Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN ABST1103:SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK SEMESTER : MEI 2010

_______________________________________________________________

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA MODEL PEMBANGUNAN MODAL INSAN BERASASKAN SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD NUH BIN KASMURI 830628016095001 830628016095

UNTUK PERHATIAN: EN AHMAD MARZUKI BIN AHMAD OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

SEMESTER MEI 2010

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA

ABST 1103

SENARAI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

KONSEP MORAL

AKHLAK

KESABARAN

KEJUJURAN

MENEPATI JANJI

10

RUMUSAN

12

RUJUKAN

13

[1]

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA

ABST 1103

PENDAHULUAN Kehidupan manusia yang semakin moden,menyebabkan manusia berasa tidak puas dengan apa yang diperoleh sehingga menimbulkan rasa cemas,kehilangan penguasaan diri dan putus asa.Kewibawaan dan teladan Rasulullah dalam keluarga amat memberi peranan dalam menentukan pembentukan nilai-nilai agama, moral, sosial dan disiplin diri.Pendidikan yang diberikan oleh orang tua kepada anakanaknya bukan sekadar menyediakan segala keperluan anak tetapi yang jauh lebih penting ialah cara mendidik melalui teladan yang di ambil dari Rasullullah s.a.w. Keluarga merupakan masyarakat kecil yang terbina daripada ahli-ahli sosial yang saling memerlukan antara satu sama lain.Pembentukan peraturan dalam keluarga,masalah didiplin ataupun kebiasaan serta pola hidup dalam keluarga dapat membentuk moral.Keluarga sangat berpengaruh dalam pembentukan watak seseorang kerana keluarga berperanan menentukan perkembangannya. Pembentukan moral ini berasal daripada ibu bapa yang memberikan perhatian yang penuh sehingga dapat mewujudkan kesatuan hidup yang saling berinteraksi.Selain itu teladan yang dapat diambil dari sikap Rasulullah s.a.w sebagai seorang ketua keluarga yang membentuk satu masyarakat kecil atau satu dunia kecil yang mana jalinan dan susunannya amat menarik minat yang mendalam di kalangan umat Islam hingga ke hari ini.Oleh itu,pembentukan moral dalam keluarga dapat dijadikan satu model pembangunan modal insan selaras dengan tugasan yang dilaksanakan ini.

[2]

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA

ABST 1103

KONSEP MORAL Menurut pengertian yang paling asas, moral merupakan konsep asas manusia untuk menjaga diri supaya tidak melakukan perbuatan yang dikecam oleh masyarakat. Konsep ini boleh ditanamkan dalam jiwa setiap individu, lebih-lebih lagi anak kecil, bak kata pepatah Melayu,Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila seseorang menerima didikan atau asuhan moral yang baik dengan mendalam, dirinya akan terbentuk sebagai manusia yang mempunyai kelakuan bukan sahaja yang baik tetapi juga kesedaran dalam dirinya tentang segala kebaikan serta keburukan, selain melakikan sifat dan tingkah laku manusia.dengan ini moral merupakann cermin peribadi yang menggambarkan keseluruhan peribadi seseorang, lebih-lebih lagi jika memiliki keperibadian seperti Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi ikutan sesetengah masyarakat pada masa kini.Tanpa pendidikan moral yang berteraskan akhlak Nabi, kepincangan masyarakat akan terus berleluasa.Keruntuhan moral bukan suatu fenomena baru.Ia merupakan isu yang sering diperkatakan.Dengan adanya cabaran-cabaran sosial dalam kehidupan moden ini maka bertambah sukarlah peranan ketua keluarga atau ibu bapa untuk mengawal serta memberikan didikan yang baik kepada setiap ahli keluarga dalam usaha pembentukan moral yang berteraskan akhlak Nabi. Terdapat pelbagai pandangan dan juga cara untuk merealisasikan insan yang berperibadi mulia selaras dengan konsep pembangunan modal insan.Diantara moral yang dapat di ambil dari Rasulullah s.a.w adalah akhlak, kesabaran, kejujuran, dan menepati janji.

