Anda di halaman 1dari 3

Lampiran 3

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TAJUK PROGRAM : PISMP

NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) KOD KURSUS TARIKH MULA : WAJ 3101 14 Jan 2013

SEMESTER : 1

TARIKH HANTAR

12 April 2013

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan tentang latar belakang kebudayaan, pemikiran dan sejarah kemajuan tamadun bangsa-bangsa di dunia seperti Tamadun China, India, Jepun dan Islam; 2. Mewujudkan hubungan mesra dan persefahaman sejagat di kalangan rakyat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang hidup secara harmoni, saling memahami, saling menghormati dan bekerjasama antara satu dengan yang lain; 3. Mengaplikasi ilmu pengetahuan dan ketahanan diri yang membolehkan mereka memahami dan menghadapi pergolakan dunia dan cabaran global semasa; 4. Mengamalkan prinsip-prinsip Islam Hadhari dalam memantapkan proses pembangunan negara dan mampu menghadapi perkembangan global; 5. Mempamerkan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan 6. Mempamerkan keupayaan refleksi kendiri dengan menjadikan kejayaan tamadun serta tokoh-tokoh utama yang silam sebagai role-model. Hasil kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3. Objektif Kerja Kursus 1. Mengenal pasti isu kontemporari dalam Tamadun Islam dan Barat seperti hegemoni barat dan globalisasi. (1.1) 2. Menghuraikan konsep dan kesan hegemoni barat dan globalisasi terhadap kehidupan manusia dari sudut media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi manusia.(2.3) 3. Menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya pengaruh hegemoni Barat dan globalisasi dalam kehidupan masa kini. (1.6, 3.2) 4. Mengenali diri melalui proses refleksi kendiri dan membina jati diri untuk menangkis pengaruh pengaruh hegemoni dan globalisasi dalam kehidupan . (5.2, 5.3, 7.2)

Lampiran 3 Tugasan Kerja Kursus 70% Proses gIobalisasi dan hegemoni Barat yang melanda dunia telah mewujudkan banyak masalah dalam masyarakat hari ini. Perubahan yang berlaku akibat arus globalisasi menjadi semakin ketara apabila perubahan tersebut bertentangan dengan nilai-nilai budaya Timur. Justeru berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan satu esei yang menghuraikan konsep globalisasi Barat. Perbincangan juga mesti berfokus kepada faktor-faktor serta kesannya terhadap kehidupan manusia dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Maklumat yang diberi mestilah daripada pelbagai sumber tentang tajuk yang dipilih dan menyediakan bahan-bahan bukti seperti gambar, sumber internet, keratan akhbar dan sebagainya. Anda dikehendaki membuat refleksi berkaitan tajuk ini secara ringkas sepanjang penyediaan tugas ini. Maklumat yang dicari mestilah mempunyai perkara-perkara berikut. i. Pengenalan ii. Isi-isi penting berkaitan tajuk iii. Kesimpulan. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan dua hingga empat(2-4) orang. 2. Anda boleh menggunakan borang kolabrasi untuk mendapat bahan dan bimbingan. 3. Tugasan hendaklah disediakan dalam bentuk esei. Panjang tugasan adalah 10 muka surat dengan menggunakan tulisan Arial 12 dan dijilidkan. 4. Format penulisan tugasan adalah mengikut format APA. 5. Amalan menciplak tidak dibenarkan. 6. Pembentangan akan dilaksanakan dalam kelas mengikut ketentuan pensyarah masing-masing. 7. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 70%. 8. Bahagian kulit luar hendaklah bewarna hijau dan dilengkapkan dengan maklumat berikut: i. Nama pelajar ii. Angka giliran iii. No K.P iv. Kumpulan/unit v. Kod & matapelajaran vi. Nama pensyarah pembimbing vii. Tarikh serahan

Lampiran 3 Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Maklumat yang dikumpulkan perlulah menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut: a. Pengenalan b. Konsep hegemoni dan globalisasi c. Faktor-faktor d. Kesan e. Refleksi 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. 5. Sumber yang dikumpulkan mestilah tepat, menarik, dan menyertakan empat atau lebih sumber. 6. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal. Kriteria Pemarkahan Tugasan ini akan dinilai berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. Tugasan disediakan oleh Disahkan oleh

_______________________

_______________________

Anda mungkin juga menyukai