Anda di halaman 1dari 5

Cerpen Seekor manusia seorang binatang Zaniyah meninggalkan anak luar nikahnya di atas batu besar di dalam hutan

Lembah Dara Terbelah. Sejak awal pagi lagi dia telah menyusuri Hutan Lembah Dara Terbelah agar perbuatannya itu tidak dilihat oleh orang lain. Setelah meninggalkan anak luar nikahnya, dia bergerak menuju ke hulu dan berhenti seketika kerana kepenatan dan kesakitan di bahagian tertentu badannya. Sewaktu berehat, Zaniyah teringat kembali peristiwa dia tertipu dengan janji-janji oleh kekasihnya, Zaney. Zaney meninggalkan Zaniyah tanpa berita setelah menjadi mangsa kepada buaya darat tersebut. Sejak dari itu, Zaniyah menjadi liar dan mula terpesona dengan keindahan duniawi semata-mata. Dia menceburkan diri ke alam hedonistik, memilih untuk berkawan dengan bohjan dan bohsia. Semasa di hutan Lembah Dara Terbelah itu, dia telah merenung kembali nasib yang menimpa ke atas dirinya apabila Zaniyah melihat sampah sarap dan reba yang datang dari hulu kemudian megalir ke hilir. Daripada peristiwa itu, zaniyah teringat kembali akan asal usul keturunannya. Zaniyah merupakan seorang anak luar nikah hasil daripada perhubungan ibunya dengan seorang anak muda yang gagah pada zaman pendudukan Jepun. Tiba-tiba, Zaniyah terdengar pekikan binatang. Zaniyah pergi melihat ke arah pekikan binatang itu datang. Zaniyah terlihat peristiwa ibu monyet yang mati kerana menyelamatkan anaknya. Zaniyah mula insaf apabila melihat seekor ibu monyet berusaha dan sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatakan anaknya. Zaniyah telah berlari mendapatkan kembali

anaknya dan berazam akan membesarkan anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Cerpen Warna Hati Seorang Datin. Kematian Datuk telah mengemparkan seisi kawasan perumahan yang didiami oleh mereka. Jiran Tetangga telah menyebarkan berita kematian tersebut dengan begitu pantas, datin telah berusaha untuk mengumpulkan ahli keluarga mereka, termasuk isteri Datuk yang keempat, Siti Halijah dan dua orang anaknya yang telah dihubungi oleh datin menerusi panggilan telefon. Semasa hayatnya, datuk telah berkahwin sebanyak empat kali. Perkahwinan pertama adalah dengan Datin. Seterusnya Datuk berkahwin dengan Cikgu Jalilah, namun perkahwinannya ini tidak bertahan lama. Isteri ketiga Datuk ialah Syarifah Aminah dan kemudiannya mereka bercerai. Akhirnya, datuk berkahwin pula dengan Siti Haljah dan perkahwinan ini kekal hingga akhir hayat Datuk. Perkahwinan Datuk dengan keempat-empat wanita ini telah memperlihatkan datuk mempunyai satu keluarga yang besar. Semasa urusan pengkebumian Datuk dilakukan, anak-anak Datuk yang tinggal di kelantan, Sabah dan Sarawak masih tidak menghadirkan diri. Datin berasa kesal dengan sikap dirinya sendiri yang sebelum ini tidak mahu berbaik-baik dengan madu dan anak-anak tirinya. Akhirnya, Datin bertekad untuk menyatukan kembali ahli keluarganya semasa hari kematian Datuk. Datin mahu menunaikan hasrat Datuk yang tidak kesampaian sewaktu Datuk masih hidup. Datuk ingin melihat anak-anaknya bersatu dan hidup dengan harmoni sebagai satu keluarga.

