Anda di halaman 1dari 21

FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES

JANUARI / 2011




ABSQ2103 USUL FIQH 1

KEAUTORITIAN SUNNAH













NO. MATRIKULASI : 830628016095001
NO. KAD PENGNEALAN : 830628016095
NO. TELEFON : 0197152114
E-MEL : matnoox@gmail.com



PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR LEARNING CENTRE







Keautoritian Sunnah 2011

2


PENDAHULUAN



"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada ulul amri(orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian
jika kamu berbantah-bantah(berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) RasulNya, jika kamu
benar-benar beriman dengan Allah dan hari Akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik
bagi kamu dan lebih elok pulak kesudahannya." ( Surah An-Nisa, ayat 59)

Sunnah mempunyai kedudukan yang utama dalam Islam apabila ianya merupakan
sumber rujukan kedua dan terpenting selepas Al-Quran Al-Karim. Oleh yang demikian
kefahaman mengenai sunnah adalah sangat mustahak untuk diketahui oleh umat Islam kerana
kesilapan dalam memahami sunnah akan banyak menimbulkan masalah dan menghasilkan
kesalahan di dalam beramal menurut apa yang dikehendaki oleh Islam.
Jelas dalam Islam telah ada isyarat untuk mengelakkan kesesatan dalam agama.
Dengan adanya pedoman ini umat Islam boleh mengenal golongan mana yang sesat dan
golongan mana yang bukan sesat
















Keautoritian Sunnah 2011

3



PENGERTIAN SUNNAH

Sunnah dari segi Bahasa Arab bermaksud thoriq iaitu jalan. Dari segi istilah para
ulama hadith, apabila disebut perkataan sunnah, mereka maksudkan al-hadith.
Dari sisi ulama hadith bermaksud: apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w
sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat tubuh, sifat akhlak, sama ada sebelum
diutuskan atau selepas diutuskan.
Selain itu ulama usul telah mendefinisikan sunnah sebagai setiap perkara yang
berasal dari Rasulullah selain dari al-Quran. Ianya berbentuk perkataan, perbuatan mahupun
pengakuan baginda yang boleh menjadi asas kepada penentuan hukum.
Selain itu sunnah juga dari sudut bahasa diertikan sebagai cara, peraturan, tata-tata
kelakuan, cara hidup atau kebiasaan. Di sisi fuqaha pula ialah sesuatu yang bukan wajib
dalam ibadah. Manakala dari segi istilah ahli usul al-fiqh ialah setiap perkara yang terbit dari
Rasulullah berupa dalil-dalil syariyah yang bukan Al-Quran dan bukan mukjizat atau dalam
ungkapan yang lain sunnah diistilahkan sebagai perkataan, perbuatan dan pengakuan
Rasulullah s.a.w.
Sunnah terbahagi kepada tiga bahagian. Yang pertama adalah sunnah qauliyyah.
Sunnah Qauliyah adalah segala suruhan, tegahan dan penerangan Baginda baik berupa hadis
itu sendiri atau penerangan daripada al-Quran yang mutlak, mujmal, am dan sebagainya.
Contoh sabda Nabi tentang suruhan berniat:

( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan
sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka )







Keautoritian Sunnah 2011

4


Sunnah yang kedua ialah sunnah filiyyah. Sunnah filiyyah ialah segala tingkah laku
dan geraklaku Baginda yang menegakkan hukum. Contohnya mengenai suruhan melakukan
ibadah sembahyang dengan sempurna, di mana Nabi menunjukkan cara melakukan
sembahyang dengan betul kemudian bersabda kepada para sahabat:


(Maksudnya: Dan sembahyanglah kamu sepertimana kamu melihat aku sembahyang.)
(riwayat Imam Bukhari)

Sunnah yang ketiga ialah sunnah taqririyyah. Sunnah taqririyyah ialah diam Nabi
s.a.w daripada mengingkari perkataan atau perbuatan yang dilakukan di hadapan Nabi s.a.w
atau ketika Baginda tidak ada tetapi mengetahui perkara tersebut. Maka diam ini
menunjukkan kepada harus melakukannya kerana Rasulullah s.a.w tidak akan diam terhadap
perkara yang batil ataupun mungkar. Dengan takrir Nabi itu menunjukkan kata-kata dan
hukum tersebut adalah sah. Di antara contoh sunnah taqririyyah ini :

Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w bersama Khalid al Qalid dihidangkan dengan
daging Dhab panggang. Khalid makan, tetapi Rasulullah tidak memakannya dan tidak
menegah Khalid. Hal itu menunjukkan Dhab boleh di makan.












