Anda di halaman 1dari 3

CERPEN : Pengorbanan Anak Malaysia

Baru-baru ini, di Malaysia, isu yang semakin hangat diperkatakan adalah mengenai
kehebatan, ketabahan serta kekuatan pelayar-pelayar dan cerita Melayu zaman dahulu. Semua
ni mesti impak daripada filem epik Pulang.
Alaa, lakonan hebat Remy Ishak tu. Fuhh, tapi ramai tak tahu kisah saya dan rakan-rakan
saya. Kami boleh dikatakan gagah dan hebat jugaklah seperti cerita Melayu dahulu. Tetapi ,
masyarakat hari ini semakin mengetepikan nilai moral dan contoh daripada kisah kami ni.

Memang benar, Malaysia telah merdeka selama 65 tahun, namun masih terdapat beberapa
cabaran dan masalah masa kini yang jika dibiarkan berlarutan boleh menggugat keamanan
negara merdeka kita ini.

Maka, dengan lafaz bismillah, ingin saya buka sebuah cerita ringkas mengenai saya dan
rakan-rakan saya yang boleh diambil iktibar dan dijadikan pengajaran.

Saya dan rakan-rakan saya ini cuma golongan kecil yang tidak begitu diendahkan masyarakat
kini. Walhal, acapkali saya dan rakan-rakan dalam kesusahan tetapi kami sentiasa membantu
antara satu sama lain serta terus memberikan contoh kepada yang lain. Kami tidak seperti
kebanyakan masyarakat hari ini yang semakin hilang nilai murni dan moral dalam diri. Tiada
langsung semangat saling membantu dan bekerjasama. Tambahan pula, hubungan perpaduan
antara kaum juga bagai retak menanti belah. Jika dahulunya bagai isi dengan kuku, kini
renggang bagai langit dengan bumi. Fuhhhh , pilu hati saya ni mengenangkan hal ini.

Sungguh , air mata mahal sayaa menitis melihat betapa masyarakat hari ini semakin hanyut
dek arus permodenan yang mengikut trend Barat. Impaknya, hilang unsur hormat sesama
insan, hilang nilai murni dan moral yang boleh dicontohi dalam diri!
Dahsyat sungguh masyarakat hari ini. Sebagai contohnya ialah kejadian yang saya lihat
dengan mata kasar saya sendiri.
Nak dijadikan cerita, pagi tadi saya melihat tiga orang penduduk bumi Malaysia bernama
Aiman , Chin dan Raju . Kejadian tersebut berlaku di tepi Sungai Ru. Aiman datang
memancing bersama Raju manakala Chin datang memancing seorang diri. Mereka duduk
berasingan, Aiman duduk bersama Raju manakala Chin duduk jauh sedikit seorang diri.
Aiman dan Raju saling bermasam muka dengan Chin . Sedih aku melihat keadaan itu.

Walhal dahulu, walaupun berlainan bangsa namun salam perkenalan dan bertegur sapa pasti
dimulakan sesama sendiri apabila memancing di kawasan sama walaupun dengan orang yang
tidak dikenali. Bahkan, ada yang sentiasa bermanis muka sesama sendiri. Tapi, itu semua
dahulu. Kini, semangat perkauman semakin tinggi. Barangkali mereka lupa mengambil
iktibar daripada peristiwa berdarah 13 Mei pada suatu ketika dahulu. Bersusah payah Tun
Abdul Razak berusaha menyatu padukan rakyat selepas peristiwa itu sehingga berjaya.
Namun, seandainya beliau masih hidup sekarang ini pasti beliau akan sedih melihat
perpecahan bangsa yang semakin dahsyat ini berlaku kembali.
Sewaktu Chin mahu pulang, tiba-tiba, kereta Chin didapati rosak. Enjin tidak boleh hidup.
Kasihan saya melihat Chin sebegitu. Hampa hatiku melihat Aiman dan Raju yang
membiarkan Chin dalam keadaan susah dan gelisah itu tanpa menghulurkan bantuan.
Bertambah sedih hatiku mengenangkan masyarakat hari ini apabila saya terdengar perbualan
antara Aiman dan Raju sewaktu melihat Chin yang sedang gelisah dalam kesusahan.

“Haiyaaaaaa , manyak susah wooo sekarang mau call sama mekanik ! Ini kawasan, line
serupa siput. Banyak masalah, kereta gua tak mau start ! “ berang lelaki Cina itu berkata
sendirian.

“ Aiman , tengok uncle Cina tu kereta dia sudah rosak. Nasib dialah siapa suruh tak periksa
kereta sebelum gerak.” kata Raju.

Aiman membalas, “ HAHAHAHA betul tu, lagipun dia tu Cina, bangsa belagak hebat , buat
apa nak tolong. Dah, jom balik.”