[3]

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA

ABST 1103

AKHLAK RASULULLAH S.A.W Rasulullah SAW diciptakan dalam kondisi terbaik dan dengan bentuk rupa yang paling sempurna.segala gerak geri beliau dan diamnya beliau berjalan dengan sikap yang istiqamah, beliau terlepas dari dua sifat ekstrim yaitu pengecut dan sambil lewa. Allah SWt berfirman :"Sesungguhnya kamu benar-benar memiliki budi pekerti yang agung." (.Al-Qalam:4) Kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. umpama Intan Permata yang berkerlipan dari segenap penjuru. Setiap kerlipan itu, penuh dengan panduan dan pengajaran untuk dipelajari serta dihayati oleh umatnya. Kehidupan umat Islam akan menjadi indah dengan diwarnai oleh sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang bersumberkan wahyu Ilahi, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

" "
Maksudnya : " Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak ". Dari sekian banyak sifat Rasulullah s.a.w,yang paling menonjol adalah segi akhlak baginda yang tiada bandingannya meskipun anda kumpulkan dan anda padukan seluruh budu pekerti mulia yang dimiliki manusia di dunia ini.Memang benar, tingkah laku moral yang terpuji boleh saja dilakukan setiap orang pada setiap zaman.Tetapi apa yang didapati pada diri Rasulullah s.a.w mempunyai nilai lebih tanpa mengurangi tingkah laku yang lain.Bahkan anda juga tidak akan mendapat keseluruhan sisi kehidupan baginda yang lebih agung dari sisi kehidupan akhlaknya. Para sahabat mengetahui benar hal ini.Dan mereka berbuat mengikut dasardasar yang diletakkannya.Adakalanya mereka juga mengikuti sunnah nabi-nabi sebelum baginda. Mereka tahu apa yang mesti dikerjakan.mereka juga sedar bahawa tidak seorang pun yang dapat mengatasi sifat baginda. Akhlak baginda yang agung dapat dilihat ketika Nabi berhijrah ke Thaif.Di Thaif, baginda telah pergi menemui pembesar bani Saqif bagi mengajak mereka kepada agama Islam.Seruan dakwah baginda telah ditolak dan mereka menyuruh hamba-hambanya mengejek, mencela, dan membaling Rasulullah s.a.w dengan batu sehingga mengalir darah.Rasulullah s.a.w telah berlindung di sebuah kebun yang dimiliki oleh Uthbah dan Syaibah.Baginda telah duduk di bawah sebatang pokok anggur.sejurus itu Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah memohon kekuatan.

[4]

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA

ABST 1103

Lihatlah akhlak baginda yang menjadi ciri keperibadiannya yang agung.Namun satu perkara yang perlu di catat, anda tidak akan memperoleh gambaran secara menyeluruh mengenai akhlak baginda tanpa memahami Al-Quran dan sunnah atau segala sesuatu yang ada kaitannya dengan bentuk kehidupan Rsulullah s.a.w.Dalam mensifati akhlak baginda ini, Aisyah ra. Berkata: Akhlak baginda adalah Al-Quran Dengan ini jelaslah bahawa setiap ayat Al-Quran dapat dilihat dalam gambaran kehidupan baginda.Contoh-contoh mengenai hal ini sudah cukup banyak.Dalam perbahasan ini saya ingin mengetengahkan bahawa akhlak Rasulullah perlu di praktikkan dalam sesebuah institusi kekeluargaan supaya ianya dapat menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak agar dapat menjadi insan yang gemilang.