Keautoritian Sunnah 2011

5


Berdasarkan makna sunnah di atas jelas menunjukkan bahawa sunnah adalah segala
yang lahir daripada Rasulullah sebagai panduan umatnya. Sebagai seorang Islam wajib
keatasnya untuk beriman kepada Rasul. Beriman kepada Rasul bukan sekadar beriman
kepada diri Baginda sahaja, tetapi lebih daripada itu ialah beriman kepada keseluruhan ajaran
yang dibawa baik dalam bentuk nas wahyu(Al-Quran) mahupun dalam bentuk hadith yang
disampaikan oleh Baginda. Sebagaimana firman Allah:















Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya,
dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w),
dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa
yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-
rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang
amat jauh. (Surah Al-Nisa ayat 136)

Hadith juga berfungsi sebagai penerang, penghurai dan pentafsir isi kandungan Al-
Quran melalui bentuk huraian yang di iktiraf dan diakui benar oleh Allah s.w.t. Contohnya
seperti firman Allah s.w.t dalam surah Al-Nahl ayat 64:






Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya
engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya; dan
supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.






Keautoritian Sunnah 2011

6


Selain itu hadith juga merupakan salah satu tugas dan tanggungjawab Baginda
Rasulullah dalam menyempurnakan perintah Allah supaya menyampaikan semua ajaran yang
diturunkan kepadanya. Dan Baginda dilarang daripada mengabaikan tanggungjawab tersebut
atau takut untuk menyampaikannya kerana Allah s.w.t telah member jaminan keselamatan
kepada Baginda. Contohnya seperti firman Allah s.w.t dalam surah Al-Maidah ayat 67:










Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu;
dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna
tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari
(kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum
yang kafir.

Baginda Rasulullah memang akur dengan tanggungjawab ini, justeru, Baginda telah
melaksanakannya dengan sebaik-baiknya, memimpin manusia ke jalan yang benar. Sekiranya
Baginda menyampaikan sesuatu ( dalam bentuk hadith) yang bercanggah dengan apa yang
disyariatkanoleh Allah s.w.t atau sesuatu yang tidak diredhai olehNya, nescaya Baginda tidak
dianggap sebagai rasul yang benar-benar melaksanakan tanggungjawab kerasulan, sebaliknya
dikira sebagai orang yang ingkar dengan perintah Allah dan tidak mengajak manusia ke jalan
yang benar.









Keautoritian Sunnah 2011

7


Sebagaimana yang kita ketahui, Hadis merupakan sumber kedua dalam perundangan
Islam. Lantaran itu ulama bersepakat menerima al-sunnah dalam mengeluarkan hukum
syarak. Ini berdasarkan firman Allah :









Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri,
bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi
Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang
miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya
harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua
perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan,
dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan
bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi
orang-orang yang melanggar perintahNya).( surah al-Hashr ayat 7)

Kemasuman Baginda Rasulullah juga menunjukkan hadith sebagai sumber syara
yang diperolehi melalui pertimbangan logik akal yang waras. Sebagaimana yang kita sedia
maklum bahawa Rasulullah s.a.w telah diberi jaminan keselamatan oleh Allah s.w.t baik dari
segi nyawa mahupun tugas.
Kemasuman dari segi nyawa maknanya Baginda terselamat daripada dibunuh,
walaupun tidak terselamat daripada diancam, dianiaya, didera, dihina dan dicederakan.
Manakala kemasuman dari segi tugas maknanya Baginda terselamat daripada melakukan
kesilapan atau kesalahan dalam menyampaikan ajaran Islam sehingga menjejaskan syariat,
sekalipun tidak terselamat daripada melakukan kesilapan seperti terlupa dan tersalah dalam
konteks Baginda sebagai manusia biasa asalkan tidak menjejaskan syariat.







Keautoritian Sunnah 2011

8


Peranan Sunnah bersama Quran dalam menerangkan hukum kepada manusia
1) Menguatkan nas-nas al-Quran
Al-Sunnah berfungsi untuk menguatkan nas-nas al-Quran yang membawa hukum yang
sama.Sebagai contoh yang berkenaan dengan solat, puasa dan zakat telah banyak dinyatakan
kewajipan mendirikannya di dalam kehidupan seharian. Ini dikuatkan lagi dengan sabda
Rasullullah S.A.W seperti:
Islam didirikan di atas lima rukun, syahadah, sembahyang, zakat, puasa dan haji .
Maksud hadith ini berfungsi untuk menguatkan beberapa nas al-Quran yang lain.

