Anda di halaman 1dari 8

Di Wanita Hari ini dan saya kira pasti anda semua penonton ternanti-nanti apakah topik yang bakal

kita bawakan pada hari ini. Dan sebenarnya hari ini kita juga bertuah kerana kita ada tetamu yang
cukup-cukup istimewa yang susah dan jarang-jarang nak dapat di Wanita hari Ini bersama dengan
anda semua penonton. Hari ini kita nak bincang tentang topik “Betul-Betul Kaya vs Berlagak Kaya”.
Ini juga antara masalah yang saya kira sering ataupun telah membarah dalam kalangan masyarakat
kita. Yang betul-betul kaya takde masalah tapi bagaimana pula yang tidah ada tetapi berkelakuan
semacam ada sehinggakan ada yang sanggup berhutang dan menyebabkan diri sendiri mengalami
pelbagai masalah. “Betul-Betul Kaya vs Berlagak Kaya” hari ini kami bawakan tetamu yang cukup
istimewa kepada anda penonton-penonton Wanita Hari Ini. Kita bersama dengan Datin Emylia
Rosnaida.

Pengacara: Apa Khabar Datin?

Datin: Alhamdulillah baik

Dato: Assalamualaikum

Pengacara: Waalaikumusalam dan juga Dato AC. Apa Khabar Dato?

Dato: Baik-baik. Alhamdulillah-alhamdulillah.

Pengacara: Tadi masa commercial break saya cakap ok Dato over to you.

Dato n Datin: Haaaaa

Pengacara: Kalau kita cakap tentang kaya nih Dato, saya kira dan ramai dalam kalangan kita nih ada
definasi yang berbeza-beza tentang kaya tapi definasi kaya yang secara ringkasnya apa yang orang
selalu orang kata ialah kaya nih kita nilai sebanyak mana duit yang dia ada dalam bank. Itu kaya.

Dato: Betul

Dato: Itu normal lah. Itu benda yang normal lah. Itu very normal.

Pengacara: Kan. Tak cukup duit di kata miskin manusia. Kita yang selalu meletakkan sebegitu tapi
bagi Dato dengan Datin ni kan kalau kita cakap tentang kaya nih apa yang Dato bayangkan dan Dato
faham begitu juga dengan Datin.

Dato: Kita sebenarnya kaya daripada segi pelbagai. Kita kaya kasih sayang so kalau kata kita tengok
macam dari segi social media kitorang especially my wife selalu memang berhubung dengan family
dan sebagainya. Hanya sekarang nih benda-benda isusekarang ni bila dia dipaparkan di sosial media
sebenarnya orang terlampau ambil benda nih terlalu negatif. Sebenarnya saya nak Tanya Firza Kay
sekarang bila last sekali you ambil gambar. You pergi kedai gambar you develop lepastu letak dalam
album.

Pengacara: Oh, Bertahun rasanya

Dato: Memang takde kan

Pengacara : Lebih sepuluh tahun takde

Dato: So sebenarnya social media nih ig ker facebook ker twitter adalah merupakan album kita
zaman ini. This is our era, apa yang kita paparkan sebenarnya adalah tentang apa yang kita ada dan
sebagainya. Macam you cakap tadi betul lah macam tadi korang kata kaya siapa berhutang sume tak
baguslah. Tapi ada dua benda
Datin: Tapi zaman sekarang memang macam tuh kan. Because bila kekadang reference bila dia
tengok orang ni pakai handbag macam nih dia pun nak rasa tu yang sanggup berhutang, bayar
ansuran sampai sanggup menyeksa diri

Dato: Credit card sampai over limit dan sebagainya

Datin: Macam kitorang kata memadai lah apa yang kita ada. Orang kata tak salah kita nak reward diri
sendiri kan tapi kena tengok kemampuan kita lah.

