Percutian antara aktiviti yang memerlukan kita melakukan pelbagai perancangan, termasuk bajet
agar tidak berlaku pembaziran serta memastikan pecutian lancar tanpa masalah. Berikut,
beberapa tip yang boleh dijadikan panduan memaksimumkan bajet.
2.Pengangkutan.
Dapatkan maklumat mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih
selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih
pengangkutan paling murah serta pemandu pelancong yang mengetahui selok belok kawasan
percutian untuk mengelakkan ditipu serta sesat.
3.Perbelanjaan.
Anda juga perlu mengetahui kadar tukaran wang negara yang ingin dilawati supaya sesuai
dengan bajet yang anda sediakan serta tidak tertipu ketika menukar wang. Mengetahui kadar
tukaran wang membolehkan anda merancang pembelanjaan, terutama ketika membeli-belah.
Selain itu juga, anda boleh memilih menyediakan sendiri makanan bagi menjimatkan belanja
tetapi ia jarang dilakukan kecuali mereka yang ingin melakukan aktiviti lasak ketika bercuti.