2) Menerangkan nas-nas yang mujmal
Al-Sunnah berfungsi untuk menerangkan nas-nas yang mujmal. Terdapat ayat al-Quran yang
diturunkan secara ringkas yang memerlukan keterangan dari al-Sunnah, antara contoh yang
paling jelas adalah solat. Cara bertakbir, ruku, sujud tidak dinyatakan di dalam al-Quran, ini
diterangkan hanya melalui sunnah Rasulullah S.A.W sebagaimana yang kita pelajari dalam
tatacara solat tulisan al-Albani, sifat Solatun Nabi.

3) Mentakhsiskan( menentukan ) nas yang umum
Al-Sunnah berfungsi untuk mentakhsiskan (menentukan) nas yang umum. Terdapat beberapa
ayat al-Quran yang diturunkan dengan lafaz yang umum. Antaranya firman Allah S.W.T:

Allah perintahkan kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu
bahagian seorang anak lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan( al-Nisa:11 )

Keautoritian Sunnah 2011

9



Ayat ini mungkin umum sifatnya, mungkin juga ayat ini ditujukan kepada Rasul dan anak-
anak baginda, akan tetapi telah datang sunnah Rasul untuk mengkhususkan lafaz yang umum
ini berdasarkan sabda baginda: Kami para nabi tidak dipusakai. Hadith ini telah
mengkhusukan ayat sebelas surah al-Nisa. Begitu juga Rsulullah S.A.W mengkhususkan
kepada pembunuh yang juga tidak layak memperolehi pusaka, berdasarkan sabda Rasulullah
S.A.W pembunuh tidak mendapat apa-apa dari harta pusaka orang yang membunuhnya.

4) Membatasi ( taqyiid ) nas al-Quran yang mutlak ( tidak terbatas )
As-Sunnah membatasi ( taqyiid ) nas al-Quran yang mutlak (tidak terbatas). Antara ayat al-
Quran yang diturunkan secara mutlak ialah firman Allah S.W.T :

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah
usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( al-maidah: 38 )
Ayat di atas bersifat mutlak, kerana tidak dibatasi had yang perlu dipotong, ada hingga ke
lengan, siku, atau adakah layak bagi pencuri itu dipotong hanya jika barang yang dicuri itu
sedikit? Maka tentang had dalam isu potong tangan ini, sunnah telah membatasinya
berdasarkan sunnah Rasulullah S.A.W dengan mengisyaratkan pergelangan tangan. Begitu
juga dengan kadar barang yang dicuri juga telah dibatasi berdasarkan sabda Rasulullah
S.A.W.
Jangan memotong tangan pencuri melainkan ia mencuri sesuatu yang bernilai dinar
atau lebih

Keautoritian Sunnah 2011

10



5) Menguatkan hukum-hukum yang terdapat asasnya di dalam al-Quran
As-Sunnah berfungsi menguatkan hukum-hukum yang terdapat asasnya di dalam al-Quran.
Sunnah Rasulullah S.A.W juga berfungsi untuk menerangkan nas-nas yang sudah
mempunyai asas di dalam al-Quran. Contohnya hadith Rasulullah S.A.W Pada hari khaibar,
Rasulullah S.A.W melarang dari memakan binatang buas yang mempunyai taring dan burung
yang berkuku panjang.
Haiwan-haiwan yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W ini tidak dinyatakan di dalam al-Quran,
dan tidak termasuk ke dalam haiwan-haiwan yang disebut oleh Allah S.W.T yang haram
dimakan di dalam al-Quran.
Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa sunnah Rasulullah S.A.W. mempunyai peranan
yang cukup besar dan mempunyai ikatan yang kuat dalam mengintepretasikan(
menterjemahkan ) isi al-Quran dengan lebih terperinci. Sesuai dengan firman Allah S.W.T:

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang
membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami
pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya
engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka,
dan supaya mereka memikirkannya.. ( al-nahl: 44 )









Keautoritian Sunnah 2011

11







Golongan Anti Hadis
Golongan Anti Hadis adalah mereka yang menolak atau meragui Hadis atau Sunnah
Nabi Muhammad saw sebagai sumber kedua syariat Islam selepas Al-Quran. Ayub al-
Sakthiyani pernah berkata: Apabila engkau mengajarkan hadis kepada seseorang, kemudian
ia berkata: Tak perlu pakai hadis, ajarkan kami Al-Quran sahaja, maka ketahuilah bahawa
orang itu sesat dan menyesatkan.
Daripada kisah di atas jelas kepada kita bahawa bibit-bibit anti hadis telah mula wujud
sejak zaman sahabat lagi. Cuma ianya tidaklah serius dan masih berbentuk pandangan
individu, tidak secara kelompok, jemaah atau gerakan. Ianya berlaku disebabkan salah faham
terhadap kedudukan hadis sebagai sumber syariah. Namun ianya cepat diperbetulkan.
Sejak masa tersebut, pandangan mahukan Al-Quran sahaja tanpa hadis telah lenyap.
Ianya tidak kedengaran lagi kerana umat Islam telah sepakat menerima Hadis sebagai sumber
kedua hukum di dalam Islam tanpa ragu-ragu.