Pengacara: Tapi mungkin ramai jugak di kalangan penonton tidak faham seorang selebriti dan juga
usahawan sebagai seperti mana Dato dan juga Datin. Dato dan datin juga meniti pelbagai fasa dalam
kehidupan. Maksudnya untuk ada seperti hari ini, untuk memakai pakaian yang berjenama, memiliki
kereta mewah mungkin pada hari ini bukan satu fasa yang singkat. Dato dan Datin memiliki pelbagai
fasa orang kata masa takde kita takde bila ada kita gunakan dengan sebaik mungkin

Dato: Sememangnya sampai sekarang pun saya dah 28 tahun dalam industri apa saja yang saya beli
saya pentingkan untuk kalau boleh untuk pakai show dulu lepastu baru boleh pakai untuk kerja tapi
yang bahaya sekarang ada masalah yang timbul sekarang nih kebanyakkan mereka kita tidak
menyalahkan pada mereka nak menunjukkan kekayaan ataupun apa . Bagi saya itu masalah masing-
masing. Hanya bahayanya adalah zaman sekarang nih ekonomi not so good alright. Orang sentiasa
memerhati dan ini membuka peluang untuk orang memikirkan tentang jenayah. Contohnya macam
bila you terlampau menunjuk pasal rumah.That’s why kita tak pernah tunjuk rumah kita di mana dan
sebagainya because kalau tunjuk you akan membuat orang . Hah tengok orang bila selalu takde buat
kerja busy kekadang jual gandum. So, orang you akan menjadi target orang you jangan tunjuk
kemewahan-kemewahan macam banyak sangatlah. Berani buat berani tanggung. Ada juga satu lagi
yang saya nak tunjukkan tentang kaya kasih sayang

Pengacara: Betul

Dato: Ok memang boleh you tunjuk dengan family tapi jangan sampai mengaibkan family ataupun
anak-anak you. You boleh tulis sebab apa sebab followers you nak you tunjuk kalau dia nih bergaduh
dengan nih. Is not good2. Sebab apa sebab benda-benda nih sume adalah social media adalah
dipaparkan kepada orang. Ye lah terpulang pada orang nak tengok atau tidak. Tak nak tengok
unfollow nak tengok-tengok but contoh bila you tunjuk kekayaan tuh you membuka ruang untuk
orang plan. Tahu tak nanti macam kalau orang kata esok dia popular orang takkan percaya tapi kata
kalau esok dah tak popular sikit orang culik anak you, orang rompak rumah you. So you berani
tanggung,

Datin: Sebab orang dah tau dah mana bilik mana dapur mana… because bila kita expose kat media
sosial orang kat luar dah tahu dah mana-mana. Orang kata pelosok dalam rumah tuh semua orang
dah tahu kan.

Pengacara: Dia boleh tengok, dia boleh lukis balik nanti

Dato: Ceritanya di sini kalau you betul-betul kaya takpe its okay tetapi masalahnya bila orang yang
nak berlakon jadi kaya duduk sebelah Ferrari orang contohnya macam kereta dia duduk sebelah Roll
Royce macam kereta dia. Satu hari esok bila orang target you bila orang rompak you rupanya lah
takde apa duduk rumah teres rupanya dah kena pukul dengan perompak. You kena pikir benda tuh
implikasi dia sebab apa kebanyakkan orang yang tunjuk kekayaan nih contohnya bila macam kalau
Hollywood dan sebagainya even they have bodyguard, diorang ada orang menjaga diorang. Macam
kita nih berlagak-berlagak.
Datin: Safety tuh takut

Datin: Bukan satu dua bodyguard dia kan

Dato: Bukan satu dua orang candle light ko pun nak candle light padahal kat rumah pakai pelita
lampu kalimantang jer. So, bila kena… kalau kena ada apa-apa sebab ia akan membuka ruang pada
orang so berhati-hati. Bagi saya berani buat berani tanggung. Kita tidak melarang kita seronok
tengok kan tapi berani buat berani tanggung.

