Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulannya, tekanan emosi sememangnya berlaku dalam profesion perguruan

kerana profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang sering berhadapan
dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu
menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses
melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru pasti akan menemukan halangan,
kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jadi sebagai seorang pendidik,
kita bukan sahaja perlu bersiap sedia dari segi fizikal tetapi juga dari segi mental. Hal
ini adalah kerana dalam abad kini yang ditempuhi pelbagai cabaran dan perubahan, jika
seseorang guru tidak dapat mengadaptasi perubahan, menyelesaikan masalah atau
menangani cabaran yang dihadapi, mereka pasti akan mengalami tekanan emosi.
Jadi, guru perlu kenal pasti diri sendiri dan bijak untuk memilih langkah terbaik agar
dapat menangani tekanan emosi dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai