Anda di halaman 1dari 3

Udang celup tepung...

Bahan-bahan:

20 - 30 ekor udang 80 gram tepung gandum 100 ml air 1 sudu kecil baking powder sedikit garam sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)

Cara Membuatnya : 1. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk. 2. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul. 3. Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus. 4. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya. 5. Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering. 6. Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang). 7. Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung. 8. Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung. 9. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan. 10. Angkat dan toskan. 11. Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.

Bahan-Bahan

500 gram tepung gandum 200 gram kentang/ keledek yang telah direbus dan dilenyek 4 sudu besar susu tepung 1 biji telur ( dipukul sedikit) 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya dlm 1/2 cwn je 3 sudu besar marjerin/butter 3 sudu besar gula 2 sudu kecil yis

Caranya. 1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. 2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. 4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci) BAHAN A

250 gm cream cheese 60 gm gula halus 1 biji telur 1 sudu besar air 1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara 1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati. 2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. 3. Biarkan sebentar. BAHAN B (KEK)

2 biji telur 1 cwn gula halus 1 sk vanilla sedikit garam 1/2 cwn air panas didih 1/2 cwn cwn susu segar/cair 1/2 cwn minyak jagung/masak 1 cwn tpng gandum* 3 sudu besar sebuk koko* 1 sudu kecil baking soda* 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara 1. 2. 3. 4. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam. Masukkan air panas,susu dan minyak. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati. 5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian. CARA MEMASAK. 1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je. 2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak. 3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit. 4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit. 5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit. 6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Anda mungkin juga menyukai