Anda di halaman 1dari 4

Nama: SULIT 2611/2 Pendidikan Seni Kertas 2 2000 1 Jam

Angka Giliran: 2611/2

JABATAN PENDIDIKAN PAHANG PENILAIAN BERSAMA PERCUBAAN TAHUN 2000 SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PAHANG TINGKATAN LIMA PENDIDIKAN SENI Kertas 2 Tiga Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas ini hendaklah diberikan kepada calon sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh peperiksaan kertas ini.

1. Kertas soalan ini mengandungi 6soalan 2. Jawab satu soalan sahaja.

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak Lihat Sebelah SULIT 2611/2 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Pahang

Arahan kepada calon (a) Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang ditetapkan. Tuliskan degan terang Nama, Tingkatan dan Nombor Soalan mengikut susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka hadapan lukisan anda (Lihat gambar rajah di bawah). Sila sediakan ruang Markah. Sudut kanan sebelah atas muka hadapan lukisan anda NAMA : _______________________ TINGKATAN : __________________
5cm

NO. SOALAN : _________________ MARKAH : ____________________

8cm

b) Hasil kerja anda hendaklah yang asli. c) Hasil kerja anda itu hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan itu kecuali ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan. d) Anda tidak boleh menggunakan apa jua jenis pembaris semasa membuat lakaran asas. e) Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan hasil kerja yang sudah siap. f) Keseluruhan hasil kerja hendaklah diwarnakan. g) Anda bebas menggunakan apa jua teknik menggambar kecuali teknik semburan dan assemblage. Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas berwarna, bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah dan perca kain yang dibawa sendiri. h) Hasil kerja anda itu hendaklah dibuat dalam bentuk 2D sahaja.

Arahan kepada ketua Pengawas a) Kertas lukisan yang disediakan bagi peperiksaan Percubaan Tahun berukuran lebih kurang 38cm x 28 cm dibekalkan oleh pihak Sekolah. b) Pastikan semua hasil kerja calon telah kering sebelum dibungkus. Hasil kerja tersebut juga jangan dilipat atau digulung supaya tidak rosak. c) Jika calon menggunakan krayon atau pastel permukaan lukisan itu hendaklah dilapik dengan kertas yang sesuai. Setiap hasil kerja calon tidak boleh dibungkus keseruhannya dengan kertas plastik. d) Jika calon menggunakan teknik kolaj atau teknik campuran, mereka boleh menggunakan kertas berwarna, bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah dan perca kain yang dibawa sendiri.

MENGGAMBAR 2611/2 Jawab satu soalan sahaja 1 Di tengah lautan sebuah kapal layar sedang berlabuh. Keadaan laut bergelora menyebabkan kapal tersebut ke kiri dan ke kanan mengikut alunan ombak. Gambarkan suasana tersebut dalam karya anda. 2 Di satu kawasan kolam ikan, seorang penternak ikan sedang menabur makanan ke dalam ikan peliharaanya. Pokok-pokok keladi dan tumbuhtumbuhan menghijau kelihatan mengelilingi kolam tersebut. Konsep ruang hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam karya anda. 3 Beberapa pekerja dari sebuah kebun sayur, kelihatan sedang memetik hasil tanaman mereka. Terdapat beberapa buah bakul telah diisi dengan bermacam-macam jenis sayuran terhampar di tepi laluan. Gambarkan pemandangan tersebut dalam karya anda. 4 Di sebuah ruang tamu terdapat sebuah set sofa moden. Di bawah set sofa tersebut terhampar sehelai permaidani. Di atas sebuah meja kecil diletakkan sejambak bunga dan di dinding pula dihiasi dengan beberapa keping gambar hiasan. Lukiskan keidahan tersebut dalam karya anda. 5 Sebuah kapal angkasa telah mendarat di bumi. Kelihatan sinaran cahaya menyinari sekelilingnya. Tiba-tiba pintu kapal angkasa tersebut terbuka dan beberapa orang makhluk asing muncul di hadapannya. 6 Ketika askar-askar Portugis menyerang Negeri Melaka pada tahun 1511, rakyat Melaka berjuang bermati-matian untuk mempertahankannya. Walaubagaimanapun ramai di kalangan mereka melarikan diri, luka parah dan terkorban. Gambarkan kehebatan pertempuran tersebut dalam karya anda.

***** SOALAN TAMAT *****

Anda mungkin juga menyukai