Saya
____________dari kelas Tahun__________akan menyampaikan pidato bertajuk
“Berbaik dengan Jiran”
Kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika
kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kehidupan
kita tidak dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau
kematian. Jika kita menghadapi sesuatu bencana sudah tentunya jiranlah orang yang
paling cepat dapat membantu kita. Begitu juga jika kita sakit, jiranlah yang kita
harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.