Anda di halaman 1dari 17

4.

TRANSKRIPSI 4.1 Skrip Cerita Aye Seorang Perantau

Cerita mengisahkan Hilmi seorang anak muda yang merupakan anak jati negeri Melaka, Bandaraya Bersejarah. Kematangan Hilmi diuji apabila Hilmi menerima tawaran sambung belajar di luar negara, Universiti Harvard di Amerika Syarikat. Dalam keghairahan menerima tawaran belajar ke luar negara, Hilmi berasa bimbang kerana masalah komunikasi yang dihadapinya. Bagi Hilmi, dia perlu berusaha mempersiap diri agar dia tidak kekok di tempat orang nanti. Perkenalan Hilimi dengan seorang gadis bernama Ika, yang juga pelajar dari Malaysia membantu Hilmi dalam komunikasi Hilmi. Hilmi tidak kekok lagi belajar bahasa asing. Bahkan Hilmi berasa sangat beruntung mengenali gadis bernama Ika. Ika yang juga berasal dari Melaka, negeri Bandaraya Bersejarah tidak kekok berbahasa Inggeris, bahkan apa yang membuatkan Hilmi berbangga dapat bersahabat dengan Ika adalah Ika tidak segan silu menggunakan bahasa ibundanya yakni Bahasa Malaysia, malah masih tahu bertutur dalam dialek Melaka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, itulah bahasa ibunda. Perkenalan Hilmi dan Ika menimbulkan bibit-bibit percintaan. Akhirnya mereka disatukan sekembalinya mereka ke tanah air selepas tamat belajar.

4.2 Babak 2

Transkripsi Bahasa Melayu Baku

Hilmi :

[# Wah, surat! surat dari Universiti Harvard? Alhamdulillah. #] [# Permohonan saya berjaya. #] [# Mak mesti gembira. Mak, mak, mak! [# saya dah dapat ni mak#]

Emak: Hilmi:

[# Kenapa kau melompat-lompat ni? #] [# Saya dapat masuk Universiti Harvard mak! #] [#Permohonan saya sudah diterima, mak.#] [# Alhamdulillah sukanya saya hari ni, mak #]

Emak:

[# Alhamdulillah nak. #] [# Ini semua berkat usaha dan doa kau, Hilmi. [# Mak gembira sangat dengan kejayaan kau nie.#]

Hilmi:

[# Ya lah mak, saya tak sangka boleh dapat.#] [#Saya dah rasa berserah bila tak dapat-dapat tawaran sambung belajar.#]

Emak:

[#Ya, kau ni pun, jangan suka sangat. Nanti orang kata gila pula.#]

Babak 4

Ibu: Hilmi: Ibu:

[# Hilmi, o.. Hilmi..#] [#Ya, mak #] [#Mana beg besar kau?#] [# Mak nak masukkan baju-baju kau ke dalam beg ni. [# Jangan nak baring je #]

Hilmi: Mak: Mak:

[# Sebentar ya, mak Hilmi pergi ambil #] [# Bersepahnya baju-baju anak aku ini #] [# Haih, takut pula mak nak lepaskan kau pergi ke luar negara esok.

Hilmi:

[# Kenapa pula, mak? #]

Mak:

[# Kau tengok, baju-baju kau pun mak yang lipatkan, mak masukkan ke dalam beg. #] [# Bilik kau yang bersepah tu pun mak kemaskan. #]

Hilmi: Mak:

[#Tak mengapalah mak. #] [# Nanti di sana saya buat sendiri #] [ #Cakap memanglah senang Hilmi #] [# Kau tu mana pernah berpisah dengan mak. #] [# Dari kecil mak jaga kau sampai la kau sudah besar sekarang. #] [# Semua benda mak buatkan, semua benda mak sediakan. #]

Hilmi: saya MAk:

[# Mak ni, saya baru nak yakinkan diri. #] [# Bila mak cakap begini, dah takut nak pergi esok. #] [# Mak cakap ni bukan nak takutkan kau, Hilmi. #] [# Mak nak kau berdikari di sane nanti. #] [# Belajar sungguh-sungguh, cari kawan yang baik-baik. #] [# Jangan nak bercinta pula. #]

Hilmi: Mak :

[# Eh mak ni. #] [# Sampai ke situ pula #] [# Mak ni bukan baru semalam kenal kau, Hilmi. #] [# Dah tahu sangat perangai kau tu Hilmi #]

Hilmi:

[# Bukan saya yang nak pada meraka mak. #] [# Mereka yang nak nak pada saya #]

Mak: Hilmi:

[# Amboi, pandai kau ye, asyik menjawab saja #] [# Ya, mak. #] [# Saya dengar cakap mak. #] [# Saya belajar bersungguh-sungguh di sana. #] [# Saya cuba berdikari. #] [# Tapikan mak, saya tak boleh halang diri saya nak bercinta mak. #] [# Bukankah itu fitrah manusia. hehe..#]

Mak:

[# Bukan main budak bertuah ni #]

Babak 7

Hilmi: Mak:

[#Assalamualaikum, mak.#] [#Apa kabar?#] [#Waalaikumusalam.#][#Mak sihat saja.#][#Alhamdulillah.#] [#Kenapa kau telefon mak ni?#]

Hilmi:

[# Mak ni sayakan anak mak.#][#Takkanlah saya nak telefon pun tak boleh#]

Mak:

[#Mak dah kenal sangat dengan kau ni, kau kalau telefon mak ni mesti ada sebabkan, cuba cerita pada mak#]

Hilmi:

[#Saya stress di sini mak#] [#Saya tak faham orang di sini cakap apa.#][#Semua bercakap bahasa Inggeris.#][#Saya belum jumpa lagi kawan yang sesuai dengan saya mak#]

Mak:

[#Kau ni pun satu, baru sehari kau di sana.#] [#Memanglah susah nak sesuaikan diri. [#Lama-lama nanti jumpalah kawan baru tu#]

Hilmi: Mak:

[#Saya rindulah pada mak#] [#Ya, mak tahu.#][#Kau banyak-banyak berdoa#][#Semoga urusan dipermudahkan#][#Jangan lupa, solat jangan tinggal#][#Belajar bahasa Inggeris tu baik-baik#][#Nanti senang kau nak bercakap dengan orang lain#]

Hilmi: Mak: Hilmi: Mak: Hilmi: Mak:

[#Ya, mak.#][#Mak doakan saya ya#] [#Hari-hari mak doakan anak kesayangan mak ni#][#Jangan risau#] [#Baiklah mak#][#Saya nak bersiap#][# Sekejap lagi ada kelas#] [#Jaga diri elok-elok Hilmi#] [#Ya, mak#][#Assalamualaikum#] [#Waalaikumussalam#]

10

Babak 8 Ika: [#Eh, Milah#][#Apalah kau ni, lama aku tak nampak kau#][#Pergi mana?#][#Lama aku tunggu kau#][#Pergi makan tak ajak aku ya#][#Makan je kerja kau, manalah perut tak naik#] Hilmi: [#Eh, tak sangka ada juga orang Melaka di sini. Aku ingat aku seorang-seorang orang Melaka sini.#]

Babak 10 Ika: Ika: [#Hilmi..Hilmi#] [#Awak jangan risau, Ika boleh cadangkan diri ika sendiri untuk jadi jurubahasa awak#] Hilmi: [#Ya ke?#][# Betul nie?#][# Alhamdulillah.#][# Awak jangan ingat saya malas pula#][# Saya cuma tak pandai cakap bahasa Inggeris sangat#]

11

4.3 babak 2

Transkripsi Bahasa Melayu Dialek Melaka

Hilmi :