Pengacara: Ini masalah kita kalau yang tak kaya tapi berlagak kaya. Ini akan menimbulkan masalah
dan ada juga pepatah lama yang mengatakan biar papa asal bergaya. Itu mungkin….Ini kita akan
ceritakan sebentar tadi kita dengarkan dahulu pendapat orang ramai tentang topik hari ini silakan.

Orang 1: Dua-dua ada lelaki pun ada perempuan pun ada. 50-50 tapi itupun berdasarkan individu
jugaklah sebabnya suka berlagak kaya ini adalah satu attitude dan tak boleh nak gender biased lah
sama ada lelaki paling banyak ker atau perempuan paling banyak. Orang yang kaya nih
kebanyakkanya merendah diri sebabnya dia tahu dia mampu beli apa jer yang dia nak.

Orang 2: Bagi saya setengah lelaki diorang suka macam mana macam tunjuk diorang ni ada kereta
yang mewah, rumah mewah untuk mengorat perempuan sedangkan kereta mewah tapi duit takde
dalam poket

Orang 3: Memang orang kata nampak macam orang kaya mewahlah pakai branded sume bila nak
apa pau rokok kawan apa semua kan makan pun minta belanja.

Orang 3. Perempuan pun ada jugak yang berlagak kaya sebab dia nak Nampak bagus depan di
kalangan kawan-kawan dia kan. Macam ramai-ramai tuh dia lah yang paling up sekali. Kalau macam
orang yang betul-betul kaya nih kita tak kita tahu apa yang dia pakai tuh memang betul dan dia tak
cakap pun dia tak perlu pun nak cakap dekat orang-orang sekeliling dia.

Orang 4: So, ada certain orang tuh dia nak berlagak kaya dia nak dihormati nak dihargai sebenarnya
dia takde apa. Dia nothing. Dan yang betul-betul kaya nih selalunya saya tengok dia humble kan dia
tak menunjuk sebab apa mungkin kekadang dia takut orang tahu dia kaya ataupun dia takut orang
pinjam duit dengan dia ker.

Pengacara: Ada macam2 pendapat daripada

Dato: saya suka yang last tadi tuh takut orang pinjam duit dengan dia

Pengacara: Tapi tuh betul jugak , kadang-kadang ramai dalam kalangan kita nih tak berkemampuan
tapi disebabkan kita nak ikut trend semasa nak ikut kawan-kawan kita. Kita sanggup berhutang
bukan saja berhutang dengan kaum keluarga, kawan-kawan tapi kekadang kita juga terpaksa
brhutang dengan peminjam yang berlesen tu kan. Itu menimbulkan masalah tu Dato Datin.

Dato: Ya, betul. Bahaya benda nih sebab apa kesedaran perlu ada. Macam kita cakap tadi sebab apa
sebab kita apa sekarang nih banyak terpengaruh dengan social media. Alright dan social media tidak
salah hanya orang yang menggunakannya tuh salah gunakan. Ramai yang tengok tak faham dengan
kesusahan orang kaya nih sebab orang kaya nih lagi susah sebab pekerja da bnayak, hutang ada lagi
banyak dan sebagainya. So dia kadang-kadang kita tengok bila orang kaya nih macam oh dia rileks
jer. Memang dia rileks tetapi atas kepala dia macam2 tapi macam orang-orang yang berlagak kaya
nih masalahnya dia nak merasakan contoh macam dia tu akan dihormati dan sebagainya. No it’s
wrong sebab apa you boleh menipu orang sekali sekala lah tapi bila dah terlampau banyak sangat
you dalam posting kata macam itu kan tapi satu hari esok dapat betul semua sebenarnya you bukan
you fake then you punya reputation terus down.

Datin: Tapi sebenarnya keinginan. Bila orang kata pengaruh sosial media bila kita tengok orang pakai
beg nih kita nak pakai beg nih bila orang pakai kereta ini kita nak kereta ni tapi benda ni kita tak
boleh nak cakap sebab orang kata nafsu kan tapi diorang tak boleh nak control sendiri tu yang start
berhutang, bayar ansur-ansur menjerat diri sendiri.

