Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran saintifik (ringkasan) Kemahiran proses sains asas

Pemerhatian: proses pemerhatian melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada pancaindera kita dalam persepsi ciri-ciri sesuatu objek atau sesuatu perkara yang sedang berlaku; pemerhatian boleh dibuat secara langsung dengan pancaindera atau pun secara tidak langaung melalui peralatan sains Pengkelasan: proses pengkelasan melibatkan penyusunan objek atau perkara yang berlaku mengikut ciri-cirinya Menggunakan nombor: proses ini diperlukan untuk membuat pengukuran atau membuat perbandingan serta untuk menyusunkan objek Berkomunikasi: proses ini melibatkan perpindahan data; data boleh dipindahkan melalui percakapan, penulisan, graf, rajah, lukisan, peta atau pun formula; kemahiran seperti menyoal, berbincang, memberi penerangan juga adalah kemahiran berkomunikai Pengukuran: proses ini akan menyusunkan objek atau perkara melalui magnitud seperti panjang, luas, isipadu dan jisim; proses ini melibatkan penggunaan peralatan sains Membuat inferens: proses ini menggunakan logik untuk membuat kesimpulan daripada pemerhatian; proses ini akan kemukakan penerangan atau sebab untuk sesuatu situasi Membuat ramalan: ramalan adalah berasaskan pemerhatian, pengukuran serta inferens tentang perhubungan di antara pembolehubah; ramalan adalah spekulasi; ramalan adalah cadangan apakah yang mungkin berlaku Penggunaan perhubungan ruang-masa: proses ini melibatkan memperihalkan perhubungan spatial objek dan perubahannya dengan masa; contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan penyusunan spatial.

Kemahiran proses sains bersepadu Mentafsir maklumat Mengawal pembolehubah Mendifinisi secara operasi Membuat hipotesis Mengeksperimen

Anda mungkin juga menyukai