[# wah surat lr surat dari univrsiti harvard alhamdulillah #] [# prmohonan ay berjay l#] [# ma msti gmbir ma ma ma#] [# ay dah dapat ni ma#] [# nap ko tgomba nau ni #] [# ay dapat masuk univrsiti harvard l ma #] [#prmohonan ay sudah ditrim ma#] [# alhamdulillah suk nau ay hari ni ma #] [# alhamdulillah l na #] [# ini smue brkat ush dan doa ko hilmi#] [# ma gmbir nau dngan kejayaan ko ni le#] [# y l ma ay tak sangka bolh dapat#] [#ay dah gas brsrah bil tak ddapat tawaran sambung blajau#] [#y kau ni pun jangan lr suk nau nanti ogang kat sasau pula.#]

Emak: Hilmi:

Emak:

Hilmi:

Emak:

babak 4

Ibu: Hilmi: Ibu:

[# hilmi o hilmi #] [#y ma #] [#man bg besau ko#] [# ma nak masukan bbaju ko dalam bg ni. [# jangan nak mmbongkang j #] [# kjap mak hilmi pgi am #] [# berspahny lr bbaju ana aku ni #] [# haih, takut pula ma na lpaskan ko prgi k lua negar so#] [# knap pula ma #]

Hilmi: Mak: Mak:

Hilmi:

12

Mak:

[# kau tengok lr, bbaju ko pun ma yang lipatkan, ma masukan dalam bg. #] [# bili ko yang berspah tu pun ma kmaskan. #] [#tak pe l ma #] [# nanti kat san ay buat l sndiri #] [ #cakap mmang le senang hilmi #] [# ko tu man prnah brpisah dngan ma. #] [# dari keci ma jag ko sampai l ko sudah bsau skarang. #] [# smu bnd ma buatkan, smu bnd ma sdikan. #] [# ma ni, ay baru nak yakinkan diri. #] [# bil ma cakap camni ay dah takut nak prgi esok #] [# ma cakap ni bukan lr na takutkan ko hilmi #] [# ma na ko berdikari di san nanti #] [# belajau ssungguh cari kawan ya bbaik. #] [# jangan lr na brcint pula #] [# h mak ni #] [# sampai k situ pula #] [# ma ni bukan baru semalam kenal ko hilmi. #] [# dah tahu sangat pegaai ko tu hilmi #] [# bukan ay ya nak pada meraka mak. #] [# mrk ya na kat ay #] [# amboi pandai lr ko y, asyi mnjawab j #] [# y ma #] [# ay dngau cakap ma#] [# ay blajau ssungguh kat san #] [# ay cub brdikari #] [#tapi kan ma ay ta bolh halang diri ay na brcint ma #] [# bukan k itu fitrah manusi hh#] [# bukan main dak btuah ni #]

Hilmi: Mak:

Hilmi:

Mak:

Hilmi: Mak :

Hilmi:

Mak: Hilmi:

Mak:

13

babak 7 [#assalamualaikum ma#] [#apa kabar#] [#waalaikumusalam#][#ma sihat saj#][#alhamdulillah#] [#knap ko telefon ma ni?#] Hilmi: [# ma ni aykan ana ma#][#takan lr ay na tlfon pun ta bolh#] Mak: [#ma dah knal saat dean ko ni ko kalau tlfon ma ni msti ada sbabkan cub crita pada mak#] Hilmi: [#ay strs kat sini ma#] [#ay ta faham oga kat sini cakap ap#][#smue brcakap bahasa inggris#][#ay blm jump lagi kawan ya ssuai dan ay ma#] Mak: [#ko ni pun satu baru shari ko di san#] [#mema l susah nak sesuaikan diri #] [#lama-lama nanti jumpalah kawan baru tu#] Hilmi: Mak: [#saya rindu lr pada ma#] [#y ma tau #][#ko bbanya brdoa#][#smog urusan diprmudahkan#][#jaan lupa solat jaan tigal#][#belajau bahas inggris bbaik #][#nanti sna ko na brcakap dan ora lain#] Hilmi: Mak: Hilmi: Mak: Hilmi: Mak: [#y ma#][#ma doakan ay y#] [#hari-hari ma doakan ana ksayaan ma ni#][#jaan giso lr#] [#baik lr ma#][#aye nak brsiap#][# skjap lagi ad klas#] [#jag diri llo hilmi#] [#y ma#][#assalamualaikum#] [#waalaikumussalam#]