Siti halijah berasa terperanjat dengan perubahan yang berlaku terhadap diri datin yang dahulunya tidak pernah senang dengan dirinya sebagai madu Datuk. Penerimaan datin terhadap siti halijah dan anak-anaknya itu tidak disenangi oleh anak datin, Jahara. Jahara masih tidak dapat menerima kehadiran siti Halijah sebagai ibu tirinya. Kehadiran cikgu Jalilah dari singpura juga tidak di sangka-sangka oleh Datin. Walaupun cikgu jalilah bercerai dengan datuk semasa hidup, dia tidak menyimpan sebarang dendam, malah masih merasakan kasih sayang Datuk sewaktu awal perkahwinan dahulu. Perkahwinannya dengan datuk telah dikaruniakan dua orang anak, iaitu Amri dan Zaleha. Cikgu Jalilah datang sebagai tanda penghormatan terakhir kepada bekas suaminya. Penyatuan keluarga besar datuk akhirnya dapat dilakukan apabila anak-anak datuk yang tinggal di kelantan, Sabah dan Sarawak telah datang bersamasama untuk mengunjungi Datin sekeluarga pada waktu malam selepas jenazah Datuk selamat dikebumikan. Mereka telah bertemu di Lapangan Terbang KLIA. Cerpen Benar Kata Ayah Sikap pemalas karim benar-benar mengundang kemarahan ayahnya. Akibatnya, ayah telah mengejutkan daripada tidur pada suatu pagi dengan suara yang begitu lantang. Ayah kurang senang melihat keadaan diri karim yang hanya duduk di rumah dan bersenang-lenang tanpa perlu bekerja. Ayah telah memberikan teguran dan sindiran untuk karim mengubah cara hidupnya. Ayah yang amat menyayangi karim menyayangi karim telah memberikan nasihat yang berguna kepada karim agar mengubah sikap dan

perangainya. Ayahnya mahu karim mempunyai visi dan misi dalam hidupnya agar mempunyai arah dan tujuan hidup yang sempurna. Ayah karim juga mahu melihat karim menjadi seorang insan yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Karim akhirnya menyedari akan nasihat ayahnya. Kejayaan ayahnya sebagai pemimpin belia berjaya menyuntik semangat untuk karim meneruskan cita-cita ayahnya. Ayah mahu karim menimba ilmu dengan sebaiknya bagi meneruskan tradisi perniagaan demi membangunkan ekonomi bangsa melayu yang semakin mundur. Ayah karim juga telah menitipkan pesanan untuk dirinya agar senantiasa mencontohi peribadi Rasullullah SAW. Pesanan ayah telah menjadi pegangan dalam hidupnya. Perjuangan memperjuangkan bangsa melayu dari segala aspek tidak akan pernah selesai. Nasihat ayahnya telah menjadikan dirinya insan yang berdisplin dan berjaya. Akhirnya, dia berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Cerpen Gersang Lelaki tua itu merupakan seorang pengemis yang meminta sedekah di kaki lima di kuala lumpur. Lelaki tua yang berumur hampir satu abad sudah tidak berdaya lagi melakukan perkerjaan yang berat untuk mencari rezeki bagi menampung hidupnya, dia terus mengemis demi menampung hidupnya dan hidup cucunya, Lelaki tua itu telah terjumpa seorang bayi yang dibuang di dalam tong sampah. Atas dasar kemanusiaan yang tinggi, lelaki tua itu telah membesarkan bayi itu hanya dengan bergantung pada rezeki hasil daripada pendapatan melalui mengemis di kaki lima. Bayi yang dijumpainya itu

telah diberi nama sumi dan meneruskan sisa kehidupannya. Penderitaan hidupnya semakin bertambah apabila pihak kerajaan telah merobohkan gubukgubuk buruk yang menjadi tempat kediamannya dengan sumi. Lelaki tua dan sumi terpaksa hidup bergelendangan selepas rumah mereka dirobohkan oleh pihak kerajaan. Cerpen Tagung Atuk mengeluh sendirian apabila pertanyaannya tidak diendahkan oleh cucucucunya, Atom dan Atin. Kedua-duanya begitu leka bermain permainan komputer sehingga tidak mahu membantu atuk mencari tutuntung untuk memalu gong. Kecewa dengan sikap cucu-cucunya itu, atuk telah pergi merehatkan diri di buaian. Atuk terkenang akan peristiwa ketika dia menghadiri mesyuarat menyambut Pesta Kamaatan. Atuk telah bergegas untuk mempertahankan tradisi memalu tagung dalam Pesta kaamatan, namun cadangannya telah ditolak oleh penduduk-penduduk tempatan yang mahu menggantikan tradisi tersebut dengan alat muzik yang lebih moden. Atuk juga terkilan dengan sikap anak perempuannya, ursula juga tidak menyokong idea ayahnya untuk menghidupkan kembali tradisi tagung. Kepulangan Ito, cucu lelaki atuk yang sulung ke kampung sempena cuti belajar di universiti luar negara telah memberikan sinar baharu terhadap harapan atuk untuk mempertahankan tagung. Impian Ito yang mahu melakukan penyelidikan berkaitan tagung dan kaitannya dengan masyarakat di kepulauan Borneo menyedarkan ahli keluarganya. Perkembangan ini menggembirakan atuk. Pada atuk,

tagungmerupakan warisan tradisi yang perlu dihargai dan dikekalkan sepanjang zaman. Cerpen Sidang Para Dukun dan Sindrom Dukun pak badin telah menjadi perhatian manusia seluruh dunia kerana kejayaannya menyelesaikan beberapa jenis sindrom yang menjadi penyakit umat manusia pada abad ke-21. Pak Badin telah menghadiri satu seminar terbesar, iaitu Kelab Dukun Dunia. Pak Badin berasa hairan kerana bahasa malaysia digunakan di sidang dunia yang besar ini walaupun untuk sidang kampung pernah menyatakan bahasa malaysia tidak akan membawa masyarakat ke mana-mana. Seminar itu bertujuan mencari jalan penyelesaian bagi seluruh manusia agar manusia dapat hidup dengan aman dan damai. Dalam seminar itu, Pak Badin telah melontarkan idea yang bernas dalam menyelesaikan beberapa masalah yang diutarakan oleh para dukun dari negara lain. Kehebatan Pak Badin memberikan jalan penyelsaian yang bernas telah membuatkan ramai dukun dari negara luar berasa kagum terhadap Pak Badin. Walaupun berjaya menyelasaikan masalah-masalah umat diluar negara, namun pak badin risau dengan sindrom yang menyerang masyarakat melayu di kampungnya, iaitu sindrom Subsidi. Kepulangan Abdul Khalis yang belajar di barat telah membawa sindrom cinta kepada barat dalam kalangan masyarakat di kampungnya. Dukun pak badin berasa risau dan menunaikan solat Tahjud dan meminta Tuhan yang maha kuasa memberikannya formula untuk menyelasaikan masalah masyarakatnya.

Pada malam hari, Pak badin telah bermimpi berjumpa dengan seorang tua berjanggut putih memberikannya formula untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakatnya. Formula itu diutarakan kepada ketua satu, yakni ketua kepada tuk-tuk sidang yang menerajuo kampung Melayu. Walaupun formula itu ditolak oleh ketua satu, Pak Badin terus mempertahankan kampungnya dengan caranya sendiri. Cerpen Rindu Tanah malaya. Ingatan Seremia vakarusa melayang jauh mengenangkan teman-temannya samada yang terkorban atau tidak semasa di medan peperangan. Khidmat seremia vakarusa sebagai seorang askar di tanah malaya pada tahun 1952 sehingga 1956 telah menemukan dirinya dengan seorang gadis Melayu, Salmah. Semasa berkhidmat di tanah malaya, seremia vakarusa tercedera dan dia dirawat oleh Salmah. Seremia vakarusa begitu kagum dengan keikhlasan dan ketinggian budi yang telah ditunjukkan oleh salmah sehingga memikat hati askar fiji ini. Perasaan cinta seremia vakarusa kepada salamah ini telah diluahkan kepada sarjan seman memandangkan sarjan seman adalah sahabat baik kepada seremia vakarusa. Setelah peperangan tamat, kesemua askar fiji telah dihantar balik ke tempat asal. Masa yang pantas berlalu telah menyebabkan seremia vakarusa memilih untuk menghabiskan sisa usia yang ada untuk kembali semula ke tanah malaya yang kini dikenali sebagai malaysia. Cinta yang begitu mendalam terhadap salmah telah membuatkan seremia vakarusa berusaha mencari salmah dengan bantuan sarjan seman. Sarjan seman hampir-hampir

tidak mengenali sahabatnya ini akibat faktor usia mereka yang telah tua. Seremia vakarusa telah melamar salmah dan berhasrat untuk hidup bersama salmah. Namun, salmah telah menolak lamarannya kerana keadaannya yang telah tua dan lumpuh. Biarpun lamarannya ditolak, seremia vakarusa bertekad untuk terus tinggal di malaysia kerana cintanya yang begitu kuat terhadap malaysia dan salmah. Cerpen Di Bawah Langit Takut-Takut. Penyertaan Ardani serta rakannya yang merupakan pelajar akedemi seni kebangsaan untuk menjadi ahli sukarelawan yayasan sarang bangun telah membawa mereka ke sebuah perkampungan bernama Barangay takut-takut di filipina. Tugas sukarelawan ini adalah untuk membantu masyarakat filipina yang memerlukan bantuan kemanusiaan akibat penderitaan hidup masyarakat yang menjadi mangsa peperangan. Ardani dan rakan-rakannya telah ditugaskan untuk membantu membahagokan koleksi pakaian yang diderma oleh masyarakat prihatin di malaysia kepada penduduk di situ. Penderitaan hidup masyarakat moro yang terdiri daripada kanak-kanak dan balu di barangay takut-takut ini telah melewati 30 tahun lamanya. Barangay takut-takut merupakan sebuah perkampungan air yang terletak di Jolo, iaitu ibu negeri wilayah sulu di filipina. Dalam misi membantu penduduk tempatan di perkampungan air barangay takut-takut, ardani dan nazim telah berkesempatan untuk mengenali seorang gadis bernama rini serta keluarganya. Rini perlu menggalas tanggungjawap menjaga adikadiknya memandangkan rini merupakan anak

sulung dalam keluarganya. Ibunya terpaksa keluar bekerja dan pulang pada waktu malam akibat kematian ayahnya yang telah menjadi mangsa peperangan. Kedaifan dan kesengsaraan rini sekeluarga telah menerbitkan rasa keinsafan kepada ardani dan nazim. Ardani dan kumpulan sukarelawan yang lain turut mengambil peluang bagi melewati bandar cotaboto untuk melihat corak hidup masyarakat setempat. Ardani telah berkenalan dengan ibu bariah yang merupakan seorang penyelia koperasi kepada kedai-kedai di situ. Ibu bariah telah berkongsi pengalaman hidupnya sebagai seorang balu kerana suaminya terkorban dalam peperangan. Ibu bariah juga telah menjelaskan bahawa ramai kaum wanita terpaksa hidup melarat dan berusaha keras untuk meneruskan kehidupan akibat kematian suami yang selama ini menjadi tempat mereka bergantung hidup. Pengalaman ardani sebagai aktivis kemanusiaan yang melihat penderitaan masyarakat moro akibat perjuangan menuntut wilayah autonomi ini telah memberikan suatu kesedaran dalam dirinya untuk tabah menghadapi cabaran hidup dan tidak berasa serik untuk berkunjung ke situ lagi bagi menghulurkan bantuan. Cerpen Bagai Hembusan Bayu Senja Hardi menyusuri pantai walaupun cuaca berunsur gelap. Dia teringat kembali perkenalannya dengan seorang gadis bernama juliani yang membuatkannya jatuh cinta kepada juliani. Sifat peramah dan lemah lembut di samping memiliki keayuan wajah telah membuatkan hardi jatuh cinta kepada juliani. Hardi merupakan seorang muslim

dan berbangsa melayu, manakala juliani merupakan seorang kristian dan berbangsa kadazan. Hari demi hari, perhubungan antara mereka semakin erat dan rapat. Mereka saling mencintai antara satu sama lain. Hardi mahu menjadikan juliani sebagai isteri dan juliani bersetuju dengan rela hati. Namun, perbezaan agama telah menumbulkan keraguan di hati mereka. Hardi mula meragui apakah keluarga juliani sanggup melepaskan anaknya berkahwin dengannya sekali gus menukar agama kepada agama islam. Hardi telah bercadang untuk berkahwin lari dengan juliani kerana dia takut keluarga juliani tidak merestui hubungan mereka. Hasrat hardi itu telah ditolak oleh juliani yang tidak berani membelakangkan kedua-dua ibubapanya kerana tidak mahu menconteng arang di muka keluarganya. Juliani menasihatkan hardi agar sabar dan menghormati keputusan orang tua dalam hubungan mereka. Akhirnya, perhubungan mereka terputus kerana ibubapa juliani tidak merestui hubungan juliani dan hardi. Cerpen Gelungnya Terpokah Setelah puas bermandi keringat membajak petak sawahnya pada petang itu dengan bantuan kerbau perliharaanya, Jusoh bercadang untuk menakung air ke dalam petak sawahnya pada waktu malam. Pada malam tersebut, jusoh telah menarik gelung air yang telah dikambus dengan kejap ke petak sawahnya dengan harapan pada pagi berikutnya petak sawah itu digenangi air. Namun, pada kesesokan paginya jusoh mendapati petak sawahnya kering kerana gelungnya terpokah. Jusoh