[5]

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA

ABST 1103

KESABARAN RASULULLAH S.A.W Dalam pembahasan mengenai sifat tabligh, ada beberapa gambaran kesabaran baginda dalam menghadapi setiap tekanan, penyiksaan, hinaan, ejekan, pemboikotan, penolakan yang menyakitkan hati, yang semuanya dilancarkan terus menerus tanpa henti.baginda menghadapinya dengan penuh kesabaran. Kalau kita mahu menyedari bahawa jangka waktu yang harus dihadapi ini memakan masa hingga tiga belas tahun lamanya, maka kita pun akan mengetahui seberapa jauh kesabaran yang harus dibentangkan Rasullulah s.a.w.bukan itu saja. Kerana apa yang menimpa baginda juga menimpa pengikut-pengikutnya. Derita yang harus baginda terima, juga Nampak jelas.tentu saja semua ini akan menorehkan luka di dalam jiwa manusia dan meluluhkan urat-urat nadinya. Meskipun begitu baginda tidak peduli.Segala macam tuduhan baginda terima dengan hati yang sabar. Orang yang pernah mengalami kejadia semacam ini tentu akan tahu seberapa jauh kekuatan kesabaran yang diperlukan.kalau kita menyaksikan sendiri tentangan yang dihadapi baginda dalam menyebarkan dakwah, sementara baginda harus menghadapi berbagai macam bentuk serangan, tentu kita akan faham bahawa permasalahannya ternyata lebih besar dari sekadar kesabaran itu sendiri. Kalau kita belum pernah menetap di suatu daerah yang dapat dijadikan arena untuk mencuba kadar kesabaran, iaitu di suatu daerah yang sedang bergelojak dengan api peperangan, maka boleh saja kita memandang kesabaran itu sebagai sesuatu yang aneh. Kondisi yang memerlukan kesabaran yang berlipat ganda kerana berada di malam peperangan dan dapat mengoyak-ngoyak urat nadi yang kuat sekalipun adalah situasi yang harus dihadapi Rasulullah s.a.w pada waktu perang Uhud dan Khandaq.Suatu hari di ambang penaklukan, namun baginda tetap tabah.Suatu hari pengepungan yang membuat nafas menjadi sesak, namun harapan baginda tidak pernah luntur.Inilah di antara gambaran ringkas mengenai kesabaran Rasulullah s.a.w dalam menghadapi situasi tegang saat berkecamuknya dua peperangan tersebut. Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berada di antara tujuh orang Ansar dan dua orang Quraisy(Muhajirin) pada waktu perang Uhud.Orang-orang musyrik menekan hingga mendekati tempat nabi s.a.w, salah seorang di antara mereka melemparkan sebongkah batu yang mengenai hidung dan gigi serta melukai baginda.Darah segar keluar dari luka-luka tersebut.Orang musyrik yang membalingkan batu kepada baginda menjerit-jerit bahawa Muhammad sudah terbunuh.orang-orang islam menjadi kacau.Sebahagian di antara mereka ada yang segera kembali ke madinah.Sisa orang-orang yang berjaga di atas bukit pergi

[6]

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA

ABST 1103

meninggalkan tempat dan ikut berbaur dengan para sahabat.Mereka tidak tahu apa yang mesti dilakukan. Rasulullah s.a.w segera mencabut anak panah dari sarungnya lalu diberikan kepada Saad bin Abi Waqash seraya berkata: Panahlah hai Sa'ad ! Ibu Bapakku menjadi jaminan bagimu .....Di sini jelas menunjukkan bahawa baginda tetap bersabar mengharungi apa jua musibah yang berlaku.Moral ini perlu di contohi oleh setiap institusi kekeluargaan pada masa kini dalam mengharungi pelbagai masalah yang berlaku samada dari dalam keluarga mahupun dari luar.

[7]