Hilmi: Mak:

14

babak 8 Ika: [#h milah#][#haau ko lam ler aku ta nampa ko ni da milah#][#prgi man#][#mnaun aku tugu ko#][#prgi makan ta aja aku ya#][#brboko j kje ko, man lr prut ta nai#] hilmi: [#eh, ta sangk ad jug oga melak sini. ay ingat ay ssoga oga melak sini.#]

babak 10 Ika: Ika: [#hilmi hilmi#] [#awa jaan gisau ika bolh cadakan diri ika sndiri untu jadi jurubahasa awa#] Hilmi: [#y k#][# btul nie?#][# alhamdulillah#][# awa jaan iat ay malas pula#][# ay cum ta pandai cakap bahas inggris saat#]

15

5.0

RUMUSAN

Tuntasnya,

setelah

mengkaji

dialek

negeri

Melaka,

secara

keseluruhannya pola nahu yang digunakan di dalam dialek Melaka biasanya lebih merupakan penyataan bagi penutur-penuturnya mentafsirkan pengalaman mereka. Sebutan dengan imbuhan lebih merupakan perlakuan sedap mulut penutur bagi menyatakan sesuatu yang tersirat. Hal ini apa yang dapat ditafsirkan ialah nilai keringkasan penggunaan imbuhan serta kedudukkannya pula pada tahap yang tidak menentu. Pendek kata struktur dan fungsinya daripada dialek standard biasa digunakan. Biarpun banyak variasi dalam dialekdialek Melayu di Malaysia, generasi muda kini semakin ramai yang menggunakan bahasa Melayu Standard berbanding dialek ibunda mereka sendiri. Keadaan ini dapat dilihat ketara pada pertuturan orang Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.

16

6.0

REFLEKSI KENDIRI 6.1 Nur Sakinah binti Abd Rauf

Setelah membuat undian dan kumpulan kami terpilih untuk membuat satu cerita dalam loghat Melaka. Pertamanya, kami merangka dahulu cerita yang ingin dilakukan. Beberapa idea telah diketengahkan oleh ahli-ahli kumpulan dan akhirnya kami memilih cerita "Aye Seorang Perantau". Setelah skrip berjaya dilakukan, saya menghadapi masalah untuk memilih orang yang boleh menterjemahkan skrip kami. Rata-rata orang Melaka yang saya jumpa mengatakan bahawa Melaka ni loghatnya macam Bahasa Melayu biasa sahaja. Mungkin ini disebabkan orang-orang yang saya pilih dalam kalangan orangorang muda. Mungkin mereka tidak mengaplikasikan loghat Melaka dalam kehidupannya. Saya ada juga merujuk beberapa sumber untuk mencari perkataan-perkataan dalam loghat Melaka dan saya dapati memang tidak banyak perkataan yang ada. Cuma terdapat perbezaan dari segi gaya bahasanya berbanding Bahasa Melayu seperti perkataan hujung 'r' bertukar 'u' dan hujung 'a' bertukar 'e'. Ketika penggambaran, kadangkala berlaku kesilapan kerana saya biasa bercakap Bahasa Melayu biasa. Ada sesetengah perkataan yang sukar untuk diingati. Namun, saya tidak menghadapi begitu banyak kesukaran kerana loghat Melaka ini tidak banyak beza dengan Bahasa Melayu. Seterusnya, saya memilih untuk melakukan teknik "green screen" dalam rakaman video kami kerana ingin mewujudkan suasana latar belakang yang berbeza. Pada mulanya, agak sukar melaksanakannya kerana saya perlu memilih warna yang sesuai dan perlu menggunakan dinding untuk menunjukkan kesan yang sebenar. Oleh kerana kosnya yang tinggi, saya hanya menggunakan kain sahaja. Dengan bantuan ahli kumpulan yang lain, akhirnya kami berjaya menyiapkan rakaman ini. Hasil rakaman dengan menggunakan teknik "green screen" ini tidaklah sehebat filem-filem yang ada. Ini adalah kerana kami kekurangan kelengkapan dan kos yang tidak mencukupi. Selesai

