Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PPG (Semester 4) NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS: (PSV3108) PENDIDIKAN SENI VISUAL MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN DAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

SEMESTER: 4/2013 (Jun-Nov)

TARIKH MULA:

27 Julai 2013

TARIKH HANTAR:

14 September 2013

Hasil Pembelajaran Kursus : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menghasilkan karya mengikut bidang Membentuk dan Membuat Binaan serta bidang Kraf Tradisional dengan pertimbangan estetik melalui proses kreativiti dan artistik Mengenal pasti prinsip, konsep, pengetahuan serta kemahiran dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran tentang alat, bahan serta teknik pada penghasilan Membentuk dan Membuat Binaan Mengaplikasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam proses penghasilan Membentuk dan Membuat Binaan Mengaplikasi strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Membentuk dan Membuat Binaan Menjalankan sesi apresiasi karya Seni Visual

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, dan 4

Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Memahami dan mengaplikasi Sukatan Pelajaran / Huraian Sukatan Pelajaran PSV dalam perlaksanaan projek. Meneroka pelbagai alat, bahan, teknik dan proses penghasilan karya mengikut bidang Membentuk dan Membuat Binaan KBSR/KSSR. Mendokumentasikan penghasilan karya seni dan pelbagai teknik mengikut bidang Membentuk dan Membuat Binaan berlandaskan Huraian Sukatan Pelajaran PSV KBSR/KSSR. Mengklasifikasikan karya, alat, bahan dan teknik mengikut kesesuaian Tahap 1 dan Tahap 2. Mendokumentasikan langkah-langkah Projek dalam format tugasan bertulis.

2.

3.

4.

5.

Tugasan Projek (100%) Dengan berpandukan pengetahuan tentang bidang Membentuk dan Membuat Binaan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR/KSSR, hasilkan : 1. Hasilkan satu produk berasaskan bidang Membentuk dan Membuat Binaan iaitu sebuah topeng bertemakan flora. Mengaplikasikan bahan papier mache dan bahan kutipan serta menggunakan warna yang sesuai. Saiz topeng yang dibentuk adalah mengikut saiz muka anda dan dibentuk dengan mengaplikasikan elemen Asas Seni Reka. Proses penghasilan karya perlu menunjukkan kemahiran membentuk, proses pengwujudan dan perkembangan idea, teknik dan penghasilan produk (portfolio). Menunjukkan langkah-langkah semasa proses teknik menghasilkan topeng.

2.

3.

4.

5.

Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat. 3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut : 3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini 3.2. Fon Arial 3.3. Saiz huruf - 12 3.4. Langkau 1.5 baris . 3.5. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) 3.6. Lampiran adalah wajib 3.7. Jawab dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris sahaja 4. Panjang tugasan antara 2,500 hingga 3,000 perkataan atau tidak melebihi 15 muka surat termasuk persembahan visual. 5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. 6. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam hingga lapan minggu. 8. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut : (mengikut kehendak soalan tugasan) 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut : a. Produk yang dihasilkan mestilah menunjukkan proses kajian, pemilihan tema, proses pengwujudan dan perkembangan idea, teknik dan penghasilan produk. b. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik yang sesuai serta mengaplikasikannya dalam penghasilan karya berdasarkan bidang kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan. c. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk menghasilkan sebuah portfolio yang baik mengikut kreativiti. d. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) melalui perisian dalam proses penghasilan karya. e. Rumusan/cadangan dan menjawab persoalan tugasan. 3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan: 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah. 5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 6. Penulisan esei/ laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah. 7. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber dari buku, internet, jurnal, dan bahan bercetak yang lain).

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(AHMAD KHIR MUZAMIL B. MOKHTAR) Pensyarah PPG (PSV3108) Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Ipoh

(DR. KASRAN B. MAT JIDDIN) Pakar Bidang (SME). Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Ipoh

Disahkan oleh:

(MOHD KAMAL B. MAT YUSOF) Ketua Jabatan Sains Sosial Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Ipoh

Anda mungkin juga menyukai