4.2 Ciri-ciri Kesalahan
Antara cirri-ciri kesalahan yang dilakukan oleh golongan anti hadis ini boleh dibahagikan
kepada 3 bahagian iaitu
I penyelewengan dari sudut akidah
II penyelewengan dari sudut syariah
III percanggahan dari sudut akhlak

Penyelewengan dari sudut akidah antara lain adalah menolak hadith secara total sebagai
sumber akidah dan perundangan Islam. Antara bahan-bahan penulisan adalah buku Hadith
Satu Penilaian Semula tulisan Kassim Ahmad.
Kassim Ahmad menyatakan bahawa
Hadith atau Sunnah Nabi suatu ajaran palsu yang muncul antara 200-250 tahun
kemudian dan dikaitkan dengan Nabi Muhammad.(hal18)
Satu daripada kuasa-kuasa palsu yang dipegang oleh umat Islam lebih seribu tahun
ialah hadith/sunnah.(hal.20)
Keautoritian Sunnah 2011

12


kebanyakan hadith merupakan cakap kosong yang menyesatkan manusia dari jalan
Tuhan tanpa pengetahuan.(hal 91)

Seterusnya menolak dua kalimah syahadah. Golongan ini berfahaman bahawa dua
kalimah syahadah yang diucapkan oleh umat Islam adalah dilarang oleh Al-Quran kerana
syahadah yang diwajibkan adalah .
Buku Hadith Jawapan Kepada Pengkritiktulisan Kassim Ahmad menyatakan bahawa
Al-Quran mengajar syahadah kepada tiga buah ayat iaitu ayat18 surah 3 menyatakan
bahawa Tuhan, para malaikat dan orang-orang berilmu bersaksi bahawa Tiada Tuhan
melainkan Allah. Manakala surah 47 ayat 19 pula menyatakan Ketahuilah bahawa tiada
Tuhan melainkankan Allah.
Dalam Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 Julai 1995, Othman Ali telah mengeluarkan
kenyataan bahawa
Selain itu tambahnya, Al-Quran turut menyebut bahawa syahadah itu tiada Tuhan
melainkan Allah sedangkan ulama mengajarkan kepada kita bahawa syahadah itu
termasuklah juga bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Bukan sahaja
syahadah kita salah malah ia juga mengakibatkan sembahyang kita salah kerana
menyebut nama Nabi semasa tahiyyat awal dan akhir.

Seterusnya golongan ini juga menolak Qhado dan Qadar. Mereka menolak
kepercayaan bahawa qhado dan qadar yang merupakan salah satu tonggak keimanan yang
wajib dipegang oleh setiap umat Islam. Antara lain mereka mengatakan bahawa
Kepercayaan kepada takdir yang dipegang oleh kebanyakan umat Islam hari ini
dimasukkan ke dalam Rukun Iman dan berasal daripada hadith. Kepercayaan ini tidak
ada, malah dibantah dalam Al-Quran. Tidakkah fahaman ini melumpuhkan daya
kreatif umat Islam dan menjadi punca utama kejatuhan mereka?
Petikan di atas adalah daripada risalah IqraJilid 3/Bilangan 1, Syaban 1415H/Januari
1995M, hal 2. Manakala petikan daripada buku Hadith Jawapan Kepada
Pengkritikkarangan Kassim Ahmad hal 90 menyatakan
Faham qhado dan qadar ini sebahagian penting dalam teologi kaum Asyariyyah,
berasal dari ajaran kaum stoik dan dimasukkan ke dalam hadith, kerana ia tidak
terdapat dalam Al-Quran.
Keautoritian Sunnah 2011

13


Al-Quran itu sebenarnya saintifik dan rasional. Contohnya kepercayaan kepada
takdir baik dan jahat itu daripada Tuhan yang dirumuskan dalam hadith itu,
bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan ditolak oleh Al-Quran yang menggesa
manusia supaya kuat bekerja ke jalan kebaikan. Pegangan kepada hadith ini
merupakan suatu punca besar kejatuhan umat Islam.