penggambaran, kami memulakan tugasan membuat transkripsi dan mengedit video. 17

6.2

Siti Nur Afiqah binti Maelah Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Ilahi dengan limpah kurniaNya

dapat saya dan juga dua orang ahli kumpulan yang lain bersama-sama memikul amanah yang diberi dalam melaksanakan tugasan kerja kursus projek BMM 3108 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini dengan jayanya.

Cabutan undian bagi pemilihan dialek-dialek negeri yang ada antara kami mahasiswa guru Unit J3 telah memberikan kami Dialek Melaka sebagai dialek yang perlu diteliti dan dikaji. Setelah itu, draf tugasan mulalah dibuat bersama dan mencapai kata sepakat dalam pemilihan cerita dan watak bagi rakaman video dialek. Tajuk cerita yang disepakati yakni Aye seorang Perantau menjadi saksi kami bertiga dalam berkoloborasi bersama memikirkan idea dan mengolah cerita agar jalan cerita bukan sahaja menarik, bahkan objektif dalam mengetengahkan cerita dalam dialek Melaka tercapai. Dengan semangat kerjasama yang kuat dan utuh, saya yakin dan percaya kami akan menjadi bakal guru yang berdedikasi suatu hari nanti.

Selain itu, semasa sesi penggambaran, saya tidak mengalami sebarang masalah dalam melontarkan dialog dengan menggunakan dialek Melaka kerana kampung saya yang juga di negeri Melaka. Namun, tidaklah sefasih penutur jati dialek Melaka. Hal ini saya dibesarkan di Negeri Sembilan. Babak demi babak dilakonkan dengan menggunakan dialek Melaka yang nadanya lebih kasar dan terdapat banyak penggunaan diftong seperti perkataan [belajar]= [be/la/jar] = [be/la/jau]. Saya berpendapat setelah meneliti dialek Melaka ini jelas bahawa setiap dialek daerah terdapat keistimewaan dan identiti yang meletakkan siapa penutur dialek tersebut.

18

Seperti juga penutur dialek Melaka, jika tidak diamati dengan baik, penggunaan dialek Melaka ini juga seakan-akan Dialek Melaka mempunyai banyak persamaan sebutan dan bunyi dengan bahasa Melayu. Oleh itu, kebanyakan perbendaharaan kata dalam dialek Melaka agak mudah dan perlu difahami cara sebutan yang betul. Kebanyakan masyarakat Melaka yang masih menutur dialek Melaka ini tertumpu di negeri Melaka tengah. Aspek fonetik dan fonologi dialek Melaka lebih menekankan kepada tekanan sama ada di bahagian belakang perkataan. Pengaruh bahasa Melayu dan pelbagai jenis dialek ke dalam dialek asal Melaka mempengaruhi pembentukan kosa kata dialek Melaka di Malaysia.

Pada pandangan saya, setelah saya berjaya menyiapkan tugasan wajib ini, selaku mahasiswa bakal guru, saya yakin dan percaya usaha memantapkan penggunaan Bahasa Melayu adalah penting. Hal ini demikian, proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang lebih inovatif untuk mengambil peluang daripada perkembangan dalam dunia linguistik. Peranan guru bukan lagi sebagai sumber utama memberi dan menyampaikan maklumat malahan guru kini bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus bagi mendapatkan maklumat.

Bagi menjadikan guru sebagai pemudah cara, guru harus mempunyai kemahiran mencari dan menggunakan maklumat dan murid juga perlu diajar menguasai kemahiran ini. Selain itu, saya harus mempunyai kebolehan menyusun semula maklumat yang berstruktur bagi tujuan pengajaran yang teratur. Pengetahuan dalam bidang fonetik dan fonologi boleh membantu saya dalam merancang strategi pembelajaran Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Diharapkan agar pensyarah pembimbing berpuas hati dengan hasil kerja kursus yang telah sedaya upaya kami lakukan ini. Akhir kata, sekian terima kasih.