Dato: So, bagi saya kalau nak ada benda tuh tidak ada masalah usaha.

Datin: Ikut kemampuan sendiri

Pengacara: Usaha keras dan ikut kemampuan sendiri. Itu adanya pepatah ukur baju di badan sendiri
maksudnya kalau kita bahagia dengan cara kita mengikut keadaan sekeliling kita. Kalau kita ni
meminati seorang selebriti atau pun artis. Mungkin artis atau selebriti itu ada mengikut kemampuan
mereka sendiri tapi tak perlulah kita idola kan dia begitu sekali sampai kita nak ikut apa yang dia
pakai apa yang dia beli, kereta apa yang dipandu.

Dato: Kadang-kadang artis pakai pun semua sponsor. Kadang-kadang nak promo barang. Kita kena
faham benda tuh kita kena faham sebab apa kekadang dalam media social dia hanya Nampak luaran
tidak menyelidik di sebalik the reality of particular situation dan sebagainya kadang-kadang orang
tak faham ada artis-artis pakai contohnya pakaian macam tuh pakaian macam gini. You kena tengok
kalau pakaian yang dipakai harian-harian cntohnya shopping dengan anak-beranak dan sebagainya.
Then pakaian tu pakaian dia tapi kalau posing dekat tepi pasu pokok bunga sebelah dekat hotel itu
confirm sponsor. Itu confirm sponsor so kena faham benda tuh and especially kereta kalau tengok
macam kereta.. kekadang nak tengok artis oh yelah artis ambik kereta tetapi kekadang kat belakang
tengok use car. Itu bukan kereta kereta dia. Dia nak tolong promote.

Pengacara : Itu dia tolong

Datin: Lagi satu dia nak convince kan orang yang dia berjaya

Pengacara: Oh, Dato dengan Datin mungkin boleh berkongsi dengan penonton kadang-kadang kita
ni. Ini kehudupan sebenar apa yang ditulis atau apa yang dikongsikan dalam laman sesawang social
tu tak semuanya serratus peratus benar. Ok apa yang dikatakan oleh Dato, bagaiman Dato dan Datin
sendiri sebelum sampai ke tahap hari ini Dato AC dan juga Datin Emillia bagaimana Dato dan Datin
mendaki…selalu kalau kita Nampak orang dah smapai atas tuh. Lubang-lubang yang orang jatuh
orang naik balik tenggelam timbul itu orang tak tahu.

Datin: 17 tahun kan kita kahwin, orang tak tahu dari awal kita start macam mana kita b… smapai 17
tahun orang Nampak sekarang. Kadang-kadang tuh you faham dari pada awal kita kahwin sampai 17
tahun tuh masa kita susah tuh kan keinginan2 kita, kita nak beli ni

Dato: Waktu isteri saya mengandung dulu first time baju mengandung pun takde nak makan
Kentucky pun tak mampu. Saya cakap terus terang waktu saya mula-mula kakwin dengan Datin
Emillia waktu tu anak pertama waktu beliau mengandung tujuh bulan duit saya dalam akaun dua
ratus liam puluh jer. Dua ratus lima puluh ringgit nih cerita betul bukan main-main sampai bila dia
beliau beranak terpaksa scissor so saya takde duit sampai apa dia dah dua belas jam angkat tangan
pun dah macam takpelah B you just.. itu pun beranak di Ipoh sebab dia tak mampu. Takpelah baby
you pergi operate. Saya sampai malam tuh tidur bawah katil hospital macam mana aku nak bayar ni.
I don’t have money. I really don’t have money so saya Alhamdulillah bila dah telefon kawan-kawan di
Ipoh terima kepada kawan2 Bai sebab ko dah tolong aku. This is honest namanya Bai di Ipoh. Tolong
saya bagi saya pinjam duit dan saya bayar. Saya cakap terus terang sekarang ni yang orang tak
Nampak apa yang kitorang buat kitorang start mula dengan jual sticker kereta. Just wanna be proof.

