Anda di halaman 1dari 3

Tajuk :Refleksi Pertandingan Nasyid Terbuka Sekolah Kebangsaan Mekasar Oleh : Mohamad Nazmi bin Awaludin

1. Isu / Perkara yang difokus :

Pada 23, 24 dan 25 Julai 2013 telah dijalankan satu pertandingan nasyid terbuka peringkat sekolah bagi SK Mekasar. Banyak pengalaman yang dapat saya timba melalui program yang telag dianjurkan ini. Pertandingan ini melibatkan murid tahun 3, 4 dan 5 yang terdiri daripada setiap kelas. Penglibatan murid-murid di dalam pertandingan nasyid ini adalah sangat menggalakkan dan menjadi satu kenangan yang manis bagi saya sebagai guru pelatih.

2. Analisis isu / perkara yang difokus :

2.1 Kekuatan : Dalam melaksanakan program ini, pelbagai kekuatan dapat saya temui tidak kira setinggi gunung mahupun hanya sekecil zarah. Antara kekuatannya ialah saya dapati guru-guru Sekolah Kebangsaan Mekasar begitu bagus di dalam memberikan bantuan, semangar dan dorongan bagi memastikan Pertandingan Nasyid ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mereka telah memberikan sumbangan tidak kira dari segi tenaga, mental dan sebagainya lagi. Dengan bantuan yang diberikan ini, pertandingan azan yang telah dilaksanakan ini mendapat respon yang sangat baik dari pelbagai pihak. Sebelum pertandingan ini dilaksanakan, saya telah mengetahui dan mempelajari cara-cara untuk membuat kertas kerja dimana bagi program pertandingan nasyid ini saya telah ditugaskan sebagai setiausaha. Pengalaman semasa membina kertas kerja ini tidak dapat dilupakan kerana ianya akan menjadi panduan dan amalan kepada saya setelah bergelar guru nanti.

Tambahan lagi, program pertandingan nasyid terbuka ini telah melibatkan murid tahun 3, 4 dan 5. Apa yang dapat saya lihat adalah penglibatan aktif murid di dalam aktiviti ini tidak kira yang bernasyid ataupun menonton nasyid. Saya telah diberikan peluang untuk menjadi mentor bagi kelas 4 Arif bagi pertandingan nasyid ini. Murid kelas 4 Arif sangat aktif untuk memasuki pertandingan ini dimana mereka mencari saya untuk melatih mereka bernasyid. Ini dapat saya simpulkan bahawa pertandingan nasyid amat diminati di SK Mekasar ini.

Program ini juga telah dapat melatih murid untuk menjadi lebih yakin terhadap setiap aktiviti yang dilakukan. Semasa mereka bernyanyi dihadapan, perasaan malu, takut dan gemuruh akan dapat dialami oleh mereka. Pengalaman yang diterima oleh mereka ini akan mendewasakan mereka untuk menjadi seorang yang

berpengetahuan tentang kepimpinan.

2.2 Kelemahan :

Diantara kelemahan yang dapat dilihat melalui program ini adalah dari segi keselesaan murid. Kipas di kantin SK Mekasar tidak dapat digunakan kerana ianya berada dibawah tanggungan tender kantin sekolah. Oleh itu, terdapat rungutan daripada murid yang mengatakan bahawa tempat bagi pertandingan azan ini adalah panas. Masa pertandingan juga menjadi satu permasalahan kepada kami semasa menjalanakan program ini. Masa yang sangat singkat dan suntuk menyebabkan kami terpaksa bertungkus lumus untuk menghabiskan pertandingan ini dengan secepat mungkin. Murid yang terlibat di dalam program ini adalah seramai 25 orang. Oleh itu, di dalam masa setengah jam sehari kami perlu menghabiskan murid-murid yang terlibat dengan pertandingan azan seramai 7 orang sehari. Oleh itu, kami telah berusaha sehabis baik bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Selain itu, bagi peralatan yang digunakan untuk pertandingan nasyid ini, ianya memerlukan tenaga pekerja yang melebihi daripada 4 orang kerana banyak dan

berat. Masa 3 hari yang diperlukan amat memerlukan tenaga kerja yang lebih bagi memudahkan urusan membawa dan mengangkat peralatan. Oleh itu, saya telah meminta bantuan daripada beberapa orang murid untuk membantu saya membawa setiap daripada peralatan yang diperlukan.

3. Cadangan penambahbaikan

Bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan lebih baik pada masa akan datang, beberapa cadangan dan penambahbaikan harus dilaksanakan. Antaranya ialah masalah dari segi tempat program yang akan dijalankan. Pada masa akan datang, pertandingan azan ini boleh dijalankan di musolla SK Mekasar yang lengkap dari segi peralatan dan sumber elektrik. Ini bagi memberikan keselesaan kepada peserta pertandingan dan juga murid-murid lain untuk melibatkan diri di dalam program ini. Musolla yang baru sedang dibina oleh pentadbiran SK Mekasar. Setelah musolla tersebut siap, setiap aktiviti yang melibatkan keagamaan dapat di jalankan di tempat tersebut. Masa pertandingan yang tidak mencukupi seharusnya ditangani dan diatasi dengan baik oleh kami selaku penganjur pertandingan tersebut. Kami perlu menetapkan bilangan peserta yang terlibat dengan lebih baik bagi memastikan peruntukan masa untuk menjalankan program ini adalah mencukupi. Di samping itu, sekiranya ramai murid yang ingin terlibat di dalam pertandingan azan ini, kami perlu melanjutkan pertandingan ini dengan lebih lama bagi memastikan setiap murid dan guru yang terlibat mendapat kepuasan dan keselesaan semasa pertandingan ini dijalanakan. Masalah tidak mencukupi tenaga kerja boleh diatasi dengan menjalankan pertandingan nasyid ini untuk tempoh yang singkat dimana daripada 3 hari kita menjadikannya 2 hari sahaja. Melalui ini, masa yang diperlukan untuk membawa dan mengangkat barang-barang dan peralatan dapat dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai