Anda di halaman 1dari 15

Tajuk Teater : Ngerepak Kedai Kopi

Arahan : Emalisa
Penulis Skrip : Emalisa
Stage Manager : Norahimah
Teknikal : Josephine Renie

Pelakon
Azzubair Sebagai Abang Ramli
Emalisa Sebagai Salmah
Azzerah Sebagai Kiah

Set : Sebuah Meja dan 3 Buah Kerusi


Props : 3 Cawan Kopi

Keperluan lain : Projector (Multimedia)


Skrip Teater
Setting tempat : Di hadapan sebuah Kedai Kopi

Arahan pentas : Tiga orang sedang berlegar-legar di atas pentas sambil membelek laman
sosial di telefon masing-masing.
*Multimedia - Gambar menunjukkan kehidupan di Negeri Sarawak dan komen-komen
masyarakat yang memandang rendah dan menghina tentang keadaan mereka.

Ramli : Merdeka..Ya, negara kita sudah merdeka, sudah 62 tahun kita merdeka.Tapi,

merdeka kah kita??

Kiah : Mungkin ya? Mungkin tidak? Ya, memang negara kita merdeka, tidak untuk

kita.

Salmah : Tengoklah! Apa yang berlaku sekarang. Suasananya, masyarakatnya,

budayanya, fahamannya.. Masih kolot dan tak merdeka.

Apakah maksud hidup tanpa suasana,

Apa maksud merdeka bagi anda???

Ramli : Apa pula pendapat saudari?

Kiah : Jikalau saudara?

Ramli : Bagi aku merdeka itu bebasnya kita daripada kuasa penjajahan. Kita

mentadbir negara kita sendiri dan kita bebas membuat pilihan.


Salmah : Saudara yakin dengan pandangan saudara?

Kiah : Aku pula merdeka itu bukan sahaja negaranya tapi masyarakatnya juga.

Ramli : Tengoklah!! Rusuhan antara kaum, saling kecam- mengecam di media sosial,
pergolakan, dan macam-macam lagi.

*Multimedia - isu sosial seperti perpaduan kaum yang masih tidak kukuh.

Inikah kemerdekaan yang diagung-agungkankan?

Arahan Pentas : Ramli dan Salmah duduk di meja di sebuah kedai kopi

Ramli : Eh!Apa yang kau merepek depan tu Cik Kiah? Marilah sini, kita sembang

sembang sedikit.

Kiah : Kau dari mana ni Ramli?

Ramli : Owhh..baru balik masjid. Mah, macam biasa ehh.

Salmah : Abang Ramli, Abang Ramli.. Salmah dengar Abang Ramli nak ke negeri

seberang ye?Pergi Sarawak ye Bang Ramli


Kiah : Sarawak? Tidak takut ke? Sarawak tu masih ketinggalan zaman, masih kolot

kau tau.

Ramli : Aku mana la tau Cik Kiah oii..aku bukan macam engkau orang bandar, hari-

hari mengadap telefon, aku ni pergi sana pun tak pernah.

Kiah : Haa, itulah engkau tak tengok laman sosial. Dekat situ macam-macam cerita
pasal negeri tu.

Ramli : Mengarutlah, laman sosial sekarang bukan boleh percaya sangat. Entah betul

entah tidak benda yang engkau baca.

Kiah : Betullah.. cuba you look this..tempatnya masih kampung-kampung,

berhutan,masyarakatnya dah macam lanun aku tengok. Dengan cawatnya,

dengan sumpitnya. Nanti kau kena sumpit. Biar padan muka kau.

Salmah : Amboi, kau Kiah. Percaya sangat laman sosial tu. Engkau pernahkah kesana?

Haaa…tidak kenal maka tak cinta.

Ramli : Salmah, cuba kau cerita sikit pasal Sarawak..

Salmah : Sarawak tak macam yang korang fikir atau lihat kat sosial media tu semua..

Sarawak, masyarakatnya hidup bersatu, pembagunannya maju, walaupun


berbagai warna tapi hidup bersepadu..Sarawak..

Ohh sarawak indah manis mu tiada yang sama

menghambus senyum seluas mega

serasa damai di alam dewata

Ramli : Wahh..boleh tahan.

