Anda di halaman 1dari 2

Selesaikan masalah dibawah

1. En. Deva ada RM272.90 dan Puan Deva ada RM84.50. Berapakah jumlah wang yang ada pada mereka?

2. Berapakah jumlah wang yang diperlukan untuk membeli 2 biji bola dan sebatang raket badminton sekiranya harga untuk satu biji bola dan sebatang raket badminton masing-masing berharga RM61 dan RM230?

3. Kamal membayar RM300. Dia membeli sepasang kasut berharga RM42.80 dan sebuah buku berharga RM65.60.Berapakah baki wang yang ada pada Kamal?

4. Emak membeli sebiji betik yang berharga RM3 dan 5 biji epal yang berharga 50sen setiap satu.Berapakah jumlah yang wang yang emak telah belanjakan?

5. Setelah membeli tiket untuk perlawanan persahabatan bola sepak yang berharga RM 125.50, Amir masih mempunyai baki sebanyak RM21.80. Berapakah jumlah wang yang ada pada Amir pada mulanya?

6. Aisyah ada RM85 dan Humaira ada RM92.60.Berapakah jumlah perbezaan wang antara Aisyah dan Humaira?

7. Abang memberi adiknya sebanyak RM3.60. Sekiranya Ahmad ada RM23.30 pada mulanya,berapakah baki yang tinggal?

8. Anisah ada RM157.30. Dia ingin membeli sebuah permainan video yang berharga RM400.00. Berapakah jumlah wang yang masih dia perlukan?

9. Adam pergi ke pasar untuk membeli beberapa biji tomato. Sebiji tomato berharga 0.45. Jika dia membeli 10 biji tomato dan memberikan RM10 kepada penjual tersebut, berapakah baki yang dia peroleh?

10. Zafran telah pergi ke Zoo Negara. Apabila dia membayar RM50 kepada penjual tiket,dia dikembalikan sebanyak sehelai RM10, 2 helai RM5 , dan 7 helai RM1. Berapakah harga sebenar tiket masuk ke Zoo Negara?

11. Sebuah komputer berharga RM2275. Ariff membeli sebuah komputer, sebuah mesin pencetak berharga RM199 dan meja komputer berharga RM200. Berapakah jumlah keseluruhan yang telah Ariff belanjakan? 12. Keuntungan menjual burger ayam pada hari pertama adalah RM80 sehari.Pada hari kedua, keuntungan menjual burger menurun sebanyak RM15. Berapakah jumlah keuntungan untuk dua hari jualan?

Anda mungkin juga menyukai