Anda di halaman 1dari 1

BENTUK JAGUH SUKAN SEJAK USIA MUDA

Seorang jaguh sukan tidak dilahirkan secara semula jadi. Sebaliknya usaha perlu
dilaksanakan pada usia seawal mungkin untuk mendidik seseorang menjadi jaguh
dalam bidang sukan. Bermula dengan memperkenalkan alatan permainan sukan
kanak-kanak, ibu bapa secara tidak langsung menyuntik minat terhadap sukan
kepada anak mereka.

Usaha memperkenalkan permainan di peringkat usia muda bukan sesuatu yang


asing sebaliknya ia terbukti menerusi pencapaian cemerlang atlit bertaraf dunia.
Andai profil peribadi jaguh sukan dunia dibuka, anda dapat melihat banyak fakta
menarik bagaimana seseorang itu boleh berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.
Antara yang menarik untuk dijadikan panduan adalah mengenai kejayaan pemain
goif dunia, Tiger Woods yang mula membuat pukulan swing daripada pemukul golf
yag dipotong di garaj sewaktu berusia 11 bulan dan menyertai latihan pada usia
empat tahun.

Sementara pemain skuasy nombor satu dunia yang menjadi atlit kebanggaan
negara, Nicol Ann David bermula pada usia lima tahun. Bermula dengan mengikut
kedua kakaknya Cheryl dan Lianne yang terlebih dulu menjalani latihan, Nicol yang
sebelum itu asyik menjadi mangsa kekalahan ke atas mereka kemudian lebih
menonjol dan mula menyertai kejohanan pada usia 11 tahun. Dua ikon itu adalah
antara bukti bahawa untuk melahirkan seorang jaguh, usaha perlu dilakukan pada
usia muda kerana ketika itu seorang kanak-kanak mudah dibentuk.

Usaha untuk melahirkan seorang jaguh kini lebih mudah berbanding dulu yang
hanya mengharapkan usaha pihak sekolah dalam mencungkil bakat. Ini kerana
dalam persekitaran serba maju, banyak pusat latihan sukan terutama oleh pihak
swasta yang menyediakan pelbagai kemudahan latihan untuk melahirkan seorang
jaguh. Tidak sukar untuk mencari pusat latihan kerana banyak iklan mengenainya
tersiar dan apa yang penting sebagai ibu bapa anda cuma perlu bijak memilih jenis
sukan yang sesuai diceburi oleh anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai