru`ya (melihat) dimaknakan melihat dalam mimpi dan bukan melihat dengan mata
kepala. Bagaimanapun, pendapat ini dibantah dengan tafsir Ibn Abbas ra mengenai ayat
ini. Beliau mengatakan bahwa kata al-ru`ya dalam ayat di atas bermakna ru`ya `ain
iaitu, melihat dengan mata kepala bukan mimpi. (HR al-Bukhari)

MEI 2014

HBIS4103

Tambahan pula sebahagian ahli tafsir mengatakan bahawa ayat ini turun ketika
perjanjian Hudaibiyyah (tahun ke enam Hijriyyah) disebabkan Rasulullah saw melihat
dalam mimpinya bahwa baginda masuk ke Masjid al-Haram. Dengan demikian ayat ini
tidak sesuai dijadikan dalil. Jika sekiranya Israk Mikraj itu terjadi hanya dalam mimpi
saja, maka peristiwa itu tidak tergolong peristiwa yang besar, dan tentu orang Quraisy
tidak begitu serius mendustakan Rasulullah saw, dan tidak unik, menghairankan atau
menimbulkan rasa takjub dalam pandangan mereka.
Seterusnya, menyentuh tentang perselisihan samada Rasulullah saw telah melihat
Allah SWT iaitu dengan mata kasar atau mata hati baginda. Dr. Said Ramadhan al-Buti
dan al-Habib Ali al-Jufri turut menyatakan bahawa terdapat perselisihan yang sangat
serius tentang situasi atau perkara ini. Menurut pendapat al-Habib Ali al-Jufri lagi, beliau
mengatakan bahawa pada ketika kejadian itu, Allah SWT menjelma di hadapan NabiNya, iaitu Muhammad saw. Beliau turut mengingatkan sesiapa yang ingin berpegang
secara muktamad dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Rasulullah saw
melihat Allah SWT maka dipersilakan dengan syarat hendaklah enafikan Allah SWT itu
berjisim atau mempunyai ruang dan masa. Manakala bagi mereka yang berpegang
dengan pendapat bahawa baginda melihat dengan mata hatinya, juga adalah benar.

MEI 2014

HBIS4103

3.0 PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA PERISTIWA INI DAN


KAITANNYA DENGAN ISU SEMASA
Sesungguhnya setiap sesuatu kejadian yang berlaku itu pasti mempunyai hikmah dan
pengajaran yang tersendiri di sebaliknya, tidak kiralah samada ia berbentuk musibah,
ujian, anugerah mahupun kegembiraan. Begitu juga dengan peristiwa Israk dan Mikraj
ini.
Antara pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa bersejarah ini ialah
pertama, ia merupakan ujian kekuatan keimanan kita terhadap kekuasaan Allah SWT.
Sedangkan pada zaman baginda sendiri sudah ada yang enggan mempercayai peristiwa
ini, apatah lagi di zaman kini yang tiada seorang pun di antara kita yang pernah berjumpa
baginda. Hal-hal sebegini bukan untuk difikirkan dengan secara mendalam. Sebaliknya,
hendaklah diyakini dan diimani sebagaimana Saidina Abu Bakar al-Siddiq.
Kedua, tentang bermacam siksaan ahli neraka yang telah diperlihatkan kepada nabi
Muhammad s.a.w semasa dibawa melawat neraka. Antaranya siksaan terhadap orang
yang meninggalkan sembahyang di mana mereka memecahkan kepala mereka sendiri. Ini
merupakan suatu amaran yang keras agar kita dan keluarga kita serta masyarakat sekitar
dapat menjaga sembahyang dengan baik terutama pada hari ini ramai di kalangan umat
Islam tanpa segan silu meninggalkan sembahyang dengan pelbagai alasan termasuk
kerana terlalu sibuk dengan kerja. Bermula daripada meninggalkan sembahyang inilah
maka umat Islam mula melanggar segala perintah dan larangan Allah yang lain yang
menyebabkan kita hidup melarat di dunia. Oleh itu insaflah kita dengan sentiasa
memenuhi masjid sepanjang masa bukannya hanya pada hari Jumaat atau hari raya
sahaja.
Ketiga, agar manusia sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah , baik dikala
ditimpa kesusahan maupun kesusahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang mampu
memberikan pertolongan dan menghilangkan segala kesedihan serta kesusahan pada diri
manusia, sebagaimana Nabi Muhamad saw telah ditimpa beberapa musibah sebelum
terjadinya Israk Mikraj. Caranya sudah tentu sahaja dengan melaksanakan yang
9

