Anda di halaman 1dari 1

Refleksi

Tugasan Kemahiran Pengajaran Bahasa Melayu ini lebih memfokus kepada kemahirankemahiran bahasa, pendekatan dan kaedah pengajaran kemahiran bahasa serta teknik kemahiran bahasa. Hasil daripada kefahaman daripada tugasan ini, maka akan terbinanya Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) dan Bahan Bantu Mengajar yang mana menjadi panduan dalam guru menjalanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih berkesan. RUMUSAN Komitmen yang tinggi untuk menjayakan dan menyiapkan aktiviti yang telah dirancang hendaklah diterapkan ke dalam diri seorang guru agar mampu menjadi guru yang berkaliber, berilmu dan mampu menjadi aset dan mangkin perubahan kepada generasi baru kelak. Tanpa semangat dan minat yang mendalam, sesuatu kerja ataupun aktiviti yang ingin kita jalankan akan terbengkalai dan tidak bermutu tinggi dari segi nilai estetikanya. Justeru itu, penggabungjalinan kerajinan dan tanggungjawab yang tinggi akan menghasilkan tugasan yang efesien dan berkualiti tinggi. Dalam hal ini, saya telah mencuba sehabis baik untuk diri saya. Sebarang permasalahan yang timbul sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini telah saya jadikan iktibar dan pengalaman agar kelak pengalaman itu akan menjadi aset penguat kepada diri saya melalui tindakan susulan yang bersesuaian Akhir sekali, sesungguhnya segala kekurangan dan kepincangan yang terdapat dalam hasil tugasan ini adalah datangnya daripada kelemahan dan kedaifan diri saya sendiri dan segala kebaikan dan kesempurnaan hasil ini datangnya dari tuhan kita.

Anda mungkin juga menyukai