Selain itu golongan ini juga memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran. Golongan
ini telah menterjemah dan mentafsirkan ayat-ayat ini mengikut selera sendiri tanpa
menghitungkan disiplin ilmu Islam yang sebenarnya.
Ayat Al-Quran 114, surah Hud antara lain diselewengkan dengan maksud bahawa
sembahyang hanya tiga kali sehari iaitu Subuh, Maghrib dan Isyak..
Othman memberi contoh surah 11:114 yang berbunyi
dan lakukanlah solat pada dua tepi siang dan awal malamiaitu ayat ini bermakna
sembahyang hanya tiga kali sahaja. (Petikan daripada Akhbar Utusan Malaysia, 14
Julai 1995, kenyataan oleh Othman Ali).

Selain itu golongan ini juga telah mempertikaikan kesahihan ayat-ayat Al-Quran.
Pengertian ayat-ayat Al-Quran ini juga telah didapati dipesongkan dan dipertikaikan. Ini
dapat dilihat menerusi ayat 128 dan 129, surah At-Taubah.
Mereka juga mendakwa bahawa kiamat akan berlaku pada 1710H/2280M. Kenyataan
ini diberikan berdasarkan kod 19 yang terkandung dalam buku Hadith Jawapan Kepada
Pengkritik hal 59 tulisan Kassim Ahmad.
Mereka juga menolak berlakunya siksaan kubur selepas mati kerana tidak disebut di
dalam Al-Quran dan hadith-hadith mengenainya adalah palsu belaka.
Golongan anti hadis juga telah menafikan kedudukan Nabi Adam sebagai manusia
pertama ciptaan Allah. Katanya Nabi Adam bukanlah manusia pertama secara mutlak yang
dicipta Allah tetapi ia lebih merujuk kepada tiga konsep iaitu Adam melambangkan manusia,
kedua ia mewakili masyarakat awal tamadun manusia dan ketiga mewakili rasul-rasul
pertama dalam masyarakat mereka.
Menolak kemasuman para Nabi juga adalah satu isu yang menjadi pengangan kukuh
golongan ini. Fahaman ini dicetuskan oleh Dr. Rasyad Khalifa. Idea songsang ini
diperkukuhkan lagi oleh Kassim Ahmad dalam bukunya Hadith Jawapan Kepada
Pengkritik.
Keautoritian Sunnah 2011

14



Seterusnya, penyelewengan dari sudut syariah pula, antara lain adalah menolak
persyariatan solat. Dalam beberapa penulisan mereka, kumpulan ini mendakwa bahawa
melaksanakan syariat Islam cukup dengan Al-Quran sahaja. Contohnya dalam kaifiat
melaksanakan ibadah solat. Katanya Umat Islam tidak perlu merujuk kepada amalan
Rasulullah kerana amalan sembahyang telah pun ada sejak zaman Nabi Ibrahim lagi. Oleh
yang demikian kita boleh melakukan sembahyang dengan cara meniru cara datuk nenek kiga
melakukannya mengikut cara asal Nabi Ibrahim, Kenyataan ini disebabkan Al-Quran tidak
menyebutkan perincian, maka cara melakukannya bolehlah dengan akal dan perindingan.
(Fakta ini adalah daripada buku Hadith Jawapan Kepada Pengkritik tulisan Kassim
Ahmad)
Mereka juga telah menolak ketetapan hokum fiqh Islam tentang aurat wanita. Mereka
menolak ketetapan yang telah disyariatkan oleh Islam bahawa wanita wajib memelihara
auratnya dan diikuti oleh setiap umat Islam. Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia 14
Ogos 1995, kenyataan oleh Kassim Ahmad
...wanita muslim boleh memakai apa sahaja pakaian walaupun mendedahkan
anggota-anggota berkenaan dengan syarat ia hendaklah bersopan dan tidak menyalahi
adat serta budaya masyarakat setempat. Aurat adalah menutup bahagian sulit yang
apabila kita dedahkan menjadi sumbang kepada masyarakat. Tanda tentang aurat
adalah wudhu. Semasa wudhu, allah menyuruh kita membasuh muka, tangan dan
menyapu kepala. Maknanya kepala tidak boleh ditutup, kerana kepala ditutup, tentu
tuhan tidak menyuruh kita menyapunya.

