Anda di halaman 1dari 5

WARNA DAN MOOD Perkaitan antara warna dengan personaliti adalah seperti di bawah:

Biru muda : Pengasih dan penyayang

Biru tua : Rajin dan penuh dedikasi

Oren : Bersemangat dan komited

Kuning : Ceria dan sentiasa bersangka baik

Hijau : Tenang dan tidak banyak karenah

Merah : Berani dan emosional

Ungu : Kejayaan dan sikap positif

Hitam : Rasmi, serius atau hiba

Coklat : Matang dan bertanggungjawab

Putih : Bersih dan amanah

PENJELASAN TERPERINCI

HITAM - Degil dan berdikari - Semangat yang kuat, terlalu yakin pada pendapat diri dan berdisiplin. - Kelihatan matang dan menyelubungi identiti yang sebenarnya. - Mewakili perbuatan tidak mengaku kalah. - Menyerah diri hanya pada saat-saat akhir. - Dalam situasi tertentu menunjukkan personaliti yang mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi.

MERAH - Mendesak, mudah diransang dan lincah. - Mempunyai cita-cita yang tinggi, dan apabila menginginkan sesuatu akan dilakukan dengan pantas. - Cuba melakukan sesuatu dalam keadaan yang terbaik. - Kurang peka pada perasaan orang lain apabila diri menjadi tumpuan. - Perlu belajar menjadi pendengar yang baik. - Sedikit memaksa dan mudah membuat keputusan apabila bertindak dalam keadaan terdesak atau mencemaskan. - Mempunyai kelebihan yang boleh disalurkan untuk memimpin, membangunkan atau mengembangkan sesuatu. - Berani dan peramah namun mudah marah sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak. - Perlu belajar untuk sabar.

PUTIH - Mempunyai keperibadian yang positif, matang dan optimistik. - Bersih dan amanah. - Gemar menyendiri. - Inginkan gaya hidup sederhana dan bebas tekanan.

BIRU LEMBUT - Kreatif, mudah mengerti serta mudah sensitif. - Mempunyai daya imaginasi yang tinggi serta sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan. - Teliti dalam teguran. - Penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. - Gemar melakukan aktiviti mengikut kesesuaian masa serta tidak suka terburu-buru. - Ingin suasana selamat dan mendamaikan.

BIRU GELAP - Seorang yang cerdik, mempunyai keyakinan yang tinggi, serta mempunyai perasaan yang mendalam. - Merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain serta seronok dalam membuat pilihan. - Memerlukan persekitaran yang tenang, serta ingin dibelai dengan kasih sayang. - Mudah terganggu dengan keadaan bising. - Bos yang menggemari pakaian berwarna ungu kebiruan mudah sensitif serta mudah bersimpati, mudah dipergunakan.

MERAH JAMBU - Bersikap penyayang, menyintai alam semula jadi. - Mudah bersimpati dan memahami. - Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi. - Sentiasa memerlukan dorongan dan sokongan orang lain. - Sedikit keanak-anakan. - Sentiasa menyayangi dan menghargai diri sendiri.

OREN - Mampu menguasai dan mempengaruhi sikap orang lain. - Tidak sabar. - Mudah berdikari dan mempunyai perancangan serta berdaya memotivasikan diri sendiri. - Bersikap praktikal dan kreatif. - Sangat bertenaga namun mudah gelisah. - Aktif dan mahu bersaing dan sentiasa periang.

HIJAU - Berwaspada, berhati-hati dan tidak mudah mempercayai orang lain. - Sesuai dengan kehidupan yang damai dan sunyi. - Bermurah hati, berperikemanusiaan serta membantu orang lain untuk mengubah sikap. - Mudah sensitif, ia jelas kelihatan dengan gaya pandangan mata.

KUNING - Penuh minat dan ceria - Aktif dalam jua aktiviti. - Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu hadapi cabaran hidup. - Kuning cerah menggambarkan sikap yang spontan dan bijak berkomunikasi. - Sentiasa menginginkan dan berharap untuk mencapai kegembiraan. - Idea dan pemikiran tinggi. - Sentiasa baru dan moden dan mengalami perkembangan. - Sentiasa memerlukan ketenangan apabila konflik.

UNGU - Berkebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan hati, mempunyai perasaan yang mendalam, serta bercita-cita tinggi. - Berkeinginan untuk berjaya dalam semua bidang dan ingin melibatkan individu lain bersama.

PERANG - Bersikap jujur, bersifat realistik, sukakan gaya hidup yang berstruktur dan tolong menolong. - Sentiasa membelai rasa, menghargai makanan, minuman dan juga rakan yang baik. - Bersifat pelindung, mungkin dengan memendamkan emosi ataupun rahsia sehinggakan sentiasa berundur diri dan takutkan dunia luar.

KELABU - Tersendiri pendekatannya. - Kawalan diri yang tinggi dan sangat cenderung untuk tidak merapatkan diri dengan orang lain. - Suka mengasingkan diri. - Selalunya menjadi orang yang membuat keputusan dan juga pengkritik yang baik.

Anda mungkin juga menyukai