Anda di halaman 1dari 1

7.

KESIMPULAN Masyarakat pengguna sebenarnya perlu peka dengan perkara di sekeliling

mereka. Misalnya, mereka perlu berhati-hati dan berjimat dalam penggunaan sumber air kerana setiap titik air yang digunakan sangat berharga. Perkara seperti ini perlu diterapkan dalam jiwa generasi hari ini supaya tiada pembaziran yang serius berlaku. Kesedaran tentang kepentingan penjagaan sumber air adalah perlu dititikberatkan terutamanya di kalangan kanak-kanak supaya tabiat pembaziran dapat dielakkan. Penjimatan dalam penggunaan air adalah perlu memandangkan setiap hari berjuta-juta meter padu air bersih terbuang dengan begitu sahaja. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah pengguna yang berpendapat bahawa sumbersumber bekalan air bersih negara adalah tidak terhad. Penggunaan air perlu kepada penjimatan kerana permintaan terhadap keperluan air bertambah dari tahun ke tahun disebabkan oleh peningkatan jumlah penduduk negara, aktiviti perindustrian yang semakin berkembang, perumahan dan taraf hidup yang semakin tinggi.

Anda mungkin juga menyukai