Percanggahan dari sudut akhlak pula antara lain adalah menghina peribadi dan
keduduka Rasulullah. Antara contoh penghinaan tersebut yang dimuatkan dalam penulisan
mereka ialahpetikan surat Abdul Manan Harun kepada Datuk Abu Hassan Din, 5 Ogos 1989
Cuba saudara beri maksud, apabila saudara membaca semasa bertaiyyat, betulkah
Allah memerintahkan kita mengucapkan salam kepada Nabi semasa Allah
memerintah kita bersolat dengannya? Agak-agak saudara apabila member salam
kepada Nabi Muhammad semasa kita bersolat dengan Allah, Nabi boleh membalas
balik salam kita atau tidak?.
Keautoritian Sunnah 2011

15


Seterusnya mereka juga telah memfitnah dan mencerca ulama. Petikan dari buku
Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu : Hadith di dalam Al-Quran, Idris Abdul
Rahman hal 147
Seperti Samri yang telah menggunakan berhala anak lembu yang telah dibentuk
atas arahannya untuk menyesatkan dan menindas umat Nabi Musa, begitu juga ulama
hadith yang lampau ini telah menyesatkan dan menindas umat Muhammad dengan
menggunakan hadith Nabi rekaan mereka. Melalui ajaran mereka, orang-orang Islam
telah menjadi orang musyrik penyembahan berhala atau penyembahan ulama yang
telah membentuk hokum-hakam rekaan mereka melalui apa yang mereka katakana
hadith Nabi. Bukankah berhala anak lembu telah menyesatkan umat Nabi Musa
bahkan Samri dan bukanlah hadith Nabi yang telah menyesatkan umat Nabi
Muhammad bahkan ulama hadith yang lampau ini.
Keautoritian Sunnah Menolak Pandangan Anti Hadith

Hujjah Pertama
Al-Quran adalah lengkap, terperinci lagi sempurna, maka kenapakah perlu dirujuk
kepada hadis-hadis nabi saw? Bukankah Allah telah berfirman:
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini : Surah Al-Anaam
ayat 38.
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah kitab (Al-Quran)
yang kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang
meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-
orang yang mahu beriman ; surah Al-Araf ayat 52.

J awapan
Sesungguhnya Allah swt telah menurunkan Al-Quran yang lengkap isi kandungannya
adalah merujuk kepada peranan Al-Quran sebagai kitab induk yang telah mengusulkan
pelbagai kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan mempraktikkan risalah Allah
dalam kehidupan harian mereka sehingga ke hari akhirat. Al-Quran adalah sempurna dalam
meletakkan asas-asas mentauhidkan Allah swt dan kaedah-kaedah menjanakan syariatnya.
Demikian juga, apabila dikatakan bahawa kitab Al-Quran tidak meninggalkan atau lengah
dari menggariskan pelbagai kaedah serta prinsip.
Keautoritian Sunnah 2011

16


Dalam melengkapkan dan keterperincian inilah Al-Quran meletakkan dasar serta
prinsip yang jitu bahawa hadis serta sunnah Rasulullah wajib dijadikan salah satu dari sumber
syariat yang ditaati, Apabila hadis dan sunnah disisihkan, bererti menyisihkan sebagagian
dari dasar dan prinsip penting yang digariskan Al-Quran dan apabila hadis dan sunnah
ditentang, ia bererti menentang sebahagian dari ajaran Al-Quran itu sendiri.




Hujah Kedua
Mendedahkan ragam dan bentuk kesilapan para sarjana Orientalis dalam kajian mereka
terhadap hadis-hadis Rasulullah saw.
Para Orientalis yang mengkaji ilmu-ilmu yang berkaitan sangat berminat apabila ianya
berkaitan dengan hadis-hadis Rasulullah. Minat mereka dalam bidang ini melebihi jurusan
pengkajian Al-Quran, syariat, sejarah dan sebagainya. Umumnya hasil kajian mereka
menyimpulkan bahawa tiada hadis yang sahih daripada Rasulullah. Hadis-hadis sebenarnya
adalah rekaan umat Islam dalam kurun kedua dan ketiga hijrah yang mereka sandarkan
kepada sebutan dan perbuatan Rasulullah. Pengkajian dan penyemakan isnad pula hanya
dapat menepis hadis secara longgar, jauh sekali dari ketepatan yang telah mereka katakana.
Kadang kala isnad tersebut dicipta sendiri oleh ahli hadis untuk kepentingan diri mereka. Hal
ini adalah bersangkutan dengan peringatan Allah berkaitan hubungan dengan orang bukan
Islam khususnya Yahudi dan Nasrani, antaranya:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh
kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-
berita rahsia orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada
antara kamu dan mereka, sedang mereka telah kufur terhadap kebenaran (Islam) yang
sampai kepada kamu : surah Al-Mumtahanah ayat 1.