menuduh perbuatan itu dilakukan oleh Berahim, memandangkan petak sawah Berahim terletak bersebelahan dengan petak sawah Jusoh. Juson ingin memerangi Berahim dengan Lading, tetapi dihalang oleh isterinya. Atas cadangan isterinya, jusoh telah menuangkan cuka getah ke belakang kerbau berahim sebagai balasan terhadap perbuatan berahim. Berahim mengalami kerugian kerana kerbaunya mati selepas tiga hari mengalami kecederaan teruk akibat disimbah cuka getah. Jusoh amat gembira menerima perkhabaran tersebut dan yakin bahawa tidak akan ada orang yang berani untuk mengganggu petak sawahnya lagi. Walaubagaimanapun, pada suatu subuh, ketika Jusoh bersendirian di petak sawahnya, jusoh telah dikejutkan dengan tangisan isterinya yang mengadu bahawa berahim telah membuat onar terhadapnya. Jusoh tidak mampu lagi mengawal perasaan marahnya lalu berlari untuk mengejar berahim sambing memegang lembing. Orang kampung gempar dengan teriakan Jusoh pada awal subuh itu lalu keluar untuk mengepung Jusoh bagi menghalang niat Jusoh. Akhirnya, orang kampung menuduh jusoh gila dan dia telah ditahan oleh orang kampung untuk dibawa ke rumah penghulu. Cerpen Anak-anak Pejuang Pak denan, seorang bekas pejuang kemerdekaan tanah air yang ingin bersama-sama menyertai perarakan hari kemerdekaan yang akan diadakan di kuala lumpur. Malangnya, hasrat Pak denan mendapat tentangan daripada anak-anaknya, iaitu Abdul Rahman dan abdul Razak yang tinggal di bandar. Hal ini disebabkan pak denan pernah menghilangkan diri semasa berada di rumah abdul

rahman sewaktu mereka membawa pak denan ke kuala lumpur. Pak denan telah dijumpai terbaring di tugu negara. Mereka cuba menghalang hasrat ayahnya untuk datang ke kuala lumpur dengan berjanji akan pulang ke kampung sempena cuti hari kemerdekaan. Pak denan sudah pun siap berkemas dengan memasukan baju melayu teluk belanga buatan aruwah isterinya, mak Jah dan sebilah keris pusaka yang pernah dipakai sewaktu pak denan masih muda ke dalam beg plastik untuk dibawa ke kuala lumour, hasratnya tidak kesampaian apabila anak-anaknya tidak pulang ke kampung pada malam sebelum sambutan hari kemerdekaan. Pak denan yang terlalu hampa dengan sikap anakanaknya telah mengambil keputusan untuk pergi ke kuala lumpur secara sendirian. Pak denan telah meminta bantuan daripada ah bee, anak rakannya sewaktu kecil untuk menumpangkan pak denan ke kuala lumpur memandangkan ah bee akan menghantar sayur-sayuran ke sana. Abdul rahman kemudiannya balik ke kampung dan mendapati ayah mereka tiada di rumah. Abdul rahaman telah singgah di kedai kopi maniam untuk mencari ayahnya, namun abdul rahman dikejutkan dengan sorakan orang-orang kampung yang melihat ayahnya muncul di televisyen dalam perarakan hari kemerdekaan. Abdul rahman dan abdul razak menyesal dan segera mencari pak denan di kuala lumpur. Pak denan telah singgah di tugu negara untuk mengabadikan penghormatan beliau terhadap perjuangan pejuang-pejuang tanah air yang berkorban dalam usaha menuntut kemerdekaan. Kedua-dua anak pak denan, abdul rahman dan abdul razak berasa menyesal dan memohon maaf atas keterlanjuran sikap mereka yang tidak