Datin: Tapi Fiza kesusahan itu yang membuatkan kita ni tak bongkak, tak riak kita teringin nak jadi
kaya. Kita usaha we works seven days week without fails until now dan..

Dato: Sekarang ni kita ada produk punya Wonder 3 kita ada release kita. Kita berniaga dari sticker
kita sampai nak cari duit sampai sekarang ni kita sedang mengusahakan stesen tv kami sendiri. So
citenya sampai ke tahap macam gitu lah maksudnya susahnya

Datin: Jadi, tapi bagusnya kita sentiasa beringat sebab kita both of us kita ingat dulu kita susah kita
nak buat apa2 pun kita tak over spent kita fikir because kita dah tak nak susah dah macam dulu so
kita banyak beringatlah dan banyak membuat keputusan kita ni tak sombong tak bongkak

Pengacara: Ini yang saya suka apa yang dikatakan Dato dengan Datin maksudnya sebelum sampai ke
tahap ini pernah melalui fasa kesusahan dan daripada fasa kesusahan tu timbulnya keinginan. Ketiak
itu memang tak kaya Alhamdulillahsekarang ni Allah beri keizinan Allah berikan rezeki yang
melimpah ruah dan Alhamdulillah kaya

Datin: Aamin..masin mulut you. Doa tu doa

Pengacara: Maksudnya nya kaya tu dari segi masa, segi kasih sayangnya dan dari segi keserdahanaan
dan kemampuan Alhamdulillah tapi kalau kita nak cakap dari segi ini dan kongsikan kepada
penonton. Kehidupan ini berbeza-beza kita ada keinginan kita ada nafsu bagaimana kita
mengendalikan keadaan dan keinginan kita iu macam Datin katakan tadi. Macam mana kita nak
kendalikan Datin kalau saya tak mampu tak mampulah

Datin: Saya sebenarnya duit tuh kita kata nombor dual ah sebenarnya saya lebih pentingkan
kekayaan kebahagiaan. Itu yang paling penting kebahagiaan suami dan kebahagiaan anak-anak. Itu
yang membuatkan saya kalau saya takde duit pun takpe janji dia sayang saya anak-anak happy

Pengacara: kalau kita lihat apa yang dilalui oleh dato dan Datin ketika fasa pertama tahun
perkahwinan hanya ada RM250. Itu bukan satu perkara yang mudah kita kira ada juga di kalangan
penonton yang pernah mengalami fasa yang sama dan itu yang kita katakanlah kekayaan itu
subjektif dan Datin bukan sahaja kebendaan pakaian mahal, kereta mewah ataupun rumah yang
besar tapi bagaimana dato dan Datin sentiasa ada bersama. Kebersamaan tuh

Dato: Sebab saling percaya mempercayai dalam dunia peniagaan dial ah partner saya dalam dunia
artis beliau lah manager saya dan bagi saya dengan sentiasa ada bersama ni kita tahu kekadang ada
suami bekerja isteri duduk rumah. Kekadang isteri tak faham suami balik penat ataupun suami tak
faham yang isteri bekerja di rumah pun penat. So benda nih kefahaman itu sesuatu kekayaan jugak
sebab apa bagi saya pemahaman itu baru lah arah tuju keluarga itu dapat ditentukan dan paling
penting sekali adalah dalam hidup mesti ada moto kehidupan. Jangan takde moto kehidupan jangan
takut berusaha jadi kaya, tidak salah untuk jadi kaya yang salah adalah orang tidak berusaha macam
saya, saya cakap daripada dulu lagi satu hari langit akan cerah. This is my motto.