Seterusnya Allah memberi peringatan bahawa orang-orang bukan Islam khususnya Yahudi
dan Nasrani tidak akan sekali-kali berpuas hati dengan umat Islam dan agama Islam kecuali
apabila mereka berjaya menarik umat Islam kepada kekafiran atau kea rah agama mereka
sendiri.
Keautoritian Sunnah 2011

17



J awapan
Sesungguhnya kita tidak menolak pengkajian, penyelidikan dan hujjah-hujjah ilmiah sarjana
orientalis dan mengalu-alukan sikap rajin dan kerja keras serta minat mereka terhadap agama
Islam. Malah tidak dinafikan bahawa kita sendiri ada kalanya mempelajari beberapa perkara
baru hasil dari penemuan mereka. Apa yang menjadi tegahan adalah sikap sesetangah kita
yang secara gelojoh menerima 100% hujjah sarjana orientalis dan menolak sepenuhnya
hujjah sarjana Islam tanpa sebarang kajian ilmiah mahupun perbandingan lanjut. Inilah sikap
negatif yang perlu diperbetulkan tanpa sebarang kelengahan.

Seterusnya ayat-ayat di atas tidaklah bermakna bahawa agama Islam melarang umatnya dari
berurusan dan berinteraksi dengan orang-orang bukan Islam. Kita sebenarnya dilarang
berurusan dalam perkara yang bersangkutan dengan agama, pengecualian ini terkandung
dalam salah satu ayat dinukilkan. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 140 :
;~4 4EO4^ :^OU4 O) U4-^-
up -O) u7+ugE- ge4C-47 *.-
NOE'NC Ogj q4Og4O+C4 Ogj
E W-N^> _E4` _/4EO
W-OOC O) `+Cg4 j)OOEN _
7^^) -+O) _UuVg)` Ep)
-.- 7g`~E} 4-g4L^-
4@Og^-4 O) 4-E_E_
1g- ^j
140. Dan sungguh Allah Telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran
bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh
orang-orang kafir), Maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka
memasuki pembicaraan yang lain. Karena Sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian),
tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua
orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam,

Pengecualian dalam ayat di atas: sehingga mereka masuk kepada
memeperkatakan soal yang lain Ayat di atas jelas melarang uamt Islam daripada duduk
Keautoritian Sunnah 2011

18


sama, yakni mengikuti dan bersubahat dengan orang-orang bukan Islam jika mereka
mempermainkan kitab Al-Quran umumnya termasuk mempersendakan agama Islam.











Hujah Ketiga
Tugas Rasulullah saw hanyalah sebagai seorang posmen yang membawa surat daripada
seorang pengirim untuk diserahkan kepada penerimanya. Demikianlah juga dengan
Rasulullah, baginda hanya ditugaskan membawa Al-Quran daripada Allah swt untuk
diserahkan kepada manusia. Ini berdasarkan kepada firman Allah dalam surah Al-Maaidah
ayat 9:

E4N4 +.- 4g~-.- W-ON44`-47
W-OUg4N4 geE)UO- e+O
E4Og^E` vO;_4 _1g4N ^_
Allah Telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh,
(bahwa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.



Jawapan
Allah swt tidak akan memberatkan sesuatu perkara ke atas umatnya. Ayat-ayat yang
tersebut di atas dan juga beberapa ayat yang lain sebenarnya menerangkan bahawa Rasulullah
saw tidak dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap orang menerima dakwah dan
risalah Islam. Ini kerana hidayah bukan tugas seorang Nabi, tetapi adalah anugerah Allah
kepada hambaNya yang terpilih. Dalam erti kata yang lain, sama ada seseorang itu menerima
Keautoritian Sunnah 2011

19


atau menolak Islam, bukanlah urusan Nabi Muhammad saw. Keterangan ini adalah
berdasarkan kepada beberapa firman Allah swt. Antaranya ialah dari surah Yunus ayat 108:
~ Og^4C +EEL- ;~
N47.~E} O-E^- }g` 7)O W
^}E OE4u-- E^^) Og4-g4
gOO^4Lg W }4`4 E= E^^)
O_4C OgOU4 W .4`4 4^
7^OU4 O4O) ^g
Katakanlah: "Hai manusia, Sesungguhnya teIah datang kepadamu kebenaran (Al Quran)
dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk Maka Sesungguhnya
(petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. dan barangsiapa yang sesat, Maka
Sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. dan Aku bukanlah seorang
Penjaga terhadap dirimu".