Kiah : Ahhh..aku tak believe lah apa dikata kau tu Salmah. Kalau betul apa kau

cakap, kenapa berbeza sangat apa ada kat sini?

Ramli : Aku dah cakap kan tadi wahai Cik Kiah oii..laman sosial tidak boleh percaya

sangat.
Salmah : Betul kata abang Ramli itu Kiah. Kadang, apa orang cakap tu hanya fitnah

semata-mata.

Kiah : Aku tak believe apa kau cakap. Kau jangan percaya sangat dengan dia ni

Ramli. Entah-entah dia nak pancing kau pergi sana.

Ramli : Haii..kau cakap macam tu kenapa?

Kiah : Aku dengar, mereka disana suka memenggal kepala orang. Lagi-lagi orang

baru seperti engkau ni. Nanti sia-sia mayat kau sampai sini tak berkepala.

Salmah : Cik Kiah oii..itu dulu. Sekarang ni, masyarakatnya sudah berubah. Sudah

maju sama sahaja seperti engkau Kiah.

Ramli : betul ke Salmah? Kalau begitu, orang kat sana macam mana?

Salmah : Masyarakatnya berbilang kaum dan berbagai pegangan namun masih

Wujud nilai perpaduan dalam masyarakatnya. Masyarakatnya juga

berpelajaran, berpengetahuan, berpakaian sopan sama seperti kita

sekarang.

Kiah : Menipulah. Kalau begitu apa yang begini?


Multimedia : Menunjukkan gambar masyarakat yang berpakaian separa bogel.

Salmah : Kau ni Kiah, suka sangat jaga tepi kain orang, kau punya bahasa pun tak betul,

kejap believe, kejap percaya. Kau tak malu ke? Cuba tengok Negara Jepun tu,

mereka memartabatkan bahasa mereka tau. Kau patut camtu.

Ini pakaian tradisi mereka disana, bukannya suka-suka mereka begini.

Bukankah kita harus mengekalkan identiti bangsa kita. Salah satunya melalui

pakaian tradisi kita. Bukankah begitu?

Ramli : Aku setuju. Kalau tengok balik semua ni, unik juga pakaian tradisi mereka kat

sana.
Kiah : Ahhh..di sana bukannya ada apa pun Ramli. Aku yakin kau bosan akan hadap

hutan jerrrrr.

Pandang ke kiri hutan belantara,

Ke kanan sungai tiada penghujungnya,

Ke depan haiwan liar menerkam.

Salmah : Inilah yang diperkatakan orang..

Malaysia

Makin makin makin maju

Tapi..bangsa kita

Makin makin makin layu

Engkau tidak patut percaya itu semua Kiah. Di sana negerinya makin

membangun, walau tak sehebat disini. Tetapi kemudahannya semua tersedia,

Ramli : Betul kata Salmah itu Kiah, kita sebagai rakyat Malaysia tak patut percaya tu.

Kiah : Maksud engkau?


Ramli : Seharusnya, kita sebagai rakyat Malaysia tidak baik mencaci antara satu sama

lain baik dari kaumnya,warna kulitnya mahupun asalnya. Ini, media sosial ini

semua juga tidak patut kita percaya.

Kiah : ehh..kenapa pula? Bukankah dari sini kita boleh mendapat maklumat?

Ramli : Memang benar kita boleh memperoleh maklumat tetapi kita kena tahu mana

yang baik dan mana yang tidak. Mungkin maklumat yang engkau dapat ini

cumalah cara orang untuk memporak perandakan negara kita yang sudah

aman.
Salmah : Betul tu Kiah. Kau tidak tahukah itu merupakan salah satu idealogi orang

untuk membuat kita saling membenci. Agar senang mereka menjajah kembali

tempat kita.

Kiah : Aku tak terfikir pula macam tu. Aku terlalu taksub dengan apa diperkatakan

orang di media sosial ini.

Ramli : Nenek moyang kaya-raya

Tergadai seluruh harta benda

Akibat sengketa sesama la kita

Cinta lenyap di arus zaman

Kau nak ke macam tu Kiah? Kalau kau tidak mahu sengketa lama berulang

kembali, kau tidak patut percaya itu semua. Kita sebagai negara merdeka, kita

harus merdeka dari idealogi sebegitu.

