Anda di halaman 1dari 4

Apa Dan Siapa Boleh Survive? Apa dia survival?

Mengikut kamus "Oxford" survival ialah "the state of continuing to live or exist" . Ataupun mengikut sesetengah buku memberikan maksud survival ialah "the art of remaining alive and escaping from a hostile environment, without full facilities". Saya berikan dua situasi disini : Situasi pertama, seorang pendaki mendaki gunung dengan berbekalkan khemah khas untuk tanah tinggi, beg tidur yang baik, mempunyai dapur gas serta bekalan makanan yang banyak. Pendaki ini dapat menikmati keindahan panorama dengan kelengkapan yang mencukupi tanpa mengalami sebarang masalah. Situasi kedua, seorang pendaki gunung yang terlatih cuba mendaki sebuah gunung dengan matlamat dapat sampai kepuncak dalam masa yang ditentukan. Oleh yang demikian pendaki gunung itu hanya membawa makanan seminima yang mungkin, pakaian, peralatan dan khemah yang dipilih adalah ringan dan mudah, namun pendaki ini masih dapat tidur selesa diwaktu malam serta dapat mencatu makanannya dengan baik. Pada pendapat anda situasi yang manakah menunjukkan pendaki itu mempraktikkan teknik survival? Jawapannya ialah tidak seorang pendaki pun yang mempraktikkannya. Kerana situasi pertama menunjukkan pendaki itu hanya melakukan perkhemahan tanah tinggi biasa manakala situasi kedua, pendaki itu hanya menjalankan perkhemahan "lightweight camping" kerana semuanya telah dirancang dan dikaji dengan rapi sebelum pendaki itu mendaki berdasarkan pengalamannya. Dalam contoh kedua-dua pendaki ini, mereka telah bersedia dengan peralatan yang lengkap mengikut bentuk aktiviti yang telah mereka pilih dan rancang. Kita boleh andaikan bahawa mereka telah dilatih mempraktikkan teknik yang mereka tahu mungkin sudah untuk beberapa tahun lamanya. Oleh yang demikian keadaan yang boleh dianggap sukar dan asing sudah menjadi kebiasaan kepada mereka malahan mereka menyukainya. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan seterusnya berlaku. Anda tidak boleh

mengelakkan daripada perkara-perkara sebegini berlaku keatas diri anda. Kebanyakkan orang hanya menyangkakan teknik ini hanya diperlukan oleh pengembara ataupun peneroka hutan. Tetapi anda harus ingat, sesekali anda meninggalkan keselesaan anda di rumah, mungkin anda akan berhadapan dengan situasi yang mendesak anda untuk mempertahankan diri dan nyawa anda. Siapa Boleh Survive? Boleh dikatakan semua orang boleh survive tanpa mengira umur, jantina dan jumlah kumpulan orang tersebut. Saya pernah terbaca bahawa beberapa orang bayi telah selamat dikeluarkan selepas sembilan hari dalam timbunan batu konkrit runtuhan sebuah hospital di Mexico yang disebabkan oleh gempa bumi. Bayi-bayi itu terselamat mungkin disebabkan umurnya yang masih terlalu muda hingga tidak mengenal erti stress semasa dalam timbunan itu. Tambahan pula, bayi-bayi itu dibalut dengan rapi diatas katil mereka dan secara fizikalnya mereka terselamat dari timbunan itu disebabkan rangka katil bayi tersebut. Karektor Yang Harus Ada Sebelum Mempraktikkan Tekinik Survival Sebagai Penentu - Anda harus bertindak sebagai penentu masa hadapan anda. Apa yang anda inginkan dimasa hadapan, maka usahalah sekarang. Sifat ini harus ada dalam diri, kerana contohnya jika anda terperangkap dalam sesuatu masalah, terpulanglah bagaimana, bila dan apa yang perlu dibuat untuk melepaskan diri dari masalah tersebut. Kita memang akur bahawa Tuhan sebagai penentu tetapi kita harus berusaha, jangan mengalah terlalu awal! Disiplin Diri - Disiplin diri yang tinggi adalah perlu untuk mendapatkan kualiti survival yang tinggi. Kerana disiplin diri dapat menjadikan seseorang itu mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya, membuat kerja tanpa bertangguh, membolehkan seseorang itu dapat menyiapkan kerja dengan lengkap dan baik serta menjadikan mereka kemas dan bersih.

Mampu Diri - Jika anda sudah biasa dengan hidup selesa dirumah, makan makanan cepat siap serta mewah dengan alat hiburan dirumah, tiba-tiba disuatu anda terpaksa merangkak keluar daripada rangka kapalterbang terhempas yang anda naiki dan anda terpaksa tinggal didalam hutan pergunungan yang gelap, adakah anda hanya akan berkata "apa yang harus aku buat" atau "malang sungguh nasib aku" ? Jika anda mempunyai sifat mampu diri, mungkin anda akan berusaha untuk menselesakan diri anda serta berikhtiar untuk mendapatkan bantuan. Anda seharusnya tidak hanya bergantung kepada cara kehidupan biasa anda. Biasa Dengan Kehidupan Di Luar - Membiasakan diri dengan kehidupan diluar merupakan foundation ataupun asas dalam mempraktikkan skil-skil dan teknik survival. Kerana kehidupan diluar akan mengenemukan anda dengan kehidupan survival yang sebenar. Keyakinan Diri - Yakin dalam teknik survival menjamin anda untuk terus hidup dan selamat bagi jangka masa yang panjang. Bagaimanapun dua musuh utama untuk mencapai teknik survival yang berjaya ialah perasaan takut dan panik. Ramai orang yang tidak dapat mempertahankan dan meneruskan hidupnya disebabkan oleh kesilapan dalam membuat keputusan, dan menjadikannya panik seterusnya mati dalam kesejukkan, panas, binatang buas atau risiko yang lain. Sifat Kepimpinan Yang Baik - Untuk menjadi pemimpin yang baik tidak semestinya mempunyai pangkat atau lencana kepandaian penuh terlekat di lengan bajunya, tetapi ia boleh dilakukan oleh semua. Memimpin bukan hanya boleh dilakukan dalam sebuah kumpulan, tetapi ia juga boleh dilakukan dalam memimpin diri sendiri. Kerana dengan adanya sifat kepimpinan, mudah untuk menentukan arah hala tuju anda. Ketahanan Fizikal dan Mental - Ia mampu membantu dalam segala situasi survival. Tidak ada bukti yang nyata bahawa badan yang tegap dan besar sahaja yang mempunyai daya ketahanan fizikal dan perempuan merupakan makhluk yang paling lemah. Semuanya ini boleh dilatih dan diperkembangkan

dengan melatih diri dengan latihan-latihan yang melibatkan fizikal dan mental. Walaupun fizikal kuat, tetapi mental yang lemah mampu mempengaruhi fizikalnya untuk lambat dan malas untuk bertindak.

Anda mungkin juga menyukai