Manakala surah Al-Qasas ayat 56 menyatakan:
ElE^) Ogg ;}4` =e:4l;O
O}4 -.- Ogg4 }4` +7.4=EC _
4O-4 NUu -g4;_^)
^)g
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi,
tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih
mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.


Terdapat beberapa tugas dan tanggungjawab Rasulullah saw, antara lainnya ialah
mengajarkan manusia untuk mentauhidkan Allah, membawa Al-Quran untuk manusia,
membacakan Al-Quran untuk manusia, membersihkan manusia dari dosa dan kemungkaran,
mengajar dan menerangkan al-Quran, menerang dan menghuraikan serta memperincikan al-
Quran, mengajar Al-Hikmah iaitu segala ilmu-ilmu dan perincian agama yang tidak
terkandung dalam Al-Quran, mengajarkan perkara-perkara baru yang sebelum itu tidak
diketahui, merangsang umat untuk sentiasa berjihad menegakkan Islam dan menggubal
Keautoritian Sunnah 2011

20


hukum. Kesemua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah telah dilaksanakan
oleh baginda Rasulullah dengan baik dan sempurna.

Secara keseluruhannya tugas Rasulullah bukanlah hanya seorang posmen yang
membawa pesanan daripada pengirim kepada penerima. Tetapi ianya adalah satu tugas yang
murni kerana pengakhiran kepada semua tugas dan tanggungjawab dan pelaksanaanya
membawa kepada kehidupan yang abadi di akhirat kelak.




Rumusan

Secara keseluruhannya, sunnah adalah sumber perundangan Islam yang kedua
pentingnya selepas Al-Quran. Kepentinganya tidak dapat diragukan kerana tanpa sunnah
akan pincanglah kehidupan manusia. Sesungguhnya Allah swt Maha Bijaksana mengutuskan
Rasulullah dari kalangan manusia yang dapat menerangkan, menjelaskan kandungan Al-
Quran bagi manusia meneruskan kelangsungan hidup dunia sebagai satu medan untuk
menuju akhirat yang kekal.

Kerana itu, sunnah berperanan dalam menguatkan hukum yang terdapat di dalam Al-
Quran. Selain itu ianya menjelaskan hukum yang umum juga mengkhususkan yang am. Ia
juga mentaqyidkan hukum yang mutlak, menerangkan pemansuhan ayat-ayat Al-Quran serta
menyatakan hukum.

Manakala golongan anti hadis pula adalah sekumpulan manusia yang meragui akan
kepentingan sunnah dalam kehidupan manusia. Gerakan ini yang dipelopori oleh Kassim
Ahmad kerana terpengaruh dengan doktrin Dr. Rasyad Khalifa yang boleh diibaratkan
sebagai virus. Doktrin yang berdasarkan kepada hujjah akal semata-mata sama dengan apa
yang dibawa oleh golongan pembawa ajaran sesat. Walaupun ancaman ini menular dalam
masyarakat kita, ianya haruslah dibendung agar dapat menjaga kesucian akidah umat Islam.

Keautoritian Sunnah 2011

21


Allah swt menurunkan Al-Quran kepada manusia sebagai petunjuk jalan yang benar.
Tanpa bantuan sunnah dan menggunakan akal semata-mata sudah pasti manusia tidak akan
dapat menjalani kehidupan yang sempurna serta berada di atas landasan yang sebenar.

Sesungguhnya, perutusan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah adalah satu rahmat
yang besar kepada seluruh alam. Baginda meunjukkan dan mempraktikkan cara hidup
sebenar umat Islam. Tanpa kehadiran Rasulullah sudah pasti umat manusia tidak akan
mempunyai panduan yang jelas serta tidak pula menjadikan baginda ikutan yang sempurna.
Apa yang penting sekarang jalan untuk mendapat keredhaan Allah terbentang di hadapan.
Al-Quran dan Sunnah adalah ikutan dan panduan hidup manusia untuk menuju kebahagiaan
hidup dunia dan akhirat.








Rujukan / Referensi

BUKU

Umar Hasyim.(1978). Apakah Anda Termasuk Golongan Ahlus Sunnah wal- Jamaah?Pt
Bina Ilmu.

Universiti Kebangsaan Malaysia(1999). Metodologi Hadith.

Universiti Teknologi Malaysia(2002). Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.

Abd Latif Muda(1997). Pengantar Usul Fiqh. Ilham Abati Enterprise

Anda mungkin juga menyukai