Pengacara: Insyallah, saya suka nak ambik apa yang Dato katakana tadi kita kena tak salah teringin
nak kaya kena usaha insyallah satu hari nanti langit akan cerah. Orang kata ada cahaya di hujung
terowong

Datin: Dan ada lagi satu angan-angan tau, angan-angan dream tuh kena ada
Pengacara: Orang putih kata tu subsconscion mind seakan-akan kita berdoa. Okay kita nak kembali
bersama dato dengan Datin selepas ini tetapi kita bersama Encik saiful Baharin Othman di talian
ketika ini, Assalamualaikum, apa khabar Encik Saiful?

Pengacara: Ya terputus di situ

Dato: Tak bayar bil

Pengacara: Kita cakap tentang keinginan nak kaya semua orang ada keinginan tu yang dulu kita kata
angan-angan Mat Jenin tapi angan-angan itu kita gandingkan dengan usaha ini yang kita dapat
kejayaan tadi

Dato: Ya, betul keinginan mesti ada impian mesti ada dulu saya waktu kita susah dulu. B one day
esok kita aka nada rumah besar dan sebagainya. So apa yang saya buat adalah letakkan gambar-
gambar kereta yang saya suka saya letak di cermin. Setiap hari bila siap saya sentiasa one day saya
akan dapatkan ni

Datin: Lagi satu masa kita susah every weekend kita pergi kedai second hand dealer tengok kereta,
tengok jer untuk puaskan hati

Dato: Pergi kedai tengok kereta Naza ker apa saja tapi …… bila dia Tanya kereta ni saya tak suka
colour ni saya suka ….. tapi kita sentiasa pergi tengok. That is us kita sentiasa ada impian untuk

Datin: Motivasi and then satu hari tuh Allah makbulkan permintaan kita apa yang kita tengok tu kita
dapat

Pengacara: Okay Dato, ketika melalui fasa kesusahan dahulu dato pun tengok macam mana Datin
setia di samping Dato ketika itu ada tak dato janji kan apa-apa. Insyallah saying kalau I ada rezeki
nanti you nak butik nih I beli butik ni. You nak butik tu I beli butik tuh.

Dato: You know yang paling menyiksa kan saya adalah apabila beliau kahwin dengan saya beliau
bukannya orang biasa beliau dah berlakon filem Star dia berlakon banyak drama dari saya.Dia
popular saya. Saya cakap terus terang.

Pengacara: Saya potong gambar Datin dulu letak dalam buku

Dato: Sama saya pun letak dalam dompet so pengorabanan dia sampai dia kata B, I tak nak berlakon
dah lah I nak jadi manager you. Okay fine B saya cakap satu hari senang esok apa you nak you cakap
jer apa I mampu tak kisah terus terang dengan dia I cakap money duit semua you jaga. I paling
penting duit minyak kereta ad other is your. Until sekarang saya tak tahu apa yang ada dalam akaun
saya semua saya serah pada dia.

Pengacara: Tapi itu memang betul kita tak kedekut dengan isteri rezeki suami akan lebih murah

Datin: Tapi isteri kena jujurlah

Pengacara: Betul lah pulak kan

Dato: Jangan cakap beli handbag beli tali rupanya beli satu butik

Pengacara: Kita lagi sekali bersama dengan Encik saiful di talian.. Encik Saiful

Encik: Ya, helo Assalamualaikum Fida

Pengacara: Encik Saiful kita bersama dengan dato AC dan Dati Emillia hari ini
Encik: Ya, apa khabar Dato AC dan Datin Emiliia

Dato: Baik nanti kita bukak Whatsapp group lah

Pengacara: Okay, Encik Saiful kalau kita cakap tentang Betul-Betul Kaya vs Berlagak Kaya” apa antara
rumuslah atau pun kesimpulan yang boleh kita kongsikan kepada penonton kita. Untuk kita beri
pemahaman bahawa kaya itu bukan sekadar wang ringgit tapi kaya itu mungkin dapat disulam
dengan kasih sayang dengan keserdahanaan dan bagaimana kita memahami erti kekayaan itu sendiri