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA

ABST 1103

KEJUJURAN RASULULLAH S.A.W Hendaklah kamu semua bersikap jujur, kerana kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan membawa ke syurga. Seorang yang selalu jujur dan mencari kejujuran akan ditulis oleh Allah sebagai orang yang jujur (siddiq). Dan jauhilah sifat bohong, kerana kebohongan membawa kepada kejahatan, dan kejahatan membawa ke neraka. Orang yang selalu berbohong dan mencari-cari kebohongan, akan ditulis oleh Allah sebagai pembohong (kadzdzab). (H.R. Bukhari) Salah satu dari sifat dan moral utama seorang manusia adalah kejujuran.Kerana kejujuran merupakan dasar asas dalam pembinaan umat dan kebahagiaan masyarakat.Kejujuran banyak bersangkut paut dengan segala urusan kehidupan manusia.Allah SWT memerintahkan kepada manusia agar mempunyaip perilaku dan sifat ini.Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik dan seorang yang memiliki peribadi utama dalam hal kejujuran. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang yang jujur.Sifat ini lahir hasil pancaran keimanan dan ketakwaan baginda.Bersikap benar mestilah meliputi niat, perkataan, tingkah laku dan tindakan dalam melaksanakan tanggungjawab serta tugas.Kejujuran baginda diketahui umum sehingga seluruh kaum Makkah memanggil baginda sebagai al-siddiq dan al-amin.Reputasi positif seorang pemimpin ataupun ketua dalam keluarga amat penting terutamanya bagi mendidik atau menasihati ahli keluarga.Diriwayatkan oleh saidatina Aisyah r.a katanya: Tidak ada peribadi yang paling dibenci oleh Rasulullah s.a.w selain berdusta.Jika ada seseorang yang berdusta padanya, ia akan menyimpannya dalam hatinya sehinggalah baginda maklum bahawa orang itu telah melakukan taubat. Kejujuran memang akhlak utama para nabi dan rasul. Dan demikian pula akhlak para generasi pertama dan utama umat ini, mereka sentiasa berpegang teguh kepada kebenaran dan kejujuran dalam segala aspek kehidupan. Bukan saja dalam urusan kemasyarakatan, namun juga dalam kehidupan keluarga dan rumah tangga termasuk pergaulan dengan anak-anak mereka.Abu Hurairah r.a meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.Beluai bersabda: Barangsiapa yang berkata kepada seorang anak,:Mari nak, ambillah kurma ini, lalu dia tidak memberikannya,maka ia telah mendustainya(HR Ahmad) Dengan tuntutan seperti itu, Rasulullah hendak memberikan pelajaran kepada para ibu bapa dan pendidik, supaya mereka menanamkan sifat utama ini kepada anak-anaknya semasa kecil.Sehingga ketika mereka dewasa mereka tetap akan memiliki watak dan kebiasaan ini.Melalui cara ini diharapkan kelak akan lahir generasi Islam yang utama, yang memberikan kebahagiaan hidup dan membangkitkan kesedaran bangsa.

[8]

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA

ABST 1103

Islam menaruh perhatian serius terhadap moral terpuji ini. Islam selalu mengajak dan mendorong manusia agar memiliki watak ini, dan sebaliknya Islam tidak menyukai bahkan memperingatkan manusia agar menjauhi dusta dan ketidak jujuran. kerana dusta adalah merupakan salah satu perbuatan yang tidak bernilai dan tercela.Kerana dusta, hukum- hukum menjadi rosak, kehormatan dipijak-pijak dan berbagai kejahatan bermaharajalela. Cerita bohong sering mengakibatkan putusnya hubungan persaudaraan dan menimbulkan konflik yang tak berpenghujung sesama manusia. Isu bohong tidak sedikit membuat seseorang kehilangan harga dirinya. Salah satu bukti bahwa betapa Islam sangat mencela dusta adalah bahwa Islam sangat mencela saksi palsu yang dapat mengakibatkan hukum dapat diperjual belikan. Dan menurut Islam, saksi palsu adalah salah satu dari bahagian kesalahan yang sangat besar dan dosanya amat besar. Kesaksian dusta kadang-kadang dilakukan sesetengah pihak kerana beberapa sebab. Antara lain kerana hubungan yang tidak baik, kerana kasihan kepada kawan, kerana terlalu benci kepada lawan, kerana takut kepada orang atasan atau kerana ada udang di balik batu.Demi menegakkan kebenaran dan kedamaian di muka bumi ini, Tuhan memerintahkan kepada kita menjadi saksi yang jujur dan adil, dan mengutamakan penegakan kebenaran.Allah SWT berfirman: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar- benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapakmu dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran, dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segal apa yang kamu kerjakan. (Q.S. An Nisaa: 135) Memang tidak dinafikan bahawa menjadi orang yang jujur merupakan pilihan yang sungguh berat sekali di tengah arus budaya yang penuh dengan kepalsuan, kedustaan, dan ketidak-jujuran, dimana orang sangat sulit sekali berpegang pada kata dan janjinya. Padahal kejujuran tidak hanya mencerminkan kepada keperibadian seseorang, tetapi juga menjadi contoh bagi sesama insan dan mengundang datangnya ketenangangan bagi pelakunya Maka tidak aneh bila kita sering menjumpai orang yang memiliki harta benda; kekayaan yang melimpah namun sangat kasihan, dia tidak pernah menemui kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Hal ini boleh jadi kerana harta benda yang melimpah ruah itu dihasilkan dari jalan yang tidak benar atau dari hasil ketidakjujuranya. Oleh itu, kejujuran hendaklah diterapkan dalam diri setiap insan supaya dapat merealisasikan pembangunan modal insan dengan jayanya.