19

6.3

Zulhilmi bin Noh Alhamdulillah, selesai sudah kerja kursus BMM 3108 Fonetik dan Fonologi

Bahasa Melayu ini. Saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke atas Allah S.W.T kerana dengan izinnya, yang telah memberi saya kesempatan dan kekuatan untuk menyiapkan kerja kursus di dalam bulan yang penuh dengan kerja kursus dan tugas-tugas yang lain. Melalui pembacaan dan penelitian saya terhadap bahan yang telah diperolehi, saya dapati bahawa fonologi merangkumi satu bidang yang agak meluas yang juga terdiri daripada beberapa cabang dari segi fonetik dan fonemik. Seterusnya fonetik dan fonemik mempunyai subtopiknya masing-masing. Sebelum ini saya masih keliru dengan fonologi dan fonetik tetapi setelah merujuk bahan-bahan yang berkenaan dengan fonologi dan fonetik ini saya dapat membezakan antara kedua-duanya.

Maklumat mengenai fonologi, fonetik,dan fonemik yang saya perolehi daripada bahan bercetak amat berguna dan banyak membantu sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Segala maklumat-maklumat yang diperlukan terdapat dalam bahan ini termasuklah penerangan-penerangan yang berguna. Bahan-bahan yang saya perolehi daripada sumber elektronik ini hanya menerangkan secara ringkas mengenai fonologi dan fonetik seperti maksud fonologi dan fonetiknya sahaja. Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang menarik untuk dikaji kerana dapat melihat pelbagai jenis bunyi-bunyi bahasa. Manusia mempunyai pelbagai bentuk, jenis dan cara pertuturan. Kami diberi tajuk untuk mengkaji dialek Melaka. Pada mulanya saya gembira kerana dapat mempelajari dialek Melaka. Dialek Melaka merupakan dialek yang biasa bagi saya kerana saya orang Johor yang berdekatan dengan negeri Melaka iaitu daerah Muar. Malah kehidupan persekitaran saya juga bergaul dengan masyarakat Melaka serba sedikit.

Walaubagaimanapun selepas mendapat tugasan ini, saya berasa agak terkejut dengan kehendak soalan yang meminta setiap pelajar unit pengajian Melayu merancang dan mengendalikan lakonan yang bersesuaian dengan 20

salah satu dialek Melayu pilihan serta membuat pendokumentasian hasil lakonan tersebut dalam bentuk movie maker selama 10 hingga 15 minit. Walaupun kehendak soalan membenarkan kami untuk melaksanakannya secara berkumpulan bertiga, namun kami telah menggunakan seorang ahli kumpulan lain sebagai watak tambahan dalam lakonan kumpulan kami. Walaupun banyak halangan dan dugaan yang kami lalui semasa proses untuk menjalankan hasil lakonan, namun saya menganggap itu sebagai satu tugasan yang patut saya lakukan demi kejayaan saya juga dan mengambil peluang tersebut sebagai pengalaman pertama saya melibatkan diri dalam proses lakonan yang mungkin boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas pada suatu hari nanti. Tanpa keberanian dan keyakinan yang sempurna, seseorang guru sukar untuk melaksanakan sesi pengajaran dengan berkesan. Oleh sebab itu, tugasan yang diberikan ini merupakan peluang untuk saya menambah kemahiran pedagogi dan teknik lakonan terutama dalam bahasa Melayu. Pelaksanaan tugasan yang diberikan ini merupakan cara untuk menambah kemahiran lakonan dalam diri saya sendiri.

Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh lima minggu iaitu dari 24 Julai 2012 sehingga 28 Ogos 2012. Dalam lakonan ini, kami telah merancang jalan cerita yang mengisahkan seorang remaja lelaki iaitu Hilmi, yang dapat menyambungkan pengajiannya ke luar negara. Kami telah berbincang dan merancang jalan cerita sebanyak 12 babak. Alhamdulilah, saya dapat mengurus masa yang ada dengan sebaik mungkin untuk menjalankan sesi lakonan. Saya sangat berterima kasih kepada rakan-rakan kerana sudi memberikan bantuan kepada saya dalam menjayakan rakaman lakonan tersebut dan memberikan sokongan moral kepada kumpulan kami. Pelbagai ilmu dan pengalaman diperoleh sepanjang melaksanakan kerja kursus ini. Saya menyedari bahawa seseorang guru haruslah menguasai pelbagai kemahiran, contohnya seperti berlakon bagi menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik dan berkesan. Pengajaran yang berkesan boleh memudahkan murid21

murid mendapat segala ilmu yang disampaikan dan mencapai objektif pengajaran. Guru juga hendaklah kreatif dalam melaksanakan segala aktiviti pengajaran supaya murid-murid tidak mudah berasa bosan.

Kami mengambil inisiatif membuat skrip lakonan berdasarkan cerita rekaan sendiri yang bertajuk Aye Seorang Perantau iaitu mengisahkan anak muda yang merupakan anak jati negeri Melaka Bandaraya bersejarah menerima tawaran sambung belajar di luar negara. Skrip yang telah dihasilkan diterjemahkan oleh kami dengan mendapat sedikit sebanyak sumber. Saya berasa gembira kerana kumpulan kami dapat menghasilkan skrip lakonan dalam masa yang ditetapkan. Kami juga menghadapi masalah kesuntukan masa untuk merancang lakonan di samping menghafal skrip. Namun semua masalah tersebut diatasi dengan baik hasil usaha dan kerjasama kumpulan. Setelah semua babak lakonan berjaya diselesaikan, maka proses penyuntingan bermula. Pelbagai aspek diambil kira untuk menyiapkan klip video tersebut seperti suara dan kualiti video serta kesan bunyi.

Semasa berlangsungnya sesi lakonan kumpulan saya, saya berasa sedikit gugup kerana memikirkan pengulangan rakaman yang tidak menjadi serta mengharapkan rakaman lakonan yang terbaik. Sampaikan semasa mengucapkan dialog skrip tersebut, saya sering kali tersasul dan tersilap. Pada waktu babak itu saya berasa sangat tidak memuaskan hati. Bukan itu sahaja, disebabkan kekangan masa, saya juga sukar untuk mengingat skrip yang ada. Walaubagaimanapun, akhirnya saya berjaya juga. Saya juga dapat merasai betapa sukarnya untuk mendapat masa yang mencukupi untuk melunaskan tugasan yang diberi, kerana terdapat beberapa kerja kursus lain yang menanti. Tetapi, atas bantuan dan sokongan rakan-rakan dan ibu bapa, saya berjaya mengharungi dugaan ini. Terima kasih juga kepada Puan Hjh. Norehan binti Muhamad kerana telah membekalkan saya beberapa ilmu dan pedoman untuk menjalankan tugasan ini. Segala kata-kata nasihat dan pesanan serta ilmu yang diberi telah saya manfaatkan sebaik mungkin. 22

Jutaan terima kasih kepada Puan Hjh Norehan binti Muhamad, sekali lagi saya ucapkan kerana tidak putus-putus membimbing saya dan rakan sekelas dalam melengkapkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sanggup berkorban masa dan tenaga, demi menolong saya menyiapkan rakaman lakonan ini dan bersabar terhadap kerenah saya. Akhir sekali, saya berasa gembira kerana berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi di samping dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai dialek masyarakat Melaka. Diharapkan tugasan ini memberikan saya ilmu berguna mengenai kegunaan bahasa dan cara penyebutan yang betul. Tidak dilupakan juga kepada rakan sekelas yang sanggup membantu kumpulan kami dalam menjayakan lakonan ini.

23

Anda mungkin juga menyukai