Anda di halaman 1dari 9

PORTFOLIO PRAKTIKUM IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL (JURNAL PRAKTIKUM) JURNAL PRAKTIKUM MINGGU PERTAMA (14 Julai

2013 18 Julai 2013) 1. Masalah

PRAKTIKUM 2

Minggu pertama merupakan minggu penyesuaian dengan persekitaran sekolah yang sangat berbeza dengan sekolah-sekolah yang saya pernah buat pemerhatian semasa program Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu semasa semester 1 hingga semester 4 sebelum ini. Sekolah yang berada di pinggir bandar dan kemudahan yang agak terhad membuatkan saya sedikit kekok untuk menyesuaikan diri. Selain itu, perbezaan yang amat ketara adalah dari segi bahasa, masalah perbezaan bahasa ini menyukarkan komunikasi antara saya dengan guru-guru lain dan juga staf pentadbiran. Masalah komunikasi ini membuatkan saya kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan murid, tambahan pula jadual waktu yang bermula lambat membuatkan saya tidak berkesempatan untuk bersuaikenal dengan murid-murid sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Seterusnya, saya agak lemah dalam kawalan kelas pada minggu pertama kerana ini merupakan praktikum saya yang pertama dan saya belum pernah didedahkan dengan murid-murid lagi sebelum ini. 2. Analisis Keadaan ini berlaku kerana perbezaan dialek yang berbeza menyebabkan berlakunya halangan dalam berkomunikasi. Guru-guru disini kebanyakannya berasal dari Terengganu dan merupakan masyarakat setempat di persekitaran sekolah, sudah pasti mereka amat memahami budaya ditempat sendiri berbanding orang luar. Namun begitu, banyak aktiviti yang telah berlangsung memberi peluang kepada saya untuk mengenali budaya setempat dengan lebih baik dan merapatkan jurang komunikasi yang wujud. Lama-kelamaan saya sudah selesa dan dapat menyesuaikan diri di sekolah.

PORTFOLIO PRAKTIKUM IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL (JURNAL PRAKTIKUM) 3. Cadangan penambahbaikan

PRAKTIKUM 2

Saya perlu belajar dialek-dialek dari kawan-kawan supaya mudah untuk berkomunikasi dengan guru-guru mahupun murid. Saya juga perlu meluangkan lebih masa dengan guru-guru supaya dapat merapatkan hubungan dan berlajar mengatasi masalah untuk berkomunikasi. Saya juga perlu sentiasa peka dengan sebarang aktiviti anjuran sekolah supaya ruang ini dapat saya gunakan untuk belajar berkomunikasi dan membina hubungan interpersonal dengan guru-guru lain. Seterusnya, saya akan cuba mempertingkatkan mutu kawalan kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih baik dan terkawal. 4. Tempoh Masa Saya akan cuba untuk menyesuaikan diri dengan kadar segera kerana hubungan yang baik perlu dijalinkan dengan guru-guru supaya mudah untuk meminta tunjuk ajar, panduan dan nasihat dalam mempertingkatkan

proesionalisme keguruan. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama dengan pensyarah pemimbing, guru pembimbing dan rakan-rakan untuk memberi penilaian dan kritikan terhadap kejayaan saya. 6. Tindakan Susulan Saya perlu bijak menangani masalah yang timbul dan menyesuaikan diri dengan cepat sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula supaya semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

_________________________ Nama: Tarikh:

_____________________________ Nama: Tarikh:

PORTFOLIO PRAKTIKUM IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL (JURNAL PRAKTIKUM) JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KEDUA (7 April 2013 11 April 2013)

PRAKTIKUM 2

1. Masalah Pada minggu kedua, sesi pengajaran dan pembelajaran sudah bermula dengan sepenuhnya. Saya menghadapi masalah untuk mengajar mata pelajaran Dunia Seni Visual bagi murid tahun dua kerana bilangan murid yang terlalu ramai menyukarkan untuk saya membimbing mereka secara individu semasa proses penghasilan karya seni. Pertama kali saya masuk mengajar di kelas darjah dua, saya tidak dapat melaksanakan beberapa aktiviti yang saya rancangankan di dalam Rancangan Pengajaran Harian. Ianya terjadi kerana bilangan murid di kelas tersebut terlalu ramai dan mereka terlalu aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kekangan juga wujud dari segi alat dan bahan untuk aktiviti seni kurang mencukupi. Keadaan ini menyebabkan murid-murid perlu berkongsi alat dan bahan untuk sesuatu aktiviti dan ianya melambatkan proses penghasilan karya murid. 2. Analisis Keadaan ini berlaku kerana sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula saya tidak berkesempatan untuk mengenali anak murid dan melihat tahap keupayaan mereka. Selain itu, perbezaan dialek yang berbeza menyebabkan berlakunya halangan dalam berkomunikasi. Arahan yang diberikan oleh guru kurang difahami oleh murid-murid. Bilangan murid yang agak ramai dalam satu kelas menyukarkan guru untuk memberi arahan. 3. Cadangan penambahbaikan Saya perlu lebih prihatin dan perlu mengenalpati tahap murid dalam menghasilkan karya seni supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik. Saya juga perlu lebih tegas dengan murid-murid 4 Amanah supaya mereka dapat mengikut arahan yang diberi oleh guru dan berminat untuk belajar. Dalam hal ini, saya perlu merancang aktiviti yang

PORTFOLIO PRAKTIKUM IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL (JURNAL PRAKTIKUM)

PRAKTIKUM 2

bersesuaian dengan murid-murid tersebut. Dari segi kekurangan alat dan bahan, saya akan cuba menyediakan sendiri bahan tersebut supaya hasil pembelajaran yang saya rancangkan tercapai. 4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana perancangan yang baik dapat memudahkan pengurusan kelas, masa, peralatan dan segala aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama dengan pensyarah pemimbing, guru pembimbing dan rakan-rakan untuk memberi penilaian dan kritikan terhadap kejayaan saya dalam mengurus sesebuah kelas. 6. Tindakan Susulan Saya akan belajar merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap murid saya dan saya akan cuba merendahkan jangkaan saya terhadap murid kelas 4 Amanah. Saya akan merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap dan keupayaan murid saya supaya objektif dalam mata pelajaran tercapai dan murid dapat menguasai apa yang mereka pelajari.

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

_________________________ Nama:

_____________________________ Nama:

Tarikh:

Tarikh:

PORTFOLIO PRAKTIKUM IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL (JURNAL PRAKTIKUM) JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KETIGA (14 April 2013 - 18 April 2013)

PRAKTIKUM 2

1. Masalah Pada minggu ketiga, proses pengajaran dan pembelajaran kurang memberangsangkan kerana terdapat beberapa aktiviti untuk murid tahun 2 Fatanah dan 4 Fatanah yang melibatkan proses menggunting kertas. Ianya menyebabkan mereka lambat dalam menyiapkan hasil karya. Berdasarkan dari pemerhatian saya, mereka agak lemah dalam kawalan motor halus iaitu semasa menggunting. Mereka mengambil masa yang lama untuk menggunting sesuatu imej atau bentuk. Saya terpaksa memberi bimbingan cara untuk menggunting dengan cepat kepada mereka agar mereka dapat menyiapkan hasil kerja dengan pantas. Selain itu, saya juga menghasilkan kolaj wau bagi tahun 4 Amanah dan saya mendapati murid terlalu teliti dalam menghasilkan karya. Masa yang lama diambil untuk menggunting kertas dan menampalnya pada kertas lukisan. 2. Analisis Masalah ini timbul disebabkan saya meletakkan jangkaan terlalu tinggi kepada murid saya sehingga saya mengabaikan keperluan dan keupayaan mereka dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Saya tidak peka dan sensitif dengan pengalaman sedia ada murid. Mereka baru pertama kali didedahkan dengan aktiviti kolaj dan mereka memerlukan masa untuk meneroka alat dan bahan. Sepatutnya saya menjalankan demonstrasi terlebih dahulu atau melaksanakan aktiviti kolaj menggunakan bahan yang lebih mudah.

3. Cadangan penambahbaikan Setelah mengenal pasti masalah, saya merujuk kepada guru pembimbing bagi menyelesaikan masalah ini. Saya cuba untuk mengatasi masalah ini dengan memberi imej dan bentuk yang bersaiz lebih besar dan mudah untuk dipotong. Saya akan cuba menetapkan objektif yang rendah atau sederhana sahaja supaya murid mudah untuk menguasainya. Pelbagai pendekatan perlu dicuba dan diaplikasikan dalam proses pengajaran untuk mencari jalan

PORTFOLIO PRAKTIKUM IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL (JURNAL PRAKTIKUM)

PRAKTIKUM 2

penyelesaian kepada masalah ini. Seterusnya, untuk aktiviti kolaj saya akan terlebih dahulu menggunting cebisan kelas untuk dibawa ke kelas supaya dapat menjimatkan masa dan mereka dapat menyiapkan hasil karya mereka. Selain itu, saya juga boleh melaksanakan aktiviti kolaj secara berkumpulan iaitu seramai 3-4 orang bagi satu kumpulan. 4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin supaya murid saya dapat menguasai pembelajaran dengan baik dan segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan sempurna. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama dengan pensyarah pemimbing, guru pembimbing dan rakan-rakan untuk memberi penilaian dan kritikan terhadap kejayaan saya dalam mengurus sesebuah kelas. 6. Tindakan Susulan Saya perlu sentiasa memerhatikan murid-murid saya sewaktu mengajar supaya dapat mengenalpasti aras setiap murid dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik.

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

_________________________ Nama:

_____________________________ Nama:

Tarikh:

Tarikh:

PORTFOLIO PRAKTIKUM IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL (JURNAL PRAKTIKUM) JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KEEMPAT (21 April 2013 - 25 April 2013)

PRAKTIKUM 2

1. Masalah Pada minggu keempat, sesi pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual berjalan dengan lancar dan memuaskan hati, saya melihat murid tahun 2 sangat gembira menjalankan aktiviti membuat alat perhiasan diri tradisional iaitu tengkolok, mereka kelihatan sangat bersemangat sewaktu melaksanakan aktiviti ini. Namun begitu, timbul sedikit kekesalan kerana ramai murid yang masih tidak dapat menguasai konsep lipatan dan guntingan dengan bagi menghasilkan corak untuk ditampal pada tengkolok. Mereka agak takut untuk mengunting corak yang mereka kehendaki dan mereka agak kurang berkeyakinan untuk

menghasilkannya. Seterusnya, saya juga dapat melihat peningkatan murid tahun 4 Fatanah dalam melaksanakan aktiviti menggunting sebarang imej atau objek. Pada minggu pertama mereka agak lemah dan lambat untuk menggunting sesuatu imej atau objek. Mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan hasil kerja jika karya tersebut banyak melibatkan aktiviti menggunting imej atau objek. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan pencapaian muridmurid Sk Tengkawang sepanjang saya mencurahkan ilmu kepada mereka selama sebulan. Mereka menunjukkan sedikit peningkatan dalam menghasilkan karya. 2. Analisis

Masalah murid tidak mengetahui teknik-teknik dalam Pendidikan Seni Visual berlaku kerana sebelum ini mungkin mereka hanya melakukan aktiviti lukisan. Oleh itu, mereka tidak didedahkan dengan teknik-teknik lain seperti lipatan dan guntingan. Mereka juga kelihatan teragak-agak untuk

menghasilkannya. Seterusnya, mungkin aktiviti yang mereka hasilkan sebelum ini kurang melibatkan aktiviti menggunting imej atau objek dari kertas. Oleh itu,

PORTFOLIO PRAKTIKUM IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL (JURNAL PRAKTIKUM)

PRAKTIKUM 2

mereka agak lemah dalam menguasai kemahiran bagi motor halus. Mereka juga kurang diberi pendedahan mengenai kepelbagaian penggunaan media dalam penghasilan karya seni. Mereka sering menggunakan media pensel warna sahaja untuk mewarna atau membuat sesuatu aktiviti yang berkaitan Pendidikan Seni Visual. 3. Cadangan penambahbaikan Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menghasilkan karya seni terutamanya di dalam aktiviti menggunting adalah saya menyediakan imej atau bentuk-bentuk yang mudah untuk dipotong. Saya melatih mereka untuk menggunting imej dan bentuk yang mudah terlebih dahulu kemudian saya tinggikan aras imej dan bentuk untuk dipotong. Seterusnya, saya juga membantu murid darjah 2 Fatanah untuk menguasai konsep lipatan dan guntingan kertas dengan membuat demo menggunting bentuk dan corak yang ingin dihasilkan menggunakan teknik tersebut. 3. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin supaya murid saya dapat menguasai pembelajaran dengan baik dan segala perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan sempurna. 4. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta kerjasama dengan pensyarah pemimbing, guru pembimbing dan rakan-rakan untuk memberi penilaian dan kritikan terhadap kejayaan saya dalam mengurus sesebuah kelas. 5. Tindakan Susulan Saya perlu sentiasa memerhatikan murid-murid saya sewaktu mengajar supaya dapat mengenalpasti aras setiap murid dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik. Saya juga perlu mendedahkan teknik dan medium baru dari semasa ke semasa supaya murid dapat menguasai keempat-empat bidang dalam Pendidikan Seni. Saya juga akan sentiasa

PORTFOLIO PRAKTIKUM IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL (JURNAL PRAKTIKUM)

PRAKTIKUM 2

bebincang dengan rakan-rakan tentang aktiviti yang menarik yang boleh dilaksanakan bagi menarik minat murid untuk belajar.

Disemak oleh Guru Pembimbing,

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing,

_________________________ Nama:

_____________________________ Nama:

Tarikh:

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai