Anda di halaman 1dari 11

SAMSIAH MOHD NOOR PKB 3109 PPG PEND. KHAS JUN 2011 TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN. DEFINISI.

Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-bunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni. Muzik merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya. Muzik sebagai satu wahana komunikasi mampu mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.

Terapi muzik merupakan intervensi terapeutik berbentuk bukan verbal maka intervensi terapi muzik sesuai digunakan untuk. Terapi juga merupaka rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental dimana cara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan. Pekerjaan aktiviti fizikal atau mental yang dilakukan, untuk membantu,

merawat, memulihkan atau mengatasi masalah-masalah fizikal emosi atau sosial yang dihadapi oleh seseorang seperti:1) Menguruskan tekanan 2) Memulihkan kesihatan 3) Mengekspreskan perasaan 4) Meningkatkan ingatan 5) Menambahbaikan komunikasi 6) Menggalakkan pemulihan fizikal.

Terapi juga merupakan rawatan sesuatu penyakit fizikal atau mental dimana cara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat atau pembedahan. Pekerjaan aktiviti fizikal atau mental yang dilakukan, untuk membantu, merawat, memulihkan atau mengatasi masalahmasalah fizikal emosi atau sosial yang dihadapi oleh seseorang.

Peranan terapis menilai kesihatan emosi fizikal dan fungsi sosial, kebolehan komunikasi dan kemahiran kognitif melalui respon muzik, merancang sesi muzik untuk individu dan kumpulan berdasarkan keperluan masalah murid dengan menggunakan improvasi muzik. Mereka didedahkan untuk mendengar muzik dengan hati terbuka, menulis nyanyian, perbincangan lirik muzik dan imageri persembahahan muzik dan pembelajaran melalui muzik perancangan rawatan penilaian on- going dan tindakan susulan.

Page | 1

SAMSIAH MOHD NOOR PKB 3109 PPG PEND. KHAS JUN 2011 KONSEP. Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat

membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas. Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu

murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi. KEPERLUAN TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS. Kanak-kanak khas memerlukan terapi adalah untuk : a) Meransang kanak-kanak untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran b) Sebagai persediaan untuk belajar dari segi mentel, fizikal, emosi dan sosialisasi c) Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor kanakkanak bermasalah pembelajaran. d) Sebagai motivasi kepada kanak-kanak. e) Membina konsep kendiri. f) Merangsang pengaliran darah dan oksigen.

KEPENTINGAN TERAPI a) Meningkatkan kemahiran pengamatan. b) Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid. c) Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri. d) Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi. e) Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi. f) Merangsang pemikiran dan kreativiti murid.

g) Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan. h) Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan. Terapi muzik dan nyanyian adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu unik klinikal dan evidence based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian. Page | 2

SAMSIAH MOHD NOOR PKB 3109 PPG PEND. KHAS JUN 2011 Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita.

Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

KELEBIHAN. Terapi muzik sangat berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu terapi muzik juga melegakan keresahan kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu pelajar yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku.Selain itu,klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan meyelesaikan konflik mereka.

JENIS-JENIS PERALATAN MUZIK. 1. Muzik Tradisional a. Dipalu b. Digesek c. Ditiup d. Digoncang -loceng, gong, kompang. -rebab, gambus, oud, kecapi. -serunai, seruling,nafiri. -angklung.

2. Muzik Barat a) Perkusi tidak berpic -loceng, tamborin, kerincing, dram bess. -rekoder, trompet, seksofon. -gitar, piano, biola, kecapi berkaki.

b) Tiup dan bras c) Bertali

3. MATLAMAT TERAPI MUZIK. a) b) Memulihkan kekuatan fizikal Menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan c) d) Memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga Memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran

Page | 3

SAMSIAH MOHD NOOR PKB 3109 PPG PEND. KHAS JUN 2011 OBJEKTIF TERAPI. a) Pengurusan T/L b) Tingkatkn penglahiran perasaan c) Tingkatkan harga diri d) Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik e) Kembangkan emosi e) Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal f) Latih pertuturan

KEBAIKAN TERAPI MUZIK UNTUK KANAK-KANAK KHAS 1. Murid Terencat Akal * .Meningkatkan kemahiran berkmunikasi. * Meningkatkan kemahiran akademik. * Meningkatkan kemahiran psikomotor. * Meningkatkan kemahiran bersosial dan emosi. * Meningkatkan kemahiran hidup berdikari. * Meningkatkan kemahiran berseronok.

2. Murid Bermasalah Pembelajaran


Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku. Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran. Meningkatkan kemahiran akedemik Meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Meningkatkan kemahiran bermuzik. Meningkatkan kemahiran berseronok.

3.

Murid Bermasalah Kesihatan


Intervensi dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakan. Intervensi mempunyai pengaruh positif pada otot Intervensi menguatkan otot. Intervensi mengawal pergerakan fizikal. Menyediakan pengalaman berkomunikasi. Meningkatkan penghargaan diri. Sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial.

Page | 4

SAMSIAH MOHD NOOR PKB 3109 PPG PEND. KHAS JUN 2011 4. Murid Bermasalah Komunikasi

Meningkatkan kemahiran pernafasan. Meningkatkan kemahiran reseptif dan ekspresif. Meningkatkan kemahiran artikulasi. Meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan. Meningkatkan kemahiran pembetulan suara. Memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia. Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi.

5. Murid Autistik

Menghasilkan komunikasi. Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa. Meningkatkan kemahiran interaksi sosial. Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi. Meningkatkan kemahiran kognitif.

AKTIVITI TERAPI MUZIK. a) Membuat pergerakan mengikut lag b) Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan c) Bermain berlatar belakangkan muzik d) Mengenal dan membuat latihan guna/bunyikan alat muzik e) Latihan praktikal guna alat bunyian Oleh itu, banyak kelebihan yang boleh diperoleh melalui aktiviti terapi bukan sahaja untuk guru malahan untuk murid. Diantara aktiviti-aktivitinya:-

a) NYANYIAN LAGU KANAK-KANAK.


Nyanyian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema, nyayian tanpa muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanakkanak adalah mudah difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan.

Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak memproses maklumat.

Page | 5

SAMSIAH MOHD NOOR PKB 3109 PPG PEND. KHAS JUN 2011

b) KEPENTINGAN TERAPI MENGGUNAKAN MUZIK.


Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan

meringankan stress. Terapi muzik membantu pelajar bermasalah pebelajaran yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku.

Selain itu,pelajar juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka. Terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal.fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.

Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup anak-anak istimewa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran, masalah pertuturan dan komunikasi di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini. Beberapa bukti kajian menujukkan bahawa muzik dapat merendahkan tekanan darah di mana secara tidak langsungnya mengurangkan risiko angin ahmar (strok), melegakan ketegangan otot dan meningkatkan daya tahan badan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERAPI MUZIK. Bagi memurnikan lagi pelaksanaan terapi muzik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru perlulah memainkan peranan yang penting dalam mengkaji kesesuaian muzik dan instrument yang digunakan dalam proses pengajaran dengan menggunakan terapi muzik di mana ia dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh murid. Keberkesanan terapi muzik dapat memberi impak yang besar kepada pelajar.

Tempat bagi melakukan terapi muzik ini mestilah selesa dan tenang di mana ia dapat membantu pelajar untuk menghilangkan tekanan dan masalah yang mereka hadapi. Semasa sesi terapi muzik dijalankan, amatlah penting dalam menyediakan segala kelengkapan yang sesuai bagi memudahkan urusan terapi muzik dilaksanakan.

KESIMPULAN. Muzik mendentifikasikan kewujudannya dengan gelombang-gelombang tenaga dalam badan dan persekitaran kita. Seringkali apabila kita mendengar sebuah lagu walau apapun Page | 6

SAMSIAH MOHD NOOR PKB 3109 PPG PEND. KHAS JUN 2011 genrenya, tidak kira sama ada ia klasikal, melodik, atau rock sekalipun, ia mencipta satu perubahan secara tiba-tiba dalam tahap emosi kita. Beberapa lagu yang kita anggapkan nostalgia mempunyai sejenis kuasa magnetik yang hebat berjalinan dengan ingatan kita dan ia selalu membawa kita kembali pada satu masa yang telah hilang selamanya, ia juga melahirkan sejenis perasaan yang kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu, jadi tak hairanlah kadangkala kita menitiskan air mata apabila terkenangkan saat-saat tersebut. GAMBAR ALAT TERAPI DAN AKTIVITI TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN.

Page | 7

SAMSIAH MOHD NOOR PKB 3109 PPG PEND. KHAS JUN 2011

TAMBORING

DRUM BESS

ANGKLUNG

RECORDER

Page | 8

SAMSIAH MOHD NOOR PKB 3109 PPG PEND. KHAS JUN 2011

KERINCING

GABUS

TRUMPET

Page | 9

SAMSIAH MOHD NOOR PKB 3109 PPG PEND. KHAS JUN 2011

AKTIVITI NYANYIAN. 1) Aktiviti nyanyian seperti menyebut lirik lagu itu. 2) Permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan, mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. 3) Mereka membina perkataan yang mudah, dan cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri.

CONTOH:Malam yang sepi pi pi Pak Mat jual topi pipi Topinya koyak yakyak Pak Mat jual tempoyak yakyak Tempoyaknya basi sisi Pak Mat jual nasi si si

Page | 10

SAMSIAH MOHD NOOR PKB 3109 PPG PEND. KHAS JUN 2011

Page | 11

Anda mungkin juga menyukai