Anda di halaman 1dari 4

PESTA AIR SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH 2008

TARIKH : 16 FEBRUARI 2008 (SABTU) MASA : 8.00 PAGI -6.00 PETANG LOKASI : KELAB TASIK PUTRAJAYA, PRESINT 8 PUTRAJAYA

BIL 1.

ACARA TARIK TALI PERAHU


(TERBUKA LELAKI)

KONSEP Seramai 10 orang untuk satu pasukan. Permainan ini akan dijalankan sama konsep tarik tali darat tapi untuk permainan ini, setiap kumpulan akan mengunakan perahu. Setiap peserta akan mendayung untuk menarik tali lawan mengikut garisan yang telah ditetapkan Pasukan yang gagal mendayung dan melepasi garisan tengah akan dikira kalah. Setiap pasukan akan diberi peluang dua (2) kali percubaan, sekiranya seri, tambahan percubaan akan dijalankan bagi menentukan pemenang.

MARKAH Pemenang akan dinilai berdasarkan kepada pasukan yang berjaya mengalahkan pihak lawan. Konsep perlawanan akan ditentukan kepada bilangan penyertaan samada konsep liga atau kalah mati

2..

MENGUTIP BOLA PELANGI (KANAK KANAK 7 9 TAHUN) & (10 12 TAHUN)

Setiap pasukan akan diwakili dua (2) orang peserta sahaja. Peserta dikehendaki mengutip seberapa banyak bola pelbagai warna dengan markah tertentu dalam masa 5 minit sahaja dengan menggunakan bot kayuh. Peserta akan dikehendaki mengutip bola pelbagai warna dengan menggunakan tangan.

Penilaian markah adalah berdasarkan kepada jumlah kutipan bola dan nilai mata bola seperti berikut: Kuning empat (4) mata Merah tiga (3) mata Biru dua (2) mata Hijau satu (1) mata Markah akan dinilai berdasarkan jumlah keseluruhan mata yang dipungut Masa yang ditetapkan

BIL

ACARA

KONSEP

MARKAH adalah 5 minit sahaja

3..

EXPLORACE (TERBUKA) & (13 17 TAHUN)

Pasukan hendaklah terdiri daripada suami, isteri dan sekurang-kurangnya 1 orang anak. Permainan ini akan dijalankan dengan mengikut arahan yang ditetapkan dan menyelesaikan masalah Untuk arahan pertama, setiap kumpulan akan menggunakan bot kayuh untuk mendapatkan sampul arahan dalam jarak yang telah ditetapkan Masa yang ditetapkan adalah selama 2 jam sahaja

Pemenang akan dinilai berdasarkan kepada pasukan yang berjaya menyelesaikan semua masalah dan arahan dengan betul dalam masa yang ditetapkan dan juga slogan yang diberi

4.

BOLA TAMPAR BELON AIR (TERBUKA) & (13 17 TAHUN)

Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang peserta sahaja. Pasukan hendaklah campuran sekurangkurangnya seorang perempuan dalam setiap kumpulan Setiap pasukan akan berpasangan dengan memegang kain bersama untuk bermain. Setiap pemain dikehendaki memukul bola dengan menggunakan kain yang di pegang bersama pasangan. Bola untuk permainan ini adalah menggunakan belon yang berisi air

Pemenang akan dinilai berdasarkan kepada pasukan yang berjaya mengawal bola belon tersebut daripada tidak pecah untuk setiap perlawanan. Pasukan yang gagal menyambut bola daripada pihak lawan dan memecahkan belon akan dikira kalah

5.

PUKUL BANTAL (TERBUKA) & (13 17 TAHUN)

Acara ini adalah untuk kategori sekolah menengah dan komuniti putrajaya. Acara ini adalah untuk menguji keseimbangan badan dan ketahan fizikal semasa berada diatas titi sambil memukul lawan masing-masing dengan bantal yang di sediakan. Peserta yang tidak jatuh adalah dikira sebagai pemenang.

Pemenang akan dinilai berdasarkan kepada pasukan yang berjaya mengalahkan pihak lawan.

BIL

ACARA

KONSEP Setiap pasukan akan diberi peluang dua (2) kali percubaan, sekiranya seri, tambahan percubaan akan dijalankan bagi menentukan pemenang

MARKAH

6.

BOWLING BUAH KELAPA (TERBUKA) & (13 17 TAHUN)

Setiap peserta akan diberi 3 peluang balingan. Penggunaan buah kelapa sebagai bola dan buluh yang telah di potong sebagai pin.

Jatuhan pin terbanyak di kira sebai pemenang.

7.

GERGASI TASIK (TERBUKA LELAKI / WANITA) &

Setiap pasukan akan diwakili dua (2) orang peserta sahaja. Peserta akan menggunakan tiup tayar (lori) untuk memecut mengikut jarak yang ditentukan dalam jarak 20 meter secara bergilir-gilir.

Pemenang akan dinilai berdasarkan kepada pasukan yang terpantas

8.

PIN! PIN! TEPI! TEPI! (TERBUKA LELAKI / WANITA) & (13 17 TAHUN)

Setiap pasukan akan diwakili dua (2) orang peserta sahaja. Setiap pasukan dikehendaki menggunakan kayak (double) dan berkayak dengan cara mengundur mengikut jarak yang telah ditetapkan

Pemenang akan dinilai berdasarkan kepada pasukan yang terpantas

9.

JURUTERA MUDA RAKIT (TERBUKA LELAKI / WANITA) & (13 17 TAHUN)

Enam (6) satu pasukan dan hendaklah sekurangkurangnya seorang perempuan dalam setiap kumpulan Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan rakit dalam tempoh 30 minit. Setiap kumpulan hanya dibenarkan menggunakan peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja. Setelah siap proses pemasangan rakit, dua orang peserta hendaklah berakit dalam jarak yang telah ditetapkan.

Pemenang akan dinilai berdasarkan keupayaan untuk menyiapkan rakit dalam masa yang terpantas dan selamat digunakan ketika berakit di tasik. Dua orang peserta dikehendaki berakit bersama.

BIL

ACARA

KONSEP

MARKAH

10.

TANGKAP ITIK (KANAK KANAK / 5 7 TAHUN)

Lima (5) orang peserta dalam setiap kumpulan. Pasukan hendaklah campuran sekurangkurangnya seorang perempuan dalam setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan kelengkapan untuk menangkap simbolik itik. Masa yang diberikan adalah selama 5 minit.

Pemenang akan dinilai berdasarkan kepada pasukan yang berjaya menangkap jumlah itik terbanyak.

Anda mungkin juga menyukai