Azhaida Muhammad, [13/9/2022 9:36 AM]


Secara kebetulan pula, uncle Muthu yang mahu menjala lalu di situ manakala uncle Wong
yang mahu menangkap udang di sungai turut sampai.

Uncle Wong yang melihat kereta Uncle Chin yang rosak datang menghulurkan bantuan.
Katanya sebab Uncle Chin tu kaum dia je dia mahu tolong. Kalau bukan kaum dia, hmmm
haram nak tolong !

Uncle Chin berkata, “Haiyaaaa , manyak terima kasih lu mau tolong sama guaa . Tadi ada
dua olang Melayu banyak teruk woo tak mau tolong sama guaa . Haa sudah lah, sekarang
guaa mau lu tolak ini kereta dengan bantuan itu olang India. Tolak smpai kereta ni boleh start
dan sekurangnya sampai ke jalan utama. Kalau lu sorang saja tolak, takmau jalan woo, guaa
mau drive.”

Uncle Wong membalas tenang dengan muka sinis “Itu sebab Melayu sekarang susah mau
maju, tidak mau berfikiran terbuka dan tak mau membantu tanpa mengira kaum. Lu sudah
lihat itu Melayu sekarang lu mau panggil itu India ka mau tolong? Haiyaa, itu India maa,
mana mau dia tolong sama kita. Sama saja sama itu dua olang Melayu, mau tolong cuma
bangsa sendiri saja”

“Haiyaa, lu kata orang manyak pandai Wong . Lu pun sama dengn itu Melayu. Sudah macam
racist maa. Haiyaa, jangan fikir negatif maa, manatau itu olang India mau tolong”

Namun, setelah Uncle Chin pergi meminta tolong Uncle Muthu. Uncle Muthu enggan
membantu malah melarikan diri. Mujur petang itu, tenaga Uncle Wong cukup kuat untuk
menolak kereta Myvi milik Uncle Chin dengan gagahnya. Selepas itu, mereka pun hilang
dari pandangan mata aku.
Haa begitulah dapat digambarkan betapa dahsyatnya perpecahan kaum masyarakat hari ini.
Mereka tidak seperti golongan kecil seperti saya dan rakan-rakanku yang masih
mengamalkan amalan hidup bersatu padu. Tidak kira bangsa dan agama kami tetap bertegur
sapa, bersalaman, bermanis muka dan sangat brbaik hati membantu satu sama lain.

Pernah sekali kampung kami dilanda banjir, habis rumah tempat kami berlindung hanyut
dibawa air, namun rakan-rakan kami dari kampung seberang sungai sangat baik
menghulurkan bantuan dan menyediakan tempat tinggal sementara.

Setelah air banjir surut dan kawasan kampung kami didirikan semula, kami pula membantu
jiran kampung seberang sungai mencari sumber pendapatan dan makanan. Begitulah serba
ringkas mengenai sebilangan besar masyarakat hari ini yang semakin jauh dari nilai moral
hidup dan tidak bersatu-padu serta kisah hidup saya dan rakan-rakan. Kami merupakan
golongan kecil yang terus hidup dalam nilai murni serta moral dan terus menabur budi
kepada yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Benar kata orang, budi yang baik
dibalas baik.

Walaupun golongan saya dan rakan-rakan ku masih terus mngamalkan nilai murni yang
teguh demi kemakmuran negara namun kami tetap dihambat rasa sedih melihat masyarakat
hari ini yang semakin jauh dari amalan ketamadunan hidup yang bersatu padu. Pasti ada yang
tertanya-tanya mengapa bukan saya saja yang pergi menghulur pertolongan kepada Uncle
Chin , siapa golongan kecil ini, siapa masyarakat hari ini yang dimaksudkan dan siapa saya
yang sedang bercerita ini. Alkisahnya, masyarakat hari ini yang dimaksudkan ialah sang
manusia masa kini yang semakin hanyut meninggalkan amalan ketamadunan mereka dahulu
yang penuh dengan nilai murni, etika dan moral. Dan sebenarnya saya ialah seekor semut
yang sebenarnya dari segolongan kecil semut-semut yang berbudi pekerti lagi baik hati. Oleh
kerana itu, saya hanya mampu bercerita kisah Uncle Chin tetapi tidak dapat membantunya
sendiri disebabkan saya cuma seekor semut. Sengaja saya rahsiakan hal ini hingga ke akhir
kisah, HAHAHAHA !

Moga kalian sedar tanggungjawab sebagai bangsa Malaysia dan mengambil iktibar daripada
kisah aku. Sentiasa beringat bahawa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh dan teruslah
membina perpaduan yang teguh antara pelbagai kaum demi menjamin kelangsungan negara
merdeka. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan dan Selamat Hari Malaysia!

Anda mungkin juga menyukai