Anda di halaman 1dari 4

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal (ii) Sukar Membawa Tuah, karya Suziana Che Will (iii) Bukan Duniaku, karya Aida Shahira (iv) Istana Menanti, karya Abd Latip Talib

Ke Arah PMR 1
Huraikan tema dan kemukakan dua persoalan novel yang anda kaji. [10 markah]

Ke Arah PMR 2 Ke Arah SPM 3

Kemukakan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Bagi setiap latar tempat tersebut, nyatakan contoh peristiwa yang berlaku. [10 markah] Nyatakan watak utama dan tiga perwatakannya berdasarkan novel kajian anda. [10 markah]

analisis novel tingkatan 1


JAWAPAN
Ke Arah PMR 1
Hikmah tema pergolakan jiwa remaja dan cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi persoalan tentang pergolakan rumah tangga mempengaruhi emosi anak-anak emosi Amri terganggu apabila melihat ibunya diherdik dan dipukul oleh ayahnya hal ini menyebabkan hatinya sering memberontak lalu dia melepaskan perasaannya itu dengan membuli dan memeras ugut pelajar-pelajar di sekolahnya persoalan tentang peranan bapa untuk memberi nafkah kepada keluarga ayah Amri tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah kepada keluarganya, sebaliknya sering meminta wang dan merampas barang kemas isterinya Sukar Membawa Tuah tema kegigihan seorang remaja masyarakat orang asli untuk memajukan diri sendiri, keluarga, dan masyarakatnya melalui pelajaran

persoalan tentang keprihatinan bapa untuk memenuhi impian anaknya Pak Katan menguruskan pendaftaran persekolahan Adit apabila mendapati Adit bersungguh-sungguh hendak ke sekolah persoalan tentang sifat kemanusiaan tidak dibatasi oleh perbezaan bangsa, keturunan, dan agama Ah Tong sudi menumpangkan Adit ke sekolah pada setiap hari, selain berjanji akan mencarikan Adit tempat tinggal di pekan Bukan Duniaku tema pergolakan jiwa remaja dan cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi persoalan tentang peranan ibu bapa untuk membentuk keluarga bahagia Halim lari dari rumah kerana mahu menyedarkan ibu bapanya bahawa mereka perlu memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan anak di rumah persoalan tentang kemiskinan antara punca pelajar terkandas dalam pelajaran Saleh terpaksa berhenti sekolah kerana pendapatan ayahnya sebagai penoreh getah tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan persekolahan dia dan adiknya dia bekerja untuk menambah pendapatan keluarganya Istana Menanti tema kepentingan mengkaji sejarah tempat tinggal sendiri untuk melihat perkaitan antara setiap peristiwa yang telah berlaku dengan kehidupan pada hari ini persoalan tentang peranan generasi lama untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda Tuk Ngah menanam semangat cinta akan negara kepada Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng melalui cerita-cerita yang telah berlaku dalam lipatan sejarah tanah air persoalan tentang kepentingan memelihara artifak-artifak yang ditinggalkan oleh generasi lama Ah Seng berhasrat untuk menghubungi pihak Muzium Negara supaya mengambil inisiatif untuk memulihara Istana Menanti yang menjadi lokasi beberapa peristiwa penting dalam sejarah negara

Ke Arah PMR 2
Hikmah kelas Amri contoh, Siva bertanyakan hukuman yang diterima oleh Amri daripada Cikgu Salman rumah Amri contoh, pipi Amri dilempang oleh ayahnya sehingga Amri tersungkur di pintu belakang sebuah lorong contoh, Amri dipukul oleh dua orang pemuda yang memeras ugutnya Sukar Membawa Tuah hutan Bukit Lokan contoh, Ah Tong menyelia pekerja-pekerja balak memotong balak rumah Pak Katan contoh, Pak Katan menemui seekor rusa dara terbaring di bawah rumahnya kerana rusa dara itu kesakitan kerana kakinya patah sungai contohnya, Adit duduk di sungai untuk menenangkan fikirannya setelah bapanya memaklumkan asrama telah penuh Bukan Duniaku pondok contoh, Halim berkenalan dengan Saleh, Razif, Eman, Razak, dan Fauzi tempat mencuci kereta contoh, Abang Joe memberi Halim wang kertas bernilai lima ringgit apabila Halim

mengadu dia lapar balai polis contoh, Halim menemui ibu bapanya setelah diselamatkan oleh Fariz Istana Menanti rumah Tuk Ngah contoh, Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng leka dan seronok mendengar cerita-cerita Tuk Ngah Istana Menanti contoh, Fadhil, Ramasamy, Ah Seng, dan Khairil terkurung di dalam bilik peraduan raja kedai runcit Encik Leong contoh, Encik Karim, Mak Joyah, Encik Shanti, Puan Mary, Encik Leong, Puan Lily, dan penduduk kampung berkumpul setelah menyedari kehilangan Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng

Ke Arah PMR 3
Hikmah watak utama: Amri berani dan nakal, buktinya dia sering membuli dan memeras ugut murid-murid di sekolahnya, contohnya Saleh panas baran dan pendendam, buktinya dia sangat marah dan berdendam kepada Sapura prihatin akan penderitaan ibunya, buktinya dia sanggup mengayuh basikal ke pekan untuk membelikan ibunya ubat luka dan ubat demam Sukar Membawa Tuah watak utama: Adit anak sulung Pak Katan dan Mak Tawi berfikiran terbuka dan berpandangan jauh, buktinya dia mahu keluar daripada kepompong kemiskinan yang sinonim dengan masyarakat orang asli, di samping mahu memajukan kaumnya dengan mengamalkan kehidupan moden tanpa melupakan asal usul nenek moyang mereka sangat gigih mengejar cita-cita, buktinya dia menghabiskan masa selama empat jam untuk perjalanan sejauh 60 kilometer untuk pergi dan balik dari sekolah Bukan Duniaku watak utama: Halim anak tunggal rajin, buktinya dia pernah mencuci sebanyak 30 buah kereta sehari dan semua kereta yang dicucinya sangat bersih dan berkilat penakut, buktinya dia serik untuk melarikan diri daripada Abang Joe setelah dipukul apabila cubaannya kali pertama gagal Istana Menanti watak utama: Fadhil berusia 15 tahun pandai memujuk, buktinya dia berjaya mengajak Tuk Ngah pergi ke Istana Menanti

prihatin, buktinya dia bimbang jika ibu bapanya susah hati kerana dia belum pulang ke rumah setelah masuk waktu maghrib

Anda mungkin juga menyukai