Anda di halaman 1dari 20

Pengisian Kurikulum BM (KBT1): Kemahiran Berfikir

Oleh Mohd Isa Abd Razak

Masukan yang berkaitan: 1. Latar Kurikulum BM 2. Panduan Praktikum SR 3. PK BM: Nilai Murni 4. RP Tahunan/Semester 5. Format RPH BM6. Format RPH dan Penggunaan Lajur Catatan 7. Empat Kejanggalan dalam RPH 8. Aktiviti Pemulihan Semasa Praktikum 9. Pengajaran Berpasangan 10. Gementar pada Hari Pertama 11. Saya Tidak Pandai, Cikgu 12. Catatan Pascapemerhatian 13. Renungan Pascapemerhatian

Aspek terpenting kemahiran bernilai tambah (KBT) ialah kemahiran berfikir (KB). KB bukan sekadar berada di tempat pertama dalam senarai KBT tetapi tersenarai di bawah aspek perancangan dalam borang penilaian praktikum. Ertinya, jika KB tidak dirancang dalam setiap sesi pengajaran, maka pelaksanaan pengajaran itu dapat dianggap cacat. Walaupun KB tidak tersenarai di bawah aspek pelaksanaan, ada dua aspek di bawah amalan refleksi, iaitu pemikiran reflektif dan catatan reflektif, amat berkaitan dengan KB. Tegasnya, KB mesti diserapkan dalam setiap sesi pengajaran Bahasa Melayu. Aspek kemahiran berfikir yang tercatat dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Sekolah Rendah adalah seperti yang berikut: 1. Mencirikan 2. Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan 3. Membuat kaitan dan perhubungan 4. Membanding dan membeza 5. Menyusun atur 6. Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu 7. Membezakan fakta dengan pendapat 8. Menganalisis 9. Mengesan kecondongan pendapat 10. Mengenal pasti sebab akibat 11. Meramal 12. Mensintesis 13. Mengitlak 14. Membuat analogi 15. Membuat inferens 16. Membuat kesimpulan 17. Menginterpretasi, mentafsir 18. Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan 19. Menilai 20. Menjana idea 21. Merumus, meringkas 22. Membuat keputusan 23. Menyelesaikan masalah HSP menegaskan, untuk membolehkan murid menguasai KB, guru perlu menggunakan alat untuk berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara alat untuk berfikir itu termasuklah penyusun grafik, soalan (bertumpu, bercapah, dan lingkaran soalan)

dan peta minda. Alat untuk berfikir CoRT1 seperti dalam rajah yang di bawah juga perlu dimanfaatkan

Anda mungkin juga menyukai