Anda di halaman 1dari 2

WONG LIN KIING 830204135306

PPG AMBILAN JUN 2011 BCN02

REFLEKSI PROGRAM MEMBINA INSAN GURU


AKTIVITI: GOTONG -ROYONG Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman dan input yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana berpeluang mengikuti progam ini. Segala input yang saya dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya terutama semasa bergelar seorang pendidik. Melalui program ini juga mengajar saya cara menyesuaikan diri dengan rakan sekumpulan dan pensyarah. Saya belajar berkomunikasi dengan rakan dan pensyarah dengan baik. Kerjasama dengan ahli kumpulan adalah amat penting. Sikap saling bantumembantu hendaklah dipupuk bagi membentuk hubungan yang baik antara ahli kumpulan. Kerjasama juga amat penting dan perlu ditekankan dalam aktiviti berkumpulan. Dengan kerjasama, kerja yang berat pun akan menjadi mudah. Pengalaman saya ketika menjalankan aktiviti gotong-royong memberi analogi yang cukup berguna kepada saya. kesusahan dan cabaran yang dihadapi sepanjang menjalankan aktiviti kembara mendidik diri saya menjadi seorang yang sabar dan tabah dalam apa juga situasi. Kehidupan sebagai seorang guru adalah amat mencabar tambahan pula dalam keadaan dunia yang pesat membangun dalam era kemodenan. Kesabaran mendidika anak bangsa penting bagi melahirkan individu yang berwibawa pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, Program Bina Insan Guru ini telah banyak mendedahkan saya kepada ilmu pengetahuan baru. Di sini saya berpeluang memuhasabah diri bagi membaiki kelemahan yang ada pada saya. Perkara ini adalah amat penting sebagai persediaan saya menghadapi kehidupan sebagai seorang guru.

WONG LIN KIING 830204135306

PPG AMBILAN JUN 2011 BCN02

REFLEKSI PROGRAM MEMBINA INSAN GURU


AKTIVITI: SESI SEMINAR DAN CARAMAH BERTAJUK: Menyalakan Semangat Profesional Kerguruan Saya diberi peluang untuk mengikuti program seminar ceramah mengenai Menyalakan Semangat Profesional Kerguruan bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan Bilik Multimedia, SJK Chung Hua Miri pada 19 April 2013 yang lepas. Seminar ceramah yang disampaikan oleh Encik Lin ini mengambil masa kira-kira 2 jam setengah, iaitu dari pukul 2.15 petang sehingga pukul 4.00 petang. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan seminar bengkel ini kerana saya yakin dan percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Menurut penceramah,Encik Lim: seorang guru mesti memberi motivasi kepada murid-muridnya. Saya mempelajari bahawa seseorang guru mesti

mempertingkatkan diri dengan ilmu dan mempuyai sikap dan emosi yang positif. Sememangnya seminar ini telah memberikan impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal guru dalam senantiasa beretika sosial dan berprotokol dalam banyak aspek. Menghadiri seminar ceramah ini juga telah memberikan kesan positif yang amat mendalam terhadap kerjaya saya. Hal ini demikian kerana daripada ceramah ini, saya sedar bahawa sebagai seorang bakal guru yang mempunyai etika sosial yang sempurna, kita haruslah sentiasa mengamalkan sifat tawaduk, atau sikap merendah diri tidak kira di mana sahaja. Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada apa yang diperkatakan oleh Encik Lim sepanjang seminar ceramah etiket sosial ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.Saya yakin dan percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.

Anda mungkin juga menyukai