Kiah : Maafkan aku kerna berkata buruk, aku alpa akan benda ini semua.

Ramli : Haa..itu lah engkau asyik mengadap telepon saja..sampai hilang sentuhan

antara manusia. Terlalu taksub dengan dunia menunduk.

Salmah : Haii.. abang Ramli, marah benar?

Ramli : Ehh..bukan marah, tegur..


Arahan Pentas : Bertukar suasana awal

Salmah : Keindahan jiwa terserlah pabila kita

Merintangi cabaran masa

Dengan kesabaran cinta

Ingatlah teman senyuman dan warna kita Itulah kunci ke jalan

Dunia kita impikan

Inilah yang harus kita risau pada masa kini, masyarakat kita terlalu leka dan percaya akan khabar-khabar yang di

Kiah : Jangan berkata merdeka sekiranya mentaliti dan fahaman kita tidak merdeka.

Usah hanya dengan mengebarkan bendera Jalur Gemilang engkau berkata kita sudah merdeka
pemikiran kau masih lagi tidak bebas dari penyebaran idealogi penjajah.
Kiah : Jangan berkata merdeka sekiranya mentaliti dan fahaman kita tidak merdeka.

Usah hanya dengan mengebarkan bendera Jalur Gemilang engkau berkata

kita sudah merdeka namun pemikiran kau masih lagi

tidak bebas dari penyebaran idealogi penjajah.

Arahan Pentas : Kembali ke suasana Kedai Kopi

Kiah : Ramli..oooo.Ramli..Heii..Ramli Bin Ramdan..amboii, jauhnya

termenung.

Teringat janda kampung sebelah tu ke?

Ramli : Haishh..engkau ni Kiah, mengarut apa? Timah si Janda tu pandang aku

pun tak lalu.

Salmah : Abang Ramli fikir apa?

Ramli : ni haa..aku risau akan generasi kita yang mendatang. Kalau

Beginilah gayanya, hancurlah negara kita.


Salmah : Maksud abang Ramli?

Ramli : Iyalah..kalau semua berfikiran sama seperti si Kiah ni. Tak ke haru

jadinya negara kita ni?


Kiah : Haah..betul juga yer..Kita patut hentikan benda-benda viral yang
mengarut macam ni. Tapi macam mana eh?
Salmah : Mah rasa, kita kena tanamkan perasaan cinta akan negara dan
Kukuhkan perpaduan kita dari kecil lagi. Barulah tidak mudah orang
menghasut kita.

Ramli : Masalahnya Salmah..penyakit media sosial ni bukannya senang untuk


diubati. Bukan macam sakit batuk atau demam. Tu haa,,di farmasi
melambak ubatnya
Salmah : hmmm..betul juga yaa..

Apalah nasib kita jika terus begini?


Adakah kesedaran insani dalam diri.

Kiah : Sedarkah mereka akan kehancuran yang medatang?


Jika perbalahan begini terus dipandang?

Ramli : Berhentilah semua, bangunlah semua,


Sebelum semua terlambat, mari teguhkan perpaduan kita,
Agar gagah berdiri melawan onak duri segala,

Alamak…aku dah lewat ni. Mengamuk pula orang tua itu nanti.

Salmah : Ehh.. kenapa bang?


Ramli : Si Sarip, dia ajak aku *menunjuk aksi twist* malam ini..hahaha
Salmah&Kiah : Amboiiii *Sambil menggeleng

Ramli : Puteri Santubong, puteri sejinjang, penjaga gunung Negeri Sarawak,

manisnya sik ada dapat dilawan..


Salmah : Haii.. tak sampai Sarawak lagi, dah tau lagu Sarawak
Ramli : ehh.. harus..gadis Sarawak mesti manis semuanya kan.
Salmah : Kalau yang itu, abang Ramli sendiri lihatlah.
Kiah : Aku pun gerak dulu la yer Salmah, lama juga kita bersembang disini.

Tak berasap dapur aku.

Salmah : Baiklah Kiah, elok jalan.

Arahan pentas : Kiah dan Ramli bergerak keluar. Salmah mengemas meja. Tamat.

Anda mungkin juga menyukai