MEI 2014

HBIS4103

diperintahkan dan menjauhi semua larangan-Nya. Disamping terus meningkatkan


ketakwaan dan amal ibadah . Dewasa ini, kebanyakan dari kita hanya mengingati Allah
SWT hanya apabila berada di dalam kesusahan. Sebaliknya ketika gembira, senang, Allah
SWT dilupakan.
Keempat, Nabi saw juga turut melihat bagaimana siksaan terhadap mereka yang
tidak menunaikan zakat di mana mereka dihalau seumpama binatang dan kemudiannya
mereka memakan buah Zaqqum daripada bara api neraka yang begitu panas sehingga
hancur tubuh mereka. Oleh itu tunaikan zakat kita samada zakat fitrah, perniagaan, harta,
tanaman, pendapatan dan selainnya sehingga harta kita benar-benar dapat dibersihkan
daripada harta hak orang lain. Jika seluruh umat Islam dapat menunaikan zakat dan ia
pula dapat diagih dengan baik maka ini semua dapat mengurangkan kadar kemiskinan
dalam negara serta merendahkan jurang antara golongan kaya dan miskin. Kita begitu
bimbang apabila kekayaan hanya berlegar di kalangan orang kaya sahaja sehingga jurang
antara golongan kaya dan miskin serta kaum semakin tinggi.
Seterusnya Rasulullah s.a.w melihat bagaimana orang yang tidak menunaikan
amanah dipaksa mengangkat seberkas kayu di mana walau pun tidak mampu
memikulnya tetapi dia tetap menambah bilangan kayu itu. Ini memberi peringatan agar
kita tidak terlalu mengejar pangkat dan kedudukan kerana ia merupakan suatu amanah
yang besar. Ingatlah pesanan Khalifah Umar bin Abdul Aziz di mana semakin kaya
pemimpin maka semakin miskin rakyatnya dan semakin miskin pemimpin maka semakin
kaya rakyatnya. Pemimpin yang berlaku adil dalam menunaikan amanah bakal berada di
bawah bayangan arasy serta syurga Allah sedangkan pemimpin yang mengkhianati
amanah bakal menempah api neraka.

10

MEI 2014

HBIS4103

4.0 KESIMPULAN
Peristiwa Israk dan Mikraj ini merupakan satu peristiwa yang mempunyai 1001
macam perkara yang terkandung di dalamnya, samada suka, duka, senang, susah dan
sebagainya. Walaubagaimana pun, sebagai seorang Muslim seharusnya kita mengimani
peristiwa ini dengan sebenar-benarnya. Biarpun hal ini terlalu unik untuk difikirkan, apa
yang paling penting di sini ialah keimanan kita perlu dijaga. Perlu diingat bahawasanya
Nabi Muhammad itu utusan Allah, nabiNya dan juga kekasihNya. Nabi dan Rasul
masing-masing dianugerahkan mukjizat yang mana peristiwa ini turut menjelaskan
kepada kita bahawa ia juga merupakan salah satu daripada mukjizat Rasulullah saw.
Selain itu, sudah menjadi lumrah bagi mereka yang tidak memahami Islam akan
mempunyai pandangan serong dan silap faham terhadap Islam. Tetapi, contohi Rasulullah
s.a.w. Walaupun baginda diperli, dikeji dan didustai kerana menyampaikan berita Israk,
Rasulullah s.a.w. tetap bersabar dan menunjukkan akhlak yang baik. Jelasnya di sini,
andai kita diperlakukan dengan kejahatan, maka balaslah kepada mereka dengan
kebaikan. Ayuh contohi Rasulullah.
Justeru itu, sebagai orang Islam yang tinggal di negara majmuk seperti Malaysia ini,
ada kalanya kita menghadapi silap faham daripada mereka yang bukan Islam. Kita perlu
tunjukkan akhlak yang baik serta bersabar dan terangkan kepada mereka tentang ajaran
Islam yang sebenar, yang menggalakkan keharmonian dan juga kemakmuran.
Kita juga perlu tunjukkan bahawa kewujudan kita di negara ini, di tempat kerja, di
sekolah dan di rumah, membawa kesejahteraan bagi orang di sekeliling kita.
Sesungguhnya, orang Islam yang baik adalah juga rakyat, pekerja, majikan, pelajar dan
ahli keluarga yang baik.

( 2532 PATAH KATA )

11

MEI 2014

HBIS4103

RUJUKAN:
1. Buku Modul: Pengajian Sirah Rasulullah s.a.w, : Habibah @ Artinie Ramlie,
Rahimi Md Saad, Meteor Doc. Sdn. Bhd Selangor Darul Ehsan
2. Tafsir al-Qurthubi, Taliq: Muhammad Ibrahim al-Hifnawi, Takhrij: Mahmud
Hamid Utsman, Pustaka Azzam - Jakarta, 2008, m.s: 509
3. Tafsir Ibnu Katsir, Penyusun: Dr, Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman
bin Ishaq Alu Syaikh, Penterjemah: M.Abdul Ghoffar E.M dan Abu Ihsan alAtsari, Pustaka Imam asy-SyafiI Bogor, 2008, Jld: 5, m.s: 132-133
4. 351/19 : 6934 :
5. 271/12 : 3597 :

12

Anda mungkin juga menyukai