[9]

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA

ABST 1103

MENEPATI JANJI RASULULLAH S.A.W Janji memang ringan diucapkan namun berat untuk ditunaikan. Berapa ramai ibu bapa yang mudah mengucapkan janji kepada anaknya tapi tidak pernah menunaikannya. Berapa ramai orang yang dengan mudahnya berjanji untuk bertemu namun tak pernah menepatinya. Dan betapa banyak pula orang yang berhutang namun memungkiri janjinya. Bahkan meminta izin pun tidak. Padahal, Rasulullah telah banyak memberikan teladan dalam hal ini termasuk larangan keras memungkiri janji dengan orang-orang kafir. Manusia dalam hidup ini pasti ada perikatan dan pergaulan dengan orang lain. Maka setiap kali seorang itu ada hubungan baik dengan manusia dan mulia dalam pergaulannya bersama mereka, maka akan menjadi tinggi kedudukannya dan akan meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. Sementara seseorang tidak akan tergolong dalam golongan orang yang baik dan mulia pergaulannya, kecuali jika ia menghiasi dirinya dengan akhlak-akhlak yang terpuji. Dan di antara akhlak terpuji yang terkehadapan adalah menepati janji. Allah SWT berfirman:

"
Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya. (An-Nahl: 91) Firman Allah SWT lagi:

"
Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dimintai pertanggungjawabannya. (Al-Isra`: 34) Demikianlah perintah Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman untuk sentiasa menjaga, memelihara, dan melaksanakan janjinya. Hal ini mencakup janji seorang hamba kepada Allah SWT, janji hamba dengan hamba, dan janji atas dirinya sendiri seperti nadzar. Masuk pula dalam hal ini ialah apa yang telah dijadikan sebagai persyaratan dalam akad pernikahan, akad jual beli, perdamaian, gencatan senjata, dan semisalnya. Seperti yang telah dijelaskan bahwa menepati janji merupakan akhlak terpuji yang terkehadapan. Maka tidak hairanlah jika para rasul yang merupakan panduan umat dan penyampai risalah Allah SWT kepada manusia, menghiasi diri mereka dengan akhlak yang mulia ini.

[10]