menghargai perjuangan yang dilakukan oleh bapa mereka. Cerpen Anak Gembala Mat seman seorang bekas askar yang pulang ke kampungnya di lembah Bilut. Mat seman telah kehilangan sebelah kakinya akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh musuh sewaktu berkhidmat dalam angkatan tentera. Berbekalkan ilmu memelihara kerbau yang diwarisii daripada bapa dan datuknya, mat seman meneruskan pekerjaan tersebut dengan memelihara 60 ekor kerbau sebagai punca rezeki kehidupannya sekeluarga. Masalah mula timbul apabila penghulu isa datang memberitahu mat seman bahawa desa anggun batu sebutir yang terletak di lembah bilut akan dibangunkan menjadi tempat peranginan. Mat seman dan keluarganya pada mulanya amat gembira mendengar berita tersebut memandangkan sebelum ini mereka pernah menetap di kem askar di perak yang dilengkapi dengan kemudahankemudahan asas seperti bekalan air paip dan bekalan elektrik. Walau bagaimanapun, berita itu telah membuatkan mat seman gelisah kerana mat seman terpaksa memindahkan kerbau-kerbaunya ke kawasan lain. Mat seman terpaksa memindahkan kerbaukerbaunya ke kawasan lain. Mat seman buntu apabila memikirkan masalah yang menimpa dirinya dan tidak sanggup untuk menuruti arahan penghulu isa yang mahu memindahkan kerbau-kerbaunya di kaki bukit yang tidak mempunyai bekalan rumput yang mencukupi dan berdekatan pula dengan sarang harimau. Pada suatu hari, ketika mat seman dan anaknya sedang memberikan makanan kepada kerbau

peliharaannya, keluarga mat seman digemparkan dengan kehadiran kumpulan pekerja bersama-sama kereta sodok yang ingin memugar lembah bilut. Mat semam telah mengambil tindakan dengan melepaskan kerbau-kerbau peliharaannya ke arah kumpulan pekerja tersebut bagi menghalang kerjakerja mereka. Kumpulan pekerja-pekerja itu telah lari bertempiaran akibat terperanjat dengan kehadiran kumpulan kerbau yang sedang menuju ke arah mereka. Dalam keadaan tersebut, tiba-tiba sahaja dua buah kereta sodok dihidupkan enjinnya bagi menghalang kemaraan kumpulan kerbau itu. Akibatnya, malang bagi mat seman dia terbunuh setelah dirempuh oleh kerbau-kerbaunya yang berpatah balik akibat ketakutan setelah mendengar enjin kereta sodok yang sedang menolak pokokpokok untuk pembangunan. Cerpen anak-anak suria. Amanani dan hakim sangat menyayangi kucing peliharaan mereka, suria yang dianggap seperti anak mereka sendiri. Kehadiran suria telah memberikan kebahagiaan buat mereka berdua memandangkan pasangan suami isteri ini belum lagi dikaruniakan cahaya mata. Kedua-dua suami isteri yang ingin menunaikan fardu haji berasa amat risau terhadap keperluan dan keselamatan suria yang akan ditinggalkan di rumah. Hakim dan amanani telah membuat keputusan untuk mengupah seorang pembantu rumah bagi menjaga suria. Setelah hampir tiga minggu mencari calon yang sesuai untuk menjaga keperluan suria sewaktu ketiadaan mereka nanti. Hakim dan amanani telah bersetuju dan yakin terhadap kemampuan ayu, pelajar yang sedang menunggu SPM untuk

menggalas tanggungjawap sebagai pembantu rumah mereka. Dalam menjalankan tugas sebagai pembantu rumah, ayu cuai apabila suria telah hilang dari rumah selama seminggu dan kemudiannya didapati telah mengandung. Setelah mereka pulang dari mekah, khidmat ayu sebagai pembantu rumah masih diteruskan sehingga suria melahirkan lima ekor anak. Masalah mula timbul apabila anak-anak suria hilang dan dikatakan mati oleh ayu. Perbuatan jahat ayu terbongkar apabila amanani secara tidak sengaja terjumpa didi yang sedang meronta-ronta akibat lemas di dalam plastik yang diikat dengan tali berhampiran dengan tong sampah di kawasan hadapan rumah mereka. Setelah menghantar didi ke pusat rawatan hiwan, hakim dan amanani membuat aduan kepada polis tentang penderaan terhadap kucing-kucing mereka. Cerpen Bah Urei Bah urei berasa tidak tenteram kerana segala yang dilihatnya akan musnah. Rumah yang didudukinya akan dirobohkan

Anda mungkin juga menyukai