Anda di halaman 1dari 23

Konsep Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda yang betul dan membaca dengan lancar menggunakan pelbagai teknik bacaan. Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu, bahan sastera dan bahan bukan sastera secara kritis.

OBJEKTIF KEMAHIRAN MEMBACA TAHUN DUA


membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat majmuk yang mengandungi perkataan dua atau lebih

suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul; membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul; membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakan urutan dengan betul;

sambungan

membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bahan bukan grafik bertujuan untuk menyatakan maksud serta memindahkan maklumat dengan betul; dan membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan, memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaran bacaan.

Petunjuk warna dalam pernyataan standard pembelajaran

Kemahiran yang perlu dikuasai

Konteks penekanan tahun 2

Ukuran standard yang perlu dicapai

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

2.2.3 Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

2.3.1 Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda.

2.3.2 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.

2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.

2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam bahan multimedia dengan tepat.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.4.2 Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untuk menyatakan maklumat mengikut urutan dengan betul. 2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada pelbagai bahan multimedia yang sesuai.

2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.

2.5.1 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bahan bukan grafik dengan betul.

2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul bahan bukan grafik untuk memindahkan maklumat kepada bentuk grafik serta ayat dengan betul.

2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan.

Jangan buang sampah merata-rata. Jaga kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga kamu. Latihan menaakul. Soaljawab dengan murid. Contoh soalan: Mengapakah sampah yang dibuang merata-rata mengganggu kesihatan?

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan berbentuk didik hibur untuk menambah ilmu dan kosa kata.

Prinsip Pengajaran Membaca


Bacaan mekanis asas untuk menguasai kemahiran membaca. Bacaan mentalis untuk melatih murid membaca dan memahami.

Bahan bacaan perlu sesuai, menarik dan bersifat ansur maju.


Soalan bertumpu dan bercapah membantu murid memahami kandungan bahan bacaan.

Prinsip Pengajaran Membaca


Kepelbagaian pendekatan dan teknik membaca perlu diaplikasikan mengikut kesesuaian. Bacaan intensif dan ekstensif memperkaya kosa kata dan ilmu serta minat membaca.

Peringkat Mengajar Kemahiran Membaca Tahun 2


Peringkat melatih murid membaca

dan memahami perkara yang dibaca. Peringkat melatih murid membaca dan mencari maklumat (pengetahuan). Peringkat melatih murid membina dan memperkukuh sikap gemar membaca.

Rumusan
Fikirkan cara terbaik untuk kita melaksanakan aktiviti membaca. Masukkan perkara yang diperlukan ke dalam aktiviti tersebut. - pengabungjalinan kemahiran bahasa - penyerapan ilmu, nilai, EMK - pentaksiran/penilaian - pengayaan - pemulihan

Cara Terbaik Melaksanakan Aktiviti Membaca


Fikirkan apa yang penting sebelum melaksanakan pengajaran.
apa yang hendak diajar setakad mana hendak diajar bagaimana penyampaian yang berkesan

Apa yang hendak diajar


Kemahiran membaca

Bahan dirujuk
Standard Kurikulum - Standard Kandungan - Standard Pembelajaran Buku Panduan Guru Buku teks Bahan rujukan yang lain

Cara Penyampaian
Pelbagaikan Aktiviti yang menarik (didik hibur) menjurus pada penguasaan standard pembelajaran yang perlu dikuasai bagi Fokus Utama dan Fokus Sampingan yang ditetapkan. Pilih Teknik Pengajaran yang sesuai dan menarik. Gunakan Media (BBM) yang sesuai, mencukupi dan dipelbagaikan.

Penyampaian Berkesan
Penyampaian yang mudah difahami oleh murid Aktiviti mudah dilaksanakan Aktiviti menarik dan disukai oleh murid. Dapat menarik tumpuan murid Aktiviti sesuai dengan jiwa murid (rancang aktiviti yang murid suka) Ada kemahiran yang boleh dikuasai dan ada ilmu yang diperolehi.

Apa yang murid suka


Menyanyi Bergerak Bermain Bercerita Berkhayal Berlakon Meniru gaya

Contoh Aktiviti membaca yang dipelbagaikan teknik dan bahan


Kemahiran 2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bahan bukan grafik dengan betul untuk memindahkan maklumat. Contoh bahan bacaan: Berikut ialah maklumat cara murid SK Utan Seman datang ke sekolah. Cara ke Sekolah Naik Bas Berbasikal Berjalan kaki Murid lelaki 60 orang 30 orang 40 orang Murid Jumlah Perempuan 40 orang 100 orang 20 orang 30 orang 50 orang 70 orang

Langkah pengajaran. i. Teliti dan fahamkan maklumat dalam bahan yang diberi. cara untuk murid faham: baca maklumat dan bincangkan perkara dalam maklumat berdasarkan bahan dan pengalaman sedia ada murid.
(Serap aspek kreativiti dan inovasi)

teknik membaca yang boleh diaplikasikan: bacaan kuat beberapa orang murid secara individu dan kumpulan - bacaan senyap secara individu untuk memahami maklumat data - bacaan secara kumpulan menggunakan kad ayat yang dipaparkan. Contoh kad ayat: Berbasikal murid lelaki 30 orang dan murid perempuan 20 orang Masukkan kemahiran menaakul semasa berbicang dengan mengemukakan soalan bercapah seperti: - Cara manakah yang paling ramai murid gunakan? - Pada pandangan kamu mengapa paling sedikit murid ber basikal ke sekolah?

Adakan aktiviti permainan bahasa memadankan kad perkataan dengan dengan kad perkataan.

contoh memadankan perkataan dengan perkataan.


Murid perempuan iii. iv. iv. v. v. vi. Berbasikal 20 orang

Serapkan aspek ilmu dan nilai dalam perbincangan. Gabungjalin kemahiran menulis 3.3.4 membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul. Beri soalan pemahaman untuk menilai penguasaan murid. Bimbing murid memindahkan maklumat dari maklumat grafik ke dalam bentuk bukan grafik. Bimbing murid lemah membaca dan memahami data dari bahan grafik. Beri bahan bacaan lain kepada murid pandai.

Anda mungkin juga menyukai