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA

ABST 1103

Nabi Muhammad s.a.w, beliau memperoleh bahagian yang besar dalam permasalahan ini. Sebelum diutus oleh Allah, baginda telah digelar sebagai seorang yang jujur lagi terpercaya. Maka tatkala baginda diangkat menjadi rasul, tidaklah sifat yang mulia ini kecuali semakin sempurna pada dirinya. Sehingga orang-orang kafir pun mengaguminya, terlebih mereka yang mengikuti dan beriman kepadanya. Adalah Nabi s.a.w pada tahun keenam Hijriah berangkat dari Madinah menuju Makkah untuk melaksanakan umrah bersama para shahabatnya. Waktu itu Makkah masih dikuasai musyrikin Quraisy. Ketika sampai di Al-Hudaibiyah, baginda dan kaum muslimin dihadang oleh kaum musyrikin. Terjadilah di sana perundingan antara Rasulullah s.a.w dan kaum musyrikin. Disepakatilah butir-butir perjanjian yang di antaranya adalah gencatan senjata selama sepuluh tahun, tidak boleh saling menyerang, bahwa kaum muslimin tidak boleh umrah tahun ini tetapi tahun depan di mana ini dirasakan sangat berat oleh kaum muslimin kerana mereka harus membatalkan umrahnya, dan kalau ada orang Makkah masuk Islam lantas pergi ke Madinah, maka dari pihak muslimin harus memulangkannya ke Makkah. Bertepatan dengan akan ditandatanganinya perjanjian tersebut, ibn Suhail (juru runding orang Quraisy) masuk Islam dan ingin ikut bersama sahabat Nabi s.a.w ke Madinah. Suhail pun mengatakan kepada Nabi s.a.w bahwa jika anaknya tidak dipulangkan kembali, dia tidak akan menandatangani kesepakatan. Rasulullah s.a.w akhirnya menandatangani perjanjian tersebut dan menepati janjinya. Anak Suhail dikembalikan, dan muslimin harus membatalkan umrahnya. Namun di balik peristiwa itu justru kebaikan bagi kaum muslimin, di mana dakwah tersebar dan ada nafas untuk menyusun kembali kekuatan. Namun belum lama perjanjian itu berjalan, orang-orang kafir lah yang mengkhianatinya. Akibat pengkhianatan tersebut, mereka harus menghadapi pasukan kaum muslimin pada peristiwa pembukaan kota Makkah (Fathu Makkah) sehingga mereka bertekuk lutut dan menyerah kepada kaum muslimin. Dengan demikian, jatuhlah kaum musyrikin ke tangan kaum muslimin. Manusia pun masuk Islam dengan berbondong-bondong. Demikianlah di antara buah menepati janji: datangnya pertolongan dan kemenangan dari Allah Subhanahu wa Taala. (Zadul Maad, 3/262)

[11]

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA

ABST 1103

RUMUSAN DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21) Menampilkan contoh teladan yang baik adalah amat perlu untuk diri setiap manusia. Contoh yang ditampilkan adalah mereka yang berakhlak mulia, mempunyai keterampilan dan berwawasan jauh, berilmu dan bijaksana serta mampu mengajak orang lain menjadi sepertinya. Oleh itu, Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik bagi seluruh umat manusia. Hari ini ramai tokoh yang lahir tampil mengagumkan kita, namun personaliti Rasulullah dan kebijaksanaan Baginda telah membawa perubahan kepada dunia seluruhnya sejak lebih 1,400 tahun lalu. Baginda telah menampilkan transformasi yang besar kepada aspek sosial masyarakat, aspek pemerintahan dan aspek keteladanan yang boleh dicontohi pengikut. Sesungguhnya, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w membawa rahmat seluruh alam. Dengan ini, kita sebagai umat baginda hendaklah mencontohi keperibadian yang mulia lagi terpuji ini.Bermula dari diri sendiri kemudian diserapkan dalam keluarga agar dapat melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia.Semua pihak sebenarnya memainkan peranan penting dalam merealisasikan pembangunan modal insan, bukan hanya tertumpu pada sesetengah aspek sahaja.Oleh itu bersamalah kita merealisasikan impian dan cita-cita terpuji ini dengan harapan agar dapat memartabatkan peribadi Muslim di persada dunia.

[12]

PEMBENTUKAN MORAL DALAM KELUARGA

ABST 1103

RUJUKAN

Tafsir Al-Quran Pimpinan Rahman

Kejujuran : Moral Utama dalam Membina Ummat . H Masoed Abidin bin Zainal Abidin Jabbar Rasulullah sebagai teladan. http://nursyirah.wordpress.com/2008/03/29/rasulullahsebagai-teladan/

Menepati Janji. Hendra W Saputro

ABST1103 Sirah Nabawiyyah dan Akhlak. Mariam Abdul Majid, Dr Zulkefli Aini

[13]

Anda mungkin juga menyukai