Encik: Ya, betul terima kasih banyak saya tertarik dengan statement yang Dato AC nyatakan tadi
bahawa dia bekerja pada isteri maka yakah saya tahulah dia seorang yang sayangkan isteri lah tu.
Topik hari ni menarik yang betul-betl kaya ayau pun yang berlagak kaya betul Fida eeh. Ok baik saya
nak timbulkan sedikit sahaja bahawa kata Imam al-Ghazali dalam kitab dia mengatakan bahawa
antara penyakit hati adalah yang pertama sombong, yang kedua adalah riak. Orang yang merasakan
bahawa dia dirinya tuh kata tetapi padahal dia tak kaya pun dia sinonim lah atau pun dia sama
seperti seolah-olah seseorang yang sedang riak dengan apa yang dia takde pun sebenarnya. Dia
takde apa pun tetapi dia cuba berlagak untuk mengadakan perkara tersebut yang akhirnya
natijahnya sudah pasti dia akan memburukkan mengelapkan laluan di hadapan nanti sebab kata Fida
tadi kan dia nak ke hadapan tetapi orang yang terpilih sebenarnya dia menggelapkan masa depan
dia sebenarnya. Baik yang keduanya soalan Fida tadi ada berkaitan tak semestinya kekayaan dan
sebagainya sulam dengan harta sebagainya. Betul Fizah eeh. So yang terbaiknya toleransi dan
persefahaman itu penting sebab kalau saya yakin dengan diri saya kalau tengok daripada
pengalaman Dato AC sendiri nak tackle Datin Emillia sendiri pun saya rasa dia tidak hipokrit waktu
itu. So dia menzahirkan kecintaan dia yang tulus mulus sepemuhmy akepada Datin Emilia.. AAh
dalam erti kata lain ya Fizah sebenarnya orang yang berlagak kaya padahal dia tak kaya pun tetapi
dia berlagak kaya. Dia menunjukkan kekayaan sebagainya tersebut adalah manusia atau orang-orang
yang telah disebut di dalam Al-Quran. Saya petik surah Al-Iqra ayat 37, Tuhan mengatakan bahawa
janganlah Engkau berjalan di atas muka bumi dengan sombong kerana sesungguhnya engkau tidak
akan dapat menebus bumi tidak akan mampu untuk mencari tulang setinggi gunung mana sekali
pun. Maksudnya Fida bagi orang yang kaya walaupun dengan kekayaan yang dia ada tak perlu tunjuk
apatah lagi orang yang miskin dengan tidak ada kekayaan apatah lagi untuk dia menunjuk-nunjuk.

Pengacara: Ok baiklah saya kira satu konklusi yang cukup lengkap padat daripada Encik Shaifful
sendiri. Terima Kasih banyak2 encik Shaifful satu perkongsian tersebut. Itu dia tadi apa yang
dikongsikan oleh Encik Shaifful tentang rumusan kita tadi

Encik: Ya sama-sama

Datin: Betul sangat apa yang dia kata tadi

Dato: That’s is true sebab apa sebab kita jangan adakan apa yang takde kita gunakan apa yang kita
ada tapi tak salah untuk berangan tapi berangan itu kena disulam dengan usaha

Pengacara: Ok tak salah untuk berangan. Berangan itu perlu disulam dengan usaha itu. Itu konklusi
daripada Dato dan juga Datin. Kita nak ucapkan terima kash banyak-banyak pada Dato dan datin

Dato: Takde makan-makan ke apa

Pengacara: Ada kat luar nanti

Dato: Rasa macam lapar lah. Nasi2 bungkus ke takde


Pengacara: Ok kita bungkus kejap lagi tapau ikat tepi kat luar tapi sekali lagi kami ucapkan kepada
dato dan juga Datin di atas perkongisian tersebut. Apa yang dikongsikan hari ini dapat sama-sama
kita jadikan manfaat berguna untuk diri saya juga sendiri dan juga anda penonton-penonton Wanita
Hari Ini

Anda mungkin juga menyukai